PH TAK SETUJU NAJIB DIBERI PENGAMPUNAN – RAFIZI

Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju pengampunan diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR itu, berkata walaupun PH tidak bersetuju namun gabungan itu tidak mencampuri urusan berkaitan pengampunan terbabit.

“Itu memang pendirian kita (PH), cuma proses pengampunan ini, ada proses tertentunya dan akhirnya ia adalah di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Namun jika ingin bertanya sama ada bersetuju, sebagai PH kami tidak bersetuju dan kami juga tidak mencampuri urusan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program ‘Power Chat’ dan Pelancaran Rasmi Kovensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17 anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Rafizi berkata, biarpun tidak bersetuju dengan pengampunan terbabit, Najib berhak membuat permohonan untuk diampunkan seperti termaktub dalam Perlembagaan. 

“Sama ada kita bersetuju atau sebaliknya, akhirnya ia terpulang kepada mereka yang memiliki mandat (untuk memberi pengampunan), dan ia bukan (daripada) kerajaan,” katanya. 

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos tahun lalu. 

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun memfailkan petisyen pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (PP) pada 2 September 2022.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1152445/ph-tidak-setuju-najib-diberi-pengampunan-rafizi

4 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 13 September 2023 — 8:53 pm
Subscribe
Notify of
guest

14 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
14 September 2023 8:42 am

Din Remos 13 September 2023 9:59 am Woit jora…. Kalau kail panjang sejengkal Jangan lautan hendak diduga Kalau kontol kurang sejengkal Anak pak vinod takyah la kau goda 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ 🀣 Reply _____________________________________________________ HA HA…BILA BRO HADIR BLOG INI TAK SURAM!🀣 πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ ❀️ Dek digoda rindu asmara, diri ini jadi tak tenteram!  Anak… Read more »

18-45-29-photo_2019-05-11_23-12-30.jpg
Anonymous
Anonymous
14 September 2023 8:33 am

Kami setuju. PH mesti tetap dengan pendirian. Biarkan yang bersalah terus dalam penjara. Sampai masa nanti (mungkin selepas 6 tahun dalam penjara) bolehlah nak consider pun. Ingat bahwa kes 1MDB masih ada…. mungkin kena lagi.

Anonymous
Anonymous
14 September 2023 8:32 am

Sambutan Hari 40 Ogos 2023. Baju putih tanda projek tebok atap Ulama suu Pas dan Tok Kerala angkat bendera putih.

IMG-20170526-WASELAMAT.jpg
Anonymous
Anonymous
14 September 2023 8:25 am

Din Remos 13 September 2023 9:59 am Woit jora…. Kalau kail panjang sejengkal Jangan lautan hendak diduga Kalau kontol kurang sejengkal Anak pak vinod takyah la kau goda 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 🀣 πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ 🀣 Reply _____________________________________________________ HA HA..INGAT KAT IJN LAGI BRO BERKELIARAN🀣 πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… Lama benarlah, suara Bro Din ini tidak kedengaran Mmg dgn anak dara Pak Vinod tu diri ini jadi karan ‘Kontol sejengkal’ tak usah ler Bro nk… Read more »

12-27-49-main-qimg-a58f79b50e090ff66c93ecc40db83504-lq.jpg
Anonymous
Anonymous
14 September 2023 7:58 am

Yang tak bersetuju Lembaga Pengampunan wujud sebab tiada dalam Islam tengah sibuk panic buying baju kaler putih. Ha355

0derhaka molek.jpg
Anonymous
Anonymous
13 September 2023 11:12 pm

Menarik perkembangan2 baru habis checkmate Sheraton Move 2.0 nak selamatkan Kluster Mahkamah Baru Atok, Abah dan Hadi: a. J/K Select Parlimen akan panggil AGB Baru dan Lama tanya semua kes-kes DNAA yang banyak semasa Abah PM8 PN dan Idris Harun dilantik Abah jadi AGC. Ada kes-kes libatkan Pemimpin2 Parti PAS dan BERSATU. Terkedu Abah dan PN. b. Jamal UMNO akan buat demo lawan baju hitam dan merah UMNO lawan demo PN tujuan nak selamatkan Malaysia dari PN dan Penyamun2 Nasional spt Abah kembali jadi PM. Tujuan lain adalah Rakyat ingin tahu kenapa Nasaruddin PAS dan Shahidan Kassim PAS diberi DNAA… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 September 2023 8:43 am
Reply to  Anonymous

