“TUN MAHATHIR LUMPUHKAN ORANG MELAYU MELALUI DEB”

Dr Mahathir Mohamad berjaya menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk melumpuhkan orang Melayu supaya berfikir mereka selamanya memerlukan “topang” untuk mendahului persaingan dengan yang lain, menurut seorang bekas Ahli Parlimen.

Tawfik Ismail berkata, DEB seperti dibayangkan oleh Tun Abdul Razak dan Tun Ismail Abdul Rahman (bapa Tawfik) bertujuan memberikan kelebihan sementara buat orang Melayu, bukan kebergantungan berpanjangan.

Menggunakan handicap golf sebagai analogi, Tawfik berkata, DEB adalah untuk menggalakkan orang Melayu berusaha ke arah menunjukkan kecekapan dan kemahiran yang lebih baik suatu hari nanti.

“Mahathir melihat orang Melayu sebagai ‘handicapped’, atau apa yang orang Melayu panggil ‘cacat’ atau hilang upaya kekal, memerlukan topang sepanjang hayat untuk bertahan.

“Beliau juga bukan ahli sukan, dan tidak tahu bahawa menang dan kalah adalah sebahagian daripada permainan kehidupan. Oleh itu, apabila tewas dalam permainan politik, beliau tidak puas hati,” katanya kepada FMT.

Tawfik, bekas ahli Umno, adalah Ahli Parlimen Sungai Benut dari 1986-1990. Beliau mengasaskan kumpulan reformasi pilihan raya Bebas Gerak pada 2019. Kumpulan itu berusaha untuk menjadi “kuasa ketiga” pada pilihan raya.

Beliau berkata, kejayaan “indoktrinasi kebergantungan” Mahathir adalah sebab utama orang Melayu sekarang berfikir bahawa mereka tidak boleh berjaya tanpa bantuan.

“Inilah sebabnya orang Melayu mempunyai mentaliti ‘topang’ ini. Berbanding bersaing dan cuba bermain di padang yang sama rata, mereka sebenarnya terkial-kial, yang saya fikir adalah hasil akhir Mahathirisme.

DEB pertama kali diperkenalkan pada 1970 selepas rusuhan 13 Mei 1969. Dasar itu mengemukakan tindakan afirmatif pro-Bumiputera dengan pengagihan kekayaan sebagai terasnya. Walaupun secara rasmi berakhir pada 1990, ia terus membentuk dasar negara.

Tawfik juga berkata, timbul kebimbangan bahawa jenis Islam yang dijaja oleh Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi orang kanan Mahathir pada 90-an akan kembali.

Ketika Anwar, kini perdana menteri, sedang mempromosikan Islam dan konsep Malaysia Madani, beliau gagal memasukkan peranan sultan sebagai ketua perlembagaan Islam di negeri-negeri, kata Tawfik.

Beliau berkata, Islam versi Anwar juga banyak dipengaruhi oleh Arabisme, yang mengabaikan budaya dan amalan Melayu.

“Ini menggalakkan sejenis pemikiran yang menjadikan gelombang hijau realiti kerana ia menggalakkan pandangan lebih sempit tentang apa itu Islam,” kata Tawfik.

Gelombang hijau merujuk kepada kebangkitan luar biasa dicapai PAS pada PRU15 November lepas, yang menang 44 kerusi, sekali gus muncul sebagai parti politik tunggal terbesar di Dewan Rakyat.

Tawfik berkata Anwar, dalam mempromosikan Islam, gagal mengambil kira multikulturalisme, serta perlindungan perlembagaan lain atas kepercayaan dan budaya lain.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/03/18/deb-mahathir-lumpuhkan-orang-melayu-kata-bekas-ahli-parlimen/

2 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 18 March 2023 — 8:03 am
Subscribe
Notify of
guest

25 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
krisubai
krisubai
19 March 2023 10:38 pm

Sebelum tun jadi PM, banyak bangsa2 asing yang berada di dalam jabatan kerajaan, Zaman tunku, tun razak dan hussein oon, bila tun jadi PM baru kita nampak bangsa melayu membanjiri dalam jabatan kerajaan. Di Universiti2 sebelum ini banyak muka bangsa asing jadi pensyarah, pelajar2, bila tun jadi menteri pendidikan bertukar bangsa asing ke bangsa melayu. Zaman sebelum tun jadi pm ,mana ada pengarah bangsa melayu. Proton, ASB, UIA, Bank Islam banyak lagi untuk orang melayu.

Anonymous
Anonymous
19 March 2023 5:29 am

Let us be reminded that the position of the Malays has been clearly spelt out in the Constitution of the country.

So is the position of the non-Malays.  

Let’s understand those clearly, accept the position and live happily with one another till Eternity.

