ANWAR PILIHAN TERTINGGI PALING SESUAI PIMPIN MALAYSIA

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan tertinggi sebagai individu yang paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, ketika ini.
Dapatan tersebut diperoleh hasil tinjauan pendapat awam yang dijalankan oleh Endeavour-MGC membabitkan 1,068 responden semua kaum, dan 791 responden Melayu yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata.
Menerusi dapatan tersebut, 46 peratus responden semua kaum dan 32 peratus responden Melayu mahu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memimpin negara untuk tempoh sekarang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menjadi pilihan kedua dengan 25 peratus responden Melayu dan 17 peratus responden semua kaum berpandangan bekas Perdana Menteri itu sesuai untuk menjadi Perdana Menteri.

Ia diikuti dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin yang memperoleh enam peratus daripada responden semua kaum, manakala responden Melayu masing-masing sembilan peratus memilih Ismail Sabri dan lapan peratus (Khairy).

Sementara itu, PH memperoleh undian tertinggi dengan 39 peratus daripada responden semua kaum memilih gabungan itu sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan esok.
Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing memperoleh 18 dan 17 peratus undian daripada kumpulan responden tersebut.
Bagaimanapun, bagi responden Melayu, PN yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan berada di kedudukan teratas dengan undian sebanyak 26 peratus, jika PRU diadakan esok.
Manakala, BN di tangga kedua dengan 24 peratus diikuti PH sebanyak 20 peratus.
Bagi soalan apakah pertimbangan yang paling penting untuk memilih parti yang hendak diundi, isu agama adalah paling tinggi dengan responden Melayu merekodkan 30 peratus, manakala semua kaum sebanyak 22 peratus.
Sementara faktor calon pula menjadi pilihan kedua dengan masing-masing responden Melayu dan semua kaum memberikan undian sebanyak 27 peratus.
Tinjauan pendapat awam itu dijalankan dari 4 hingga 18 April lalu, dengan margin kesilapan keputusan adalah antara tiga dan 3.5 peratus berdasarkan bilangan pemilih berdaftar di Semenanjung, setakat Jun 2022.
Dari segi demografi gender dan kaum, jumlah responden lelaki dan wanita masing- masing 50 peratus manakala kaum Melayu mewakili 62.2 peratus, Cina (28.7 peratus), India (8.2 peratus) dan lain-lain (0.9 peratus).
Kesemua mereka berumur antara 18 hingga 60 tahun ke atas dengan golongan yang berumur 30 hingga 39 tahun adalah paling ramai iaitu 26 peratus.

Sumber – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-pilihan-tertinggi-sebagai-pm-kaji-selidik-endeavourmgc-421817

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 31 May 2023 — 12:03 pm
Subscribe
Notify of
guest

15 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
1 June 2023 3:45 pm

Syahir ini kerja dulu tukang angkat bag Hadi dan tukang tulis ucapan Hadi. Sah Mamak ini gagal kawal Pakar Zoology dan sikap kluk klek fatwa ikut Mutaah dan Kolam. Semua tadak fakta. Syahir MP hidung berhingus yg selalu diberi tuition oleh Rafizi cuba mengusik PMX diluar liga PASTI dia. Dia terlupa fakta2: a. Time Abah PN Penyamun Nasional Kerajaan, ringgit cecah 4.9 hampir 5 sehingga MP Macang geng Syahir hidung besar otak kecik cdg BNM cetak oversupply ringgit jadi spt negara2 krisis Zimbabwe atau Mozambique  b. Boss dia Hadi beri jawapan cliche yg disediakan Syahir, kenaikan harga2 barang time Penyamun… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 June 2023 3:25 pm

Anwar hits back at PAS MP’s remark on ‘full-time’ finance minister He tells Bachok MP Syahir Che Sulaiman to read ‘financial and economic reports’ to understand issues linked to global events. Faisal Asyraf – 01 Jun 2023, 2:32pm Prime Minister Anwar Ibrahim said Bachok MP Syahir Che Sulaiman should not just read ‘PAS’ reports’ to understand the world economic situation. PUTRAJAYA: Prime Minister Anwar Ibrahim has hit back at a PAS MP who called for the appointment of a full-time finance minister to deal with the ringgit’s decline. Anwar, who is also the finance minister, said Bachok MP Syahir Che… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 June 2023 2:00 pm

SEBAB APA RINGGIT JATUH? SEBAB HANG TAK RETI NAK JAGA NEGARA INI…😂

https://youtube.com/shorts/dacKr8pQdBo?feature=share

HA HA HA.. PELABUR TAK YAKIN, PELABUR LARI…🤣

😀😃😄😆😅😂🤣
KAH KAH KAH KAH

02-08-25-front-view-young-male-white-t-shirt-just-laughing-pink-background_140725-27018.jpg
Anonymous
Anonymous
1 June 2023 4:57 pm
Reply to  Anonymous

ABAHSAKO SAJA YG RETI JAGA NEGARA INI..🤣

PELABUR CABUT LARI , TAKUT BILA ABAHSAKO TUTUP PARLIMEN

KAH KAH KAH KAAHHHH..😆😆😆😆🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Screenshot_20230226_193809_Gallery.jpg
Anon
Anon
1 June 2023 9:02 am

