PH HARUS SEGERA KETATKAN AKTA LOMPAT PARTI

Sebagaimana dilaporkan media sebelum ini, akta lompat parti yang lebih ketat tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat tentangan daripada PN ketika proses penggubalannya.

Selepas Khairy Jamaluddin mendedahkan perkara itu, ia kemudian disahkan oleh Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, wakil PH dalam penggubalan undang-undang berkenaan, Hanipa Maidin serta bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tun Jaafar yang diberi tanggungjawab ketika era kepimpinan Ismail Sabri Yaakob untuk menguatkuasakan akta itu.

Wakil PN yang terbabit dalam penggubalan undang-undang itu ialah Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hasan.

Kini, apabila sudah ada empat Ahli Parlimen PN mengumumkan sokongan kepada kerajaan perpaduan dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak, pihak yang harus dipersalahkan oleh gabungan tersebut ialah Hamzah dan juga Takiyuddin.

Jika kedua-duanya sedia untuk senada dengan PH yang mahu undang-undang lompat parti yang benar-benar ketat, apa yang berlaku kepada PN hari ini pasti tidak berlaku.

Tapi, segala-galanya sudah terlambat, disebabkan adanya kelonggaran itulah maka Ahli Parlimen boleh mengambil pendirian berbeza daripada keputusan parti tanpa menjejaskan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat.

Hari ini mungkin yang berlaku ialah Ahli Parlimen blok pembangkang menyokong kerajaan, tetapi di masa akan datang, tidak mustahil ada pula Ahli Parlimen blok kerajaan yang menyokong pembangkang.

Meski pun ketika ini PH memperolehi laba dan untung daripada kelonggaran akta lompat parti itu, tetapi PH tidak boleh selama-lamanya selesa dan membiarkan saja ia tanpa keinginan untuk mengetatkan sebagaimana iltizam asal mereka.

Dalam hal ini, selain memikirkan keuntungan politik, PH haruslah jujur dengan dasar perjuangannya sendiri.

Jika sebelum ini ia mahukan akta lompat parti yang benar-benar ketat, setelah mengetuai kerajaan sekarang, ia mesti kekal dengan pendirian yang sama.

Lagi pula, di samping PN sendiri akhirnya sedar kelonggaran itu sesuatu yang tidak baik untuk kestabilan politik negara dan terbukti telah merugikan mereka, UMNO juga terlihat tidak gembira dengan wujudnya kelonggaran itu.

Ketua Pemuda UMNO, Akmal Salleh, walaupun partinya sebahagian daripada kerajaan dan sokongan empat Ahli Parlimen PN kepada Anwar adalah sesuatu yang menguntungkan kedudukan kerajaan, tetapi beliau tetap menyifatkan mereka itu sebagai “katak politik”.

Malah beliau juga mencadangkan agar Ahli Parlimen PN itu patutnya diletakkan di luar dewan, bukan dikeluarkan daripada kedudukan bersama blok pembangkang saja.

Hakikatnya, jika PH dengan segera memulakan langkah mengkaji semula akta lompat parti agar itu benar-benar ketat, pasti semua parti akan memberi sokongan.

Sekaligus ini akan menyebabkan PH lebih disanjung rakyat kerana dilihat tidak mengubah reformasi perjuangannya sama ada ketika jadi pembangkang atau setelah menjadi kerajaan.

Dalam masa yang sama, mengetatkan akta lompat parti adalah sebagai perlindungan untuk mengelakkan kerajaan dijatuhkan dengan kemungkinan ada Ahli Parlimen blok kerajaan mahu mengalih sokongan mereka.

Tambahan lagi, cukuplah setakat empat ini saja bagi Anwar dan kerajaan perpaduan menerima sokongan secara individu daripada Ahli Parlimen blok pembangkang.

Kedudukan Anwar sudah cukup stabil, tanpa sokongan mereka itu pun kerajaan tetap tidak mudah untuk digoncang.

Demi kestabilan dan inginkan peruntukan, jika PN mahu menzahirkan sokongan, mereka sepatutnya datang secara “en bloc” dan memetrai CSA (perjanjian kepercayaan dan perbekalan) secara berkumpulan dengan kerajaan.

Ini lebih harmoni buat kerajaan berbanding seorang demi seorang yang datang secara curi-curi untuk memberi sokongan. – ShahbudinHusin 15/11/2023.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 15 November 2023 — 5:17 pm
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
23 November 2023 12:32 pm

Bila katak tidak melompat di sana sini di mana2 negara, politikus2 yang berwibawa, berpersonaliti berwibawa yang kebanyakan nya memain perananan yang ulung.

Anonymous
Anonymous
17 November 2023 6:50 am

Tiada yg melompat wahai dr akmal Yg melompat seperti azmin semburit dgn geng nya masa langkah sheraton 2020 dulu tu.

Anonymous
Anonymous
15 November 2023 4:50 pm

Syabas Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh yang tegas menentang kegiatan lompat parti atau ‘politik katak’.

Rujukan:

Pemuda Umno cadang pindah ‘katak politik’ ke luar dewan

https://m.malaysiakini.com/news/686569

Anonymous
Anonymous
16 November 2023 1:02 pm
Reply to  Anonymous

Apa depa debat diluar?

Anonymous
Anonymous
23 November 2023 12:40 pm
Reply to  Anonymous

Jenaka ini nampak gampang dzn toye dalam suasana katak lompat heboh di perkatakan.

Let’s join in the fun and make Budin ghairah, folks.

Anonymous
Anonymous
15 November 2023 4:23 pm

Mahkamah tolak petisyen rayuan PH dan BN. Kemenangan Hj Hadi di Parlimen Marang kekal.

Rugilah tak dapat dibuat PRK di Marang. Kalau tidak, dah tentu BN akan dapat menambah lagi satu kerusi Parlimen dengan menang di Marang selepas memenangi PRK Parlimen Kemaman nanti.