KECUALI JIKA ZAHID HAMIDI DAPAT TUNJUK ADA SURAT LAIN, KENYATAAN MEDIA SAIFUDDIN HANYA MENGESAHKAN BELIAU BERBOHONG

Walaupun setelah dua hari berlalu dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi masih gagal menunjukkan surat yang didakwa diterimanya daripada Kementerian Dalam Negeri yang kononnya menyebut RoS telah meluluskan usul tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah dicabar oleh Ismail Sabri Yaakob, isu berkenaan terjawab akhirnya dengan kenyataan media Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, pagi ini.

Dalam kenyataan media itu, Saifuddin menyebut, KDN memberi pengecualian daripada segi pematuhan kepada UMNO berhubung usul tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas parti berkenaan dalam pemilihan akan datang.

“Kementerian telah meneliti mengenai ketetapan yang telah dibuat oleh Perhimpunan Agung UMNO 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO pada 3 Mac 2023.

“Merujuk kepada perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, Kementerian berdasarkan seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberikan pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak dipertandingkan pada pemilihan parti UMNO akan datang,” kata Saifuddin lagi.

Dalam erti kata lain, dengan memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 itu bererti usul tambahan yang diluluskan UMNO baru-baru ini telah berlaku perlanggaran daripada segi undang-undang serta dianggap tidak sah.

Dengan pengecualian daripada pematuhan melalui kuasa Menteri Dalam Negeri, maka bukan saja usul tambahan itu terlulus akhirnya, malah UMNO turut diselamatkan daripada diharamkan atau dibatalkan pendaftarannya.

Seksyen 13 akta berkenaan adalah berkaitan pembatalan dan penggantungan sesebuah pertubuhan.

Jika tiada perlanggaran, untuk apa Saifuddin memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 itu dan menggunakan Seksyen 70 akta itu iaitu kuasa budi bicara menteri menggunakan bagi mengecualikan mana-mana pertubuhan daripada pematuhannya?

Apakah kriteria budi bicara diberikan dan adakah kerana faktor UMNO sebahagian daripada kerajaan?

Tidak berselang banyak waktu dengan kenyataan media dikeluarkan Saifuddin itu, tular di media sosial sesalinan surat daripada RoS kepada Setiausaha Agung UMNO yang menyebut – “Usul tambahan UMNO yang diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2022 tersebut adalah tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan di bawah Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.

“Justeru itu, dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) maka, keputusan usul tambahan Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2022 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan parti yang akan datang adalah TIDAK SAH.

“Sehubungan itu, Parti UMNO hendaklah mengambil tindakan pembetulan (corrective measure) dengan tidak mengenepikan Perlembagaan UMNO di bawah Fasal 9.3 dalam perlaksanaan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO.”

Surat RoS atau Pendaftar Pertubuhan kepada Setiausaha Agung UMNO itu bertarikh 2 Mac 2023.

Berdasarkan kenyataan media Saifuddin yang merujuk kepada surat Setiausaha Agung UMNO kepadanya bertarikh 3 Mac 2023, adalah jelas bahawa Ahmad Masln menulis surat kepada Saifuddin setelah menerima surat RoS bertarikh 2 Mac yang memutuskan usul tambahan itu sebagai tidak sah.

Dalam hal ini, di mana sebenarnya surat yang didakwa diterima Zahid Hamidi daripada KDN yang mengesahkan usul tambahan itu telah diluluskan oleh RoS?

Bolehkah beliau membuktikannya sekarang?

Jika surat RoS kepada Ahmad Maslan yang menyebut usul tambahan itu sebagai tidak sah adalah asli dan tiada surat lain selain daripadanya serta itulah surat yang dimaksudkan telah diterima oleh Zahid Hamidi, ini bermakna kenyataan beliau sebelum ini yang menyebut UMNO telah menerima surat pengesahan usul berkenaan telah diluluskan adalah suatu pembohongan.

Lebih daripada itu, jika melalui kenyataan media Menteri Dalam Negeri hari ini, 7 Mac 2023 yang memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832, sekaligus menjadikan usul tambahan itu terlulus, ia hanya berkuatkuasa bermula 7 Mac 2023.

Jadinya, kenyataan terbuka Zahid Hamidi pada 4 Mac 2023 secara terbuka dan kepada seluruh ahli UMNO, juga merupakan suatu pembohongan.

Bagaimana Zahid Hamidi boleh menyebut pada 4 Mac 2023 bahawa kelulusan telah diperolehi dan ada surat telah diterima, walhal Saifuddin hanya mengeluarkan kenyataan media yang memberi maksud kelulusan usul berkenaan telah diberikan, ia adalah bertarikh pada 7 Mac 2023?

Terlalu cekap nampaknya kerajaan ini berfungsi?

Lebih berbohong lagi, surat RoS yang diterima UMNO sebelum ini bukanlah surat kelulusan, sebaliknya pemberitahuan usul tambahan itu sebagai tidak sah.

Berbohong lagi dan bagaimana seorang Presiden UMNO boleh mentafsirkan surat pemberitahuan usul tambahan itu tidak sah sebagai suatu kelulusan daripada RoS?

Berapa banyak bohong daaa…

Sebagai pemimpin dan kehidupan seharian, tidak kira apa agama sekali pun, perbuatan paling keji dan terkutuk adalah berbohong serta tidak bercakap benar.

