PUNCANYA KERANA JAWAPAN AZALINA DI PARLIMEN TERLALU LEMAH DAN CUAI

Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said terpaksa membuat kenyataan media selepas memberikan jawapan di Parlimen mengenai dana judi yang didakwa diterima PN pada PRU15 lalu, ini sebenarnya adalah sesuatu yang amat memalukan.

Sepatutnya, jawapan di Parlimen itu sudah cukup sebagai suatu penjelasan yang meyakinkan serta bernoktah, di samping tidak seharusnya membuatkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang mula menyebut perkara berkenaan, terus dihentam dan dikritik lawan.

Malangnya, oleh kerana jawapan Azalina mengenainya terlalu lemah dan cuai, maka Anwar akhirnya menjadi sasaran kritikan, bahkan dilabel sebagai penipu kerana didakwa membuat tuduhan melulu.

Ini sesuatu yang tidak patut sama sekali berlaku kerana menteri, baik melalui apa juga tindakan atau pengucapan, lebih-lebih dalam menjawab di Parlimen, keutamaan mestilah melindungi kerajaan dan Perdana Menteri.

Apa guna jadi menteri jika jawapan di Parlimen mengenakan balik kepada Perdana Menteri?

Dalam jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas berhubung status siasatan berkenaan dakwaan PN menerima dana judi, Azalina menyebut, hasil siasaran SPRM mendapati maklumat yang diperolehi terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya, lalu tiada kertas siasatan dibuka mengenainya.

Jawapan sebegini dengan sendirinya memberi tafsiran bahawa Anwar yang membuat dakwaan mengenai perkara itu telah membuat tuduhan melulu kepada PN.

Ketika mula-mula tersebar jawapan Azalina itu di media sosial pada Khamis, saya yang ketika itu bersama beberapa kawan turut geleng kepala dengan bentuk jawapan yang diberikannya itu.

Selepas Anwar dikritik dan dihentam berikutan jawapan itu, malah Mahiaddin Md Yasin turut berkira-kira untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Azalina kemudian tampil dengan kenyataan media yang memaklumkan, meskipun tiada fail siasatan dibuka tetapi kes berkenaan tidak pernah digugurkan.

Katanya lagi, SPRM berhak membuka kertas siasatan pada bila-bila masa berdasarkan bukti yang diperolehi daripada semasa ke semasa.

Di sinilah lemah dan cuainya Azalina memberi jawapan dan meletakkan keutamaan dirinya sebagai menteri yang harus melindungi Perdana Menteri dalam jawapan yang diberikannya itu.

Jawapan bertulis yang menyebut – siasatan telah dijalankan, maklumat diperolehi terlalu umum serta tidak dapat disahkan dan tiada fail siasatan dibuka – secara automatik seperti memberi peluru kepada PN untuk menyerang balik Anwar yang membangkitkan perkara itu sebelum ini.

Kenapa tidak disambung jawapan bertulis di Parlimen itu dengan ayat? – bagaimanapun siasatan akan terus dijalankan dan kertas siasatan boleh dibuka pada bila-bila masa jika terdapat bukti yang boleh mengukuhkan pendakwaan.

Dalam hal ini, mustahil Azalina tidak sedar atau tidak tahu bahawa isu dana judi kepada PN itu telah dibangkitkan oleh Anwar tidak lama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Bahkan ia juga dilaporkan secara meluas dalam media-media.

Kalau beliau sedar dan tahu mengenainya, mustahil tiada sekelumit perasaan dalam hatinya sebagai menteri untuk melindungi Anwar yang melantiknya ke jawatan tersebut.

Walaupun kenyataan media Azalina kemudiannya boleh dianggap bermaksud demikian dan agar Anwar tidak berterusan dihentam, tetapi ia boleh dikira sudah terlewat dan akhirnya timbul pula pelbagai dakwaan lain yang sekali lagi menjejaskan imej Perdana Menteri.

Semua ini boleh dielakkan jika jawapan Azalina di Parlimen tidak lemah serta tidak cuai dengan keutamaan ialah untuk melindungi kerajaan dan Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 27/05/2023.

3.7 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 27 May 2023 — 12:48 pm
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
ken
ken
30 May 2023 5:56 am

Ibarat memberi peluru kepada PN. Ini bukan kali pertama menteri ni menghadapi kontroversi. Apa muslihat beliau?

Anonymous
Anonymous
28 May 2023 7:06 am

HA HA HA…😂

MENGELUPOR LER PMX & PARA WALANON BILA MENTERI UNDANG² BERTERUS TERANG…🤣

😀😃😄😆😅😂🤣
KAH KAH KAH KAH

06-22-16-laughter-closeup-face-close-up-young-hispanic-man-laughing-out-loud-closed-eyes-best-medicine-concept-66195943.jpg
Cili
Cili
30 May 2023 4:02 pm
Reply to  Anonymous

Siapa yang akan mengelupor PMX atau Anonymous 28 May 2023 7:06 am KAH KAH KAH KAH

Ahli perniagaan serah dokumen berkaitan ‘dana judi’ PN kepada SPRM
https://www.malaysiakini.com/news/666932

