Pada jam 9.00 malam ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan muncul dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung melalui kaca televisyen ke seluruh negara.
Menurut laporan FB Anwar sendiri, dinyatakan program itu bertujuan untuk menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan luar negara.
Tidak dipastikan apakah isu khusus yang bakal disentuh dan dicerahkan oleh PMX malam ini, di sebalik tidak dinafikan memang banyak isu melanda negara ketika ini?
Dalam podcast bersama Zaid Ibrahim, kami berbincang secara khusus mengenai Perutusan Negara tersebut.
Wajarkah PMX muncul dalam Perutusan Khas iaitu percakapan sehala untuk memperkatakan tentang isu-isu semasa dalam serta luar negara?
Atau beliau lebih patut mengadakan sidang media khas ataupun wawancara khas bersama editor media utama yang juga boleh disiarkan secara langsung?
Tontoni podcast tersebut di sini – https://x.com/zaidibrahim/status/1792864606370890165?s=48&t=SHdILRiSUzbhDQ3kOUxypA
Selamat menonton. – ShahbudinHusin 21 Mei2024.