SEMAKAN DITOLAK, PELUANG TERAKHIR NAJIB KINI HANYA PENGAMPUNAN AGONG

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Susulan itu, keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, adalah kekal.
Ini bermakna bekas Perdana Menteri itu kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.
Najib dilaporkan sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan tersebut pada 2 Sept 2022.
Prosiding hari ini didengar lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.
Keputusan dibuat dengan majoriti 4-1 iaitu Vernon Ong, Rhodzariah, Nordin dan Abu Bakar menyokong untuk menolak rayuan Najib kerana tidak bermerit.
Vernon Ong ketika membacakan keputusan itu memberitahu, hak bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil tidak dinafikan ketika pendengaran rayuan.
Sebaliknya, katanya, peguam beliau, Datuk Hisyam Teh Po Teik enggan mengemukakan penghujahan lisan walaupun dibenarkan berbuat demikian oleh Tengku Maimun.
Justeru, katanya, Tengku Maimun akhirnya terpaksa menolak rayuan tersebut.
“Sehubungan itu, tiada kesilapan mahkamah ketika pendengaran rayuan Najib dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta oleh panel hakim pada tahun lalu,” katanya di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.
Panel hakim membuat keputusan tersebut selepas mendapati permohonan kebenaran semakan itu adalah lebih menjurus kepada permohonan untuk menyemak merit keputusan panel dalam rayuan akhirnya pada Ogos 2022 itu.
Turut hadir hari ini, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, diiringi beberapa peguam, yang tiba di Istana Kehakiman kira-kira pukul 8.50 pagi.
Ratusan penyokong yang dilihat menunggu kemunculan Najib sejak pukul 7 pagi, di kedua-dua laluan utama menuju bangunan mahkamah tersebut, sesekali kedengaran melaungkan ‘Bossku’ dan ‘Allahu Akbar’.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.
Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 dan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu.

Sumber – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-kekal-dipenjara-mahkamah-tidak-benar-semak-kes-src-413406

4.4 5 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 31 March 2023 — 11:36 am
Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
31 March 2023 3:27 pm

OutSyed the Box Friday March 31, 2023 BACK TO JAIL FOR 12 YEARS – Brader Najib They Are Throwing Away The Key On You. You Should Have Listened To Me. Gambar hiasan sahaja. Teks tambahan oleh penulis. Bergurau sahaja.  https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2023/03/894803/najib-fails-bid-review-sentence-headed-back-jail-serve-out-his-12 Najib fails to review sentence, back to jail 12-years  Fed Court dismissed Najib’s application to review  five-member bench ruled application rejected now have to serve his sentence been in jail for 221 days including today court affirmed 12-years, fine RM210 million  My Comments:  So brader Najib, it looks like they have thrown away the key on you. The Madani man… Read more »

Din Remos
Din Remos
31 March 2023 11:59 am

Woi Mat Jora…
Bila aku kata yg aku sokong Najib dibebaskan? Aku tulis begini…kalau Najib dibebaskan maknanya PM Nuar sudah masuk campur dlm urusan perundangan. Dan kalau Nuar buat macam tu, dia seakan menggali kubur sendiri.
Ang pekena ayaq ketum ka buka posa marin…
Aku juga tak pernah fancy TPM yang ada court cases.
At the same time I’m convinced that Madey and Mahiadin are scoundrels.

Anonymous
Anonymous
31 March 2023 12:18 pm
Reply to  Din Remos

HA HA HA.. AWAS BRO DIN REMOS!🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Bro Din, jgn lah nak tuduh dan fitnah tak ketahuan Jgn cemari maruah Tun, Melayu punya pahlawan! Tak takut kah nanti, disaman dek Tun negarawan? Nanti jadi mcm ‘Papa’ pula, yg tgh serabut sawan 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

06-32-11-4e3d542829d6a37e7a2611d47b0698e9--smiling-faces-beautiful-smile.jpg
Anonymous
Anonymous
31 March 2023 2:12 pm
Reply to  Din Remos

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Tak usah lah Bro Din cuba nak mencetus angkara Naper Din tuduh & fitnah Tun & Abah idola Kejora? Fitnah dilempar, kpd Tun & Abah, sila tarik segera! Atau Din akn kena naik mahkamah untuk dibicara 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

Anonymous
Anonymous
31 March 2023 2:25 pm
Reply to  Din Remos

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Sedar lah, yg Din tu geng PH & cai DAPigs tokong Msti bersama J-Kom & Agus professor kangkung Dgn Umno dan BN pulak, diri Din kini terkongkong Maka BossKu & Wak Jahid tu Din wajib le sokong 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

06-22-16-laughter-closeup-face-close-up-young-hispanic-man-laughing-out-loud-closed-eyes-best-medicine-concept-66195943.jpg
Anonymous
Anonymous
31 March 2023 11:55 am

Aku rasa YDPA akan lebih berhati2 dalam soal pengampunan Najib kerana jumlah duit yang terlibat bukan satu angka kecil malah telah menjadi rekod dan Sejarah dunia sebagai kes penyelewengan yg terbesar. Mahkamah baik di Malaysia dan diluar negara juga kelihatan mempunyai pandangan yang sama. Hampir mustahil Najib akan bebas melalui jalan terakhir. Beliau baru saja dipenjarakan dan kesalahan beliau bukan kecil anak, melibatkan kehilangan besar kepada negara serta rakyat termasuklah imej Malaysia di mata dunia. Hampir mustahil beliau dapat bebas dalam masa terdekat kerana jika ini berlaku, rakyat dan dunia akan mempersoalkan kredibiliti dan perlaksanaan undang2 di negara ini. Sebagai… Read more »

Din Remos
Din Remos
31 March 2023 12:05 pm
Reply to  Anonymous

Lagi pun bosskurr itu ada beberapa court cases yang masih belum selesai lagi. Kalau Agong bagi pengampun kes SRC, tetiba dalam kes IMDB pun dia didapati bersalah juga…berapa kali mau kasi ampun daaa….

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-includes/functions.php on line 5420

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-includes/functions.php on line 5420

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/plugins/really-simple-ssl/class-mixed-content-fixer.php on line 107