HASNI MILIKI PAKEJ LENGKAP, SANGAT WAJAR DIBERI PELUANG ISI SALAH SATU KERUSI NAIB PRESIDEN UMNO

Selepas jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tiada pertandingan, tumpuan utama pada pemilihan parti 18 Mac ini tentunya ialah bagi jawatan Naib Presiden.

Daripada lapan calon yang menawarkan diri, tanpa bertujuan memperkecilkan kemampuan, kewibawaan dan ketokohan lain-lain pemimpin yang sama-sama bersaing, bekas Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dikira memiliki pakej lengkap dan harus diberi peluang menduduki salah satu kerusi nombor tiga dalam hireaki UMNO itu.

Dalam UMNO, beliau berpengalaman menyandang jawatan Ketua Pemuda Bahagian Pontian, Exco Pemuda Malaysia, Ketua Pemuda Negeri Johor dan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, manakala jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian masih dipegangnya sehingga sekarang.

Di dalam kerajaan pula, beliau ada pengalaman menjadi Adun, Ahli Parlimen, Setiausaha Politik, Exco Kerajaan Negeri, Ketua Pembangkang dan Menteri Besar Johor.

Sebelumnya, beliau adalah seorang profesional dalam bidang kejuruteraan serta merupakan ahli perniagaan yang berjaya.

Keputusannya menceburkan diri dan aktif dalam UMNO tidak lain adalah bertujuan untuk menyumbang tenaga, masa dan idea bagi kepentingan agama, bangsa serta negara.

Pada 2013, Hasni diberi amanah sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor dengan memegang portfolio Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Ketika itu, Menteri Besar Johor ialah Khaled Nordin.

Beliau memegang jawatan tersebut sehingga 2018 apabila UMNO dan BN tewas pada PRU14 di tahun tersebut.

Selepas PRU14, beliau diberi amanah sebagai Ketua Pembangkang di DUN Johor serta dilantik sebagai Pengerusi UMNO Negeri Johor.

Apabila berlaku krisis politik dan perpecahan dalam PH pada tahun 2020, Hasni kemudian dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baru.

Dalam PRN Johor dua tahun kemudian iaitu pada 2022, beliau telah berjaya memimpin UMNO dan BN Johor mencipta kejayaan gemilang – daripada kalah pada 2018 kepada kemenangan majoriti dua pertiga – dengan memegangi 40 daripada 56 kerusi Dun yang dipertandingkan di negeri itu.

Di sebalik pencapaian cemerlang itu dan wajahnya diletakkan “poster boy” sepanjang kempen PRN Johor, atas sebab-sebab tertentu, Hasni kemudiannya digantikan dengan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor.

Tetapi Hasni tidak merajuk, tidak protes dan tidak lari daripada perjuangan, sebaliknya kekal bersama UMNO, malah memberi sokongan sepenuhnya kepada Onn Hafiz sebagai pemimpin muda untuk mengambil alih teraju kepimpinan negeri Johor.

Pada PRU15 baru-baru ini, walaupun ketika itu berjawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pontian, di mana logiknya beliau boleh memilih mana-mana kerusi Parlimen yang selamat untuk ditandinginya, tetapi ternyata Hasni bukan jenis yang begitu.

Dengan jiwa besar serta iltizam ingin menyumbang kerusi kepada BN, beliau tetap memberi laluan kepada Ahmad Maslan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian dan sekarang Timbalan Menteri Kewangan, untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Pontian yang sedia dipegangnya.

Hasni sebaliknya memilih untuk bertanding di Parlimen Simpang Renggam yang bukan saja kawasan luar daripada gelanggangnya berpolitik di Pontian, tetapi juga harus berhadapan dengan calon “heavyweight” daripada PH iaitu, bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik yang merupakan penyandang sedia ada kerusi tersebut.

Sikap Hasni ini berbeza dengan Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan dan Ketua UMNO Bahagian Rembau yang atas jawatannya itu lebih memilih kawasan selamat untuk bertanding iaitu di Rembau sehingga terpaksa “menolak” Khairy Jamaluddin atau KJ, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau yang sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Rembau ke Sungai Buloh.

Atas jiwa besar dan berani berlawan Hasni itu, bukan saja Pontian berjaya dikekalkan oleh Ahmad Maslan, malah Hasni melalui kemenangan di Simpang Renggam telah menyumbang satu kerusi Parlimen kepada BN.

Dengan kejayaan memimpin UMNO dan BN Johor mencapai kemenangan dua pertiga dalam PRN negeri dan kemudian berjaya merampas Simpang Renggam pada PRU15, tanpa keraguan lagi Hasni merupakan pemimpin yang terbukti diterima dan disukai rakyat.

Hari ini, walau tanpa apa-apa jawatan dalam kerajaan, namun jatuh bangun serta rangkuman pengalaman dengan pelbagai jawatan dalam parti dan kerajaan yang pernah disandangnya, Hasni boleh dikira pemimpin yang cukup berpengalaman untuk berperanan memberi sumbangan kepada UMNO melalui jawatan yang lebih tinggi lagi dalam parti.

Sebagaimana hasratnya menyertai UMNO adalah untuk berbakti, Hasni menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden juga tidak lain ialah untuk meneruskan lagi khidmat baktinya berdasarkan pengalamannya itu.

Memandangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi, adalah penting untuk para perwakilan pada 18 Mac nanti, demi masa depan UMNO agar parti itu tidak terus malap dalam perjuangan masa depannya, memberi pertimbangan khusus kepada Hasni menduduki salah satu daripada tiga jawatan Naib Presiden UMNO.

Pakej yang dimilikinya – berpendidikan, berpengalaman, terbukti disukai rakyat dengan kejayaan dalam PRN Johor dan merampas kerusi Simpang Renggam, disertai kesetiaan kepada parti, tetapi bukan “yes man”, pemimpin sebeginilah yang sebenarnya amat diperlukan berada di lapisan selepas Presiden dan Timbalan Presiden agar UMNO dilihat terus berwajah segar dan mampu bangkit lebih baik lagi pada PRU16 lima tahun akan datang. – ShahbudinHusin 13/03/2023.

4.3 4 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 13 March 2023 — 5:51 pm
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
14 March 2023 7:37 am

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 Ke mana pergi nya Nenek puaka betina tua renta? Dia tak nampak ke, Kejora tampil berpantun cinta? Apakah mata kelabu dia dh bertukar mnjadi buta? Dh tak nak buat ke blog ni bapak dia punya harta? 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊… Read more »

10-15-34-800px_COLOURBOX2276469.jpg
Anonymous
Anonymous
14 March 2023 7:39 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Tadi, seperti terhidup bau yg sangat busuk hapak Seakan terdengar bunyi anjing kurap punya tapak Kejora berpantun cinta, tak kan le dia tak nampak Tak nk ke buat blog reta dia punya kepala bapak? 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 👊 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

02-09-46-good-looking-young-joyful-dark-skinned-brunette-male-keeping-eyes-closed-while-laughing-cheerfully-with-wide-mouth-opened-standing-white_295783-7901.jpg
Anonymous
Anonymous
14 March 2023 9:50 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Kejora akn tetap tampil dengan berpantun seloka Teringat si dia tu hati ini terasa dihimpit pilu duka Tapi ke mana dh menghilang Nenek betina puaka Dah takda lagi ke ‘karutan bodoh taik’ dia nk reka? 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

05-58-29-happy-teenage-laugh-closeup.jpg
Anonymous
Anonymous
14 March 2023 1:43 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 Ke mana mnghilang, betina puaka nenek kebayan  Kejora pantun cinta, naper tak meraban meroyan? Dah mampos kah, itu betina tua mulut tempayan? Atau kekasihnya Bg Ali tu, dia tgh sibuk melayan? 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 Kah kaahh… Read more »

20-04-07-depositphotos_89853308-stock-photo-happy-laughter-closeup.jpg
Anonymous
Anonymous
14 March 2023 1:57 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 Blog Budin ni bgaikan Kejora dah jajah dan takluk Dah tiada lagi Nek puaka, lahanat punya makhluk Sarang tebuan, dia dah tidak berani lagi nak jolok! Agaknya kini dgn Bg Ali tu dia tgh sedap berpeluk 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕… Read more »

19-46-52-126-1265370_laughing-20-png-man-laughing-png-transparent-png.png
Anonymous
Anonymous
14 March 2023 2:09 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 👹 Nek betina puaka kini terdiam je, serupa dgn tugu Barangkali dia tahu, yg cgu Kejora sdg menunggu Terus tak ada kelibat lagi, itu betina tua puki cagu Kejora pantun cinta pun, dia tk berani lagi ganggu 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕… Read more »

06-32-11-4e3d542829d6a37e7a2611d47b0698e9--smiling-faces-beautiful-smile.jpg
Anonymous
Anonymous
14 March 2023 7:20 am

HA HA HA… 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Umno kini dah bagaikan pohon yg kering dan layu Parti itu dah tidak relevan lagi bagi orang² Melayu Diri ini pula, pada si dia, tak kan jemu kasih dirayu Setangkai mawar iringi salam, buat si dia nan ayu 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 ♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💚 🤍 💜 💙 💚 💛 🧡 ❤️ Kah kaahh kaaahhhh… Read more »

gettyimages-1225652780-170667a.jpg
Disemsong
Disemsong
14 March 2023 5:46 am

politik beliau tidak berapa baik kerana condong ke puak yang bukan pro presiden lagi2 puak yang disokong telah jadi kluster makhamah dan ini membuat para perwakilan berbolak balik untuk mengundi beliau……………………tunggu dan lihat sehari dua lagi perkembangan pemimpin sebelah sana………………….

Anonymous
Anonymous
14 March 2023 6:47 am
Reply to  Disemsong

Berbolak balik itu akibat pendirian yang di undi ker?

Kalau selalu sangat kena bolak balik, terbalikkan dia ajer.

Anonymous
Anonymous
14 March 2023 6:51 am
Reply to  Anonymous

Yang bolak balik tuh, bolakkan dia tapi jangan balikkan.

Itu ajer cara nak mengajar nya.

Kita pengundi pun boleh mengajar, hehe.

Anonymous
Anonymous
14 March 2023 5:10 am

Beliau memegang jawatan tersebut sehingga 2018 apabila UMNO dan BN tewas pada PRU14 di tahun tersebut.”

Tidak dapat mempengaruhi pengundi bila memegang jawatan Exco Kerajaan sejak 2013?

Anonymous
Anonymous
14 March 2023 5:15 am
Reply to  Anonymous

Tak faham.

Kalau dah pegang jawatan Exco boleh pigi sana sini menjumpai dan mempengaruhi pengundi, apasal tewas di PRU14?

Dia tak buat itu semua dengan cukup?