TAK MASUK AKAL NAK BUNUH RAKAN SENEGARA DARI ISRAEL KERANA MASALAH KELUARGA, TAPI GUNA ENAM PISTOL DAN 200 PELURU

Pertama sekali diucapkan syabas dan tahniah kepada PDRM kerana berjaya menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Menurut Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, suspek berusia 36 tahun itu masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport Perancis.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mendakwa dia datang ke negara ini untuk mencari dan membunuh rakan senegaranya dari Israel kerana masalah keluarga.

“Lelaki berkenaan telah masuk ke negara ini pada 12 Mac lalu melaui Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).

“Dia duduk di dua, tiga hotel sebelum ini,” katanya.

Razarudin memberitahu, pihak polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan.

Beliau berkata lagi, suspek telah membeli kesemua senjata dan peluru yang dimilikinya itu dengan menggunakan wang crypto.

Ada beberapa persoalan meragukan berdasarkan siasatan awal polis terhadap penahanan lelaki warga Israel itu.

Pertama, bagaimana lelaki Israel itu begitu mudah dapat membeli sehingga enam pistol dan 200 peluru di negara ini?

Tidak mustahil ada rangkaian lain, mungkin di Israel, yang menghubungkannya dengan pihak yang menjual senjata itu di Malaysia.

Tidak mungkin dia yang baru sampai ke negara ini boleh begitu mudah berurusan untuk membeli senjata dan peluru dengan jumlah sebanyak itu.

Kedua, langsung tidak masuk akal pengakuan lelaki Israel itu bahawa kedatangannya ke negara ini adalah untuk membunuh rakan senegaranya kerana masalah keluarga.

Jika hanya seorang lelaki yang ingin dibunuh kerana masalah keluarga, kenapa perlu membeli sampai enam pistol dan 200 peluru?

Untuk membunuh seorang lelaki biasa, sepucuk pistol dan beberapa butir peluru sudah memadai.

Ketidakmunasabahan ini menyebabkan pengakuan lelaki itu tertolak dengan sendirinya.

Ketiga, tidak munasabah kedatangannya ke negara ini untuk membunuh rakan senegaranya daripada Israel yang dikatakan berada di negara ini.

Persoalannya, mana mungkin warga Israel boleh ada di Malaysia kerana kita tidak mempunyai hubungan diplomatik, malah menguatkuasakan larangan kedatangan warganya ke Malaysia.

Keempat, oleh kerana lelaki Israel itu memiliki enam pistol dan 200 peluru, adalah dipercayai dia mempunyai beberapa rakan kumpulannya yang masih lagi bebas berkeliaran di negara ini.

Dengan dipercayai berkumpulan sebegitu, adalah tidak masuk akal yang ingin dibunuh hanya seorang rakan senegaranya atas masalah keluarga semata-mata.

Beliau dipercayai ada agenda lain yang lebih besar yang hanya menunggu masa untuk melakukannya.

Dalam hal ini, sebagaimana dimaklumkan oleh Razarudin, adalah tepat sekali bila mana pihak polis mengambil pendirian tidak mempercayai pengakuan lelaki Israel itu.

Pihak polis kini akan terus menjalankan siasatan menyeluruh terhadap lelaki Israel itu untuk mengetahui motif kedatangannnya dan tujuannya memiliki sejumlah senjata serta peluru yang dirampas daripadanya.

Serentak dengan itu, pihak polis juga mula mengambil sikap berwaspada tentang keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan beberapa VVIP yang lain.

Sekali lagi, tahniah serta syabas kepada PDRM dan mengetatkan lagi aspek keselamatan kepada VVIP negara ini, khususnya Perdana Menteri yang diketahui lantang bersuara dalam isu Palestin, adalah langkah paling wajar sekali. – ShahbudinHusin 30/03/2024.

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 30 March 2024 — 8:31 am
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
31 March 2024 7:39 am

Allah telah berpesan:

https://tinyurl.com/2p8x4upp

Anonymous
Anonymous
31 March 2024 8:15 am
Reply to  Anonymous

SURAH AL-BAQARAH, AYAT 120: وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠) Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal… Read more »

Anonymous
Anonymous
30 March 2024 4:59 pm

JANGAN² MOSAAD YAHUDI TU MARI NAK CARI ORG YG BOCORKAN MAKLUMAT BERKAITAN SYARIKAT YG MENGENDALIKAN PENGEDARAN/JUALAN BUAH KURMA MEDJOOL ISRAEL HARI TU..😂

HA HA HA.. MARAH LER ISRAEL BILA KURMA DIA KENA BOIKOT DI SINI…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000039618
Anonymous
Anonymous
30 March 2024 11:16 am

Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas

Oleh WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Mac 2024 09:23am

https://www.sinarharian.com.my/article/657304/berita/semasa/suami-isteri-bekal-senjata-api-kepada-lelaki-israel-diberkas
____________________________________________________
ORG SELANGOR RUPA²NYA PASANGAN SUAMI ISTERI TALI BARUT MOSAAD YAHUDI NIH…😥

HA HA HA.. TAK MUSTAHIL DEPÀ ÑI PUAK PKR…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

132174
vdss
vdss
3 April 2024 7:17 am
Reply to  Anonymous

bodoh walaun macai haprak sekor nih…di Selangor walaun dan macai hamPAS punya lah byk..sng2 tuduh parti org lain..

Anonymous
Anonymous
30 March 2024 10:13 am

Malaysia perlu lebih was pada. Jelas ini satu ancaman. Sempadan kita bolos oleh tipu helah yahudi laknat. Korek motif sampai dapat. Ternyata dari awal yahudi laknat ni dah berbohong. Moga PDRM dapat main pesanan terbaik bagi pembongkaran itu ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/657304/berita/semasa/suami-isteri-bekal-senjata-api-kepada-lelaki-israel-diberkas

Yang bekalkan senjata harus diajar dan di hukum setimpal jika terbukti kesalahan nya lebih2 lagi jika ikut bersubahat. Agama pun orang sanggup jual, apatah lagi habuan yang menunggu besar. Gadai negara sendiri pun ada yang sanggup.

Anonymous
Anonymous
30 March 2024 10:23 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. BUKAN SETAKAT JUAL AGAMA JER, BAHKAN ADA YG JUAL PUNGKOQ PUN SANGGUP…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KÄH KAH

133603
Anonymous
Anonymous
30 March 2024 4:23 pm
Reply to  Anonymous

Anonymous 30 March 2024 10:23 am

Bulan puasa pun hang dok ingat pungkoq juga. Memang sah muka pungkoqlah hang ni.

Cili
Cili
30 March 2024 5:58 pm
Reply to  Anonymous

Ada sekali tu pernah dia membela parti yang berjuang untuk Islam bersama PN. Kot dia ni penyokong parti tu kot? Mudah-mudahan tak betul, kalau yea, hancur.