TERBUKTI AKHIRNYA MAHIADDIN SAMA SAJA SEPERTI ZAHID HAMIDI

Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin akhirnya terbukti sama dan saling tak tumpah perangainya seperti Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi di mana kedua-duanya enggan melepaskan jawatan setelah didakwa di mahkamah.

Sementara Zahid Hamidi sebelum ini berkeras enggan melepaskan jawatannya kerana beranggapan pendakwaan terhadapnya ketika era Tun Mahathir Mohamad berkuasa kali kedua sebagai bersifat politik dan terpilih, Mahiaddin pula diputuskan oleh MPT agar tidak melepaskan jawatannya yang sedang disandangnya.

Tanpa terdengar bekas Perdana Menteri itu ada menghantar surat perletakan jawatannya, MPT Bersatu sebaliknya lebih dulu menolak beliau daripada melepaskan jawatannya.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas MPR Bersatu yang dipengerusikan oleh Mahiaddin sendiri malam tadi.

Barangkali keputusan MPT Bersatu malam tadi bersesuaian dengan pendirian Mahiaddin yang mahu menyerahkan nasib serta kedudukannya kepada parti menentukannya.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin berkata, MPT parti sebulat suara menolak perletakan jawatan Mahiaddin sebagai Presiden Bersatu.

“Ini kerana MPT menegaskan bahawa pertuduhan ke atas Muhyiddin Yassin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi.

“MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar yang bersifat zalim dan fitnah ini,” katanya pada satu kenyataan.

Tidak kira apa sekali pun hujah yang cuba digunakan untuk mewajarkan keputusan demikian, pokoknya apa yang dilakukan Zahid Hamidi dulu, itulah yang ditiru oleh Mahiaddin sekarang ini.

Sama gaya dan sama tujuan, cuma olahan skrip serta jalan cerita saja yang berbeza.

Ternampak sama seperti Zahid Hamidi, cubaan untuk menggunakan jawatan dalam parti sebagai perisai terhadap pendakwaan di mahkamah tetap menjadi keutamaan.

Maknanya, apa yang dilemparkan kepada Zahid Hamidi dulu sudah berbalik kepada diri sendiri.

Dalam bahasa kasar sikit….pigi dah, semua sembang saja lebih!!

Zahid Hamidi agaknya sekarang ini tentu sedang ketawa tak berhenti-henti kerana beliau sudah ada kawan yang sama-sama berjawatan presiden parti sedang berdepan pertuduhan di mahkamah serta sama-sama pula pengecut enggan melepaskan jawatan dan sama-sama lagi mahu menjadikan jawatan dalam parti dan parti masing-masing sebagai perisai melindungi diri.

Saya pun dalam hal ini teringin nak tumpang ketawa sekali….kahkahkahkahkahkahkah…

Apa yang Mahiaddin perlu sedar, mengambil contoh Zahid Hamidi, terus memegang jawatan dalam parti dan kemudian berdepan undi rakyat dalam PRU, ia lebih mungkin menghasilkan keputusan yang lebih buruk lagi.

Lihat saja bagaimana UMNO daripada 54 kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU14, tetapi hanya mampu menang 26 kerusi saja pada PRU15 lalu.

Meskipun banyak sebab mendorong keputusan sedemikian, salah satunya tentulah kerana UMNO ketika berdepan PRU15 dalam keadaan masih dipimpin oleh Zahid Hamidi yang belum selesai perbicaraan kesnya di mahkamah.

Apakah Mahiaddin juga mahu membawa Bersatu beroleh keputusan yang lebih buruk pada PRU16 akan datang? – ShahbudinHusin 12/03/2023.

