KALIMAH ALLAH – TAK ADA PASAL SENGAJA CARI PASAL, RAYUAN MESTI DIMASUKKAN SEMULA

Tak ada pasal cari pasal – itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan yang bergelora dalam negara berikutan munculnya isu kalimah Allah secara tiba-tiba sejak dua tiga hari kebelakangan ini.

Isu kalimah Allah yang muncul ini adalah kes mahkamah melibatkan Jill Ireland lawan Kementerian Dalam Negeri di mana Mahkamah Tinggi sebelum itu membuat keputusan yang memihak kepadanya dalam isu penggunaan nama Allah berikutan rampasan sejumlah cakera padat dan bahan penerbitan miliknya.

Susulan itu KDN telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ia menjadi isu kerana KDN tak pasal-pasal dan tiba-tiba menarik balik rayuan yang sudah dimasukkan.

Persoalannya, kenapa KDN menarik balik rayuan dan tidak membiarkan proses perundangan melalui mahkamah terus berjalan, sedangkan mengikut perlembagaan, kalau kalah di Mahkamah Tinggi, rayuan boleh dilakukan di dua mahkamah lagi iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan?

Kenapa cari pasal dan mengaku kalah sebelum berjuang, walhal ini adalah isu yang melibatkan kesucian Islam?

Di mana logik dan asas kononnya penarikan balik rayuan itu hanya berkisar soal pentadbiran?

Dalam kes ini, KDN atau kerajaan sepatutnya bukan saja harus meneruskan rayuan demi menjaga kesuciaan kalimah Allah daripada kemungkinan disalahguna, bahkan sewajarnya lebih bersemangat dalam rayuan berdasarkan beberapa duluan atau โ€œprecedentโ€ sebelum ini.

Dalam kes mahkamah melibatkan The Herald pada 2014, Mahkamah Persekutuan telah membuat ketetapan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan tersebut.

Walaupun keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland adalah berbeza darioada keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan The Herald, kerajaan atau KDN sepatutnya wajib terus melawan bukan saja di Mahkamah Rayuan, bahkan sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Lebih daripada itu, keputusan kabinet pada 1986 melalui Jawatankuasa Mengkaji Istilah/Perkataan Islam Di Dalam Al-Kitab Yang Tidak Boleh Digunakan yang dipengerusikan Tun Ghafar Baba telah juga membuat ketetapan nama Allah adalah antara istilah yang tidak boleh digunakan oleh agama lain.

Tidak cukuplah dua perkara itu menjadi sandaran paling kuat untuk kerajaan terus melawan dalam rayuan kes Jill Ireland?

Tetapi, malang sekali dan tak ada pasal tapi sengaja cari pasal, kerajaan dengan tiba-tiba membuat keputusan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland itu.

Sudah tentu ini menjadi persoalan dan tanda tanya, walhal sudah terbentang duluan yang cukup kuat untuk kerajaan terus berjuang dan melawan selagi nyawa belum terpisah daripada badan.

Oleh kerana disebut sebelum ini bahawa rayuan yang dibuat itu, antaranya adalah atas titah Sultan Johor dan Sultan Selangor, penarikan balik rayuan itu pastinya mencetuskan tanggapan jahat dalam pemikiran ramao orang – โ€œtitahโ€ siapa pula yang mengarahkan demikian?

Ia sekaligus turut menyebabkan bercambahnya tohmahan bahawa kerajaan perpaduan ini tidak sensitif dalam hal ehwal berkaitan Islam dan kepentingan rakyat terbanyak di negara ini.

Meski Anwar Ibrahim semalam, selepas mesyuarat kabinet memutuskan bahawa kerajaan akan mengekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam iaitu kalimah itu tetap tidak boleh digunakan oleh mereka, isu ini sebenarnya tidak boleh lagi dianggap sudah selesai.

KDN dan kerajaan tidak ada pilihan lain melainkan mesti memasukkan semula rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland itu.

Kalau menarik balik kes dikata isu pentadbiran, susahkah melaksanakan isu pentadbiran sekali lagi dengan memasukkan kembali rayuan ke Mahkamah Rayuan? ShahbudinHusin 18/05/2023.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 18 May 2023 — 1:46 pm
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
18 May 2023 4:40 pm

FITNAH PH-BN…๐Ÿ˜‚

https://youtube.com/shorts/1e4OIlj6ja0?feature=share

HA HA HA.. MACAI DIUPAH MENYAMAR KUTIP DERMA UTK MB KEDAH…๐Ÿคฃ

๐Ÿ˜€๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜†๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ
KAH KAH KAH KAH

06-32-11-4e3d542829d6a37e7a2611d47b0698e9--smiling-faces-beautiful-smile.jpg
Anonymous
Anonymous
18 May 2023 3:33 pm

