ATAS NAMA REFORMASI DAN MADANI, KUASA BUDI BICARA MENTERI BOLEH PANGKAH KEPUTUSAN ROS WAJAR DIMANSUH SERTA-MERTA

Berikutan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail tetap mempertahankan kuasa budi bicara yang digunakannya untuk meluluskan usul tambahan UMNO yang tujuan terbesarnya ialah untuk memastikan Ahmad Zahid Hamidi terus kekal sebagai Presiden parti itu, sambil menyarankan mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu agar mencabarnya di mahkamah, ini dengan sendirinya bermakna beliau tiada alasan yang benar-benar kukuh dalam berbuat demikian.

Kenapa Saifuddin tidak berani memberi justifikasi atau alasan sebenar mengenai kuasa budi bicara yang digunakannya itu supaya semua rakyat mengetahuinya?

Tambahan lagi, jika dilihat berdasarkan surat RoS kepada UMNO yang jelas menyebut bahawa usul tambahan menyekat pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu sebagai tidak teratur, bertentangan dengan Perlembagaan parti dan dengan itu diputuskan TIDAK SAH, menterbalikkan keputusan tersebut melalui kuasa budi bicara seorang menteri adalah tindakan yang sangat-sangat tidak wajar.

Ia seumpama menukar perkara yang sudah diputuskan salah menjadi sah dan haram menjadi halal.

Dalam bahasa lebih mudah, pegawai kerajaan sudah melaksanakan kerja mereka dengan betul dan mengikut peraturan, tetapi menteri, melalui kuasa budi bicara yang ada padanya, telah menukar atau bahasa kasarnya, membakulsampahkan keputusan pegawai yang dibuat berdasarkan peraturan itu.

Apakah ini duluan yang baik bagi sebuah kerajaan yang menjaja jenama madani?

Lebih daripada itu, berdasarkan surat RoS kepada UMNO juga, saranannya ialah agar UMNO mengambil tindakan pembetulan (corrective measure) dengan tidak mengenepikan Perlembagaan parti di bawah Fasal 9.3 dalam perlaksanaan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO.

Ertinya, cadangan RoS ialah agar UMNO mengadakan pemilihan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sebagai langkah pembetulan kerana usul tambahan itu telah diputuskan TIDAK SAH.

Sebaliknya, dengan kuasa budi bicara yang ada padanya, Saifuddin selaku Menteri Dalam Negeri memutuskan tidak menyetujui saranan RoS, sebuah jabatan di bawah kementeriannya itu, lantas memberikan pengecualian, seterusnya meluluskan usul tambahan UMNO itu yang sekaligus memberi kelegaan kepada Zahid Hamidi.

Di mana moral pegawai kerajaan yang bekerja dengan jujur dan mengikut peraturan jika akhirnya keputusan mereka boleh dipangkah begitu saja oleh menteri?

Dalam hal ini, bersekali dengan pelbagai jenama yang digunapakai kerajaan perpaduan ini – reformasilah, madanilah, ketelusanlah dan segala macam lagi – sudah sampai masa dan ketikanya sekarang ini kuasa budi bicara menteri itu dihapuskan sama sekali.

Apa yang berlaku dalam penggunaan kuasa budi bicara menteri untuk menyelamatkan Zahid Hamidi dalam isu RoS ini adalah sesuatu yang amat memalukan dalam tempoh 100 hari menjadi kerajaan serta langsung tidak memberi imej yang baik kepada Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan yang dipimpinnya.

Kalau peraturan kata ia tidak sah dan pegawai sudah memutuskan tidak sah, maka ia seharusnya kekal tidak sah.

Ia hanya boleh menjadi sah jika mengikut langkah pembetulan yang disarankan RoS itu.

Kalau tak mahu dengar cakap jabatan atau pegawai, buat apa ada RoS?

Melihat kepada respon negatif yang merata dalam isu ini, Anwar harus segera mengambil langkah pembetulan sebagai keutamaan dalam memaknai perjuangan reformasi dan memadanikan kerajaan yang sedang dipimpinnya.

