Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PENIAGA KECIL BERDEPAN BEBAN BARU SELEPAS SUBSIDI PUKAL DIESEL DITAMATKAN?

Rasionalisasi subsidi diesel akan memberi lebih tekanan dan beban kepada usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi kelompok paling bergantung dengan penggunaan bahan api itu, kata sebuah badan yang mewakili lebih 5,000 majikan seluruh negara.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berkata ramai pemilik perniagaan kecil bergantung kepada diesel untuk pengangkutan utama seperti yang terlibat dengan rantaian bekalan, restoran, runcit, syarikat pembinaan dan pengilang. 

Bagaimanapun, kini mereka berdepan dengan kos pengangkutan yang lebih tinggi selepas subsidi dihentikan, memberikan kesan keseluruhan kepada rantaian bekalan dan kenaikan harga barang. 

“Banyak perusahaan mikro akan menderita jika subsidi diesel tidak sampai kepada mereka,” kata Presiden MEF Syed Hussain Syed Husman kepada MalaysiaNow.

“Semua ini akan menambah kos operasi kerana perniagaan mikro kebanyakannya menggunakan kenderaan diesel.”

Menurut Syed Hussain, margin keuntungan minimum peniaga kecil yang sedia adalah rendah, dan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel akan memburukkan lagi keadaan. 

Beliau bersetuju dengan konsep penyasaran subsidi, bagaimanapun apa yang membimbangkan adalah pelaksanaannya.

Memberi contoh, beliau berkata subsidi tersasar tidak seharusnya menyebabkan pihak yang berkepentingan dan layak menerima menjadi pihak yang membayar lebih untuk menggunakan diesel. 

“Walaupun rasionalisasi subsidi diperlukan untuk kemampanan fiskal dan menggalakkan peruntukan sumber yang cekap, pendekatan yang diselaraskan dengan baik boleh bantu mengurangkan kesan negatif seperti impak terhadap inflasi, ekonomi dan kebajikan rakyat.” 

Kebimbangan itu sudah pun dirasai Wan Mustapha, yang menjalankan perniagaan kosmetik.

Dia memandu kenderaan pacuan empat roda untuk penghantaran stok dari Pasir Mas, Kelantan ke beberapa negeri di utara, Pantai Timur dan Lembah Klang. 

Usia perniagannya yang baru menginjak dua tahun menyebabkan dia masih belum mampu untuk membeli aset pengangkutan dan logistik sendiri. 

Sebaliknya, dia menyewa tiga buah kenderaan 4×4 dan kos mengisi diesel untuk urusan perniagaannya mencecah lebih RM10,000 sebulan. 

“Saya sewa secara tahunan tiga buah dan kepunyaan saya sendiri sebuah. 

“Kita ikat sewa setahun dan bayar dua kali pada bulan Januari dan Julai kepada ejen kereta sewa. 

“Tapi lepas subsidi diesel kena tarik, nampak gayanya usahawan macam kami akan susah. Sebab kami yang akan tanggung kos lebih tinggi daripada orang lain,” katanya kepada MalaysiaNow. 

Menurutnya, ramai peniaga tidak mampu memiliki aset logistik seperti lori dan van untuk mengangkut barangan, sebaliknya memilih untuk menyewa.

Kos mengisi diesel tidak menentu, tambahnya, kerana bergantung kepada kekerapan pemanduan, jarak destinasi selain jenis laluan yang sukar di beberapa bahagian di Kelantan.

Bulan lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas diesel.

Ia disusuli dengan Kementerian Kewangan memperkenalkan Program Bantuan Subsidi Madani atau “Budi Madani”, di mana RM200 akan diberikan kepada mereka yang layak termasuk pekebun kecil pertanian dan komoditi setiap bulan.

Antara syarat ialah kenderaan diesel persendirian itu berusia di bawah usia 10 tahun, dan pendapatan tahunan pemohon RM100,000 dan ke bawah.

Wan Mustapha bagaimanapun berkata dengan membenarkan pemilik kenderaan diesel persendirian termasuk dalam kalangan petani dan pekebun untuk memohon subsidi hanya akan menambah kesulitan kepada peniaga yang menggunakan kenderaan diesel secara sewa. 

“Harga lori dan pacuan empat roda bukan murah,” katanya, dan menambah syarikat yang baru beroperasi sepertinya tidak akan mendapat pinjaman bank membeli kenderaan. 

