BUKIT AMAN AMBIL ALIH KES, DR AGUS DAN WAHAB AKAN DIPANGGIL SEGERA

Bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil Bukit Aman untuk dirakam keterangan semula.

Perkembangan itu selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes penyebaran video perbualan lucah membabitkannya daripada polis Selangor.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya juga akan memanggil seorang lagi individu dikaitkan dengan rakaman video itu, iaitu Abdul Wahab Abdul Kadir untuk dirakam keterangan.

Katanya, proses merakam keterangan mereka akan dijalankan dalam masa terdekat.

“Bila dan di mana (proses rakam keterangan), kita masih atur buat masa ini,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan polis selesai merakam keterangan Agus selepas beliau membuat laporan berkait video itu di IPD Kajang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata buat masa ini pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu, dan beliau merujuk kepada laporan oleh Agus, semalam.

Susulan itu, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Pada sidang media semalam, Agus mendakwa video perbualannya bersama individu bernama Wahab yang tular di media sosial sebenarnya disunting.

Wahab yang turut serta dalam sidang media itu mengaku merakam video asal yang didakwa sudah diubah suai.

Beliau yang bekerja di J-Kom sebagai pembantu pegawai komuniti daerah mendakwa diarahkan individu berjawatan tinggi dikenali “Mr H” untuk merakam video bagi memerangkap Agus.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/11/18/bukit-aman-akan-panggil-agus-wahab/

1 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 19 November 2023 — 7:22 am
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Santos Burton
Santos Burton
29 November 2023 5:25 pm

Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement account it. Look advanced to far added agreeable from you! However, how can we communicate?

Anonymous
Anonymous
19 November 2023 11:41 am

Wahab akui jadi ‘kambing hitam’ Mr. H untuk jatuhkan Agus

Oleh Nurayuni Johari
 17 November 2023

https://malaysiagazette.com/2023/11/17/wahab-akui-jadi-kambing-hitam-mr-h-untuk-jatuhkan-agus/
_____________________________________________________
HA HA HA.. DGN AGUS PULA, DIA JADI ‘KUDA PUTIH’…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

11-35-08-MGF17112023_PC-AGUS-3-1-1024x683
Anonymous
Anonymous
19 November 2023 10:13 am

KISAH PNDERHAKA SIRI 2Kuda-kuda tunggangan bangga angkat isu dalam kain pelikat Wahab. Tok Kerala tumpang terharu dan syukur kepada Illahi sambil menunggang.

8c49e5b18084004455c9e2ec5d76e14c
Anonymous
Anonymous
19 November 2023 10:06 am

KISAH PNDERHAKA SIRI 1
Tok Kerala telah menurunkan ilmu jurus tangan derhaka 7 petala langit Kerajaan Ayah Pin dengan menghina susur galur Sultan kepada anak muridnya, Sanusi.

1_bodojela
Din Remos
Din Remos
19 November 2023 8:39 am

Budin,

Dr Agus sudah buat laporan Polis. Jadi biarlah Polis yang siasat dia dan ambil tindakan yang sewajarnya jika didapati ada unsur2 yang menyalahi undang2 dlm video call tersebut.

Yang hang dok kalut ulas isu ni sampai dua tiga posting pahal lu bro…aku nampak macam hang ni ada personal grudge against mamat Agus tu….Jangan2 hang iri hati sebab depa lantik dia jadi Pengarah J-kom …tak lantik hang ke jawatan tu. If that is the case hang pi marah kat Anwar la bro…

Blog hang ni makin lama makin merudum la dari segi content…

Anonymous
Anonymous
19 November 2023 8:21 pm

It’s best that this issue is left to the police. Only they will find out the truth. They have the way to do it. We can only assume things which may be wrong or right.

Anonymous
Anonymous
19 November 2023 8:27 am

Bersatu sudah hancur. Pas kawan yang tidak berguna satu sen.

BANG-MAT-POWER2
Anonymous
Anonymous
19 November 2023 8:15 am

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Bagus le, bila TDM buat bagi PN berpecah belah
Biar rkyat nampak, PN, sebuah parti bermasalah
Dgn itu..sokongan kpada BN kembali menyerlah
PRU-16 nanti, lbih mudah utk PN tumbang kalah

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

HAWAU3
Anonymous
Anonymous
19 November 2023 8:12 am

Firman Allah SWT maksudnya: 

“Dan janganlah kamu makan harta (orang-orang lain)
di antara kamu dengan jalan yang salah, 

dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) 
kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian 
dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,
 
padahal kamu mengetahui (salahnya).”

(Surah al-Baqarah: 188)

01670063601937
Anonymous
Anonymous
19 November 2023 8:06 am

Amalan rasuah merebak dalam kalangan Ahli Kitab, berdasarkan firman Allah SWT:

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta
dan sangat suka memakan segala perkara yang haram (rasuah dan sebagainya).

Oleh itu. jika mereka datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah daripada mereka; dan jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat ke atasmu sedikit pun;

dan jika kamu menghukum sesuatu perkara, maka hukumlah (perkara itu) antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” 

(Surah al-Ma’idah: 42)

1200n
Anonymous
Anonymous
19 November 2023 8:03 am

Rasulullah SAW bersabda, 

Sesungguhnya ada orang berusaha 
mendapatkan harta dengan cara tidak benar. 
Maka nerakalah bagi mereka pada hari kiamat.

(HR. al-Bukhari).

busukiPas
Anonymous
Anonymous
19 November 2023 8:01 am

Rasulullah bersabda, 

“Sesungguhnya Allah tidak menerima 
solat tanpa bersuci, dan sedekah dari hasil rasuah (gulul)” 
(HR. an-Nasa’i).

ami-samsuri