DR AKMAL IKRAR TIDAK AKAN BERGANJAK

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh tetap tidak berganjak dari desakan untuk memboikot KK Mart berhubung kontroversi stoking dengan tulisan “Allah”.

Ini meskipun selepas ditegur oleh tiga menteri setakat ini.

Mengulas Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Akmal berkata dia tidak memerlukan persetujuan DAP untuk perkara itu.

“Saya tak perlu dapatkan persetujuan DAP untuk mempertahankan agama saya dari dihina. Siapa pun kamu, saya tak pernah takut dan tak pernah gentar. Fullstop! Kekal boikot!” katanya di Facebook malam tadi.

Semalam, Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, DAP tidak bersetuju dengan pendekatan Akmal menegur KK Mart.

Dia turut mempersoalkan sama ada ketua Pemuda Umno itu akan bertindak demikian sekiranya melibatkan syarikat milik orang Islam.

Sementara itu, Akmal turut menolak amaran Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing bahawa orang ramai mungkin memandang negatif Umno sekiranya ketua pemuda parti itu tidak ditegur.

“Boleh tak seseorang beri cermin pada dia ni? Boleh cermin diri dulu kot. Kalau tiada jawatan pun saya akan tetap pertahankan agama, bangsa dan tanah air saya,” katanya dalam catatan Facebook berasingan malam tadi.

Pada hari Isnin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming juga telah memberi amaran bahawa desakan Akmal terhadap KK Mart mungkin memberi padah kepada Umno.

Akmal membalas dengan memberitahu Nga bahawa KK Mart akan lagi diboikot dengan ‘sokongan’ Nga terhadap syarikat itu.

Pemimpin Umno itu mengekalkan gesaan untuk memboikot KK Mart walaupun syarikat itu memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu berulanga kali – yang turut dipamerkan di semua kedainya.

Stoking yang menjadi pertikaian itu telah ditemui di tiga cawangan KK Mart di Sunway, Selangor minggu lepas.

Menurut pihak berkuasa, hanya lima pasang stoking berada di rak.

KK Mart telah menamatkan perjanjiannya dengan pembekal stoking itu, yang seterusnya menyalahkan sebuah syarikat di China kerana tersilap menghantarnya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/699995

1 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 20 March 2024 — 10:47 am
Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
20 March 2024 2:49 pm

Peruntukan untuk beli stoking kepada Guru Pasti pun Pas tak bagi,takkan MP saja layak minta peruntukan? Guru Pasti taraf sukarelawan atau bak kut teh saja?

haha
Anonymous
Anonymous
20 March 2024 2:21 pm

Terbaik Dr Marzuk! Jangan lupa bagi sekali bonus Raya Guru Pasti dan stoking baru untuk anak-anak Pasti.

marzuk_pasti
Anonymous
Anonymous
20 March 2024 1:01 pm

Gaji murah, jadi sukarelawan jaga budak, kerja 10 jam ke atas tiada OT, tiada KWSP, tiada pencen. Jangan berganjak. Ada Mercedes pemimpin Pas nak lalu.

kwsp2
Anonymous
Anonymous
20 March 2024 1:06 pm
Reply to  Anonymous

Penganiayaan dan kezaliman kepada sukarelawan di Malaysia kini dikenalpasti berpunca dalam Pasti. Sabar pejuang agama Allah. Bonus CEO AKSB on the way.

Kebajikan_Guru_Pasti
Anonymous
Anonymous
20 March 2024 12:45 pm

Akmal tolong agresif sikit macam menantu yang cabut lari dikejar SPRM dan Interpol. Kalau tak berganjak nanti nak lari panjat pagar tak lepas.

Agresif-Cari-Menantu