MUNGKINKAH NAJIB DIBEBASKAN ESOK?

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan mengenai permohonan Najib Abdul Razak untuk menyemak sabitan dan hukuman bekas perdana menteri itu dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta, esok.

Keputusan lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli yang akan diserahkan esok boleh menyebabkan Najib, juga bekas menteri kewangan, dibebaskan sepenuhnya daripada tujuh pertuduhan salah guna kuasa, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Sekiranya mahkamah tidak menolak permohonan semakan, ia juga boleh memerintahkan perbicaraan semula kes Najib di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baru, selain Mohd Nazlan Mohd Ghazali, atau untuk pendengaran semula rayuannya di hadapan hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu yang tidak diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Panel lain dalam permohonan semakan itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan, serta hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.

Mahkamah Persekutuan telah mendengar permohonan semakan itu dalam tempoh enam hari yang bermula pada 19 Jan, diteruskan hingga 20 hingga 22 dan 27 Feb, dan berakhir pada 28 Feb.

Pada 23 Ogos tahun lepas, panel Mahkamah Persekutuan berasingan yang dipengerusikan Tengku Maimun menolak rayuan Najib untuk mengetepikan keputusan bersalahnya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah itu.

Setelah menamatkan rayuannya di hadapan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Najib telah pergi ke panel Mahkamah Persekutuan semasa untuk mendengar semakannya berhubung kes yang melibatkan satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pengubahan wang haram.

Najib yang kini dipenjara di Penjara Kajang juga memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja serta petisyen di hadapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dakwaan penahanan sewenang-wenangnya.

Melalui permohonan semakan sekarang, Najib berhujah bahawa hakim perbicaraan Mohd Nazlan, yang telah dinaikkan dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan, berada dalam konflik kepentingan apabila mendengar dan memutuskan kes SRC International pada Julai 2020.

Najib mendakwa, antara lain, hakim itu didakwa sedar bahawa Maybank Investment (satu entiti Kumpulan Maybank) dan BinaFikir (satu lagi entiti Kumpulan Maybank) telah menasihati 1MDB dalam perkara berkaitan penubuhan SRC International.

Najib mendakwa konflik kepentingan itu timbul kerana peranan Nazlan sebagai peguam am Maybank sebelum ini.

SRC merupakan anak syarikat 1MDB sebelum menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). 1MDB juga dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc.

Permohonan semakan Najib juga menyasarkan tiga keputusan lain panel sebelumnya, iaitu keputusan yang menolak permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan untuk mengukuhkan dakwaannya terhadap Nazlan, keputusan menolak permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan supaya peguamnya mempunyai lebih banyak masa untuk menyediakan rayuan dan keputusan menolak permohonannya untuk menyingkirkan Tengku Maimun dari panel hakim atas dakwaan konflik kepentingan.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/660519

3 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 30 March 2023 — 6:29 pm
Subscribe
Notify of
guest

15 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anon
Anon
31 March 2023 5:57 am

Sept dia bebas, Mail x msk cmpor. Bebas bln ni ada campor2

Anonymous
Anonymous
31 March 2023 12:05 am

VIDEO ADA DALAM POSTING DIBAWAH BAB TAKIYUDDIN BENGONG NI CAKAP.  Video ni panjang. Lebih 20 minit. Siapa ada masa bolehlah tonton. Yang tak ada masa, aku akan cuba rangkumkan kesimpulannya di bawah. Ceritanya mudah. Hanya tentang RUU yang hendak dibentangkan. Takiyuddin yang mula-mula sekali timbulkan isu bahasa. Tiada versi Bahasa Melayu. Siap suruh menteri tarik balik atau batalkan dan usulkan di peringkat lain. Aku rasa, sesiapa yang tengok video ni tentu sakit hati dengan perangai Jasin. Mungkin dia rasa dia mantan hakim jadi dia boleh tunjuk pandai. Sibuk konon nak bagi orang lain faham. Termasuklah Speaker yang dia kata tak… Read more »

