Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

ANWAR SUKAR JADI PEMIMPIN BERKESAN TANPA SOKONGAN MELAYU YANG KUAT – KU LI

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah membayangkan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim hanya akan kuat, jika asas sokongan rakyat khususnya dalam kalangan pengundi Melayu bersatu.

Bercakap kepada FMT selepas pelancaran dialog ‘Sebenar di Sebalik Ku Li: Memoir 205’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), Razaleigh atau Ku Li berkata Anwar ‘mengetahui’ beliau tidak akan menjadi pemimpin baik tanpa sokongan ‘akar umbi’.

Beliau merujuk pengaruh Umno, parti terbesar negara dengan lebih tiga juta ahli. Umno dipimpin Zahid Hamidi kini sebahagian pentadbiran kerajaan perpaduan.

“Anwar faham hal ini dan dia tak boleh jamin mampu jadi pemimpin berkesan lebih dari apa yang diharap oleh orang ramai kecuali dia mendapat sokongan daripada ‘base’ (asas) yang saya maksudkan ini,” katanya.

Mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Jalaluddin Alias bahawa Umno sedia terima semula ahli dipecat atau dibuang, Ku Li berkata Umno sememangnya terbuka menerima kembali mereka yang masih sayangkan parti itu, namun asas perjuangan parti itu tidak boleh disesuaikan dengan kehendak kelompok ini.

“Ada benda yang kita tak dapat sesuaikan dengan kehendak mereka, mereka keluar ada yang mendirikan PAS, mendirikan Bersatu dan sebagainya, tapi kita harap barang kali dengan idea baru, dengan ‘direction’ (arah tuju) baru daripada pimpinan (Umno) juga akan dapat menarik semula semuanya (mereka yang dibuang),” katanya.

Semalam, Jalaluddin yang juga ketua Umno Negeri Sembilan, berkata peluang kedua itu berikutan ada dalam kalangan mereka yang disingkirkan sebelum ini masih menunjukkan kesetiaan kepada parti dan berminat menyertai semula parti itu.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/05/26/anwar-tahu-sukar-jadi-pm-berkesan-tanpa-sokongan-akar-umbi-melayu-kata-ku-li/

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
13
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x