Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

IDENTITI SEBENAR ‘MR H’ BAKAL TERDEDAH HARI INI?

Identiti sebenar ‘Mr H’ yang menjadi dalang penyebaran rakaman video berbaur lucah melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff dan pembantunya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dijangka didedahkan kepada umum pada esok (hari ini).

Sumber terdekat dengan Abdul Wahab berkata, ini kerana Penolong Pegawai J-Kom itu bakal mengemukakan surat tuntutan saman terhadap ‘Mr H’, aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard serta kerajaan untuk mengheret mereka ke mahkamah.

Jelasnya, surat tuntutan saman ke atas ‘Mr H’ dan kerajaan akan dikemukakan menerusi peguamnya, Faizal Abd Rahman atas pertuduhan konspirasi bagi menjatuhkan imejnya sebagai penjawat awam.

“Untuk Chegubard, surat tuntutan saman akan dikemukakan ke atas beliau oleh peguam Wahab atas kenyataan fitnah dikeluarkannya berhubung isu penyebaran video tular melibatkan Mohammad Agus.

“Dengan surat berkenaan bakal didedahkan kepada umum, secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mengetahui siapa identiti sebenar ‘Mr H’ yang menjadi teka-teki sehingga hari ini,” katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Mengulas lanjut, sumber berkenaan turut menegaskan nilai tuntutan saman yang bakal dikemukakan Abdul Wahab ke atas ketiga-tiga entiti berkenaan akan diketahui pada esok.

Tuntutan saman turut dibuat ke atas kerajaan Malaysia kerana Mr H yang merupakan salah seorang pegawai kerajaan di J-Kom, telah berkonspirasi untuk menjatuhkan imej dan maruah Wahab.

“Sehingga kini, Abdul Wahab masih terkesan dengan konspirasi pendedahan video tular beliau dengan Mohammad Agus. Tuntutan saman ini penting bagi mempertahankan maruah serta kredibiliti beliau selaku seorang penjawat awam,” katanya.

Sebelum ini dalam satu sidang media, Abdul Wahab mendedahkan tindakan merakam perbualan lucah antara dirinya dan Mohammad Agus didalangi seorang individu yang dikenali sebagai ‘Mr H’.

Berikutan itu, satu laporan dibuat Abdul Wahab di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi mendedahkan identiti individu itu kepada polis.

Pendedahan video tular itu dipercayai menjadi faktor Mohammad Agus meletak jawatan Ketua Pengarah J-Kom dengan beliau mendakwa rakaman video tular berkenaan adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber – https://pru.sinarharian.com.my/info-berita/11990/identiti-sebenar-mr-h-didedah-kepada-umum-esok—sumber

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

34 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
34
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x