KALAU PH TERUS MEMANDANG SEPI, LEBIH BAIKLAH MUDA PERGI MEMBAWA DIRI

Sedih pula rasanya membaca rintihan dan keluhan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai kedudukan Muda yang masih tidak ketahuan nasibnya dalam PH, meskipun sudah lebih 100 hari gabungan itu memegang kuasa dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Katanya, setelah berbulan-bulan menunggu serta menunjukkan kesetiaan dan sokongan kepada PH sebelum, semasa dan selepas PRU15, malangnya tiada jawapan yang jelas berhubung permohonan penyertaan Muda ke dalam gabungan itu.

“Saya secara peribadi telah bertemu dengan Perdan Menteri untuk membincangkan perkara ini. 

“Kami dimaklumkan sebelum ini bahawa isu ini akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH tapi sekarang saya rasa sudah tiga mesyuarat diadakan selepas PRU15 dan kami masih belum mendapat jawapan.

“Kami menghormati rakan-rakan dalam PH dan kerajaan, apa pun jawapan yang mereka berikan kami terima.

“Tapi apa yang kami inginkan sekarang adalah jawapan supaya ada kemuktamadan untuk proses ini,” kata Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar.

Selain itu, tambah beliau, di samping bertemu Anwar yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR, pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Seriausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk maksud yang sama.

“Kami malah telah mengutus tiga surat dari masa ke semasa untuk menyelesaikan masalah ini secara dalaman kerana ingin tahu apa jawapan kepada permohonan kami untuk menyertai PH,” tambah beliau lagi.

Sebelum ini dan terbaru semalam, Muda dalam waktu yang sama juga sudah dua kali mengeluh mengenai kedudukan mereka yang diketepikan dalam mesyuarat Seketariat Kerajaan Perpaduan.

Makna kata, sudahlah tiada keputusan sama ada diterima atau tidak untuk berada dalam PH, di dalam Seketariat Kerajaan Perpaduan pula Muda dipinggirkan.

Kesian Muda…dah macam pengemis pula jadinya sekarang ini.

Kepada Syed Saddiq dan Muda, ingin dipesankan bahawa hidup ini adalah pilihan dan kitalah yang berhak membuat keputusan.

Bersabar dan dilayan macam pengemis pun mesti ada hadnya.

Kalau asyik dibiarkan berada di tepi tangga saja, tidak diajak masuk dan jauh sekali diberi makanan, eloklah membawa diri mencari rumah lain untuk tumpang berteduh.

Bijak pandai dalam dunia politik selalu mengingatkan, manusia bila dapat kuasa atau dapat jadi menteri, penyakit pertama yang datang dalam hidup mereka ialah hilang ingatan.

Lantaran penyakit itu, mereka mudah lupa kawan, lupa siapa yang menolong dan membantu menaikkan mereka, lupa kepada janji dan mula terkilau dengan cahaya kuasa yang penuh gemerlapan.

Ketika inilah kawan-kawan baru datang dan mengelilingi mereka dengan hilai ketawa yang akhirnya mereka itu semakin jauh daripada cerita asal usul di mana semuanya bermula.

Mungkin di mata PH, Muda yang hanya ada satu kerusi Parlimen tidak begitu bernilai tinggi berbanding kawan baru UMNO yang ada 26 kerusi banyaknya.

Oleh itu, Muda janganlah terus berasa sedih, kecewa, mengeluh dan merintih dengan situasi ini, semua ini adalah lumrah hidup bila manusia ada kuasa.

Pada hakikatnya, tiada sebab untuk PH tidak boleh dengan segera memproses kemasukan Muda ke dalam PH.

Pada 16 Oktober 2022 iaitu sebelum PRU15, Anwar ada berkata, hasrat Muda untuk menyertai PH yang disuarakan kira-kira sebulan sebelum itu tidak dapat direalisasikan buat masa ini memandangkan ia memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau RoS terlebih dahulu.

Untuk itu, tegasnya, PH hanya akan menjalin kerjasama dengan Muda untuk menghadapi PRU15.