Buat demo sementara tunggu 4 tahun kena sidai tanpa MB RXZ menemani di sisi bila motor kena sita.

nak undi saja.png
Anonymous
Anonymous
13 September 2023 10:58 pm

Anwar akan bebaskan Najib, gugurkan kes Zahid jika disokong jadi PM, kata Dr Mahathir

Azzman Abdul Jamal
November 6, 2022 8:19 malam

https://www.malaysianow.com/my/news/2022/11/06/anwar-akan-bebaskan-najib-gugurkan-kes-zahid-sekiranya-disokong-jadi-pm-kata-dr-mahathir

539207bb-0bbb-41b4-9155-ba99be157b9122-54-53-.jpg
Anonymous
Anonymous
14 September 2023 8:14 am
Reply to  Anonymous

Tok Kerala Kutty tak ramal apa berlaku selepas lantik PM8?

PM6 kena tipu PM7 PM8 PM9.jpg
Anonymous
Anonymous
13 September 2023 10:15 pm

Klentong Ulama Su. Lain cakap lain bikin. I-turn 24/7 ikut kolam mana main. 1. Tak boleh tanya dia. Lain tanya lain jawab. Kena tanya Tukang Angkat Bag dia Syahirnomic ada ke dalam Islam masa Abah PM8 Tebuk Atap PN dengan PAS tipu majoriti bohong? a. Duta Khas makan gaji buta tak buat kerja tak amanah dalam Tebuk Atap PN Abah PM8 b. DNAA Nasaruddin PAS orang kuat Hadi jadi Broker Hadi duit curi 1MDB RM90 AMLA, Rasuah dan CBT RM99juta tekanan Hadi dan PAS kepada Abah PM8 PN dan Idrus Harun AGC. Ada dalam Islam nak tipu majoriti bohong Tebuk… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 September 2023 10:12 pm

Bossku dah balun duit rakyat berbillion ringgit pasal apa pulak kena beri pengampunan kat dia. Sedaplah lepas curi duit senang senang dapat ampun. Hutang kerajaan berbillion tu rakyat pulak yg kena tangung disebabkan dia. Sebab dia lah jho low dan kuncu2 nya jd kaya joli katak bebas enjoy. Rakyat kena bayar cukai, tak bayar diheret kemahkamah. Kalu bossku offer pulang balik semua duit yg dia sedut tu kira bolehlah dipertimbangkan pengampunan. Bossku pun kenalah tunjuk timbang rasa. Kalau nak ampun free je, semua banduan yg curi duit dibawah 1 billion mesti dilepaskan. Barulah adil.

Azizan
Azizan
13 September 2023 9:35 pm

Tak bersetuju DSN diberi pengampunan, itu hak PH. PH mempunyai pelbagai alasan . Tapi..orang ramai mungkin melihat isu ini dengan pelbagai persepsi ..antaranya.. 1. PH hipokrit la namanya…apa beza DSA dgn DSN? bukankah keduanya disabitkan bersalah dimahkamah? Kenapakah PH berusaha dgn bersungguh2 memohon keampunan kpd DSA bahkan boleh dikira diantara first action priority sebaik sahaja PH berjaya membentuk kerajaan? Sedangkan DSN dibiarkan berjuang bersendirian sekalipun UMNO adalah sebahagian dari kabinet kerajaan perpaduan. 2- PH ada kemungkinan berjasa bimbang, jika DSN bebas, beliau yg sememangnya BOSSKU yg berkarisma menjadi saingan kpd DSA….jika ini ada kpd pimpinan PH, saya yakin Kerajaan Perpaduan… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 September 2023 8:51 am
Reply to  Azizan

Dia nak jadi punching bag untuk Rukun Negara no 2. Walaun sekarang dipimpin orang jenis Khawarij Syiah. Bahaya.

tak_derhaka.jpg
Anonymous
Anonymous
14 September 2023 11:53 am
Reply to  Azizan

Azizan, ko tahu berapa billion DSA balun duit rakyat pastu dpt pengampunan? Apa bezanya ko tanya antara DSA dan DSN krn kedua2nya disabitkan bersalah oleh mahkamah. Ko ada bayar cukai pendapatan ke tadak?