Anonymous
Anonymous
19 March 2023 5:32 am
Reply to  Anonymous

No such thing as drop ‘Malay-only’ plan. Saying that is nasty, mischievous and creating ill will.

Anonymous
Anonymous
19 March 2023 5:35 am
Reply to  Anonymous

Ronnie Liu has long been known as a mischievous politician, this time playing the Malay:non-Malay issue.

Wasn’t he banished to Raub by his party some time back, presumably partly for the same reason.

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 8:57 pm

Saturday, March 18, 2023Please drop ‘Malay-only’ plan, Ronnie Liu tells Dr M https://www.malaysiakini.com/mk-small-logo.svg =s800 Please drop ‘Malay-only’ plan, Ronnie Liu tells Dr M Sungai Pelek assemblyperson Ronnie Liu has urged former prime minister Dr Mahathir Mohamad to drop his plan of revitalising his career through uniting Malay-only political forces. This is in response to Mahathir’s call to Malays to support his “Proclamasi Orang Melayu” programme at a hotel in Kuala Lumpur at 3pm tomorrow. “Dear Mahathir, you would not have resigned as prime minister twice if you really love our Malay brothers and sisters. “You have lost all your credibility… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 6:02 pm

Saya masih berpolitik dlm usia senja ini semata-mata utk memastikan AI tidak kekal jd PM. Itu lah perjuangan yg belum selesai. Tidak aman kalau saya mati AI masih jd PM. Doakan umur saya panjang bg menyaksikan kejatuhan AI. Ibrahim Ali dan Putra sekadar tungangan saya saje sbb dah takde lagi platform politik yg boleh terima saya. Kenyataan diatas BUKAN petikan kenyataan Tun Madey.

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 7:32 pm
Reply to  Anonymous

Tidak aman kalau kau mati sebab niat jahat.  

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 5:06 pm

KAJIAN MENUNJUKKAN RAKYAT BERPUAS HATI DENGAN PM10 BHONLINE Kaji selidik 100 hari pentadbiran Kerajaan Perpaduan By Suzalina wald March 16, 2023 at 4:27 PM KUALA LUMPUR: Satu kaji selidik lapangan dijalankan bulan lalu mendapati majoriti responden menyifatkan 100 hari pentadbiran Kerajaan Perpaduan berada pada tahap memuaskan dan yakin negara akan bertambah stabil, maju dan makmur di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dapatan itu hasil kaji selidik dijalankan Fieldwork Intelligence Research Management (FIRM Research), membabitkan 1,220 responden berusia 21 hingga 70 tahun ke atas di seluruh negara. Ini berita yang boleh membuatkan lebai tak tidur malam dan para penyakau mengigau… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 5:07 pm
Reply to  Anonymous

KATA KATA HIKMAT DARI TMJ- ORANG ATAS NI LIHATNYA BETUL. ..ATOK TENGAH HANGIN KAT BANG NON PASAI BANG NON NAK TANGKAP SAPA CURI DUIT…

“At the moment he is not trying to save
the country, he is more worried of what
will happen to his children in the future.
Even the wealthiest person on earth
would not be able to give birth to three
“billionaires’. TMJ.

thecoverage.my
Johor Crown Prince : Tun M Is Not Trying
To Save The Country Or The Malays But.

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 7:34 pm
Reply to  Anonymous

Betul ke kata2 hikmat?

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 5:15 pm
Reply to  Anonymous

Esok Atok, Abah dan Hadi akan bergabung utk program Proklamasi Melayu. Program ini bermirip Kongres Maruah Melayu yang diadakan zaman Kerajaan PH PRU14 sebagai prelud kepada Sheraton Move inisiatif Atok utk gagalkan dan kencingkan Konsensus PH bagi Atok jadi PM seumur hidup. Jadi Proklamasi Melayu adalah encore Kongres Maruah Melayu inisiatif sama kali ini utk gulingkan PMX dan Kerajaan Perpaduan. Keadaan bertambah cemas kerana Atok, Abah dan Hadi bakal jadi Kluster Mahkamah kerana Rasuah dan AMLA Mega maka dijadikan alasan Melayu dan Islam terancam. Adakah YDPA, MRR, PMX, PDRM dan Tentera RMD akan benarkan Atok, Abah dan Hadi bikin kacau… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 5:27 pm
Reply to  Anonymous

Bila SPRM siasat Daim mengenai Pandora Papers, Daim pelepas tengkuk sendiri kata dia proxi berbilion dipesisir luar utk Atok dan keluarga.

Atok naik sheikh nak gulingkan PMX dan Kerajaan Perpaduan bagi hook or crook walaupun akan berumur 103 diPRU16 nanti.

