Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

TUN MAHATHIR BAKAL DIDAKWA?

Kertas siasatan ke atas Dr Mahathir Mohamad berhubung isu dia didakwa menghina institusi raja sudah disiapkan, kata Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Setiausaha PDRM Noorsiah Mohd Saaduddin berkata selaras dengan peruntukan undang-undang kertas siasatan tersebut akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu depan.

“PDRM telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Tun Dr Mahathir bersabit kes penghinaan terhadap institusi diraja.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 Jun ini selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media.

Dalam kenyataan sama Noorsiah juga memberitahu bagi isu membabitkan Proklamasi Orang Melayu, PDRM masih di peringkat siasatan.

Katanya polis akan merakamkan percakapan dua ahli politik lagi iaitu Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/667430

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

20 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
20
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x