TUAN IBRAHIM TAK FAHAM MATEMATIK POLITIK

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hanya parti yang memiliki majoriti kerusi di Parlimen patut mengemudi kerajaan.

Beliau mengambil contoh bagaimana ketika UMNO mengetuai kerajaan di era BN sebelum ini telah berjaya mewujudkan kestabilan hampir 60 tahun lamanya.

Kenyataan Tuan Ibrahim ini sebagai menyokong kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang yang mengatakan parti itu sepatutnya mengetuai kerajaan kerana memiliki jumlah Ahli Parlimen paling ramai sekali.

Kenyataan Hadi itu sebagai mengktitik PH yang mengetuai kerajaan perpaduan di mana ia bukan diketuai oleh parti yang memiliki kerusi Parlimen Melayu paling ramai, sebaliknya dikuasai bukan Melayu.

Kenyataan Hadi mendapat sanggahan segera daripada Anwar Ibrahim yang menegaskan, soal jumlah majoriti bukan Islam dalam gabungan kerajaan bukan perkara utama, sebaliknya yang lebih penting ialah dasar yang dibawa oleh kerajaan perpaduan.

“Yang penting bukan soal jumlah majoriti ataupun tidak, yang penting dasar.

“Di mana dasar yang (menunjukkan) kita tinggalkan Islam, di mana? Kita khianat orang Melayu, mana? Kita curi tanah Melayu, curi saham, curi projek, di mana?

“Ini penting kita nilai dan jangan gunakan naratif kolot dan jumud yang lalu,” bidas Anwar lagi.

Dalam mempertahankan kenyataan Hadi, Tuan Ibrahim berkata, tiada salahnya Pas menggunakan naratif lama dengan mengatakan bahawa hanya orang Islam boleh memerintah Malaysia.

Katanya, ia adalah berdasarkan keadaan di ketika UMNO mengetuai BN sebelum ini,

Boleh pakai dan diterimakah hujah Tuan Ibrahim ini?

Ada beberapa perkara yang Tuan Ibrahim nampaknya terlupa atau sengaja buat-buat lupa dalam perkara yang disebutkannya ini.

Pertama, ketika UMNO memenangi paling banyak kerusi Parlimen di era BN, ketika itu gabungan tersebut juga memiliki jumlah kerusi Parlimen yang cukup dan selalu melebihi dua pertiga untuk membentuk kerajaan.

Dengan itu, memanglah tidak dipertikaikan penguasaan UMNO dan kedudukan kerusi Parlimen Melayu dalam BN ketika itu.

Yang kedua, dalam keputusan PRU15 lalu, walaupun Pas memenangi paling banyak kerusi Parlimen iaitu sejumlah 43, gabungan PN yang dianggotainya hanya menang 74 kerusi Parlimen saja.

Jumlah 74 itu jauh daripada 112, jumlah paling mininum bagi mana-mana parti atau gabungan untuk membentuk kerajaan.

Bukan saja dengan 74 kerusi itu PN tidak cukup jumlah untuk membentuk kerajaan, malah juga berada di belakang PH yang memenangi sejumlah 82 kerusi Parlimen.

Jadi, bagaimana dengan jumlah 43 kerusi dimiliki Pas daripada 74 dimenangi PN itu mampu mengetuai kerajaan?

Ini yang Tuan Ibrahim perlu faham dan sedar, maka sebab itulah disarankan ketika itu agar dibentuk sebuah kerajaan perpaduan lantaran tiada mana-mana parti atau gabungan yang boleh membentuk kerajaan secara sendirian.

Dalam pembentukan kerajaan perpaduan itu pula, itu pun setelah PN sendiri menolak untuk bersama, BN yang ada 30 kerusi, kemudian diikuti GPS dengan 23 kerusi, GRS 6 kerusi dan Warisan 3 kerusi, semuanya bersetuju untuk bersama serta bekerjasama dengan PH.

Maka, itulah sebabnya Anwar daripada PKR yang hanya memiliki 30 kerusi Parlimen dalam PH telah diangkat sebagai Perdana Menteri dan peneraju negara ini.

