Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KALAULAH ANWAR KETIKA INI BUKAN PERDANA MENTERI…

Sejak semalam, sebaik saja diumumkan subsidi diesel dimansuhkan berkuasa tengah malam tadi, riuh rendah media sosial dengan perbagai kecaman dan sindiran terhadap kerajaan, khususnya kepada Perdana Menteri dambaan rakyat, Anwar Ibrahim.

Selain kecaman dan kritikan-kritikan semasa atas pemansuhan subsidi itu, lebih meriah lagi apabila video-video lama ucapan Anwar yang menjanjikan penurunan harga minyak dan serangan beliau terhadap kerajaan terdahulu yang cuba merasionalkan subsidi turut diputar kembali.

Tidak terkecuali beberapa laporan media yang memetik kenyataan Anwar tentang perkara yang sama juga disiarkan kembali supaya rakyat tidak lupa janji-janji beliau sebelum ini.

Seorang kawan mengadu, hampir terbakar telefon bimbitnya kedana beliau juga jadi seronok dan tidak henti-henti melayari media sosialnya.

Sebenarnya, rakyat boleh faham dan menerima, sama ada perlaksanaan rasionalisasi subsidi atau pemberian subsidi bersasar lantaran zaman kini sudah berubah, cuma yang sukar mereka terima ialah kerana ia dilaksanakan ketika Anwar jadi Perdana Menteri.

Ini kerana Anwar sepanjang masa dalam perjalanannya meniti laluan perjuangan untuk menjadi Perdana Menteri, janji menurunkan harga minyak itu sentiasa menjadi ratib serta basahan mulutnya untuk meraih sokongan rakyat.

Kali terakhir beliau berjanji akan menurunkan harga minyak adalah pada tahun 2022, hanya kira-kira setahun sebekum tarikh PRU15 dilangsungkan.

Malah, dalam petikan media pada tahun 2022 juga, Anwar mengecam pemimpin kerajaan yang menjadikan alasan pemberian subsidi kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah sebagai beban, lantas menyeru agar mereka itu dihumban ketika pilihan raya.

Ertinya, selain konsisten menolak kenaikan harga minyak, Anwar juga menolak sebarang bentuk penarikan subsidi terhadap rakyat.

Alih-alih, setelah hampir dua tahun memegang kuasa sebagai Perdana Menteri, sementara janji turun harga minyak tidak juga dilaksanakan, yang diberi sebaliknya adalah subsidi bersasar.

Mula-mula diesel, lepas ini pastinya petrol pula akan disasarkan subsidinya.

Ada yang bertanya, apa perlunya subsidi bersasar jika pelaburan beratus bilion sudah berjaya Anwar bawa masuk?

Subsidi bersasar, selain bukan janji Anwar, ia juga bukan menurunkan harga minyak, walaupun pemilik kenderaan diberi bayaran RM200 sebulan bagi menampung perbezaan kebaikan harga diesel daripada RM2.15 kepada RM3.35.

Beberapa pemilik kenderaan memberitahu, bayaran RM200 yang diberi itu memang tidak cukup untuk menampung kebaikan harga sebanyak RM1.20 seliter.

Contohnya, kalau seseorang itu mengisi 80 liter diesel untuk kenderaannya – dengan harga RM2.15 seliter, kosnya ialah RM172, manakala dengan harga RM3.35 seliter, kos yang perlu ditanggung ialah RM268.

Ia menjadikan kenaikan beban sebanyak RM96 setiap kali mengisi minyak dan jika beliau mengisi kenderaannya dengan kapasiti 80 liter itu tiga kali dalam sebulan, bermakna beban tambahan sudah menjadi hampir RM300.

Tetapi, subsidi bersasar yang diberi kerajaan cuma RM200 saja.

Dengan itu, tidak boleh disalahkan rakyat jika mereka merasakan semacam telah kena “scam” dengan janji-janji sebelum ini.

Atau umpama order barang lain, yang sampai barang lain.

