Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

GUAN ENG NAFI PERNAH TUDUH PN MAHU ROBOH TOKONG

Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng menafikan dia pernah mendakwa Perikatan Nasional (PN) akan merobohkan tokong sekiranya berjaya menawan Pulau Pinang.

Sebaliknya, Lim berkata ucapannya dalam bahasa Mandarin telah diputarbelitkan seolah-olah ada pihak ingin merobohkan tokong Buddha atau tokong Cina.

“Ini tidak benar. Saya amat kesal ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah sengaja memutar belitkan ucapan saya dan menggambarkan seolah-olah membakar sentimen perkauman agama dan kaum,” kata Lim dalam kenyataan, hari ini.

Lim sebaliknya berkata ucapannya itu dibuat merujuk kepada kes sebuah tempat ibadat Hindu yang dirobohkan pada Julai 2020 di Kedah.

Pada 9 Julai 2020, Malaysiakini melaporkan kenyataan bekas ahli Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS), R Kumaraguru Naidu yang menggesa Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memberi penjelasan berhubung perobohohan tempat sembahyang Hindu berusia lebih 70 tahun di Jalan Stesen, Alor Setar.

Tindakan merobohkan tempat ibadat itu dilakukan pada jam 1 pagi hari yang sama.

Menurut Kumaraguru, tempat ibadat itu dirobohkan hanya selepas kerajaan PN mengambil alih kerajaan negeri dengan mendakwa ia menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Bagaimanapun Sanusi berkata perobohan tempat ibadat itu dibuat supaya tataletak setiap binaan berstruktur di semua tempat berada pada tempatnya secara sah dan terkawal.

Tempat ibadat Sri Madurai Veeran itu dibina pada tahun 1942 oleh pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Mengulas lanjut, Lim berkata tidak terlintas langsung di fikirannya untuk menggunakan isu 3R (Agama, kaum dan raja) bagi meraih undi.

“Saya harap semua pihak akan menjunjung keluhuran Perlembagaan yang dengan jelas menyatakan Islam sebagai agama rasmi, dan penganut agama lain bebas mempraktikkan kepercayaan mereka dengan selamat dan aman di mana-mana negeri dalam Persekutuan,” tegasnya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/671312

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
9
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x