“Bila jadi macam ni, kami yang guna kenderaan hari-hari tapi pemilik dapat bantuan subsidi. Kami tak kenal pemilik tapi ejen kereta sewa sahaja.”

Persatuan Pemandu-pemandu Lori dan Kontena Selangor berkata walaupun kaedah menyasarkan subsidi bertujuan ia tidak disalah oleh mereka yang tidak layak, ia menyulitkan mereka yang menyewa permit lori daripada syarikat. 

“Apa akan jadi kalau pemilik atau syarikat tak nak bagi kerjasama?” kata jurucakapnya Mohd Nizam Rondin.

Nizam berkata proses permohonan permit lori yang amat sukar antara faktor pemandu menyewa permit lori di bawah syarikat logistik. 

Katanya, permit boleh didapati melalui iklan dalam talian dengan harga serendah RM300 mengikut jenis permit dan lokasi. 

Pemilik rangkaian pasar raya Mydin, Ameer Ali Mydin berkata memandangkan operator logistik akan mendapat subsidi diesel, harga barang dan kos logistik tidak sepatunya naik. 

“Jadi, kalau tak naik kenapa pula harga barang nak naik. Saya harap pihak logistik tidak menjadikannya sebagai alasan,” katanya kepada MalaysiaNow. 

Bagi Ameer, yang menjadi kebimbangan utama bukanlah penarikan subsidi diesel tetapi “bahagian kedua” yang dinanti-nantikan iaitu mekanisme subsidi bersasar bagi petrol RON95, iaitu bahan api yang digunakan majoriti rakyat.

“Bila petrol biasa dihapuskan, di situlah kita akan jadi makin risau. 

“Kuasa beli akan menurun tetapi tiada kesan yang ketara pada (subsidi) diesel sebab yang guna diesel kebanyakannya operator logistik.” 

Sumber – https://www.malaysianow.com/my/news/2024/06/04/peniaga-kecil-berdepan-beban-baru-selepas-subsidi-pukal-ditamatkan

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
5 June 2024 10:26 am

HA HA DGN MADANON RAKYAT DAH RASA BADI😢 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Tidak tahulah negara kita Malaysia ini apa nak jadi Konon nak turun harga minyak, hanya satu komedi Minyak akan naik harga lah bila dah ditarik subsidi  Dah tu dijual saham MAHB dngn Blackrock Yahudi 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

146195
Cili
Cili
5 June 2024 3:29 pm
Reply to  Anonymous

Patut masuk kawasan pasaraya dia untuk membeli belah tak payah la dikenakan TOL seperti di Meru Raya. .

Anonymous 5 June 2024 10:26 am alias KAH3x sila mempertahankan orang yang maha kaya berkenaan.

Man
Man
5 June 2024 10:13 am

Kalau semua rakyat malaysia sama2 bantu dan beri kerjasama pada kerajaan bantu benteras penyeludupan, kita semua tak akan terima padah. Disebabkan kita semua tak ambil peduli maka kita semua kena terima akibat dari perbuatan penyeludup2 ni..

Anonymous
Anonymous
5 June 2024 9:18 am

Budin sebagai rekruit baru Walaun PN terjebak dengan strategi berikut untuk tibai PMX: a. jika PMX buat, cari apa2 isu untuk kritik jika tak buat lagi lah berhari raya sakan kritik b. kuman halus diseberang nampak tapi gajah depan mata buat buta, tuli dan pekak c. taktik khawarij, fitnah dulu baru mitok maaf Madani Taktik a. terpakai untuk dasar subsidi tersasar spt Diesel ini. Dasar rasionalisasi subsidi sebagai tunjang baimi struktur ekonomi diucap oleh semua PM tetapi PMX yang anak jantan walk the talk sehingga semua Pakar Ekonomi beri markah A+ kepada PMX. Hanya walaun seperti Budin yang kritik atas… Read more »

Cili
Cili
5 June 2024 9:32 am
Reply to  Anonymous

Merujuk kepada Anonymous 5 June 2024 9:18 am
Saya tak sampai hati nak tempelak “rasakan kau Tuan Budin” sebab ini blog ibarat ruang tamu rumah dia. Tetapi saya juga menyeru supaya Tuan Budin kembali ke pangkal jalan.

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x