Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

ANWAR TOLAK CADANGAN ZAHID HAMIDI

Tiada perbincangan berhubung cadangan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi supaya satu rang undang-undang (RUU) diwujudkan untuk menghalang cubaan menjatuhkan kerajaan dominan dan dipilih secara sah pada PRU.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu bukan keutamaan baginya kerana belum ada kata sepakat dalam kalangan pemimpin kerajaan perpaduan.

“Kami tidak membincangkannya lagi. Ia agak ‘premature’.

“Ada cadangan tetapi bagi saya ia bukan keutamaan,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Kecerdasan Buatan (AI) untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sabtu lalu, Zahid mencadangkan diwujudkan RUU untuk mengekalkan kerajaan sehingga tamat penggal, susulan dakwaan wujud usaha menumbangkan pemerintahan Anwar menerusi “Langkah Dubai” seperti dilaporkan media.

Zahid berkata, RUU itu penting bagi menghalang usaha menumbangkan kerajaan atau “tebuk atap” yang dipilih melalui pilihan raya, seterusnya menstabilkan negara.

Dalam pada itu, Anwar turut membidas pihak pembangkang yang disifatkan terdesak untuk menjatuhkan kerajaan kerana tidak mempunyai sokongan satu pertiga di Parlimen.

“Saya tidak pernah memikirkan itu perkara serius (Langkah Dubai). Ini uar-uar pembangkang yang terdesak dan seperti Langkah Dubai, saya tak komen pun. Ini tak ada asas,” katanya.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/16/cadangan-zahid-bukan-keutamaan-kata-pm/

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x