ANTARA JUMAAT YANG HITAM DAN HATI YANG HITAM

Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang memihak kepada peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman dalam cabarannya ternadap keabsahan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan, reaksi paling awal yang bertujuan mengaut untung politik ialah daripada bekas Menteri di JPM, Takiyuddin Hassan.

Beliau menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah sebagai sejarah hitam kepada umat Islam negara ini.

“Kita amat sedih, ini adalah “Black Friday”, Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam,” katanya.

Beliau juga mendakwa keputusan mahkamah itu boleh memberi impak kepada undang-undang jenayah syariah di negara ini.

Susulan kenyataan Takiyuddin, melantun-lantun walaun memberi reaksi di media sosial yang menggambarkan kedudukan Islam sudah terancam, di samping menyalahkan kerajaan pusat atas keputusan tersebut.

Terdapat juga mereka yang tidak segan-segan menyatakan keputusan mahkamah tertinggi itu adalah tindakan sebuah kerajaan yang dipimpin orang Melayu, tetapi sanggup mengkafankan enakman syariah Islam.

Hendaklah disedari, keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak menggambarkan pendirian kerajaan pusat kerana mahkamah adalah institusi bebas yang tidak dikawal oleh kerajaan dan mereka berhak membuat keputusan berdasarkan keterangan serta fakta di depan mata mereka.

Apakah fakta dan keterangan yang menyebabkan keputusan itu dibuat?

Jika diperhati, 16 kesalahan jenayah syariah yang dibatalkan itu adalah kerana ia bercanggah dengan hukuman dalam Kanun Keseksaan yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh kerana sesuatu undang-undang negeri tidak boleh mengatasi undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan, maka sebab itulah Mahkamah Persekutuan memutuskan 16 kesalahan itu sebagai tidak sah dan batal.

Dalam hal ini, tidaklah bermakna dengan keputusan tersebut, kedudukan Islam telah terancam atau “Black Friday” telah menyelubungi seluruh undang-undang syariah di negara ini.

Tiada apa-apa titik hitam yang berlaku, kecuali Dun Kelantan telah terbukti cuai kerana melaksanakan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selepas ini, tiada pilihan yang harus dilakukan melainkan Dun Kelantan mesti segera melakukan penyesuaian atau pindaan terhadap 16 undang-undang itu.

Buat sementara ini, meskipun 16 kesalahan jenayah itu terbatal, ia tidaklah pula bermakna sesiapa di negeri Kelantan bebas melakukan kesalahan berkaitan 16 perkara itu dan tiada undang-undang boleh dikuatkuasakan terhadap mereka sebagaimana didakwa bekas Perdana Menteri yang gagal, Mahiaddin Md Yasin.

Yang terbatal hanyalah enakmen syariah, tetapi bagi 16 kesalahan tersebut, mereka yang melakukan sesuatu kesalahan – misalnya liwat atau melakukan persetubuhan dengan mayat – mereka masih boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Perlembagaan Persekutuan.

Dengan itu, celah mata boleh dikata Islam sudah terancam?

Hakikatnya Islam tidak terancam, bahkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah gambaran bagaimana Perlembagaan Persekutuan sentiasa dipertahankan.

Islam tidak terancam dan tidak ada “Jumaat yang hitam”, melainkan yang ada hanyalah hati-hati yang sentiasa hitam dengan tidak mahu mengakui kelemahan atau kesalahan diri sendiri. – ShahbudinHusin 11/02/2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 11 February 2024 — 2:42 pm
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Mitchel Mante
Mitchel Mante
16 February 2024 1:41 am

What i dont understood is in reality how youre now not really a lot more smartlyfavored than you might be now Youre very intelligent You understand therefore significantly in terms of this topic produced me personally believe it from a lot of numerous angles Its like women and men are not interested except it is one thing to accomplish with Woman gaga Your own stuffs outstanding Always care for it up

Anonymous
Anonymous
12 February 2024 9:57 am

Tiada Jumaat yang hitam apabila viral gambar2 Pemimpin2 PAS Taki Dan Nuar Musa berselfie gembira dengan Nik Elin, ahli Muafakat Nasional? PAS cakap tak serupa bikin, hanya motif politik gila kuasa. Jumaat yang hitam… untuk siapa sebenarnya? Dakwaan itu mungkin berbalik kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan partinya yang didakwa cuba mengelirukan umat Islam terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan. Hishamuddin Aun – 12 Feb 2024, 8:00am facebook sharing button Share twitter sharing button whatsapp sharing button email sharing button Takiyuddin Hassan kata tiga hari lalu adalah “Jumaat yang hitam” untuk undang-undang syariah. Kata setiausaha agung PAS itu lagi, pembatalan satu… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 February 2024 11:10 pm

Puak2 ni memang BODOH tak boleh dipulih. Mungkin kepala dah masuk air.

Anonymous
Anonymous
11 February 2024 6:00 pm

Tawaran perkasa Syariah Kelantan menarik umat Melayu Islam membela kambing.

PN16_syariah_kelantan
Anonymous
Anonymous
11 February 2024 5:00 pm

Muka Taki berubah hitam legam Black Friday bila tarbiyah kepada walaun2 totok.

Tapi muka Taki berubah cerah White Friday bila selfie dengan Nik Elin. Samalah muka Ularmaq baru PAS, Nuar Musa Broker Menara KL cerah jugak bila selfie.

Inilah antara dua darjat perangai pemimpin2 PAS berlakon wala depan Walaun tetapi kat belakang lebih teruk dari DAP.

Takbir.

Anonymous
Anonymous
11 February 2024 11:13 pm
Reply to  Anonymous

Taki mungkin IQ zero…. tak ubah macam pak kadok.