TERBUKTI AKHIRNYA SEBAGAIMANA SAYA TULIS SEBELUM INI, SAKSI MISTERI KES SEMAKAN KEHAKIMAN NAJIB ADALAH MENTERI KABINET KERAJAAN MADANI

Sebelum ini, dalam artikel yang saya tulis pada 5 April lalu, saya telah menyebut kemungkinan saksi misteri dalam permohonan Najib Razak untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar wujudnya satu dekri tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan rumah adalah seorang menteri kabinet yang berkhidmat dalam kerajaan madani.

Posting bertarikh 5 April itu boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2024/04/05/adakah-saksi-penting-kes-semakan-najib-salah-seorang-menteri-kabinet.html

Saya menyebut perkara itu bukan saja berdasarkan bayangan yang diberi oleh peguam Najib, Shafee Abdullah bahawa saksi tersebut sedang mengerjakan umrah di Mekah dan hanya kembali ke tanah air menjelang Hari Raya Aidil Fitri, tetapi juga melalui beberapa maklumat tambahan lain yang saya diperolehi.

Sesiapa yang mengenali Zahid Hamidi, mereka pasti tahu bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu tidak pernah terlepas daripada menunaikan umrah pada 10 hari terakhir Ramadan sejak lebih 30 tahun lalu.

Jadi, bila Shafee menyebut saksi misteri itu sedang menunaikan umrah dan hanya kembali ke tanah air menjelang Aidil Fitri, selain disebutkan juga bahawa misteri itu merupakan individu penting, siapa lagi kalau bukan Zahid Hamidi?

Cuma, saya tidak menyebut namanya secara khusus kerana bimbang mengganggu proses mahkamah.

Di samping itu, maklumat lain pula memberitahu, Zahid dikatakan memang mengetahui mengenai titah adendum oleh Agong itu daripada sumber yang amat dipercayainya.

Dengan percaya sepenuhnya bahawa maklumat itu adalah sahih, maka itulah yang menyebabkan Zahid Hamidi setuju untuk membuat afidavit bagi mengesahkan kewujudan titah Agong itu, seterusnya bagi membolehkan Najib menjalani tahanan rumah bagi baki hukuman penjara yang dihadapinya.

Hari ini, di mana bermulanya perbicaraan kes semalan kehakiman Najib itu, Zahid Hamidi mengesahkan beliaulah saksi misteri yang disebut Shafee sebelum ini.

Kata Zahid, beliau sedia membuat afidavit untuk menyokong permohonan Najib itu kerana dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan kewujudan titah Agong itu.

Untuk makluman, Tengku Zafrul adalah kawan baik kepada Agong sebelum ini iaitu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Bahkan, Tengku Zafrul dibawa menyertai kabinet sebagai Menteri Kewangan pada 2020 ketika Mahiaddin Md Yassin menjadi Perdana Menteri selepas peristiwa Langkah Sheraton pun adalah dikatakan atas cadangan Sultan Abdullah.

Zahid Hamidi mendakwa, beliau diberitahu mengenai kewujudan titah adendum itu oleh Tengku Zafrul ketika Ahli MT UMNO itu berkunjung ke rumahnya pada 30 Januari 2024.

Ini bermakna maklumat itu disampaikan kepada Zahid Hamidi hanya sehari selepas Lembaga Pengampunan bermesyuarat pada 29 Januari 2024

“Saya sesungguhnya percaya bahawa untuk tempoh masa yang mencukupi saya melihat dan membaca titah adendum, dan saya melihat dengan jelas semua kandungannya dan bahawa ia merupakan sebahagian daripada proses pengampunan pemohon (Najib) yang merupakan tambahan kepada titah utama, kedua-duanya betarikh 29 Januari 2024.

“Justeru, saya dengan ini mengesahkan kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Saya juga percaya selain saya dan Tengku Zafrul, anggota kerajaan yang lain turut melihat titah adendum tersebut.

β€œSecara khusus, saya sedar bahawa Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail juga telah melihat salinan titah adendum dan boleh mengesahkan perkara yang sama,” menurut Ahmad Zahid lagi.

Dengan anggota kabinet kerajaan madani, malah bertaraf Timbalan Perdana Menteri sendiri menjadi saksi bagi mengesahkan wujudnya titah adendum oleh Agong sebelum ini yang setuju Najib diberi tahanan rumah, bagaimanakah mahu dipertahankan lagi bekas Perdana Menteri itu daripada terus disimpan di Penjara Kajang? – ShahbudinHusin 17/04/2024.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 17 April 2024 — 3:50 pm
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 9:32 am

Malaysia – Palestin bersaudara.

Nadir_Gaza_Palestin
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 9:27 am

SPYD Agong sudah perkenan untuk tindakan melawan rasuah, pada yang sudah menerima hukuman walaupun berpolitik kekal patuh undang-undang. Jangan ikut cara Kerajaan Gagal 33 bulan.

Raya_Agong_SPRM_Madu
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 9:23 am

Papehal boleh cari Bapa Khalil si Pengubah ayat Al Kafiruun untuk beroleh syafaat bila di Padang Mahsyar. Harap dia tak berlepas diri saja nak lari tengkuk pertahan mungkar.

anak_ubah_ayat_Quran
Anonymous
Anonymous
17 April 2024 11:54 pm

HARAM SEBUT PERKATAAN “KAFIR”???πŸ˜₯
_____________________________________________________
MENTERI PENDIDIKAN LIBERAL KATA, HARAM MENYEBUT PERKATAAN “KAFIR”, KENA SEBUT “NON-MUSLIM”.πŸ˜†

MAKNANYA, TERJEMAHAN AYΓ„T 1, SURAH AL-KAFIRUN TAK BOLEH LER:
“Katakan (wahai Muhammad): Wahai orangΒ² kafir”?
ADAKAH NAK KENA TUKAR JADI:
“Katakan (wahai Muhammad): Wahai orangΒ² non-muslim”?πŸ˜…

TAPI AYAT QURAN BERKENAAN ITU:
ADAKAH “QUL YAA AIYUHAL KAFIRUN” KER?, ATAU “QUL YAA AIYUHAL NON-MUSLIM“?πŸ˜‚

HA HA HA.. TERBAIKLAH DR KHALIL ANAK TN GURU HJ HADI TIBAI MENTERI PENDIDIKAN LIBERAL TU…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000051042
Anonymous
Anonymous
17 April 2024 8:57 pm

Lama Bapa Khalil Pengubah ayat surah al Kafiruun tak jenguk bertanya khabar. Tak rindu ke?

BN_PAS_BEREBUT
Anonymous
Anonymous
17 April 2024 3:54 pm

JOM KITA BERSOLIDARITI UNTUK PEMBEBASAN BOSS KU…πŸ˜‚

HA HA HA.. BG MAT LEMBU PUN KEMAIN SAKAN LAGI PULUN MINTAK DIPULANGKAN BOSS KU MASA PRK PELANGAI HARI TU..🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000002653