APA KOMPLOT UMNO DALAM ISU SEMAKAN KEHAKIMAN NAJIB? KENAPA ZAHID HAMIDI SETUJU JADI SAKSI DAN PERNAHKAH TENGKU ZAFRUL TUNJUK TITAH AGONG ITU KEPADA PMX?

Dalam isu semakan kehakiman yang difailkan oleh Najib Razak untuk mencabar kewujudan satu titah tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan rumah, secara mudah difahami ia adalah saman yang dikemukakan terhadap kerajaan.

Ini berikutan pihak yang dinamakan dalam semakan kehakiman Najib itu ialah Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia.

Maka, bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi boleh bersetuju untuk menjadi saksi dan membuat afidavit sokongan kepada permohonan Najib itu?

Tidakkah perbuatan Zahid Hamidi setuju menjadi saksi seolah-olah beliau telah bertindak menentang kerajaan yang dianggotainya sebagai menteri kabinet?

Ini tata kelola jenis apa namanya?

Selain itu, menerusi afidavit yang diikrarkan Zahid Hamidi pada 9 April lalu, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah adendum itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pertemuan mereka di rumahnya di Country Heights pada 30 Januari lalu.

“Apabila saya menyoal lebih lanjut, beliau (Tengku Zafrul) menunjukkan kepada saya salinan titah adendum itu yang tersimpan pada telefonnya yang beliau ambil gambar dan imbas sendiri daripada salinan asal seperti yang ditunjukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).

“Kandungan titah adendum itu secara jelas menyatakan bahawa pemohon (Najib) dibenarkan untuk menjalani hukumannya yang dikurangkan kepada tahanan rumah dan bukannya secara pemenjaraan seperti sekarang di Penjara Kajang.

“Saya juga melihat titah adendum itu bertarikh 29 Januari 2024 yang mempunyai meterai dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

β€œSaya seterusnya mengesahkan bahawa titah adendum itu adalah tulen dan sebenarnya adalah Titah Prerogatif Diraja sama seperti Titah Utama,” demikian kata Zahid Hamidi dalam afidavitnya kepada mahkamah.

Dalam hal ini, berdasarkan afidavit Zahid Hamidi itu, adakah Tengku Zafrul telah menunjukkan titah adendum yang gambar atau salinan imejnya ada disimpan dalam telefon bimbitnya itu kepada PMX atau memaklumkannya kepada kabinet terlebih dahulu?

Jika tidak, kenapa ia mesti ditunjukkan kepada Zahid Hamidi yang merupakan hanya pemimpin nombor dua dalam kerajaan?

Lagi pula, berdasarkan hakikat beliau menunjukkan gambar atau salinan titah adendum itu pada 30 Januari itu hanya sehari selepas mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan pada 29 Januari, nampaknya pantas sungguh Tengku Zafrul menyampaikan maklumat yang diperolehinya kepada Zahid Hamidi.

Apa muslihat Tengku Zafrul dalam hal ini?

Dalam pada itu, oleh kerana disebutkan bahawa Tengku Zafrul yang memiliki gambar atau salinan imej titah adendum tersebut melalui apa yang didakwa telah ditunjukkan oleh Agong ke-16 kepadanya, mengapa tidak Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu sendiri yang diminta oleh Zahid Hamidi untuk menjadi saksi dan mengemukakan afidavit bagi permohonan semakan kehakiman yang difailkan Najib?

Kenapa mesti Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO pula yang setuju menjadi saksi dan mengemukakan afidavit ke mahkamah?

Komplot terlindung apa yang cuba dirancang Zahid Hamidi dan UMNO dalam permainan ini?

Adakah PMX sudah cukup awas dan berjaga-jaga membentengi kedudukannya sekarang ini? – ShahbudinHusin 17/04/2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 18 April 2024 — 12:08 pm
Subscribe
Notify of
guest

16 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 12:10 pm

Kalau ada komplot, buat senyap-senyap sudah. Tapi kalau ada skandal barulah kita viral satu dunia.