Dalam hal berkaitan, kalaulah ketika ini Anwar masih Ketua Pembangkang dan bukan Perdana Menteri, kita tentunya sudah boleh membayangkan bagaimana hebatnya kecaman dan serangan beliau terhadap kerajaan yang dipimpin oleh orang lain itu lantaran pemansuhan subsidi minyak yang dilakukan.

Kita pun barangkali akan turut sama terbuai dengan janji-janji menurunkan harga minyak yang mempersonakan itu sambil terus berharap ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Indahnya hidup kita terbuai-buai entah berapa lama lagi kalaulah hari ini Anwar bukan Perdana Menteri!! – ShahbudinHusin 10Jun2024.

2.8 4 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

33 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
11 June 2024 2:50 pm

Penyasaran subsidi sudah dipersetujui sejak 25 tahun dulu – Anwar

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Jun 11, 2024 @ 10:42am

[email protected]

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/1257276/penyasaran-subsidi-sudah-dipersetujui-sejak-25-tahun-dulu-anwar

_____________________________________________________

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..

(100 ribu juta billion trillion kali)!

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣

135067
Anonymous
Anonymous
11 June 2024 2:52 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. BUKA MULUT JA MUHONG… 🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣

KAH KAH KAH KAH

135853
DIAFIRA
DIAFIRA
11 June 2024 1:26 pm

TUUUUUU…..KANNNNN…………
DIA MAI DAH…………………
SAWAN DARAnya dah mula dah………
Patutlaaa En. Budin dah jadi bloger pondan, seghopa si KEJORA tu………
Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…………………

Anonymous
Anonymous
11 June 2024 12:17 pm

HA HA HA..DIRI INI KEMBALI DIPANAH ASMARA🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ Tah kenapa di dlm dada ini rasa spt dibadai gelora Tidak semena-mena, mlm tadi mimpi Nadia Safira Utk si dara, ingin ku utuskan lagu, Salam Sejahtera Terimalah dinda sebuah lagu kumpulan Samudera 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 🌼 🌻 🏵️ 💮 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌… Read more »

145554
Anonymous
Anonymous
11 June 2024 12:19 pm
Reply to  Anonymous

LAGU – SALAM SEJAHTERA

PENYANYI – KUMPULAN SAMUDERA

KARAOKE – https://youtu.be/2dxaSJMaTyc?si=hg8abW3DRLcjFMUs

LIRIK –
❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️
Tiada secantik bahasa mu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajah mu itu menjadi rindu

Andainya bulan retak seribu
Bayang mu ada dimana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk seluruh jiwa

Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang jadi nyata 
Bersamamu

Anonymous
Anonymous
11 June 2024 12:20 pm
Reply to  Anonymous

Pertama dan kaulah selamanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista membakar kita

Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku dihatimu
Demi cinta sebelum mati

Sejauh manapun berpisah
Kau dihatiku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera
🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 🌼 🌻 🏵️ 💮 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐

145553
Anonymous
Anonymous
11 June 2024 11:21 am

Budin serang lagi JKom. İni kali kesepuloh serangan terserlah niat sebenar dihati penulis mercenary ini. Gayanya, dah dok lama dia intai jawatan kontrak empok ini. Sebenarnya, bacaan Budin darı Kitab Kilang Fitnah PN MakaysiaNowsemua tersasar. Semua tohmahan Budin keatas PMX terbunuh dan tercedok oleh najis2 sendiri dari Atok PM7 dan Abah PM8, Mail Blur PM9 dari Kerajaan PN 33 bulan dulu. PMX tak perlu buat apa2, semua propaganda PN self-destruct. Ambik sahaja isu BlackRock, usul Wan Fasyhal disessi Parlimen baru nanti, bakal Di jawab dia sendiri. Ini kerana Abah PM8 dan Wan Fasyhal Timbalan Menteri Abah sendiri yang awal2 lulus… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 June 2024 11:07 am