3.7 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 12 March 2023 — 11:01 am
Subscribe
Notify of
guest

24 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
15 March 2023 2:02 pm

Ha355

Buat Malu.gif
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 12:12 pm

Pas dan Qunut Nazilah terbaliknya masih bertenggek fasa 2. Abah Sakau dah masuk fasa 3. Majukan negara tolong cepat sikit habis fasa menyesal ter

positip.jpg
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 10:35 am

Apek ni sambung kerja lama dia tu pasai laju macam bullet train Jakarta. No wonderlah

1672476888643.jpg
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 10:32 am

Masuk bulan 3 dah bil hangpa turun ka? Internet laju ka? Apa cer

FoHvtH_aIAAdJbb.jpg
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 10:28 am

Mana dia reform pendidikan? Pi gedung dah pakat ramai mak pak beli baju seluaq anak. Jangan menteri keciciran sudah.

_fadli.jpg
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 10:23 am

McD, KFC dah ada Menu Rahmah. Carilah resepi nak join. Baru kena sindir, kalau zaman Abah siap kena kompoun dan rotan hoi

Fob9QiSaAAEh2Xb.jpg
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:35 am

Kalau orang curi duit, tidak simpan dalam akaun parti politik – Faizal Azumu

Oleh MOHD. FADHLI SULAIMAN dan
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLy
10 Mac 2023, 5:56 pm

Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:36 am
Reply to  Anonymous

KUALA LUMPUR: Seseorang yang mencuri wang tidak akan bertindak menyimpan wang tersebut di dalam akaun bank parti politik.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, secara realistik, perkara itu tidak akan berlaku.

“Kalau orang mencuri, masuk akaun bank elok-elok, itu tidak akan berlaku. Namun, Bersatu menyerahkan perkara ini kepada barisan peguam yang mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mahkamah (untuk membuat keputusan),” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Menara PGRM di sini hari ini.

Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:37 am
Reply to  Anonymous

Beliau menghadiri Persidangan Agung Tahunan Srikandi Bersatu 2022 yang berlangsung hari ini sehingga Ahad ini.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ketua Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman.

Persidangan yang sepatutnya diadakan pagi tadi ditangguh bagi membolehkan ahli Bersatu menunjukkan sokongan terhadap Muhyiddin yang didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:37 am
Reply to  Anonymous

Sementara itu, dalam sidang media sama, Hamzah menafikan cakap-cakap bahawa kes dihadapi Muhyiddin telah menyebabkan perpecahan dalam Bersatu yang meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden.

Saya tidak nampak ada perpecahan dalam kalangan pemimpin Bersatu, malah, sokongan dan taat setia diberi kepada beliau bertambah kuat pula.

“Kalau sebelum ini ada sedikit kerenggangan, namun, yang berlaku telah merapatkan dukungan di semua peringkat parti,” katanya.

Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:38 am
Reply to  Anonymous

Hamzah turut menolak spekulasi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu memanggilnya untuk siasatan kes tertentu sebagai susulan pendakwaan terhadap Muhyiddin.

“Apa sebab saya naik dipanggil? Jangan spekulasi benda yang bukan-bukan, kita sekarang ini menghadapi ujian dan cabaran yang begitu hebat.

Sesiapa pun yang didakwa, parti ini akan tetap menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran, bukan dikira siapa bakal didakwa, sesiapapun yang didakwa secara salah, kami akan pertahankan,” katanya.

Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:38 am
Reply to  Anonymous

Muhyiddin didakwa di Mahkamah Tinggi di sini pagi tadi atas empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan rasuah berjumlah RM232.5 juta.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yasin,76, didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu telah menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232,500,000 bagi parti itu.

Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:39 am
Reply to  Anonymous

21 Februari lalu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan lebih awal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima hampir RM7 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan projek berkaitan lebuh raya daripada Kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan jaminan RM400,000.

Beliau melepaskan jawatannya sebagai Ketua Penerangan bagi membersihkan nama melalui proses perundangan, namun masih berperanan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.- utusan

Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:26 am

HA HA HA.. KONONNYA..😅

05-19-04-1864515.jpg
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:28 am
Reply to  Anonymous

TAPI, BILA DAH COMULUT…😂

TERUS SEPI DLM BERAHI..🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

06-32-11-4e3d542829d6a37e7a2611d47b0698e9--smiling-faces-beautiful-smile.jpg
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:22 am

Modus operandi Abah Sakau dan Atok Sakau mudah
Komisyen non bumi bagi, projek sapu balik anak beranak.