Itu dulu, tetapi sekarang PH bukan saja sudah menjadi kerajaan dan Anwar memegang jawatan Perdana Menteri, bahkan RoS sudah berada di bawah kawalan Saifuddin Nasution Ismail selaku Menteri Dalam Negeri yang dalam masa yang sama adalah Ketua Seketariat PH dan Setiausaha Agung PKR.

Dengan itu, tiada alasan lagi untuk PH terus menangguh atau melengah-lengahkan permohonan Muda itu.

Kalau Saifuddin Nasution boleh menggunakan kuasa vetonya selaku menteri untuk membenarkan UMNO melanggar perlembagaan sendiri dan dikecualikan daripada diharamkan pendaftarannya, tidak ada alasan untuk RoS terlalu sukar memproses kemasukan Muda ke dalam PH.

Jika mahu, jangankan sebelum pejabat dibuka, sebelum masuk waktu Subuh pun kelulusan RoS atas kuasq budi bicara Saifuddin itu boleh diberikan.

Tetapi, setelah melebihi 100 hari berlalu, termasuk sudah bertemu Anwar dan pimpinan utama PH yang lain dan mengutus tiga pucuk surat, namun tiada juga jawapan yang pasti, kepada Syed Saddiq dan Muda – faham-fahamlah dan jangan tunggu lebih lama lagi.

Kalau mahu menunggu pun, beri peluang mesyuarat PH akan datang saja lagi untuk mereka memutuskan sama ada menerima atau tidak kemasukan Muda.

Lepas itu, jika tiada juga ketentuan, eloklah membawa diri mencari rumah lain untuk bernaung.

Kadang-kadang manusia mudah lupa, atap boleh runtuh dan rumah juga boleh musnah hanya bermula dengan satu keping genting yang tertanggal. – ShahbudinHusin 21/03/2023.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 21 March 2023 — 9:01 am
Subscribe
Notify of
guest

46 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
TokBoy
TokBoy
22 March 2023 1:12 pm

Once bitten twice shy. Teringat apa yg telah brlaku (1) dlm mesyuarat terakhir PH sblum Langkah Sheraton & (2) MUDA tidak menghormati prjanjian dgn mnentang PKR d DUN Johor. It takes time to heal….. munkin kena tunggu hingga TUN M tak lagi brpolitik kut.!!!

Anonymous
Anonymous
22 March 2023 1:10 am

PN tolak permohonan Pejwang. GTA pun akan direject.

Atok, Boboi dan Berahim dialu2kan melalak diNGO kesukaan Melayu dan Islam, Muafakat Nasional. Itu pun jika diterima oleh Annuar Musa.

Atau pun sayonara.

Anonymous
Anonymous
22 March 2023 1:16 am
Reply to  Anonymous

Syed Sadiq mendapat tuition politik betapa sifat setiakawan dan tidak khianat begitu berharga dalam hidup.

Dia yang masih kekal wala kpd Atok dan Abah tidak boleh salah siapa2 selain diri sendiri atau merungut dan merenget kerana silap pilih kawan.

Anonymous
Anonymous
22 March 2023 6:29 am
Reply to  Anonymous

Bukan pilih kawan, depa yang terkeseng keseng nak berkawan dengan kita yang berpendirian adil, jujur dan saksama.

Tok Janggut
Tok Janggut
22 March 2023 12:13 am

Bukan terkena penyakit lupa…tapi sakit hati, macammana Syed Saddiq buat pada Anwar sewaktu Atuk jadi PM..Syed Saddiq adalah pihak yg lantang sekali untuk menentang Anwar ganti Atuk jadi PM. Syed dulu org kuat Mahathir

Anonymous
Anonymous
22 March 2023 9:06 am
Reply to  Tok Janggut

Buat lah selalu, boleh jadi cerita lawak dan lucu.

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 6:55 pm

HA HA HA..😂

KERAJAAN TIDAK STABIL – MAHATHIR SEKADAR KENTUT, HABIS BERTERABUR RAMBUT PEMIMPIN PH-BN..🤣

https://youtu.be/sjnbkKb264c

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

19-46-52-126-1265370_laughing-20-png-man-laughing-png-transparent-png.png
Anonymous
Anonymous
22 March 2023 5:46 am
Reply to  Anonymous

Kamu sudah kena kentut ke?

