JANGAN BERTANGGUH LAGI, SEBAIKNYA MCA KELUAR BN DENGAN SEGERA

Kesimpulan paling mudah yang dapat dilihat daripada apa yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Wee Ka Siong dalam temu bual podcast KS semalam ialah parti itu seperti sudah jadi orang asing dalam BN.

Ia bukan saja disebabkan MCA sendiri semacam menjauhkan diri daripada pendirian BN seperti enggan membantu calon DAP di Kuala Kubu Bharu, malah pendirian yang dikatakan atas nama BN pun, misalnya keputusan gabungan itu untuk terus bekerjasama dengan PH selepas PRU16, tidak dibawa dibincangkan dengan parti itu.

Dengan itu, Wee membayangkan jika BN tetap dengan keputusan untuk bekerjasama dengan PH yang bermakna bersama dengan DAP pada PRU16 akan datang, maka MCA tidak teragak-agak untuk bertanding secara sendirian.

“Saya tergamam bila Presiden UMNO kata BN akan teruskan kerjasama (dengan PH) selepas PRU16, kerana kita tidak pernah bincangkannya di dalam mesyuarat BN.

“Sejak bila ketetapan ini? Belum ada, tak pernah dibincangkan pun dan bagi saya ia hanya cadangan Presiden UMNO,” katanya lagi.

Wee berkata, kiranya UMNO berdegil untuk tetap ‘cium mulut’ bersama DAP pada PRU16, partinya tidak akan teragak-agak bergerak solo.

“Kalau sebarang keputusan dibuat secara unilateral (sebelah pihak), MCA akan berkecuali.

“Kalau sesama kita ada parti komponen dah lari nak memeluk orang lain ke apa bermaksud MCA akan kekal sebagai parti walaupun ditakdirkan berpisah dah tak boleh buat apa sebab kawan kita dah tak setia dengan BN,” tambahnya.

Wee menegaskan, beliau tidak akan membiarkan MCA menjadi ‘bidak catur’ pihak lain.

“MCA tidak boleh diperkotak-katikkan sebagai bidak-bidak catur mana-mana pihak… yang saya inginkan ialah kesetiaan kepada parti keramat kita BN.

“Saya lihat sekarang… orang dah peluk pihak satu lagi. Bagi saya, ia seolah-olah kita utamakan orang lain.

“Kita duduk dalam satu keluarga, kemudian jiran kita yang dulunya maki hamun kita sekarang mengintai… dan kita dalam satu keluarga sebenarnya patut bincang, apa pendirian kita, keluarga kita macam mana,” ujar bekas Menteri Pengangkutan itu.

Berdasarkan situasi semasa dan keselesaan Zahid Hamidi sendiri, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa beliau pasti akan terus membawa BN bekerjasama dengan PH.

Seperti mana matlamat PH untuk melihat Anwar Ibrahim terus kekal sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua, Zahid Hamidi juga mahu dirinya kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk penggal kedua dengan bantuan serta kerjasama PH.

Hanya dengan menyokong Anwar kekal sebagai Perdana Menteri saja membolehkan Zahid Hamidi turut sama kekal lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam hal ini, MCA harus sedar bila BN ingin terus bekerjasama dengan PH yang ada DAP di dalamnya, ia dengan sendirinya akan menjadikan MCA sebagai parti yang kecil dan bertanding sedikit saja kerusi pada PRU16 akan datang.

Oleh itu, pilihan yang terbaik untuk MCA terus relevan ialah dengan bergerak solo atau berganding dengan gabungan lain.

Hanya dengan cara tidak bersama BN saja dapat membolehkan MCA bertanding lebih banyak kerusi dan kemudian berusaha sehabis baik untuk menang di sebahagian besar kerusi-kerusi yang ditandinginya.

Dalam hal ini, MCA tidak perlu tunggu lama-lama lagi untuk memuktamadkan pendiriannya.

Hakikatnya, beliau tidak mungkin mampu mengubah pendirian Zahid Hamidi sebagaimana telah dinyatakannya ingin terus bersama PH pada PRU16 dan mengekalkan lagi Anwar bagi penggal kedua.

Segera umum keluar BN dan mulakan kerja menghadapi PRU16 akan datang daripada sekarang.

Ini dapat menjamin kemenangan lebih banyak kerusi mampu diperolehi, sebaliknya kekal dalam BN, tetapi semua keputusan hanya ikut kehendak Zahid Hamidi, MCA akan “mati berdiri”, manakala yang akan tegak berdiri ialah DAP. – ShahbudinHusin 08Mei2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 8 May 2024 — 9:49 am
Subscribe
Notify of
guest

8 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
8 May 2024 1:55 pm

Ikut Umno jadi Kerajaan. Ikut Pas jadi Taliban.

ikut-Pas_DAP
Anonymous
Anonymous
8 May 2024 1:46 pm

Bye bye MCA…MCA …

Anonymous
Anonymous
8 May 2024 12:38 pm

Jangan sampai Noh sound MCA suruh masuk Pas. Habis kena jadi Tok Guru kapir-kapir MCA nanti.

Azmin_datang-tak-menambah_Noh_berita_palsu
Anonymous
Anonymous
8 May 2024 12:35 pm

Sikalang kasi belajar takpir sampai Melayu islam ikut. Lu akan jadi Tuan Guru Weeeeeeeeeeekang Siak. Kah3

Jengkreng-Apek-Sakau
Anonymous
Anonymous
8 May 2024 12:33 pm

Haiya Presiden parti meh. Sokong geng tak cukop jumloh. memang jadi kera sumbang ooooo… Sikalang sulah malu sign SD tatak laku. Agong sulah buang masuk tong sampah.

Menantu_siapa
Anonymous
Anonymous
8 May 2024 11:39 am

INI PETIKAN SATU PERENGGAN DARI TULISAN BG BUDIN:😅
_____________________________________________________
Hanya dengan menyokong Anwar kekal sebagai Perdana Menteri saja membolehkan Zahid Hamidi turut sama kekal lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
_____________________________________________________
KEKAL SBG TPM TU TAK LER BEGITU PENTING SGT BG BUDIN OI…😂

HA HA HA.. YG PALING PENTING IALAH KEKAL TAK TERPEROSOK KE SG BULOH INN…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

133604
Cili
Cili
8 May 2024 4:19 pm
Reply to  Anonymous

Anonymous KAH3X

Maksud anta yang tersirat ialah Anwar boleh menguasai mahkamah. Adakah itu percubaan memfitnah?

p/s : Ana gelar anta Anonymous KAH3X sebagai jenama baru. Apa macam?

UMNOMADANI
UMNOMADANI
8 May 2024 6:22 pm
Reply to  Anonymous

BIAR LE DEME BRO CILI. DEME MDH LUPA KLUSTER MHKMAH PN BERATUR YEOP