Di sebalik sudah ada ketetapan agar Mahiaddin Md Yassin kekal menerajui Bersatu dan apa yang diminta susulan daripada itu ialah agar syarat pertandingan bagi jawatan Top 5 dilonggarkan, malangnya semua itu tidak berlaku dalam mesyuarat MPT Bersatu pada petang Jumaat lalu.
Jika sebelum ini syarat seseorang untuk bertanding adalah mesti menjadi Ketua Bahagian atau berada dalam MPT parti selama dua penggal lengkap, peraturan baru yang diputuskan pula mensyaratkan mereka yang ingin bertanding perlu mengemukakan permohonan kepada MPT,
Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin dalam kenyataan media semalam berkata, syarat mengemukakan permohonan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi itu adalah selaras dengan Fasal 14.14 dan 14.16 Perlembagaan Bersatu.
Sekali imbas, nampak macam syarat pertandingan telah dilonggarkan, tetapi ia sebenarnya masih tidak terbuka sepenuhnya.
Bila disyaratkan perlu mengemukakan permohonan kepada MPT, bermaksud permohonan untuk bertanding itu mungkin diluluskan dan mungkin juga ditolak.
Yang pasti, meletakkan syarat perlu membuat permohonan jika ingin bertanding itu menjadikan Bersatu meniru apa yang pernah dilakukan UMNO ketika era Tun Mahathir Mohamad dahulu.
Selepas pemilihan UMNO 1993 di mana Anwar Ibrahim ketika itu berjaya menewaskan Tun Ghafar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden dan sebagai langkah menghalang kemaraan Anwar mencabar jawatan Presiden pada pemilihan seterusnya, maka diputuskan sesiapa yang ingin bertanding jawatan dalam parti perlu mendaftarkan diri di ibu pejabat UMNO terlebih dahulu.
Sebelum itu, syarat bertanding hanya perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya daripada dua bahagian saja.
Dengan syarat tersebut, mereka yang ingin bertanding jawatan MT UMNO dan Naib Presiden, mungkin tiada masalah untuk mendaftar nama mereka, tetapi sudah tentu menjadikan Anwar “malu alah” untuk mendaftar namanya mencabar Tun Mahathir untuk jawatan Presiden.
Dengan itu, kekal tidak bertandinglah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan 1996, sebelum dua tahun kemudian iaitu pada 1998, Anwar dipecat daripada UMNO dan gugur semua jawatannya dalam parti.
Berbanding UMNO ketika itu hanya perlu mendaftar diri, sebaliknya Bersatu mensyaratkan perlu membuat permohonan kepada MPT jika ingin bertanding.
Dalam kedudukan Bersatu sebagai parti pembangkang dan bukan berada dalam kerajaan, syarat perlu memohon kepada MPT ini tentu saja terlihat agak janggal, malah seperti suatu lawak jenaka.
Apa yang ditakutkan jika dilonggarkan sepenuhnya syarat pertandingan? – ShahbudinHusin 09Jun2024.
먹튀 피해 예방 [토토사이트] 먹튀검증으로 안전하고 신뢰할 수 있는 온라인 베팅 환경을 경험하세요.