Buatlh satu utk MB x wat keja tp sembg babi leh terbg.

ken
ken
1 June 2023 8:59 am

Jelas Mahathir dan Hadi bukan pilihan rakyat. M’din pun akan ditolak rakyat. Dua tiga pemimpin mahu jadi PM…. tak boleh tandingi Anwar seorang.

ken
ken
1 June 2023 8:55 am

Memang Anwar paling layak menerajui negara buat masa sekarang. PH pula kembali mendapat imej yang baik dari rakyat. PN dan BN agak tercemar sikit kerana isu “kluster mahkamah”. Rakyat dah cuba Tun, M’din dan Sabri tetapi semua tidaklah cemerlang seperti Anwar.

Anonymous
Anonymous
1 June 2023 7:06 am

Hidup Mercedes. Hidup 10k duit raya.

PAS_BAHARU.png
Anonymous
Anonymous
1 June 2023 7:00 am

Din Pagoh dah jumpa bakal YDPA tak
hantar resume jadi PM11?

337519147_1412879039538533_3838029505541080533_n.jpg
Anonymous
Anonymous
1 June 2023 6:53 am

Tiada dalam carta
Calon PM dibincang sampai setahun
Kalau 2 ekor ini gagal masuk carta
Kita ke Padang Merbok baju purple

2023-05-14-13-56-38-56.jpg
Anonymous
Anonymous
31 May 2023 8:13 pm

Finance Twitter merungkai mengapa rating PMX tinggi bukan sahaja prestasi sebagai PM dalam tempoh 100 hari kalah Abah dan PN Penyamun Nasional 33 bulan Darurat hanya curi dan sakaw duit Rakyat. Sultan Johor yang bakal naik takhta YDPA secara giliran Jan 2024, telah memberi rating PM terbaik dan Baginda selesa perhubungan peribadi yang rapat dengan PMX seperti jugak PMX dengan Sultan2 lain dalam MRR. Dibawah Finance Twitter beri pencerahan bagaimana strategi politik lick PMX menyebabkan Hadi dan PAS terkedu jilat jari. Inilah hadiah dari orang yg Hadi dan PAS hina sebagai bekas banduan yg tidak layak jadi PM. Tengok sekarang… Read more »

Anonymous
Anonymous
31 May 2023 7:17 pm

HA HA HA.. LAPUJI FORMULA CAP AYAM🐓 KENA TIBAI DGN PUAD ZARKASHI…🤣

‘Jangan sampai rakyat kata Rafizi turun, ringgit naik’
oleh MOHD HAFIZ ISMAIL31 Mei 2023 12:46pmhttps://www.sinarharian.com.my/article/261118/berita/nasional/jangan-sampai-rakyat-kata-rafizi-turun-ringgit-naik

19-15-31-2214592.jpg
Anonymous
Anonymous
31 May 2023 6:21 pm

Rating PMX men Anak naik, berkat doa ini. JZKK kpd Taliban Taman Melewar, order barang lain, yg deliver lain.

Keh Keh

KALAU JAGA PAGI NANTI BUAT HAJAT IKUT DOA NI

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/kalau-jaga-pagi-nanti-buat-hajat-ikut.html

Kami sedang dizalimi olih
PERIKATAN NASIONAL 
Ya Allah, Ya Allah
Kau musnahkan lah mereka
Ya Allah
Kau hancur leburkan lah mereka
Ya Allah
Kau kucar kacirkan lah mereka
Ya Allah, Ya Allah

Anonymous
Anonymous
31 May 2023 6:14 pm

Wednesday, May 3, 2023 Gerakan Tumbangkan Kerajaan: Persepsi bukan Realiti? ULASAN  Anwar Ibrahim SEMINGGU dua ini heboh cerita fasal gerakan hendak tumbangkan kerajaan Harapan. Cerita itu secara tidak langsung membentuk dua dimensi, menakut dan menggembirakan. Ianya ditakuti oleh para pencinta kerajaan Madani, sebaliknya menyeronokan kelompok yang membenci kerajaan Harapan itu khususnya Anwar Ibrahim.  Mulanya saya sendiri tidak ambil peduali mengenai cerita memualkan ini. Tetapi apabila ia disentuh sendiri oleh Anwar Ibrahim, baru saya cuba menyelidiki dan menganaliasanya sejauh mana logik dan benarnya. Bagi Anwar beliau menyifatkn gerakan itu suatu igauan. Ia dilakukan oleh mereka yang mengigau. Sama ada realiti atau… Read more »

Anonymous
Anonymous
31 May 2023 1:01 pm

WAK JAHID KATA, ITU SEMUA SIMBAHAN FITNAH…😂

https://youtu.be/YzmbSxfIC70

HA HA HA.. TAK KAN MACAI² DAH LUPA KOT?🤣

😀😃😄😆😅😂🤣
KAH KAH KAH KAH

19-29-09-9598686b5d0986e8e33825a859c1a889--its-funny-the-floor.jpg
15
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/plugins/really-simple-ssl/class-mixed-content-fixer.php on line 107