Berterabur kamu punya buah ke?

:

Anonymous
Anonymous
22 March 2023 5:49 am
Reply to  Anonymous

Komen bagus di balas bagus.

Yang tak bagus di balon, tibai dan bantai.

Begitu lah keadaan nya tit for tut.

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 6:53 pm

PMX keccek belawok!

https://youtu.be/6t3DcXG6L0E

Hari ini menang, esok minyak turun..😂

Kalau kita menang, royalti minyak Kelantan 20%🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

07-16-27-laughing-out-loud-young-man-face-closeup-outdoors-laughter-is-780x439.jpg
Anonymous
Anonymous
22 March 2023 5:51 am
Reply to  Anonymous

Apasal sibukkan royalti minyak Kelantan ajer?

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 6:51 pm

Kadir: Anwar masih terperangkap dalam lipatan masa, beban lampau

Diterbitkan:  Mar 19, 2023 12:55 PM

https://m.malaysiakini.com/news/659208
https://youtu.be/yOV8TGSn3Y0

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

05-58-29-happy-teenage-laugh-closeup.jpg
Anonymous
Anonymous
22 March 2023 5:53 am
Reply to  Anonymous

Ada sesiapa yang tak terperangkap dalam lipatan masa, beban lampau?

Soal ngaku dan tak ngaku saja ler.

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 4:14 pm

Pandai mangkok hayun tu batalkan cukai ke atas grup Al Bukhari konon membela Melayu. Sebelumnya cukai tu masuk kantong negara dan faedahnya untuk rakyat. Atas demi Islam dan tolong Melayu konon, cukai tersebut ke atas Al Bukhari di batalkan tapi duit tu yang didakwa derma dilencongkan ke tabung parti. Banyak cantik. Selama ni orang politik dok mentekedarah duit untuk depa, rakyat juga ternganga. Tapi apa nak buat, banyak Melayu masih tak cerdik, tersirna sentimen yg dimainkan. Sebab tu walau pun negara ni kaya hasil mahsul, tapi rakyat kekal kayap. Benda mcm ni dah lama berlaku sejak era Kutty PM lagi.… Read more »

Anonymous
Anonymous
22 March 2023 5:56 am
Reply to  Anonymous

” … duit tu yang didakwa derma dilencongkan ke tabung parti.”.

Betul ker?

Mana bukti?

Main lepas sana lepas sini ajer ker?

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 3:52 pm

Betul tu. Setuju sangat2.
Ni pun satu lagi, kisah situa separa nyanyuk dan meroyan yg meludah ke langit

https://m.malaysiakini.com/news/659484

Ha ha. Orang Langkawi dan Kedah pun dah meluat dia anak beranak. Orang negeri lain nak ke situa separa nyanyuk dan meroyan ni???

Jual timbang kilo mcm besi buruk pun belum tentu laku sebab perangai terlalu buruk

Anonymous
Anonymous
22 March 2023 5:58 am
Reply to  Anonymous

Mengarut dan melalut ajer ler kamu.

Bukti sebiji pun tak kasi.

Cakap kedai kopi ajer.

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 3:06 pm

Muda-muda idea main e sport, anak orang kaya. Bak mai idea nak tarik anak muda yang jahil agama dan sejarah macam Menu Rahmah Siswa RM 3.50.

Barulah macam YB AMANAH, nampak muda dan ada gaya.

FnzKAb1aMAAhFfC.jpg
Anonymous
Anonymous
21 March 2023 3:20 pm
Reply to  Anonymous

Pemakan komisyen, peminta komisyen, penandatangan surat terima dengan komisyen, semuanya akan menjadi Menu Rahmah di Mahkamah.

image (1).png
Anonymous
Anonymous
22 March 2023 6:00 am
Reply to  Anonymous

Di Mahkamah kena keluarkan bukti, Beb.

Tak boleh main lontar ajer komen kalian.

