SEORANG MP BERSATU ENGGAN TANDATANGAN BAI’AH IKRAR SETIA BERSAMA PN?

Sebagai langkah membendung lebih ramai Ahli Parlimennya mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim, PN baru-baru ini mengambil langkah menetapkan setiap mereka perlu menandatangani watikah ikrar taat setia atau bai’ah sebagai jaminan akan tetap kekal bersama gabungan itu.

Langkah tersebut berikutan setakat ini sudah empat Ahli Parlimen blok pembangkang itu mengisytiharkan sokongan mereka kepada kerajaan perpaduan.

PN sebelum ini mempunyai 74 Ahli Parlimen bersamanya, tetapi kini hanya tinggal 70 saja lagi setelah empat daripadanya mengumumkan sokongan kepada Anwar.

Empat Ahli Parlimen berkenaan adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Keempat-empat Ahli Parlimen itu berbuat demikian demi membolehkan mereka diberikan peruntukan oleh kerajaan untuk menjaga kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, daripada 70 Ahli Parlimen PN yang masih tinggal sekarang ini, seorang daripadanya difahamkan masih enggan menandatangani bai’ah tersebut.

Ahli Parlimen berkenaan dikatakan memberi alasan perlukan sedikit masa lagi untuk berfikir sebelum mahu menandatangani ikrar taat setia itu.

Tindakan beliau itu bagaimanapun segera menimbulkan desas-desas beliau juga akan mengumumkan sokongannya kepada Anwar selepas ini, menuruti jejak empat Ahli Parlimen PN yang berbuat demikian sebelum ini.

“Jika tidak, mengapa beliau enggan segera menandatangani bai’ah itu?

“Tiada alasan munasabah untuk menangguh atau melewat-lewatkan menandatangani bai’ah jika benar ingin kekal setia lagi dengan PN,” kata seorang pemimpin Bersatu.

Siapakah Ahli Parlimen berkenaan?

Sabarrr…kita mungkin akan mengetahui siapa Ahli Parlimen itu sedikit waktu lagi bila beliau sendiri dijangka akan mengumumkan sokongan terbukanya kepada Anwar dan kerajaan perpaduan. – ShahbudinHusin 14/11/2023.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 14 November 2023 — 5:56 pm
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
Sokongan MP Bukit Gantang Kepada PMX Memang Sudah Diduga – Harapan Madani
14 December 2023 3:42 am
trackback
Sokongan MP Bukit Gantang Kepada PMX Menang Sudah Diduga – Harapan Madani
29 November 2023 9:28 pm
Anonymous
Anonymous
16 November 2023 12:49 pm

Saya fikir sudah bnyak gejala katak lmpat berlaku di negara ini sekarang

Anonymous
Anonymous
15 November 2023 6:17 am

BILA SENJATA AKTA-LOMPAT MAKAN TUAN, ABAH MELOMPAT TAK TIDUR MALAM, DIA DAN HADI KENA TEBUK ATAP. DULU PRU14 BANGGA KHIANAT PH DENGAN SHERATON MOVE DAN SCHEME OF THINGS.  SEKARANG PRU15 MASEH MENGEJAR DOH CUKOP JUMLOH NAK SHERATON MOVE 24/7. TIBA2 PMX PULANG BALIK PAKU BUAH KERAS. MAT JARGON MACHANG TERPAKSA MELALAK KERANA ABAH MENGIGAU TAK DAPAT PASSPORT DAN BERSATU NAK KARAM SENJATA MAKAN TUAN. TERKEDU BARU NAK BAIAH. DON’T PLAY PLAY WITH PMX. 1. 14 Nov 2023, 5:02pm Wan Fayhsal dakwa bekas pegawai, ‘Datuk Botak’ tarik Ahli Parlimen sokong PM Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 November 2023 7:21 pm

Mu nok Isle ko mu nok saing baiah talak tigo?

696x392-gadai-tanah
Thanos
Thanos
15 November 2023 3:15 pm
Reply to  Anonymous

Haha