Banyak kemungkinan suara lunak PAS ini. Kalau ambik precedent REEFORNUSI minta maaf terbuka depan PMX, Zahid, Rafizi dan Menteri2 Kabinet lain diAlor Setar tempoh hari, ropanya udang disebalik batu REE. REEFORNUSI berharapkan peruntukan segera MOF untuk pentadbiran negeri yang tenat dan nazak. Bila dah dapat duit, RERFORNUSI bertukar wajah balik asal jadi Vampire Kilang Fitnah serang peribadi PMX dan Zahid diceramah Sg. Bakap. Samalah ayat2 manis dari Loyar Kaki Lebong PAS ini mengenai subsidi bersasar Diesel kerana yang disasar oleh PAS adalah kelulusan PMX mengenai peruntukan MP2 PN yang pancit kelaparan dan kehausan duit. Duit Sakaw Abah PN kena beku… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 June 2024 11:37 am
Reply to  Anonymous

Home News Berita Business Lifestyle Opinion World Sports Property Education Carzilla Gallery Videos Accelerator Sanusi buat balik dahHishamuddin Aun – 10 Jun 2024, 09:00 AM Menteri besar Kedah pertikai laungan Anwar Ibrahim untuk hapuskan rasuah kerana dakwa projek tidak berjalan disebabkan ‘duit pelincir’.13 SHARES 7 3 3 0 Total Views:2,918 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75 Bila Sanusi Nor ‘demam’, macam-macam yang akan terhambur dari mulutnya. ‘Demam’ menjelang PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan panglima perang Perikatan Nasional (PN) itu kembali menyarung baju lamanya dengan menjadikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai sasaran serangan. Anwar yang sering didakwanya “buka mulut, mohong… buka mulut,… Read more »

DIAFIRA
DIAFIRA
11 June 2024 10:26 am

SYABBAS TAHNIAH DAN TERIMA KASIH PMX DS ANWAR IBRAHIM atas pelaksanaan pengagihan subsidi disel BERSASAR serta KETEGASAN MENGAMBIL TINDAKAN ke atas PELANGGAR2 KOD ETIKA KERJA PENJAWAT AWAM yg menyebabkan YB2, JEMBALANG2 TANAH PUAKA2 DAN JERONG2 d sektor awam, swasta dan orang perseorangan MENGELUPOR bagaikan lele tecampak ke api.

SEKALI LAGINSYABBAS TAHNIAH DAN TERIMA KASIH PMX DS ANWAR IBRAHIM!

Anonymous
Anonymous
11 June 2024 11:23 am
Reply to  DIAFIRA

HA HA HA.. DIAFIRA ZINDIQ PENJILAT TEGAR PENGKHIANAT BANGSA MASIH HIDUP LAGI RUPANYA..😆

DIAFIRA ZINDIQ ADA TIKTOK TAK? KALAU ADA, CUBA TONTON VIDEO INI:😅
_____________________________________________________
KALAU LAH ARWAH MASIH HIDUP

https://vt.tiktok.com/ZSYSQ1xF6/
_____________________________________________________
ADA DEKAT DGN 9,000 KOMEN DLM VIDEO INI & KEBANYAKANNYA MENARIK BELAKA.. BOLEH DIKATAKAN KESEMUA KOMEN² ITU MENGHENTAM BALUN PMX IDOLA ANDA ITU..😂

HA HA HA.. PENYET LUNYAI PMX KENA LANYAK GANYANG DGN NETIZEN…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

138778
Anonymous
Anonymous
11 June 2024 11:26 am
Reply to  DIAFIRA

HA HA…HIDUP LAGI RUPA²NYA DIAFIRA ZINDIQ🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Kesian lah Diafira seorang pentaksub yg tak cerdik Tidak tahulah kalau PMX tu dia punya adik beradik Rata2, kt dlm internet & kt luar, PMX dimaki herdik! Dlm video kt atas, dekat seribu peluru PMX dibidik 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

