TERUSKAN BANGKIT, KETUA PEMUDA UMNO TAK HARUS GENTAR DENGAN ANCAMAN NGA KOR MING

Secara khusus, isu stoking bertulis kalimah Allah yang diangkat oleh Pemuda UMNO adalah isu agama yang secara langsung menyentuh soal kesucian serta maruah umat Islam.

Siapa pun yang mengaku beragama Islam memang wajar berasa marah dan bangkit dengan penghinaan tersebut, sekaligus sebagai suatu isyarat jangan cuba-cuba hal yang sama diulangi lagi.

Tetapi, DAP nampaknya cuba mengheret isu tersebut menjadi isu politik apabila Ketua Whip Parlimen parti itu, Nga Kor Ming cuba menakutkan Dr Akmal Salleh bahawa tindakannya itu boleh membawa padah kepada UMNO dalam PRU16 akan datang.

“Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal tidak seharusnya terus mencetuskan sentimen perkauman dan agama dengan sikap angkuh dan provokatif.

โ€œIni adalah tingkah laku yang berbahaya dan tidak boleh diterima sama sekali.

โ€œSekiranya Dr Akmal tidak mahu melihat UMNO terus kehilangan sokongan rakyat, beliau mesti bermuhasabah diri terlebih dahulu, dengan rendah hati menerima nasihat ikhlas, atau beliau akan dikenang sebagai punca kekalahan UMNO dalam pilihan raya,โ€ kata Nga pada satu kenyataan.

Nga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah, manipulasi sentimen perkauman dan agama yang dimainkan Dr Akmal dalam isu stoking kalimah Allah adalah strategi lapuk yang tidak sesuai dengan usia mudanya dan era globalisasi pada hari ini.

Dalam hal ini, pertama sekali Nga tidak sepatutnya mengheret apa yang dilakukan oleh Dr Akmal dalam isu stoking bertulis kalimah Allah menjadi isu politik dengan ancaman menakut-nakutkan tentang padah yang bakal menimpa UMNO pada PRU.

UMNO adalah parti Melayu yang memperjuangkan kedudukan serta maruah Melayu dan Islam, maka tindakan beliau bangkit menentang penghinaan terhadap kalimah Allah adalah suatu kewajaran.

Antara mempertahankan maruah Melayu dan kesucian Islam dengan kemungkinan hilang sokongan rakyat pada PRU, sudah tentu membela maruah Melayu dan Islam adalah pilihan yang tiada kompromi bagi UMNO.

Lagi pun, UMNO hampir seratus-peratus dianggotai oleh Melayu/Islam, kecuali sejumlah kecil ada Bumiputera bukan Islam di Sabah yang menjadi ahlinya.

Dengan itu, berjuang seperti apa yang dilakukan oleh Dr Akmal lebih mungkin meningkatkan lagi sokongan pengundi Melayu/Islam negara ini kepada UMNO.

Lagi pula, dalam PRU, UMNO lebih banyak bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu/Islam berbanding di kawasan pengundi bukan Melayu.

Ia sama seperti DAP yang majoriti kerusi ditandinginya adalah kawasan bandar yang dihuni oleh pengundi bukan Melayu atau bukan Islam.

Dengan itu, kenapa UMNO perlu takut ditimpa padah seperti yang cuba digambarkan Nga itu?

Kekalahan UMNO di banyak kerusi pada PRU lalu bukanlah atas faktor tidak disokong pengundi bukan Melayu atau kerana mainan isu-isu Melayu dan Islam yang dimainkannya.

Sebaliknya, UMNO tewas kerana tidak disokong oleh pengundi Melayu sendiri yang lebih cenderung kepada parti Melayu lain atas pelbagai faktor, termasuk isu kepimpinan tertinggi UMNO yang tidak diterima oleh rakyat.

Kesimpulannya, Pemuda UMNO dan Dr Akmal tidak perlu takut dengan cubaan menakut-nakutkan yang dilontarkan oleh Nga serta DAP terhadapnya dalam isu stoking kalmah Allah ini.

Teruslah membela maruah Melayu dan Islam kerana berjuang mempertahankan maruah Melayu/Islam adalah perjuangan yang mesti melangkaui ketakutan kepada hilang kerusi atau undi.

