LELAKI ISRAEL, PASANGAN SUAMI ISTERI BERDEPAN HUKUMAN MATI

Lelaki Israel dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata kepadanya, bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata ia berikutan kertas siasatan terhadap mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Sebelum ini ketika Shalom ditangkap pada 27 Mac lalu, siasatan dijalankan mengikut Akta Pasport 1966 kerana dia sebagai warga Israel memasuki negara ini menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis. Namun, siasatan kini dijalankan terhadap kesalahan lebih berat, iaitu pemilikan senjata api.

“Begitu juga dengan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu. Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Senjata Api 1971,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, boleh dihukum mati.

“Pada masa ini, kita masih menjalankan siasatan secara terperinci ke atas ketiga-tiga mereka.

“Ketika ini, kesemua mereka masih ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif sebenar pemilikan senjata api berkenaan.

“Lelaki warga Israel itu direman hingga 7 April ini, manakala reman terhadap pasangan suami isteri terbabit pula akan berakhir pada 5 April ini,” katanya.

Beliau berkata, sebarang proses susulan untuk sambung reman akan dimohon sekiranya pihak polis masih memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1230779/lelaki-israel-pasangan-suami-isteri-berdepan-hukuman-mati-jika-sabit

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 2 April 2024 — 4:53 pm
Subscribe
Notify of
guest

11 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
2 April 2024 10:27 pm

Bani Israel pun dulu suka-suka reka ayat Taurat macam anak Hadi Awang reka ayat Quran, akhirnya selepas itu sembah lembu dan kekal dilaknat Allah. Nauzubillah

anak_ubah_ayat_Quran
Anonymous
Anonymous
2 April 2024 10:00 pm

HA HA HA.. MACAI WALANON MEROYAN DEK SENJATA MAKAN TUAN…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000051042
Anonymous
Anonymous
2 April 2024 9:52 pm

Selesai 3 – 4 kedai kena molotov koktel baru kita terangkan isu. Khawarij nak buat sarang sempat beranak pinak dulu. Molep cari orang baru yang boleh cover Khawarij Pas dengan tunjuk muka saja.

FtaDk5SaYAAVUef
Anonymous
Anonymous
2 April 2024 9:37 pm

Penduduk Thaif juga mampu dilembutkan hati mereka oleh Allah akhirnya daripada penentang yang nyata menjadi pengikut Nabi SAW yang setia. Amin.

populis4
Anonymous
Anonymous
2 April 2024 9:27 pm

Raya-raya kerja molep jangan makan gaji buta. Maki hamun Menteri jangan sampai berlagak gaya Khawarij. Ghuluw takfir dan fitnah bukan cara Islam.

FwAUlAHagAEUAVz
Anonymous
Anonymous
2 April 2024 9:22 pm

Anakmu nak sekolah, bukan jadi kaki scam, khawarij atau kaki boikot kedai. Jangan wariskan perkataan buruk, hina dan jijik dalam mulut anakmu, kelak balasan-Nya akan tiba jua.

FkZgciGVUAImnl6
Anonymous
Anonymous
2 April 2024 9:18 pm

Amboi-amboi mengalahkan Guru Pasti siap dengan elaun bagai. Nasib kau tak kena scam dengan Pemuda Scammer alamatnya jadi sukarelawan sampai mati tinggal anak cucu tabung buluh.

1689593258876
Anonymous
Anonymous
2 April 2024 8:16 pm

SEBAB APA AKHBARΒ² DAH AGAK LAMA MENYEPI PASAL RINGGIT? “SEBAB RINGGIT ASYIK SAJA JATUH!”πŸ˜…

SEBAB APA RINGGIT JATUH? “SEBAB HANG TAK RETI NAK JAGA NEGERI INI”πŸ˜‚

HA HA HA.. SALAM 4.75…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000051151
Anonymous
Anonymous
2 April 2024 9:14 pm
Reply to  Anonymous

Bajet PN untuk barua sambut Raya masih ada?

BAJET-POLITIK-7-Nov-2020
Anonymous
Anonymous
2 April 2024 6:59 pm

BORING LAH BG BUDIN, CITER MOSAAD EJEN YAHUDI TUH…πŸ˜†

BUATLAH POSTING PASAL PENGHARAMAN MENYEBUT “KAFIR” PULAK, NANTI BARU KOMEN JADI RANCAK…πŸ˜…

SEKARANG INI:

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang² kafir❌
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orangΒ² non-muslimβœ…

TAPI, ADAKAH AYAT ASAL ITU:
QUL YAA AIYUHAL KAFIRUN ATAU PUN
QUL YAA AIYUHAL NON-MUSLIM?πŸ˜‚

HA HA HA.. TERBAIKLAH DR KHALIL ANAK TUAN GURU SEKOLAHKAN MENTERI PENDIDIKAN LIBERAL…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000051042
Anonymous
Anonymous
2 April 2024 9:04 pm
Reply to  Anonymous

Hidup Madani

anak_ubah_ayat_Quran