Anwar diangkat kerana beliau ketua PH dan disokong oleh DAP yang memiliki paling banyak kerusi dalam gabungan itu.

Ia sama juga dengan PN, kalaulah gabungan itu yang dipilih untuk menerajui kerajaan, siapa akan jadi Perdana Menteri?

Pemimpin daripada Bersatu atau pemimpin Pas?

Memanglah dalam matematik, angka lebih besar dikira menang dan patut menjadi ketua, namun dalam politik bukan begitu semestinya.

Banyak faktor lain kena diambil kira dan dijadikan pertimbangan, termasuk dari segi kemampuan.

Naratif lama yang disebut dan digunakan oleh Tuan Ibrahim itu tidak semestinya boleh dipakai sepanjang masa kerana matematik dalam buku tidak sama dengan matematik dalam politik.

Kalau Tuan Ibrahim ingin bertegas juga dengan naratif lama itu, beranikah beliau selepas ini bersuara bersama dakwaan parti itu memiliki jumlah Ahli Parlimen paling ramai, maka jawatan Perdana Menteri mesti diberikan kepada Pas jika PN menang PRU16 akan datang? – ShahbudinHusin 04/06/2023.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 4 June 2023 — 3:51 pm
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
5 June 2023 8:07 am

Tahniah atas kejayaan membeli tanah Rakyat bernilai 30 juta dengan harga 50k sahaja.

-tok lakimu tersayam

p/s ganu dop banjir dop bulih gi New Zealang ye ayammmm.

250665721_2065157806973136_8692900051520172794_n.jpg
Anonymous
Anonymous
5 June 2023 10:39 am
Reply to  Anonymous

Bahasa apa nih “dop banjir dop bulih gi New Zealang ye ayammmm.”?

Anonymous
Anonymous
5 June 2023 8:02 am

Penipu Melayu Islam hasut tolak Raja dan Kerajaan Melayu.

3penyakau.png
Anonymous
Anonymous
5 June 2023 6:31 am

Geng kelah menu kuah oren hanya tahu nombor billion-billion sakau billion-billion sakau. Ha355

334697314_590375322989526_974426606088718621_n.jpg
Anonymous
Anonymous
5 June 2023 6:27 am

Geng kelah nak tipu Melayu Islam

_kembong cap ayam.jpg
ken
ken
4 June 2023 9:17 pm

PAS meroyan tak habis2. Jika PAS memerintah lingkup negara. Ke zaman batulah negara. Tiada pelabur akan datang lagi. Kami merayu kepada rakyat Malaysia, jangan undi PAS.

Anonymous
Anonymous
4 June 2023 5:31 pm

Selagi belum masuk court, semua benda dalam alam semesta di bawah ulama PAS termasuk Allah dan para Nabi.

Selepas masuk court, tarik gear U turn.

1676184535411.jpg
Anonymous
Anonymous
4 June 2023 4:42 pm

Sudah terbukti kerajaan melayu isley berperdana menterikan dari presiden parti melayu isley juga, gagal teruk dan tiada kestabilan bila mentadbir negara. NOKTAH

😆😆😆😆😆😆😆😆🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Screenshot_20230310_065948_Gallery.jpg
Anonymous
Anonymous
4 June 2023 4:36 pm

Tiada apa yang boleh kita katakan kepada PAS ini melainkan MEROYAN, MEROYAN, MEROYAN TAK SUDAH..🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

purgatory
purgatory
4 June 2023 11:45 pm
Reply to  Anonymous

43 kerusi bang ooi…paling banyak bukan 8 macam AMANAH tu

purgatory
purgatory
4 June 2023 11:46 pm
Reply to  Anonymous

43 kerusi la ooi…bukan 8

najeeb
najeeb
8 June 2023 7:25 am
Reply to  purgatory

woi bodo, 43 tu masih tak smpai 112 lah bodo, sbbtu kena ada gabungan bukan ikut parti bangsat!

purgatory
purgatory
10 June 2023 11:22 pm
Reply to  najeeb

adab mencerminkan personaliti