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 2:39 pm

Mana suara Syed Saddiq dalam melawan rasuah Apek Pagoh Bumiputera Jana Wibawa? Ha355

334241095_588625659847309_8036582604292488607_n.jpg
Anonymous
Anonymous
21 March 2023 2:41 pm
Reply to  Anonymous

Layan golf lu sebelum masuk keluar Mahkamah
Kluster Mahkamah Perikatan Nasional kes makan rasuah Apek Pagoh

Abahkasi2.jpg
Anonymous
Anonymous
21 March 2023 2:17 pm

Tun masih mencari kenderaan yang sesuai untuk ke Perhimpunan Maruah Melayu Terancam Sebab Bodoh, Pemalas dan Mudah Lupa sejak 1970-an

99.5.jpg
Anonymous
Anonymous
21 March 2023 2:20 pm
Reply to  Anonymous

Rakyat mengundi untuk YB PN-Pas menjadi Wakil Abah Sakau ke Mahkamah rasa kecewa gejala ponteng Parlimen menjadi-jadi

Wakil Abah Sakau.jpg
Anonymous
Anonymous
21 March 2023 2:27 pm
Reply to  Anonymous

Orang tua otak rasis
dan akal pendek fikir
Perhimpunan Maruah Melayu
Dapat Sedekah Apek Pagoh.

Orang tua otak maju
dan akal panjang fikir
pelabur mai Melayu, Cina, India dan semua
dapat untung

FqoMpaPWIAA-RP6.jpg
Anonymous
Anonymous
22 March 2023 6:03 am
Reply to  Anonymous

Cakap begitu kau layak di baling kata2 Najib Klepto wal Jibo –

kepala bapak kau.

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 1:34 pm

5 SEBAB KENAPA SHEIKH PRO BONO & WAK PONOROGO MAHU SPRM DAKWA ABAH…😅

https://youtube.com/shorts/QrDkV_UDUO4?feature=share

HA HA HA.. RAKYAT BOLEH NAMPAK & PKR SENDIRI PUN NAMPAK…😂

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

06-32-11-4e3d542829d6a37e7a2611d47b0698e9--smiling-faces-beautiful-smile.jpg
Anonymous
Anonymous
21 March 2023 1:35 pm
Reply to  Anonymous

PRN – PKR DEDAH 5 NEGERI KRITIKAL

https://youtu.be/fB5kDm-Zd1Q

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

02-09-46-good-looking-young-joyful-dark-skinned-brunette-male-keeping-eyes-closed-while-laughing-cheerfully-with-wide-mouth-opened-standing-white_295783-7901.jpg
Anonymous
Anonymous
21 March 2023 1:36 pm
Reply to  Anonymous

PRN di enam negeri kritikal bagi PKR, kata Adam Adli

B Nantha Kumar & Alyaa Alhadjri
Diterbitkan:  Mar 18, 2023 4:12 PM
Dikemaskini: 4:12 PM

https://m.malaysiakini.com/news/659127

05-56-46-1903nstAdamAdli_1679216561.jpg
Anonymous
Anonymous
21 March 2023 1:46 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Kerisauan PRN jdi ketua pemuda PKR punya ayat Sbb nak mgundi PKR, org² Melayu dah rasa gayat Melayu tk suka dgn PKR = ‘Pakar Kencing Rakyat’ PRN & PRU16 nanti, mmg PKR akn tamat riwayat 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

10-15-34-800px_COLOURBOX2276469.jpg
disemsong
disemsong
21 March 2023 12:11 pm

Elokla sebab tak ada terjejas apa2 pun untuk masuk PH jika masuk tak tahu kesetian pada kerajaan campuran lagi pun bekas bersatu…………………..takut musuh dalam selimut ataupun musang berbulu ayam macam2 boleh jadi…………………..

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 12:02 pm

Ramai juga walaun walauntit gumbira dengan GTA kali ini. Alhamdulillah syukur. Boleh buat ceramah Alam Kubur dan Alam Mahsyar lebih kerap. Asyik bincang hukum jilat kemaluan tak habis-habis.

1985.jpg
Anonymous
Anonymous
22 March 2023 6:09 am
Reply to  Anonymous

Siapa yang jilat kemaluan, kamu ker?