Anonymous
Anonymous
31 March 2023 12:31 am
Reply to  Anonymous

Aksi2 Kelakar Badut2 Parti Taliban nak tunjuk pandai dalam Parlimen tapi semua makan diri nampak dunggu belaka. No. 1 Taki Loyar Burok kaki bohong nak sindir PMX dan Madani pasal ayat Skodeng dan tak hormat Bahasa Malaysia (BM) terus terkankang kena lipat Ram Karpal kerana usul sama masa Kerajaan PN Penyamun Nasional pun dalam Bahasa Inggeris (BI). Siap Karpal bagi tuition dia patut tahu yang Authority subjek CPC dan Penal Code adalah dalam BI. Sibahalol ini memang bukak mulutnya memang gaya Klepto bukan loyar. No. 2 Drebar Teksi Sapu dari Besut ingat bekas Majistret adalah decorum sikit tetapi terus kena… Read more »

Anonymous
Anonymous
30 March 2023 10:22 pm

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Dulu cai² kata Umno/BN tu hanya membawa bala Sepanjang masa Najib & Wak Jahid itu dikeji cela  Tapi keadaan sekarang.dah jadi lain mcm ler pula Bagi cai², BossKu & Wak Jahid jadi pujaan & idola 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

22-18-47-WhatsApp Image 2021-08-09 at 2.16.10 PM.jpeg
Anonymous
Anonymous
30 March 2023 10:35 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Begitu lah gaya Din Remos, PH punya hulubalang Kemarahan nya kepada Umno/BN, kini dah hilang Dulu Najib & Zahid tu dia anggap sbgai petualang Tapi kini, BossKu dan Wak disanjung dan dijulang 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

06-32-11-4e3d542829d6a37e7a2611d47b0698e9--smiling-faces-beautiful-smile.jpg
Anonymous
Anonymous
30 March 2023 10:55 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Din Remos adalah antara cai² yang berubah gaya Sbab kpd PH tu Umno/BN dah membawa cahaya Dulu, Najib & Zahid, dikata pelahap macam buaya Tapi kini, cai² kata, Boss Ku & Wak telah teraniaya 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

06-22-16-laughter-closeup-face-close-up-young-hispanic-man-laughing-out-loud-closed-eyes-best-medicine-concept-66195943.jpg
Anonymous
Anonymous
30 March 2023 8:40 pm

Najib mangsa pendakwaan politik, kata Zahid

Ahmad Zahid ketika berucap di hadapan ahli Umno pada sesi Taklimat Khas Presiden Umno di WTC Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2022.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/398374

20-31-13-img_0079__full.jpg
Anonymous
Anonymous
30 March 2023 8:40 pm
Reply to  Anonymous
Anonymous
Anonymous
30 March 2023 8:21 pm

HA HA HA..😂

JOM GENG² PH..🤣

13-29-23-3715f33b-8992-40bb-a823-7e3e653e307d.jpg
Anonymous
Anonymous
30 March 2023 8:22 pm
Reply to  Anonymous

AYUH, BERSAMA LOKMAN🤣

15-16-17-37915961_1073945372783979_7212123162345996288_n.jpg
Anonymous
Anonymous
30 March 2023 8:23 pm
Reply to  Anonymous

BRO DIN REMOS PUN JOM IKUT SEKALI🤣

14-59-09-nYGkemxBkLIKAwC-800x450-noPad.jpg
Anonymous
Anonymous
30 March 2023 8:25 pm
Reply to  Anonymous

OWHH.. TAK LUPA JUGA DIAFIRA ZINDIQ..😂

JOM..🤣

13-11-13-WhatsApp-Image-2023-01-09-at-4.35.26-PM.jpeg
Anonymous
Anonymous
30 March 2023 8:26 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA..🤣

15-17-08-a-a-a-a-aea-inajib-4.png
Anon
Anon
30 March 2023 8:20 pm

Tgn madey kutty blkg kes Jibby.

Din Remos
Din Remos
30 March 2023 6:52 pm

Kalau Najib dibebaskan atas alasan teknikal atau apa sekali pun, ini adalah petanda bahawa abam sheikh telah campurtangan dlm proses perundangan. Tapi rasa2nya tak mungkin abam segelojoh itu mahu membunuh diri sendiri…..