ENGGAN DEDAH KOS PENERBANGAN ANWAR SEJAK JADI PM BUKAN SIKAP YANG BETUL DALAM MEWAJAHKAN ERTI SEBENAR SEBUAH KERAJAAN MADANI

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, kerajaan secara terang-terangan enggan mendedahkan jumlah kos penerbangan yang telah dibelanjakan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk lawatan ke luar negara sejak memegang jawatan itu.

Armizan Mohd Ali – menteri yang menjaga hal ehwal Sabah, Sarawak dan tugas-tugas khas memaklumkan bahawa penggunaan jet peribadi atau pesawat eksekutif kerajaan adalah keistimewaan yang dinikmati oleh setiap Perdana Menteri selaku ketua kerajaan.

Katanya, Anwar telah ke luar negara menggunakan jet eksekutif kerajaan jenis Airbus (ACJ-320) yang di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri sebanyak sembilan kali sejak mengangkat sumpah pada 24 November 2022.

Untuk penerbangan domestik pula, ujar beliau, Anwar telah 17 kali menggunakan pesawat jenis Global Express dan Falcon di bawah seliaan Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Semua pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan di mana ia digunakan atas urusan rasmi atau khas oleh Perdana Menteri.

“Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah dalam anggaran yang bersesuaian dengan perkhidmatan dan pengurusan pesawat berkenaan,” kata Armizan lagi.

Berita penuh kenyataan Armizan di sini – https://m.malaysiakini.com/news/666104

Aikk…kenapa tidak didedahkan jumlah kosnya?

Apa yang dimaksudkan kosnya dalam anggaran yang bersesuaian?

Bukankah yang ditanya oleh Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden ialah agar kerajaan mendedahkan jumlah kos perbelanjaan penggunaan pesawat itu kepada Parlimen dan bagi pengetahuan umum?

Bersikap terbuka dan berani mendedahkan jumlah kos penerbangan untuk Anwar sejak memegang jawatan Perdana Menteri bukan saja menunjukkan ketelusan dan keterbukaan, malah memperlihatkan kerajaan madani ini benar-benar berjiwa rakyat serta tidak menyembunyikan apa-apa di bawah karpet.

Kenapa takut untuk mendedahkannya jika semua urusan penerbangan Anwar itu adalah atas urusan rasmi sebagai ketua kerajaan?

Lagi pun, dengan Armizan sendiri mengatakan penggunaan jet itu adalah keistimewaan yang memang berhak dinikmati oleh seorang Perdana Menteri, bermakna tiada sebab untuk tidak mendedahkan jumlah kosnya bagi pengetahuan umum.

Bukankah yang dinamakan keistimewaan itu bererti tiada had minimum penggunaannya dan ia tidak perlu sama sekali untuk disembunyikan?

Malah dengan enggan mendedahkan jumlah kos itu lebih memberi gambaran atau tanggapan kepada sesetengah pihak seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam jumlah yang telah dibelanjakan selama ini.

Dedahkan sajalah, apa nak sembunyi-sembunyi pula?

Kerajaan melalui jawapan bertulis yang enggan mendedahkan jumlah perbelanjaan itu secara sedar telah menunjukkan sikap yang tidak betul dan bertentangan dengan perjuangan PH dan PKR selama ini serta makna sebenar kerajaan madani yang sedang dijaja.

Tambahan lagi, pertanyaan mengenai kos penerbangan itu adalah yang pertama kali ditanyakan terhadap Perdana Menteri.

Kalau soalan pertama pun gagal dijawab dengan telus dan terbuka, bagaimana dengan perkara-perkara lain?

Jika kita imbas kembali, terutama ketika era pemerintahan Najib Razak, isu kos penerbangan bagi Perdana Menteri adalah perkara yang kerap ditanya oleh Ahli Parlimen PH di dalam Parlimen.

Pada tahun 2013 ketika kerajaan mendedahkan kos perbelanjaan penerbangan yang digunakan oleh Najib ialah berjumlah lebih RM100 juta bagi tempoh tiga tahun, PH melalui Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming ketika itu telah mecadangkan agar Perdana Menteri menggunakan penerbangan komersial MAS untuk lawatan ke luar negara dan tidak lagi jet eksekutif bagi tujuan menjimatkan kos.

Pada 2015 pula, ketika kerajaan enggan mendedahkan kos perbelanjaan jet eksekutif kerajaan, PH melalui Rafizi Ramli bukan saja menyelar pendirian itu, malah membuat kiraan sendiri anggaran perbelanjaan yang digunakan.

Berikutan itu, beliau membuat anggaran pesawat itu telah menelan belanja sebanyak RM40.8 juta antara April hingga September 2015 melalui 42 penerbangan yang menerbangkan Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atas pelbagai urusan.

Sekarang bila sudah jadi kerajaan, kenapa kita juga bersikap rahsia tentang kos penerbangan Perdana Menteri?

Madani apa ini? – ShahbudinHusin 23/05/2023.

4.7 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 23 May 2023 — 4:12 pm
Subscribe
Notify of
guest

11 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Cili
Cili
25 May 2023 6:24 pm

Saya setuju kerajaan jangan jawab sebab kita tahu nawaitu pembangkang yang bertanya itu. Dulu-dulu punya PM memang betul kena tanya sebab lebih banyak makan angin laki bini anak beranak.