138616
Anonymous
Anonymous
11 June 2024 10:09 am

SEMASA MENJADI PM. TAK DILAKSANAKAN WALAU ADA BERCAKAP DAN PASANG NIAT. DEMI KELANGSUNGAN POLITIK.. ATOK PM7, ABAH PM8 DAN MAIL BLUR PM9.   Che Ibrahim.  SUBSIDI KERAJAAN LEBIH BANYAK BERI FAEDAH PADA GOLONGAN KAYA “Orang kaya, kenderaan besar, banyak kereta dan macam-macam lagi dan mereka memperoleh satu kadar harga yang disubsidikan oleh kerajaan. Manakala kumpulan B40 peratusan yang menerima subsidi tidak sampai 20 peratus, taedah itu semua dapat oleh puak-puak ini (golongan berada). Jadi sekiranya Skim Subsidi Bersasar dilaksanakan, ia hanya membabitkan penerima daripada golongan yang sepatutnya seperti kumpulan B40 dan B60 sahaja,” Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi Majlis Pemulihan… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 June 2024 9:17 am

MACC keeping a close eye on govt servants, says Azam

SABAH & SARAWAK
Tuesday, 11 Jun 2024

https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/06/11/macc-keeping-a-close-eye-on-govt-servants-says-azam
_____________________________________________________
“KEEPING A CLOSE EYE ON GOVT SERVANTS” BUT CLOSED HIS EYES ON LCS, WAK SAKAU, SIVAKUMAR, FARHASH SALVADOR, HANNAH YEOH ETC…😂

HA HA HA.. HENTIKAN LAWAK MU WAHAI AZAM BABI
(BUKAN SAYA KATA YER, TAK PUAK² PH YG KATA..)🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

145302
Anonymous
Anonymous
11 June 2024 9:56 am
Reply to  Anonymous

Saham Heitech Padu adalah open market First Board BSKL.

Sape2 boleh beli termasuk Atok, Daim, Hamzah, Sultan Johor, Sultan Kelantan, MyEG dll semua berduit nak main pelaburan pasaran saham.

Beli saham open market beza dengan modus operandi PN Sakaw komisen anak beranak contoh Wan Jana Wibawa atau Duit Cukai Syed Mokhtar.

Anak Hamzah buta pau komisen dari Heitec Padu untuk Tawaran Tender dari KDN bawah Hamzah.

Anonymous
Anonymous
11 June 2024 9:07 am

WALANON² BIOL KAKI PENJILAT AKAN PERTAHANKAN KENAIKAN HARGA MINYAK DIESEL DGN BERKATA:
“YG SIBUK² BISING TU PAKAI KERETA DIESEL KER? YG MAT² MOTOR PULA TUMPANG BISING KENAPA? KORANG PAKAI MOTOR DIESEL KER?”😅

APALAH PUNYA TAHAP TAKSUB & DUNGU PENJILAT² MADANON & PUAK BAK KUT TEH NIH.. DEPA TAK FAHAM DGN ‘KESAN BERANTAI” ATAU “DOMINO EFFECT”.. SIAN PENTAKSUB² & PENJILAT² TEGAR MADANON TUH.. SEKOLAH TAK TINGGI & TAK RETI EONOMI….😂

HA HA HA.. BEGITULAH JADINYA BILA BIOL, FANATIK & TAKSUB MEMBABI BUTA….🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000062901
DIAFIRA
DIAFIRA
11 June 2024 9:58 am
Reply to  Anonymous

Dekat 3 tahun rasanya di blog ini aku tak muncul
1 stngh thn sblm 1 stngh thn slps PMX dimakbuli
E…ehhh tup tup, En. Budin dah jadi bloger bacul
Ni lah akibat bkawan dgn Lebai Kejora si butatuli

Anonymous
Anonymous
11 June 2024 11:57 am
Reply to  DIAFIRA

HA HA HA..IDUP LAGI DIAFIRA ZINDIQ SYAITAN🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Bg Budin bkn pondan, tapi dia blogger anak jantan Seorang yg jujur, dan mahu bela nasib anak watan Dia kini, menyokong PN dan dah menolak Pakatan Kerna, Bg Budin tau nk beza antara kaca dgn intan 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

143821
zukhairi ani
zukhairi ani
11 June 2024 1:18 am

ada apa apa idea nak kekalkan harga minyak rendah??

33
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x