โ€˜Memang sah Mahiaddin dah sesatโ€™ โ€“ Tamrin Ghafar November 17, 2021 2:36 am Raggie Jessy Tamrin Tun Ghafar semasa kempen PRU15 baru lagi Nov 2022 ุกู…ูŠู…ฺ  ุตุญ ู…ุงู‡ูŠุง ุงู„ุฏูŠู† ุฏู‡ ุณุณุชุก โ€“ ุชู…ุฑูŠู† ุบุงูุฑ 1. Sekian lama Mahiaddin tipu rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor dengan memakai nama Muhyiddin Yassin sedangkan nama sebenar beliau ialah Mahiaddin Md Yasin 2. Kalau dah nama sendiri pun beliau anggup tipu, inikan pula perkara lain 3. Kita tidak pasti tujuan sebenar mengapa penipuan itu dilakukan tapi ada juga berpendapat jika sekiranya diheret ke mahkamah oleh Dato Stanley Clement Augustin, suami kepada Nika Gee Siew Yee atas sebab… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 May 2023 5:13 pm
Reply to  Anonymous

Penyokong kuat Atok, Tamrin buat gesaan ini kpd Abah mengenai kes Abah dgn Nika Gee semasa kempen PRU15 Nov 2022 lepas baru lagi.

Semasa PRU15, Abah buat dakwaan ttg kaum bukan Melayu terutama ahli DAP bawa agenda ancaman kristianisasi keatas Melayu.

Boleh tanya Abah balik berkaitan dakwaan Tamrin, adakah Nika Gee yang berbangsa bukan Melayu dan suami Stanley Clement adalah ahli2 DAP yang bawa agenda ancaman yg didakwa Abah itu keatas Abah?

Boleh mintak Marzuki, PA Abah yang sama kenyang dengan Abah kerja sakaw komisen 5% zaman Darurat PN Penyamun Nasional Abah PM beri penjelasan ini.

Anonymous
Anonymous
18 May 2023 3:30 pm

Kalimah โ€˜Allahโ€™: Kaut untung jangan sampai belakangkan fakta, ahli politik diberitahu Menteri dalam negeri menggesa semua ahli politik bertanggungjawab apabila mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes Jill Ireland. Mohamad Fadli – 18 May 2023, 2:52pm Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata mahkamah tidak pernah kemukakan soal agama dalam isu penggunaan kalimah โ€˜Allahโ€™. (Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menggesa ahli politik bertanggungjawab apabila mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes penggunaan kalimah โ€œAllahโ€. Katanya, dalam usaha mengaut keuntungan politik, janganlah sampai membelakangkan fakta berhubung isu itu. โ€œMahkamah tidak pernah… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 May 2023 12:40 pm

Penggunaan kalimah Allah ttp berkuatkuasa, itu hanya keputusan pemulangan bahan2 bercetak kpd Jill tu..takkan King shahpun terkeliru mcm geng Pertikaian Nasional jgk๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Anonymous
Anonymous
18 May 2023 10:49 am

Wednesday, May 17, 2023Name DAP minister who wanted Ireland case settled, Muhyiddin dared https://static01.malaysiakini.com/img/mk-logo/mk-logo-en.svg =s800 Name DAP minister who wanted Ireland case settled, Muhyiddin dared DAP chairperson Lim Guan Eng has challenged Bersatu president Muhyiddin Yassin to name which minister from the party had approached the latter to try and get the Jill Ireland case settled out of court. This was in response to Muhyiddinโ€™s claim that this had occurred during his tenure as home minister under the first Pakatan Harapan government. โ€œI challenge him to name the person. If he fails to mention who the minister is, he is… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 May 2023 9:54 am

KERAJAAN YDPA! SULTAN SURUH TERUSKAN RAYUAN ISU “KALIMAH ALLAH” – ADAKAH ANDA AKAN PATUH?๐Ÿ˜‚

https://youtube.com/shorts/-dVhfHR-Rrs?feature=share

HA HA HA.. ATAU HANYA PATUH BILA BOLEH MENGUNTUNGKAN SAJA..๐Ÿคฃ

๐Ÿ˜€๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜†๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ
KAH KAH KAH KAH

20-12-28-1000_F_54638867_4AJ3K0wGmF8r5U4PoERVu3ZOj607sdpm.jpg
Anonymous
Anonymous
18 May 2023 12:57 pm
Reply to  Anonymous

KAh KAH KAAHH..INGATKAN YOUTUBE YDP, SULTAN BERTITAH, RUPA2NYA TITAH WALAUN PERTIKAIAN NASIONAL SEDANG SPIN DAN GORENG ISU BAHAN RAMPASAN JILL TU..SEKALI LAGI KAH KAH KAAHHH

POODAH.jpg
Anonymous
Anonymous
18 May 2023 9:48 am

“KALIMAH ALLAH” TU SPECIAL CASE UTK KRISTIAN SARAWAK JER, KATA PAPA MADANON..๐Ÿ˜‚

HA HA HA.. KALAU TAK TARIK BALIK RAYUAN, NANTI HILANG SOKONGAN PUAK KRISTIAN SARAWAK PULA…๐Ÿคฃ

๐Ÿ˜€๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜†๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ
KAH KAH KAH KAH

06-32-11-4e3d542829d6a37e7a2611d47b0698e9--smiling-faces-beautiful-smile.jpg