PN TERIMA DANA JUDI, SPRM KINI PERLU SEGERA AMBIL MAKLUMAT DARIPADA ANWAR

Di sebalik tiada kertas siasatan dibuka dan diancam mahu disaman, kemudian ditegaskan oleh Azalina Othman Said bahawa siasatan tidak pernah digugurkan, Anwar Ibrahim nampaknya tidak berganjak daripada penegasan bahawa dakwaannya yang menyebut PN menerima dana syarikat judi ketika kempen PRU15 lalu adalah sesuatu yang berasas.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut jika tidak mempunyai sebarang asas mengenainya.

Justeru, beliau meminta Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin membaca kenyataannya dengan lengkap terlebih dahulu sebelum berhasrat mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang.

“Tetapi kalau dia hendak teruskan saman, silakan.

“Saya tidak akan keluar kenyataan kalau saya tiada asas,” katanya dengan tegas dan yakin.

Anwar seterusnya berkata, siasatan berhubung isu itu melibatkan pelbagai agensi, maka tindakan hanya akan diambil selepas mempunyai bukti.

Mahiaddin sebelum ini dilaporkan menuntut Anwar serta Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana mendakwa PN menggunakan dana judi pada PRU15 dan akan berbincang dengan peguam berhubung tindakan seterusnya.

Ia susulan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina di Parlimen yang menyebut, siasatan berhubung dakwaan ada parti komponen PN menerima sumbangan dana judi semasa kempen pilihan raya umum lepas tidak menyebabkan ada kertas siasatan dibuka kerana maklumat mengenainya terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya.

Bagaimanapun, dalam kenyataan media kemudiannya, Azalina berkata, beliau tidak pernah menyatakan siasatan itu sudah dihentikan atau digugurkan, malah menegaskan, SPRM berhak membuka kertas siasatan pada bila-bila masa berdasarkan bukti yang diperolehi daripada semasa ke semasa.

Apa yang nyata di sini, selain kes ini belum digugurkan sebagaimana dinyatakan Azalina, perkara paling penting ialah Anwar sendirinya nampaknya mempunyai bukti mengenai dakwaan PN menerima dana judi itu.

Mengulangi apa yang Anwar sebut – Saya tidak akan keluarkan kenyataan kalau tiada asas.

Jika Anwar sendiri bertegas menyatakan beliau mempunyai asas atau bukti terhadap dakwaannya bahawa PN ada menerima dana judi, bagaimana Azalina dalam jawapannya di Parlimen boleh menyebut? – maklumat mengenai perkara itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya.

Sudahkah SPRM mengambil keterangan atau maklumat daripada Anwar?

Jika belum dan berikutan Anwar dilihat kekal dengan ketegasan “tidak akan bercakap jika tiada asas”, maka SPRM haruslah segera menyelesaikan isu ini dengan seberapa segera.

Temuilah Anwar dengan secepat mungkin dan ambillah maklumat itu daripadanya.

Rakyat secara umumnya tentu juga tidak sabar untuk mengetahui kebenaran dalam hal ini. – ShahbudinHusin 28/05/2023.

4.7 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 28 May 2023 — 7:53 am
Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
28 May 2023 11:14 am

‘Memang sah Mahiaddin dah sesat’ – Tamrin Ghafar November 17, 2021 2:36 am Raggie Jessy Tamrin Tun Ghafar ءميمڠ صح ماهيا الدين ده سستء – تمرين غافر 1. Sekian lama Mahiaddin tipu rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor dengan memakai nama Muhyiddin Yassin sedangkan nama sebenar beliau ialah Mahiaddin Md Yasin 2. Kalau dah nama sendiri pun beliau anggup tipu, inikan pula perkara lain 3. Kita tidak pasti tujuan sebenar mengapa penipuan itu dilakukan tapi ada juga berpendapat jika sekiranya diheret ke mahkamah oleh Dato Stanley Clement Augustin, suami kepada Nika Gee Siew Yee atas sebab hubungan seks Mahiaddin dengan beliau di satu… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 May 2023 11:12 am

Berani Abah dan Hadi nak lawan dgn PMX yg sekarang pegang semua fail sulit diMOF dan PMO termasuk Special Draws Judi, 5G DNB, Sistem Imigresen, Projek Tebatan Banjir, Settlement Goldman Sach Lwyer Lantikan Abah, dsb. Zafrul dan Asri adalah pasu Bunga, yg berkuasa control adalah Abah dan Hadi. Mudah je, PMX dapatkan persetujuan Cabinet utk declassified semua maklumat dan fail2 MOF mengenai 22 Special Draws Judi yg diluluskan Abah dan Hadi masa Darurat PN Penyamun Nasional. Noktah. SPRM, LHDN dan PDRM CID bukak Kertas siasatan cekup Towkay Judi dan kecut telor depa semua siapa broker Abah dan Hadi yg mitak… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 May 2023 9:26 am

HA HA HA.. DAH KENA SAMAN DGN TUN M, NAK KENA SAMAN DGN PN PULAK🤣

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Mmg cara berpolitik PMX itu dah teruk terpesong
Asyik saja, tuduhan liar tanpa bukti dijaja & usung
Dah 6 bulan, mmg SPRM tk jumpa bukti langsung
Tapi PM tk nak ler kalah, ditembak peluru kosong
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

06-22-16-laughter-closeup-face-close-up-young-hispanic-man-laughing-out-loud-closed-eyes-best-medicine-concept-66195943.jpg
tongkol
tongkol
28 May 2023 2:51 pm
Reply to  Anonymous

ko ni dah menghuni wad giler tanjung rambutan tak payah ler buat komen kat sini..pantang dpt henpon…..dah lah sewel , mereng plak tuh

Cili
Cili
28 May 2023 6:11 pm
Reply to  tongkol

tongkol 28 May 2023 2:51 pm
Sekarang saya pula Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
KAH KAH KAH ditujukan kepada Anonymous 28 May 2023 9:26 am