58ea4b79bbbe2ddbe77cfbba5144c7a4.jpg
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:24 am
Reply to  Anonymous

Pasaipa non bumi mesti ada? Pasai depa peniaga kontrol ekonomi. Boleh guna 3R untuk ancam ekonomi so depa akan tunduk sampai kiamat.

_joker.jpg
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:21 am

MAHIADDIN & ZAHID SAMA? OH TIDAK…😅

JANA WIBAWA:
TAK ADA ANGIN BERTIUP, TETIBA LEPAS PRU15.. TUDUH, SIASAT & TERUS DAKWA..😂

LCS:
HEBAH SEBELUM PRU15, DITUDUH, DISIASAT LENGKAP, DISERAH SIASATAN KPD AG.. LEPAS TU SENYAP MENYEPI…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

12-33-41-SKANDAL-LCS-1024x647.jpg
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 9:32 am
Reply to  Anonymous

Masa geng PH viral gambaq ni hangpa dok gelak buat lawak. MB Auckland siap tayang Ipad. Sikalang baru hangpa tau apa itu erti penyesalan.

1670927666751.jpg
Anonymous
Anonymous
12 March 2023 8:34 am

IMAM SOLAT HAJAT PECAHBELAHKAN PERIKATAN NATIONAL

Susah payah buat solat
hajat, last2 berdoa Minta
kehancuran sendiri

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/imam-solat-hajat-pecahbelahkan.html

Anonymous
Anonymous
12 March 2023 8:46 am
Reply to  Anonymous

Kenapa salah c/o doa munajat solat hajat melawan kemungkaran dan kezaliman PMX dan Kerajaan Perpaduan oleh Walaun Parti Taliban PN Penyamun Nasional: a. Tak berkat nawaitu yang haram dibayar upah duit haram sakau, hasilnya doa kehancuran diri b. Perangai semula jadi Walaun Taliban baik diParlimen, Press Conference atau Baca Doa dalam semua isu: tidak teliti, gopoh, tidak tabayyun, tidak buat homework, fitnah dulu baru maaf c. Penutup 100 hari PMX dan Kerajaan Perpaduan yang terbaik: Penyamun Nasional didakwa, Walaun doakan kehancuran PN Penyamun Nasional diri sendiri dan lebur terkubur slogan Stabil, Bersih dan Perihatin d. Atok, Abah dan Hadi terima… Read more »

Anonymous
Anonymous
12 March 2023 8:52 am
Reply to  Anonymous

March 11, 2023 3:12 Pm CANCELLED! NO RM1 BILLION IMMIGRATION CONTRACT FOR YOU! – GOVT AXES ‘SICK’ MUHYIDDIN-LINKED DEAL, SAYS REPORT – ‘ONLY ABOUT 10% OF NIISE PROJECT HAS BEEN COMPLETED SO FAR DESPITE IT BEING AWARDED IN 2020’ – NOW, MALAYSIANS KNOW WHY IMMIGRATION IS SO SLOW & INEFFICIENT, FORCED TO KEEP USING A 20-YEAR-OLD SYSTEM BECAUSE THEIR POLITICIANS ARE SO CORRUPT Govt cancels RM1bil NIISe contract with IRIS Information Technology Systems PETALING JAYA: The government has cancelled RM1bil worth contract for the National Integrated Immigration System (NIISe) project that was awarded to IRIS Information Technology Systems Sdn Bhd.… Read more »

Anonymous
Anonymous
12 March 2023 8:56 am
Reply to  Anonymous

Modus operandi Abah dan menantu 5-10% komisen spt Kontrak Jana Wibawa dan Bestarinet juga terpakai dalam Kontrak Sistem Imigresen NIIS. Bukan rahsia besar dari debat diParlimen.

Mujur Kerajaan Perpaduan batalkan kontrak.