“Maklumat yang saya ada disokong oleh dokumen tertentu. Saya serahkan kepada SPRM untuk menyiasat perkara itu,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Anonymous
Anonymous
27 May 2023 6:46 pm

Anwar bayangkan dana pilihan raya PN dari syarikat judi Ng Xiang Yi Diterbitkan: Dec 5, 2022 4:19 PM • Dikemaskini: 6:05 PM Dakwa terima dana judi: Muhyiddin pertimbang saman Anwar Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: May 26, 2023 1:48 PM • Dikemaskini: 1:48 PM “Saya tak beri kenyataan JIKA tiada Asas” – Anwar 27Mei 2023 I. Sebelum itu “Takiyudin jangan gopoh dokumen ada bersama saya” – Anwar 06Dis 2022 II. Kenyataan pertama “Anwar bayangkan Dana Pilihanraya PN dari syarikat Judi” 05Dis 2022 Tunggu Peguam Mahiadin kemukakan surat Saman. Alang² menyeluk pekasam….. JIKA Saman , “Untung sabut timbul untuk batu tenggelam”. … Read more »

Cili
Cili
28 May 2023 11:25 am
Reply to  Anonymous

Kalau dia nak saman tentu telah dilakukannya pada bulan atau mulai Disember 2022 lagi. PELIK KENAPA SEKARANG?

Anonymous
Anonymous
27 May 2023 6:16 pm

Adakah Azalina ini deep-state H2O atau Mail Sabri dalam lipatan Kerajaan Perpaduan bawah PMX.

Ini kali ketiga dia buat statement berbeza nada dari Presiden dan Timbalan Presiden UMNO: a. Surat jawapan kepada Shafiee Abdullah, loyar Najib mengenai status siasatan SPRM keatas Hakim Nazlan b. Kenyataan nak bawa pandangan dalam Kabinet mengenai isu Kalimah Allah.

Masaalah alignment ini perlu diatasi segera Zahid dan Mat Hassan 👹

tongkol
tongkol
28 May 2023 2:46 pm
Reply to  Anonymous

boleh jadi juga deep state bg menjatuhkan Anwar dari dlm….dia pernah dilantik Mail Seberi jadi Timb Speaker..Harap pmx tukar saje org yg tak mengenang jasa org nih….meluat plak aku tengok dia nih

halik
halik
28 May 2023 4:40 pm
Reply to  tongkol

Rombakan kabinet on the way..Za__d Komedi akan tulis kat PM,dan cadang pertukaran..sy yakin sebab sudah ada klu,….Ketika desas-desus mengenai kemungkinan melakukan rombakan kabinet semakin kerap kedengaran, Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini kelihatan bersahaja menanggapi isu tersebut.
Anwar bahkan bersikap ‘terbuka’ untuk menerima sebarang pandangan daripada pihak lain mengenai kemungkinan tersebut.
“Kalau ada cadangan, sila tulis kepada saya dan saya akan beri pertimbangan yang sebaiknya,” katanya.

ken
ken
30 May 2023 6:01 am
Reply to  Anonymous

Dia harus digugurkan secepat yang boleh. Jelas Deep State.

Anonymous
Anonymous
27 May 2023 5:53 pm

‘Nak ambil tindakan, silakan’, Anwar beritahu Muhyiddin Perdana menteri berkata beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan jika tiada asas. Chia Wan Rou – 27 May 2023, 4:58pm Anwar Ibrahim sedia dengan tindakan undang-undang bakal diambil Muhyiddin Yassin. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedia dengan tindakan undang-undang bakal diambil Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berhubung pendiriannya mengenai gabungan itu menerima dana daripada syarikat perjudian. Namun, beliau menasihatkan Muhyiddin supaya membaca kenyataan mengenai perkara itu secara lengkap sebelum mengambil tindakan. “Baca kenyataan dengan lengkap baru ambil tindakan. Tapi kalau dia nak bawa terus, silakan. “Saya tak akan keluarkan kenyataan sekiranya tiada… Read more »

Anonymous
Anonymous
27 May 2023 5:45 pm

Ini Special Draw naik 22 kali masa Abah dan Hadi jaga Kerajaan PN Penyamun Nasional dari 8 kali masa Kerajaan PH. Special Draw ini diluluskan khas dari MOF yg mana Menteri nya mentah maka PM8 Abah yg berkuasa penuh spt kes kelulusan 5G, Sistem Imigresen, Settlement Goldman Sach dgn loyar lantikan Abah, Rosli. Semua fast track masa Darurat. Special draw ini Syarikat Judi memang gold mine, durian runtuh. Semua fail2 ada ditangan PMX sekarang. Bayangkan Abah dan Hadi ambil tindakan saman, tiba2 SPRM, LHDN dan CID PDRM buka kertas2 siasatan bersepadu berdasarkan maklumat dan bukti dari fail2 MOF? Makin tak… Read more »

Cili
Cili
27 May 2023 1:21 pm

Anwar “membuat kenyataan berkaitan isu itu pada Dis tahun lalu” So kenapa PN tidak saman Anwar dari tempoh mulai Dis 2022 hingga bulan April 2023? Kenyataan dari Pengerusi PN untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar hanya setelah Azalina Othman bercakap di Dewan Rakyat.