Jika Anwar tidak sedia memansuhkannya atau cenderung mengekalkannya lagi, ertinya beliau tiada beza pun dengan semua Perdana Menteri sebelum ini. – ShahbudinHusin 09/03/2023.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 9 March 2023 — 2:06 pm
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Disemsong
Disemsong
10 March 2023 5:25 am

_Skandal Jana Wibawa: Ada syarikat Cina dibumiputerakan, kata PM_#Jana Wibawa

Anonymous
Anonymous
10 March 2023 4:04 am

Datang bersama #SD masing-masing. Ha355
# ISTERI

Nothing-to-Hide.jpg
Last edited 11 days ago by Anonymous
Anonymous
Anonymous
10 March 2023 4:25 am
Reply to  Anonymous

3000 bas sedia angkut penyokong Abah Sakau yang berikrar akan menyanyi Hoi Hoi Ya Hoi sepanjang jalan ke Mahkamah. Ha355

_lembunaikbas.jpg
Anonymous
Anonymous
10 March 2023 4:38 am
Reply to  Anonymous

Nasi bungkus dan air oren disediakan.
Menu udang galah dan kelah hanya untuk VVIP. Ha355

naik tebuk atap susahkan orang.jpg
Anonymous
Anonymous
10 March 2023 4:44 am
Reply to  Anonymous

Ikut tukang sorak betul-betul. SAYA TOLAK ! TOLAK TOLAK .!.. Ha355

alderhaka.jpg
Anonymous
Anonymous
9 March 2023 11:42 pm

Pelabur semakin percaya, reformasi menjana wibawa Bumiputera. Ha355

FqoMpaPWIAA-RP6.jpg
Anonymous
Anonymous
9 March 2023 11:10 pm

Ni lah lebai jenis jadah, warak dung wabak kung. Langsung x boleh pakai https://m.malaysiakini.com/news/658022 Melayu kampung asal orang pakai lebai, jubah berleret, sebut sepatah dua ayat Quran dan petik hadis, lembik tengkok depa, percaya habiskan walhal yang selalu mengencing tu adalah watak2 yg konon boleh dipercaya. Lebai2 laa banyak jenis mulut puaka, hati busuk, hasad dengki dan sesuka hati melacurkan hadis & ayat suci sesuai dengan kepentingan peribadi. Tu sbb hukum sentiasa berubah. Bila jadi pembangkang, lain ayat di petik, bila jadi kerajaan, dipersetan ayat sebelumnya, dicari ayat2 baru yang menguntungkan diri. Mcm ni ke perangai pemimpin yg mendakwa seolah2… Read more »

Anonymous
Anonymous
9 March 2023 11:15 pm
Reply to  Anonymous

Jangan perlekeh Lebai. Azmin Semburit sedar diri bakal Kluster Mahkamah. Tinggal hanya 2 calon Pengerusi PN sekarang. Kalau kes Sedekah Wallahi tak sangkut. Ha355

PN.jpg
Anonymous
Anonymous
9 March 2023 10:45 pm

Mansuh kuasa Menteri KDN, senang Deep State nak tumbangkan Kerajaan Malaysia. Naik tumbang naik tumbang macam Kerajaan Gagal Ha355

penipu agama.png
Anonymous
Anonymous
9 March 2023 10:54 pm
Reply to  Anonymous

Reformasi tanpa jana akal akan rosak wibawa. Ha355

FpdRu8iXwAc8hK8.jpg
Anonymous
Anonymous
9 March 2023 10:59 pm
Reply to  Anonymous

Katak sudah mati dilanggar lori. Kera sudah ditembak di atas atap. Rakyat menunggu Abah Sakau ponteng Parlimen di padang golf. Ha355

Screenshot_2.jpg
Disemsong
Disemsong
9 March 2023 3:16 pm

Benda dah lama dah ubah bukannya kerja yang senang , jika ikut para pengkritik eloklah dipertandingkan tak tahu silap kat mana masih sokong kerajaan tebuk atap untuk medirikan kerajaan semua nak direfomasi sehingga tak ada apa untuk menjaga kerajaan dari tumbang betapa dasyatnya pengaruh kerajaan 32 bulan dalam menghasut semua hulubalang untuk menikam kerajaan ubah akta jika kerajaan sudah dibentuk adalah menukarkan kerajaan hanya dibenarkan melalui PRU …………………..

Tok Janggut
Tok Janggut
9 March 2023 2:49 pm

Dan dipertandingkanlah jawatan Presiden n Timbalan Presiden atas kehendak Shabudin..Kalah lah Presiden n Timbalan, naik Presiden n Timbalan yg baru, yg Chenderong pd FN..Maka diputuskan oleh Sang Presiden baru untuk tinggalka I Kerajaan Padu Dan join kerajaan FN ..Maka berlaku ketidak stabilan dlm kerajaan seterusnya berlaku tawar menawar dan ugut mengugut dr parti yg tinggal dlm kerajaan Perpaduan.ada pulak parti dlm kerajaan yg akan sentiasa mengekori kemana perginya OMNO …Maka tumbanglah kerajaan yg baru melepasi 100 harinya… Bersorak lah penyokong kerajaan Perpaduan yg pentingkan kerajaan yg berintegriti kegembiraan, bersama2 bapak perasuah Dan cucu cicitnya kerana yg penting adalah kerajaan yg… Read more »