Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BERSIH BERI MARKAH F KEPADA KERAJAAN MADANI

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberi markah gagal ataupun “F” kepada Putrajaya berhubung pelaksanaan reformasi pilihan raya.

Pengerusinya Faisal Abdul Aziz berkata sehingga kini Bersih tidak nampak apa-apa pembaharuan yang dilakukan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.

Maaf cakap, bagi kami sekarang tidak nampak apa-apa reformasi pilihan raya.

“Bagi kita hari ini kerajaan ini gagal melakukan reformasi pilihan raya.

“…jadi itulah jawapan saya, ya ( F),” katanya pada forum reformasi pilihan raya yang tidak dipenuhi dan kesan jangka panjang, anjuran Bersih di ibu negara, malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah; bekas ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming dan pakar hal ehwal parlimen Maha Balakrishnan.

Reformasi pilihan raya merupakan antara 10 tuntutan yang dikemukakan Bersih kepada kepimpinan Anwar.

Tuntutan itu telah pun diserahkan kepada perdana menteri Feb tahun ini dalam satu pertemuan di Putrajaya.

Bersih sedia mengadakan demonstrasi Bersih 6 secara besar-besaran sebelum habis penggal pentadbiran kerajaan Madani jika agenda reformasi yang dikemukakan badan pemantau pilihan raya itu tidak dilaksanakan.

Dalam pada itu, Saifuddin (gambar bawah) yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu turut memberi markah “F” kepada kerajaan berhubung pelaksanaan reformasi pilihan raya.

“Saya bila perdana menteri respon kepada (timbalan pengerusi SPR) Azmi Sharom, dia jawab tak perlu runding Azmi (berhubung pelantikan pengerusi SPR baru), saya tak fikir Azmi kata perlu runding dengannya.

“(Tapi) perlu ada proses yang lebih telus, kalau Faisal bagi F saya pun bagi F juga,” katanya ketika forum itu.

Sementara itu, Ong dan Balakrishnan memberi markah “E” kepada pentadbiran Anwar bagi reformasi pilihan raya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/708099

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x