TIADA ‘DERAF PERJANJIAN’ KERAJAAN – PEMBANGKANG – TPM

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata ‘draf perjanjian’ yang diperkatakan pembangkang mutakhir ini tidak wujud.

Fadillah, yang diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan untuk Ahli Parlimen, berkata beliau tidak ada menyerahkan sebarang draf seperti didakwa, dalam pertemuan dengan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

“Dalam pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu, saya hanya mendengar permohonan Perikatan Nasional (PN) dan mendengar apa yang mereka tawarkan. Tiada sebarang dokumen diberi mahupun diterima.

“Justeru tidak wujud satu dokumen ‘draf perjanjian’ di antara kerajaan dan pembangkang seperti dakwa,” katanya dalam kenyataan.

Menjelaskan pertemuan itu, Fadillah berkata ia sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka.

“Malah tiada perbincangan mengenai ‘perjanjian’ pun,” tambahnya.

Di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, Hamzah berkata pihaknya sudah menerima suatu draf dokumen yang memperincikan cadangan pemberian peruntukan daripada Fadillah.

Ahli Parlimen Bersatu, Rosol Wahid, hari ini dilapor berkata Ahli Parlimen PN menuntut peruntukan RM3.5 juta setahun untuk wakil rakyat pembangkang dalam “draf tawaran perjanjian baharu”.

“Adakah Rosol sudah lihat ‘draf’ itu?” soal Fadillah.

“Jika belum, mintalah ‘draf’ itu dari ketua pembangkang. Cuba lihat ‘draf’ itu wujud atau tidak.”

Dalam pada itu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata, kerajaan belum mendapat “apa-apa yang substantif” daripada pembangkang pada waktu ini.

“Kita kena ‘back to drawing board’. Kalau ada Ahli Parlimen pembangkang merasakan perjalanan perbincangan lambat atau lembab jangan salahkan kerajaan.

“Kena tanya ketua pembangkang kenapa ia lambat,” katanya yang juga menteri komunikasi.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/24/draf-perjanjian-kerajaan-pembangkang-tak-wujud-kata-tpm/

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 24 March 2024 — 10:14 pm
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
25 March 2024 9:20 pm

Pembangkang dah jadi macam Mat Jenin. Cuba nak main mind game. Pooooorah….

Anonymous
Anonymous
25 March 2024 10:40 am

Janji kasi penumbuk kepada Pemuda Scammer Sukarelawan Mercedes.

433439062_10232019596896997_1636194498710708156_n
Anonymous
Anonymous
25 March 2024 10:39 am

Bonus Raya campur dalam insentif awal RM2000 kalau diberi secara bulanan kepada waris Guru Pasti yang sudah mati sejak 40 tahun lepas, agaknya kemiskinan tegar dinoktahkan zaman Tok Kerala lagi.

Screenshot_20230928-092745_XBrowser
Anonymous
Anonymous
25 March 2024 10:34 am

Janji Melayu janji Islam, bukan Zionis tak bagi carum KWSP dan PERKESO 40 tahun. Gitu.

BANTU_UMAT
Anonymous
Anonymous
25 March 2024 10:02 am

Deraf perjanjian palsu tolong jangan disebarkan. Kelak stoking terbang melekat di kaki.

BERITA-BENAR_HARAKAH
Anonymous
Anonymous
25 March 2024 8:08 am

Fakta Peruntukan Pembangkang  Tular gambar perjumpaan diParlimen antara TPM Fadillah dan Pembangkang terdiri dari Hamzah, Kiandee dan Taki Black Sunday. Yang jelas TPM, Hamzah dan Kiandee tangan kosong santai je tak stress sembang spt TPM kata tiada bersurat diberi dan diterima oleh TPM dan Kerajaan Perpaduan. Yang stress Taki Black Sunday dengan sebebal kertas dokumen atas meja depan dia, dengan muka hitam legam kelat kerana dah announce gebeng dulu no more talk mengenai Peruntukan Pembangkang.  Ikut Taki Black Sunday, PN dah ditch and abandon talk sebab PN nak duit Peruntukan sama rata, nak guling PMX dan tak nak sign MOA.… Read more »