Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PAS KELANTAN AKAN SERAH TIGA NAMA CALON MB KEPADA HADI AWANG

Kepemimpinan PAS Kelantan akan menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebaik keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) diketahui malam ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata pemilihan calon akan diputuskan Abdul Hadi sebelum dipersembahkan kepada Sultan Kelantan.

“Selepas semua calon kita dapat, biasanya kita akan hantar nama dan presiden akan buat keputusan sebelum persembahkan kepada Tuanku Sultan. 

“Ini semua selepas keputusan PRN diumumkan malam ini, dapat berapa kerusi, di mana (calon DUN) yang harus kita ambil, biasanya tiga calon atau lebih.

“Kadang-kadang ikut kelayakan yang ada pada calon sebab nak jadi pemimpin bukan mudah, ada tanggungjawab, syaratnya tahan diuji,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, di sini, hari ini.

Ahmad yang dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan bermula 6 Mei 2013 berkata, tanggungjawabnya selama dua penggal itu seeloknya dilepaskan berikutan faktor usia dan kesihatan yang tidak mengizinkan. 

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, perkara itu sudah lama disuarakan kepada Abdul Hadi serta beberapa rakan terdekat dan turut mengumumkan PRN kali ini adalah penggal terakhirnya sebagai calon wakil rakyat.

“Saya sentiasa mengalami keuzuran dan sudah dua kali jatuh, mungkin ada ‘slip disc’ sikit dan masalah jantung.

“Maka saya suarakan kalau boleh tak mahu jadi MB lagi sebab faktor umur dan kesihatan. Dah maklum lama dah kepada presiden (PAS) dan sahabat sendiri,” katanya.

Mengenai PRN, Ahmad yang juga calon PAS DUN Pasir Pekan, menaruh keyakinan parti itu masih kekal memerintah Kelantan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat meletakkan ramalan berapa kerusi yang mampu dipertahankan termasuk dari segi majoriti.

“Insya-Allah kita dapat pertahan cuma berapa kerusi kita dan majoriti tu, Wallahualam. Tapi saya yakin kita akan menang,” katanya.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1139388/pas-kelantan-akan-serah-nama-tiga-calon-mb-kepada-abdul-hadi

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

47 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
47
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x