CONTOH : Rafizi mahu anak-anak Najib bayar sendiri tiket ke Beijing
https://www.malaysiakini.com/news/361411

anonymous
anonymous
24 May 2023 7:35 am

yg ni betul. bgtau je la.
jika betul kos agak tinggi, berbaloi la sbb jimat masa dan mendatangkan hasil positif kpd negara.
Bukan pi makan angin cam pagoh atau bera.

Anonymous
Anonymous
23 May 2023 11:15 pm

Hang nak belajar cara makan gaji buta? Duduk opis, tutup sekolah, buka sekolah, berak, kencing, makan, tidur. Cukup bulan cucuk duit. Macam Menteri PN 30 bulan.

IMG-20230218-WA00142.jpg
Anonymous
Anonymous
23 May 2023 10:52 pm

Amboi! Tambah cuti Raya Melayu Islam punya dia melenting. Apa dengki sama Melayu sangat Tok? Entah-entah dia nak raya Hindu cuti 3 bulan?

Untitled.png
Anonymous
Anonymous
23 May 2023 10:46 pm

Hang kena ikut che det, maki hamun Melayu Islam sampai dinding, hasut hina dan tolak Raja tolak Islam,

sampai masa yang Allah kehendaki maka Tok Guru sama mat tall, dark and handsome datang sembah cium tangan. Barulah kos naik jet atau keranda tak ada siapa tanya

mahathir-jujur-perjuang-melayu-kata-kj.jpg
Anonymous
Anonymous
23 May 2023 10:40 pm

Aku dah habaq, hang pi sana-sini naik jet, mesti bawak golf sama caddy sekor. La nak jawab kos guna jet. Mampuih la nak tunjuk hang salam Raja Brunei ka Presiden China ka. Memang depa ingat hang holiday sakan.

hina Melayu 01.jpg
Anonymous
Anonymous
23 May 2023 8:34 pm

WALAUN KENA TANGKAP. PADAN MUKA. DiHARAP OUTSYED THE BOX DIKUTIP KERANA BLOG KEBENCIAN NAK GULINGKAN PMX DENGAN BERITA PALSU оПл IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN, 50560 KUALA LUMPUR TELEFON: 03-22668312 / 22668320 FAKS: 03-22668330 E-MEL: [email protected] KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA POLIS MALAYSIA TANGKAPAN INDIVIDU DIPERCAYAI PEMILIK/PENGENDALI AKAUN TIKTOK @Cheartstudi KERANA MEMUATNAIK HANTARAN BERKECENDERUNGAN MENGHASUT PADA 20 MEI 2023, POLIS DIRAJA MALAYSIA (PORM) TELAH MEMBUAT TANGKAPAN KE ATAS SATU (1) LFLAKI WARGA TEMPATAN BERUMUR 51 TAHUN DI KUALA MUDA, KEDAH. TURUT DIRAMPAS SEBUAH TELEFON BIMBIT BERSAMA SEKEPING SIM KAD YANG DISYAKI PEMILIK/PENGENDALI AKAUN TIKTOK ‘@Cheartstudi’. SUSPEK DISYAKI TELAH MEMUAT NAIK… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 May 2023 7:13 pm

Mintak LGE, Sany dan Tanjong tanya Mamak Arau ini jawab: a. Mcm mana Parti Taliban tak check dulu kes moral rendah, sebelum terima dia jadi ahli Taliban dia ada Kes Cabul Remaja Perempuan Bawah Umur yg dilepaskan DNAA maknanya kalu Ada bukti dia bayar duit tutup mulut, dakwa balik b. Dia dapat cash-out dari saham BERNAS bila Syed Mokhtar bayar dia RM400 juta utk monopoli maknanya Mamak ini Klepto cara dia dapat saham BERNAS awal2 dulu c. Rekod burok sbg Presiden Sukan AAU dan Sukan Renang. Mengaku syok sendiri letak 10 emas utk AAU, Renang terus malap tak bernyawa bawah… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 May 2023 6:13 pm

Loyar Burok pembohong gaya drebar teksi sapu Kota Baru muka Klepto bukan sahaja bodoh bangang fakta undang2 kes Jill Ireland, juga otak tak betul tak ditarbiyah oleh Duta Khas Gaji Buta yg dah bagi Fatwa Bukan Islam boleh guna Kalimah Allah dan lupa perangai dia menipu YDPA semasa jadi Menteri PN Penyamun Nasional mengenai tiada majoriti dan keabsahan darurat. Jawapan PMX bernas rujuk kepada YDPA perincikan isu kesilapan pentadbiran dari tahun Atok PM4 1986 tak di selesaikan PM5 hingga PM9 hingga PMX ambil alih isu ini. Kelihatan semua Taliban ini spt Badut hilang peluang nak ambil mileage politik atas isu… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 May 2023 8:07 pm
Reply to  Anonymous

a. Isu Kalimah Allah dijawab bernas dan tegas oleh PMX, meperangkap Duta Khas Gaji Buta yg dah bagi fatwa Bukan Islam boleh guna Kalimah Allah hingga terkedu dan ketakutan nak hadir Parlimen menjadikan Badut2 Taliban Walaun dan Walauntit terkial2 tadak integriti dlm isu ini b. Isu kos 43 barang2 asas terkawal tidak seperti masa PN Penyamun Nasional jadi kerajaan. Malay Subsidi Minyak Masak time Penyamun Nasional rupanya di manipulasi dan ditipu oleh Meneteri KDN sekarang Ketua Pembangkang anak beranak untuk keuntungan peribadi. Jawapan oleh Menteri KPDNSH paling mantap c. Sany dan Tanjong boleh kawal Badut2 Taliban berlagak Klepto yg jadi… Read more »