Screenshot_20230310-113842_Chrome
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 10:11 am

Barangkali Zahid yang sedang menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah sedang mencongak, andai kelak beliau didapati bersalah, juga mengharap akan dapat “kelebihan” seperti yang banduan “supervvip” sorang itu bakal dapat?. Makin meriahkah Malaysia kita jika semua banduan “supervvip” dimasa depan sekadar jalani penjara di rumah walau pun bentuk kesalahan yang mereka lakukan berpotensi memusnahkan & menjatuhkan imej negara di mata dunia.

Anonymous
Anonymous
18 April 2024 11:57 am
Reply to  Anonymous

Wak Zahid dah bebas. Yang jadi kluster Mahkamah pak mertua Apek Jana Wibawa.

335055630_473388888235721_242939949687959373_n
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 9:31 am

Semoga Palestin Merdeka berjaya.

Nadir_Gaza_Palestin
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 9:10 am

Masa dia hasut buat huru hara, dia duduk barisan belakang. Masa dia tengok ada kena cekup, kena dakwa, kena jel dia yang pertama cabut lari mufarakah daripada perjuangan. Pemuda Scammer. Kah3

Screenshot_2
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 9:14 am
Reply to  Anonymous

Pemuda Pas yang wajib dikontenakan Rakyat Malaysia pada PRU16.

08
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 9:06 am

Bodyguard tahan tembakan pistol Siam, harga boleh runding 1.7j saja. Kalau bini mati ditembak, harga up 22 kali ganda.

6419023f940a7d70fe870e0220936211_w200
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 9:05 am

Akibat gagal tembak bini tertembak bodyguard, suspek disuspek mahu ke Mekah untuk dihukum hudud balas bunuh tetapi tidak jadi sebab tiada yang mati.

spiderman-spiderman-web
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 9:02 am

Gagal tembak bini sendiri, suspek walaun hafal Quran menunggu Lebai datang naik Mercedes untuk selamatkan dirinya. Namun hampa.

hugh-laurie-gun
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 12:20 am

5 AHLI POLITIK PALING RAMAI FOLLOWERS DI PLATFORM TIKTOKπŸ˜…

https://youtu.be/ZeV1Iztba9A?si=VQC9kcyUM-GUvk2N

1. Syed Saddiq, MP Muar (MUDA)
2. Sanusi Md Noor, ADUN Jeneri (PAS)
3. Nur Helmi Abd Halim, ADUN Sg Duyong (BN)
4. Anwar Ibrahim, MP Tambun (PKR)πŸ˜‚
5. Ismail Sabri Yaakob, MP Bera (BN)

HA HA HA.. NO 4 JER DIA TU???🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

138616
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 12:03 pm
Reply to  Anonymous

Rilek brader brader rilek

Pemimpin-Islam_22X-2023
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 12:14 am

Pemulihan teknikal, ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS

Oleh Bernama
April 17, 2024 @ 7:34pm

https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2024/04/1235876/pemulihan-teknikal-ringgit-mengukuh-sedikit-berbanding-dolar
_____________________________________________________
RINGGIT MENGUKUH? AGAK-AGAK LAH SAMA KALAU NAK MUHONG PUN..πŸ˜…

MENGUKUH KEPALA BUTOH PAK HANG!!!πŸ˜‚

HA HA HA.. MASIH SALAM 4.79 LAH OI.. JGN INGAT RAKYAT TAK TAHU CHECK KAT GOOGLE OI..🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000058489
Anonymous
Anonymous
18 April 2024 12:00 am

JOM LER KITA BERSOLIDARITI UTK PEMBEBASAN BOSS KU…🀣

HA HA HA.. BG MAT LEMBUπŸ„ PUN KEMAIN SAKAN PUNYA PULUN MINTAK DIPULANGKAN BOSS KU MASA PRK PELANGAI HARI TU…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000002653
Anonymous
Anonymous
17 April 2024 10:38 pm

Umno dok main wayang…. cukup2lah.

Anonymous
Anonymous
17 April 2024 9:15 pm

Takkan semasa lepas dan bebas Wak Zahid saja kita kena hormat undang-undang? He3

kasihan
Anonymous
Anonymous
17 April 2024 7:58 pm

MALU APA BOSS KU…πŸ˜‚

HA HA HA.. JOM KITA BERSOLIDARITI UTK KEBEBASAN BOSS KU…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

136105