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 11:13 am

MUDA tidak mendapat perhatian PH. Masaalah MUDA ni berpunca dari Syed Sadiq. Sangatlah bijak menghindarkan SS dari PKR krn kemungkinan skrip saifool bahari akan berulang lg memandangkan musuh2 sudah melebelkan SS sbg liberal. Cari penyakit kalu membawa masuk SS kedlm PH sbb itulah yg diharap2kan oleh musuh AI. Senang nak kenakan AI skali lg

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 11:40 am
Reply to  Anonymous

Banyak tulang temulang dinasour dalam almari. Kena basuh sental berus dawai keluli sampai nampak islamik dan kurang liberal. Ha355

cucusetan.jpg
Anonymous
Anonymous
21 March 2023 11:48 am
Reply to  Anonymous

Kerja rajin jangan buang. Aset negara masa depan untuk kroni. Lambat laun dia langgar juga pagar yang ada. Ha355

1666617182689.jpg
Anonymous
Anonymous
22 March 2023 6:11 am
Reply to  Anonymous

Yang panjat pagar tuh tersangkut bola nya kpd kawat, menjerit melolong melaung, yang pakai cermin mata tu tersengeh ajer.

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 10:03 am

RAKAN² BLOG,😅

IZINKAN SAYA BAWA KOMEN BRO DIN REMOS DARI POST YG LEPAS KE SINI.😂

INI HAH:🤣

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 10:04 am
Reply to  Anonymous

_____________________________________________________
Din Remos
 19 March 2023 7:27 am

Tengah malam tadi nenek tak boleh tido sbb bagali dia balik Punjab ziarah ssudara mara di Amritsar.
Lalu dia melepak sorang2 kat blog Budin. Dia tulis Kejora dah kawin dan kena rantai besi dgn bini…nak masuk sini pun kena tunjuk komen dia dekat bini dulu…..🤣🤣🤣🤣🤣

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 10:06 am
Reply to  Anonymous

Saja nak cari penyakit. Barangkali PU*Inya terasa gatal.
Sedangkan cerita kejora menikah tu adalah BERITA PALSU.
………………………
……………………………………….
……………………………………………………………
🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 😂 😂 😂 😂 😂 😄 😄 😄 😄 😄

Reply
_____________________________________________________

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 10:09 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. BRAVO DIN REMOS!🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 Hairan lah, lama tak muncul Nek puaka petualang Ke mana kah betina tua ifrit tu dh lari menghilang Mungkin kah sedih merindu, Bg Ali belum pulang? Atau kat Lrg Hj Taib Chow Kit kini sdg menjalang? 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕… Read more »

02-08-25-front-view-young-male-white-t-shirt-just-laughing-pink-background_140725-27018.jpg
Anonymous
Anonymous
22 March 2023 6:13 am
Reply to  Anonymous

Wak Gontol Kejora Kojol dengan rakan nya Din Remorse ada lagi rupa nya.

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 9:30 am

Syed Saddiq tak setuju larang umat Islam lawat rumah ibadah lain

Sinar Harian
Mac 17, 2023 13:04 MYT

Syed Saddiq mendakwa telah melawat rumah ibadah penganut agama lain beberapa kali dan didapati tiada agenda untuk menjejaskan agama Islam di negara ini. -Sinar Harian

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-tak-setuju-larang-umat-islam-lawat-rumah-ibadah-lain-411224

09-25-21-51679026703_SyedSaddiq.jpg
Anonymous
Anonymous
21 March 2023 9:31 am
Reply to  Anonymous

Syed Saddiq bantah JAIS larang umat Islam sertai program rumah ibadat lain

17/03/2023
Admin
https://malaysiapost.com.my/2023/03/17/syed-saddiq-bantah-jais-larang-umat-islam-sertai-program-rumah-ibadat-lain/

Anonymous
Anonymous
21 March 2023 9:34 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA…😂

MELIHAT KEPADA “KELIBERALAN” SADIQ SIGARAGA TU, ELOK SANGATLAH KALAU DIA & MUDA DITERIMA MASUK KE PH DGN SEGERA…🤣

😀 😄 😆 😃 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

02-12-17-photo-overjoyed-afro-american-man-laughs-funny-story-cant-stop-giggling-has-white-teeth-thick-beard-wears-formal-suit-squints-face_273609-38881.jpg
Anonymous
Anonymous
22 March 2023 6:14 am
Reply to  Anonymous

Ada ayyat Quran atau Hadith melarang ker?