Pengajaran mesti diberi kepada mereka yang cuba berlaku kurang agar, selain pendirian seperti yang diambil Pemuda UMNO inilah yang boleh menjamin insiden penghinaan kepada Islam tidak berulang lagi di masa depan. – ShahbudinHusin 19/03/2024.

3 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 19 March 2024 — 12:48 pm
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
19 March 2024 6:16 pm
Anonymous
Anonymous
19 March 2024 6:14 pm
Anonymous
Anonymous
19 March 2024 6:08 pm

Akhir 2023, KJ bagi Markah B+ kepada PMX. Hari ini dah KJ naik Markah A+ pulak. Syabas dan Tahniah PMX. KJ adalah didikan dari Oxford School of Government dimana ilmu mengenali dan adili karaketor diasah dan bukan calang2 orang KJ akan puji. Contohnya dari sessi podcast dengan REEFORNUSI dan Sam BFF Towkay Judi, cfm Oxford dan KJ dah merumuskan 2 ekor konfidante Hadi TALIBAN ini tidak lebih dari penjual jalanan minyak ular yang praktik politik Machiavelli tetapi tunggang ugama. Selepas satu episod walk-out PN disessi Parlimen dulu, KJ telah menasihati MP Tisu Lembik JQAF BERSATU, Radzi Jidin supaya donโ€™t play… Read more »

Anonymous
Anonymous
19 March 2024 5:39 pm

Bangkit apa? K pemuda yang mahu publisiti tak perlu menyalak sebelum tahu fakta sebenar. Didapati hanya 5 pasang (dari lebih 18 ribu) sarung kaki (socks) yang terlibat dan semua ni diimport secara pukal dari CHINA. Bukan dibuat di Msia pun. Factory yang import socks ini boleh saman syarikat yang terlibat dari CHINA kerana kecuaian mereka.

Kalau nak marah atau boikot, maka boikotlah semua barang dari CHINA, termasuk kereta Proton dan beribu2 item buatan CHINA. Bukan boikot KK.

Anonymous
Anonymous
19 March 2024 5:28 pm

Semasa MP Walaun PAS ini bangun bercakap diParlimen dia kelihatan segat berkot dan bertali leher berkilat ditahap apa yang difatwa Boss dia Hadi dah le jilat Perlembagaan Penjajah Kafir, pakaian pun mirip Penjajah Kafir. Ini lah dilemma PAS antara nak berlagak sebagai Pejwang Memali sokong Amanat Hadi yang mati shahid berperang lawan Perlembagaan Penjajah Kafir atau jadi ahli politik sekular Machiavelli Penjajah Kafir enjoy menjoy kuasa politik, habuan dan Sakaw. Sepatutnya Walaun ini pergi check dulu dengan boss dia diKedah, King Karok, REEFORNUSI yang BFF dengan owner KK Mart dah siap promosi pakai baju KK Mart. Kedua, Walaun check jugak… Read more »

Anonymous
Anonymous
19 March 2024 4:08 pm

Pak Mertua Nga Kor Ming takkan minta dia cabut lari punya. Wo pu chi tau bakoteh halal Pas.

maxresdefault
Anonymous
Anonymous
19 March 2024 4:05 pm

Jangan gentar

422863039_917678993045506_9024596182553734314_n
Anonymous
Anonymous
19 March 2024 12:57 pm

SETUJU 100% DGN BG BUDIN!๐Ÿ˜…

DR AKMAL PERLU TERUS BANGKIT SBG SRORANG PAHLAWAN UMNO YG MEMBELA MELAYU & ISLAM…๐Ÿ˜‚

HA HA HA.. JGN JADI PONDAN KEDI YG DIGENGGAM TELUR OLEH PUAK BAK KUT TEH MCM WAK SAKAU KOMEDI DNAA PONOROGO TUH…๐Ÿคฃ

๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜ƒ ๐Ÿ˜„ ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜… ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿคฃ
KAH KAH KAH KAH

144748
Anonymous
Anonymous
19 March 2024 4:00 pm
Reply to  Anonymous

Mamam kek cikit Aum cak..

haji355