Tetapi Atok, Abah dan Hadi target Sheraton Move 2.0 ASAP tumbang PMX sebelum bertukar takhta YDPA kepada Sultan Johor Jan 2024.

Sultan Johor sebagai YDPA akan jadi igauan mereka.

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 12:20 pm

Saya dah kata Melayu bodoh, mudah lupa dan pemalas. Makan Menu Rahmah lu.

Fqk53kTacAIeQad.jpg
Anonymous
Anonymous
18 March 2023 12:23 pm
Reply to  Anonymous

Tanpa logo PN dan dana rasuah Abah Sakau, boleh ke 27 Ahli Parlimen dari Pas kekal PRU16 nanti? Ghuyup terlingkup.

PN_tiada telo.jpg
Anonymous
Anonymous
18 March 2023 12:04 pm

Contoh Melayu DEB, nak makan cari kenduri, nak sedekah cari arwah, nak berborak cari mesorat. Apa KPI yang dicapai tak tahu?

1674647381291.jpg
Anonymous
Anonymous
18 March 2023 12:07 pm
Reply to  Anonymous

Bila sudah tumbang jadi Pembangkang, dialah terpaling tahu agama dan terpaling tahu rakyat. Bernafsu nak haramkan semua benda. Ha355

FjqyThRVIAI-fvN.jpg
Anonymous
Anonymous
18 March 2023 12:09 pm
Reply to  Anonymous

Walaun walauntit Handicapped layan Blackpink berjoget tapi mengumpat Kerajaan Madani. Ha355

FqgHEvcaYAE4k48.jpg
Anonymous
Anonymous
18 March 2023 12:11 pm
Reply to  Anonymous

Walaun dan walauntit Handicapped layan Mentega Terbang tapi menganiaya dan fitnah orang lain. Ha355

FqgHEvXaEAAIX_y.jpg
Anonymous
Anonymous
18 March 2023 12:13 pm
Reply to  Anonymous

Walaun dan walauntit Handicapped layan lucah dan porno tapi berlagak alim muka tak tahu malu. Ha355

FqgHEvYaAAA1om4.jpg
Anonymous
Anonymous
18 March 2023 10:51 am

HA HA..POHON CINTA INI TAK PERNAH LAYU♥️🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Betul kah dgn DEB Tun M lumpuhkan org Melayu? Tapi lbh teruk bila Umno jadi DAP pnya kuda kayu Kejora pula, asyik je teringat pada si dara nan ayu Sekuntum mawar diutus sbgai tanda kasih dirayu 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 ♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💚 🤍 💜 💙 💚 💛 🧡 ❤️ Kah… Read more »

gettyimages-1225652780-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
18 March 2023 7:23 pm
Reply to  Anonymous

Sekuntum Bunga Tahi Ayam.

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 9:33 am

Mengarut dan tidak bijak mengata “TUN MAHATHIR LUMPUHKAN ORANG MELAYU MELALUI DEB”
Mengata begitu tidak mengambil kira keecapekan orang Melayu yang tidak di pedulikan British Kolonial, yang tidak membantu mereka dalam bidang pelajaran, yang kurang pengtahuan, kelulusan dan pengalaman.

DEB coba menukar keadaan itu dan menguatkan orang Melayu, bukan sebalik nya.

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 9:40 am
Reply to  Anonymous

Mengarut juga mengata ““indoktrinasi kebergantungan” Mahathir adalah sebab utama orang Melayu sekarang berfikir bahawa mereka tidak boleh berjaya tanpa bantuan.”

Di kata bodoh, marah. Tetapi tidak ada bukti mengata “orang Melayu sekarang berfikir bahawa mereka tidak boleh berjaya tanpa bantuan.”

Ini ada lah propaganda pihak yang tidak mahukan orang Melayu maju.

Propaganda jahat.

Din Remos
Din Remos
18 March 2023 1:48 pm
Reply to  Anonymous

Nenek…
keecapekan itu apa dia nek…istilah baru dari dewan bahasa ka…atau bahasa suku kaum asal keturunan nenek yang kita orang tak tahu.

Seperkara lagi nenek…DEB tu tak ada kena mengena dgn dasar.menganai org melayu vis-a-vis kolonial master nek ooiii.
DEB was implemented following the incident of 1969 bloody racial clash. Tujuannya agar jurang pengagehan kekayaan yang berlaku di negara ini (china kaya raya, melayu miskin papa) dapat di kurangkan…
Nenek…baca la dulu sebelum komen. Orang kata bodoh nenek marah…

Anonymous
Anonymous
18 March 2023 7:26 pm
Reply to  Din Remos

Si bodoh bangang ini tak tahu pun salah eja.

Dan tak pernah dengar salah taip.