Melainkan jika Zahid Hamidi dapat menunjukkan ada surat lain daripada KDN yang didakwa diterimanya bertarikh sebelum 4 Mac 2023 yang memberi maksud memang benar RoS telah meluluskan usul tambahan UMNO, beliau ketika adalah dalam kategori berbohong dan tidak bercakap benar serta disahkan lagi melalui kenyataan media Saifuddin hari ini.

Madanikah jika banyak berbohong? – ShahbudinHusin 07/03/2023.

3.4 5 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 7 March 2023 — 6:18 pm
Subscribe
Notify of
guest

21 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
8 March 2023 9:45 am

Harap semua MP PN makan gaji buta lebih rajin datang Parlimen selepas gagal sekali lagi nak haramkan Umno. Ha355

319281584_810455156722091_8144263533015433910_n.jpg
Anonymous
Anonymous
8 March 2023 9:46 am
Reply to  Anonymous

Tanpa Nama7 Mac 2023 pada 11:18 PTG Takiyuddin, Loyar Burok Mike Tyson Parti Taliban ini kaki lebong. Muka hitam legam kerana dia Mike Tyson, Broker Sakau untuk Parti Taliban. Sama dramatik mcm kes MOA Unity Government hari itu tak constitutional, last2 Azalina checkmate dia lu sapa bukan signatories pun tadak loci standi. Yg signatories ok je, no hal. Azalina prove memang loyar burok, kat courts sure kena kencing punya pasal grasp law yg low standard. Budak year 1 law student pun kata cakap mcm Drebar teksi sapu Kita Baru je none legal. Ini isu pun sama, dramatik lebih. Ini hal antara… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 March 2023 10:09 am
Reply to  Anonymous

Kerajaan PN Penyamun Nasional selama 33 bulan berapa banyak guna kuasa budi bicara Menteri2 dan PM8, PM9?

Bohong majoriti Sheraton Move, Deklarasi Darurat, Sambung Darurat, Tutup Parlimen, Guna PDRM sekat MP hadir Parlimen, Guna PDRM siasat MP hadir Parlimen, Guna ROS lambat pendaftaran MUDA dan PEJWANG, Guna Darurat Sakau dan Samun Komisen.

1 jari tunjuk kepada Kerajaan 100 hari Perpaduan 4 jari tunjuk balik kepada Kerajaan 33 bulan Penyamun Nasional.

Hang tolak lepas itu hang koyak.

Anonymous
Anonymous
8 March 2023 10:09 am
Reply to  Anonymous

KISAH BERSATU DAN REMAN SPRM- PATUT HADI DOK KALUT

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/kisah-bersatu-dan-reman-sprm-patut-hadi.html

Anonymous
Anonymous
8 March 2023 10:19 am
Reply to  Anonymous

Kenapa Hadi dan Taki meroyan sakan diParlimen?

Apabila Reman Bendahari BERSATU oleh SPRM habis muntah kedarah duit sakau komisen Abah dan Broker tunjuk money trail masuk Akaun PAS jugak.

Geng2 sakau ini takut jadi Kluster Mahkamah Baru lebih2 lagi Taliban2 ini bersubahat dengan duit haram.

Kat Perhimpunan Unggu geng Taliban diPadang Merbok dulu, bersorak sakan RU355.

Ambik komisen adalah kesalahan curi duit Rakyat, kesalahan potong tangan tafsiran desakan RU355 Padang Merbok.

Anonymous
Anonymous
8 March 2023 9:29 am

HA HA HA..😂

Bukan dia nak turun bantu mangsa banjir..🤣

https://youtube.com/shorts/CS6qs2CbgZI?feature=share

😄 😀 😃 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

06-22-36-laughter-closeup-close-up-young-hispanic-man-laughing-out-loud-closed-eyes-hand-his-head-best-medicine-concept-97688195.jpg
Anonymous
Anonymous
8 March 2023 9:28 am

HA HA HA…😂

MP dari PH pun bantai kerajaan Madani..🤣

https://youtu.be/YFSuxi-Xwhs

😄 😀 😃 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

09-32-55-1656094953_9-papik-pro-p-funny-pictures-of-faces-on-laugh-day-9.jpg
Anonymous
Anonymous
7 March 2023 11:43 pm

Sebelum PRU14 ROS batal parti Bersatu – Menteri BN
Selepas PRU14 ROS tarik balik batal Bersatu – Menteri PH
Biasalah beb

Overruled.jpg
Anonymous
Anonymous
7 March 2023 11:50 pm
Reply to  Anonymous

Ingat tol ingat Madey
Ingat peruntukan MP ingat Madey
Ingat direct nego ingat Madey
Tolong jangan ingat Abah Paderi Moslem

pengkhianat.jpg
Anonymous
Anonymous
7 March 2023 11:59 pm
Reply to  Anonymous

Oh rupanya ini Menteri KDN yang boleh tarik balik pembatalan Bersatu. Barulah berwibawa dan maciam bumiputela speaking Mandarin.

FpdRu8iXwAc8hK8.jpg
Cili
Cili
8 March 2023 9:30 am
Reply to  Anonymous

Muhyiddin Yassin dari sudut pandangan peniaga pasar malam https://www.youtube.com/shorts/eFH05fACWZ0

Anonymous
Anonymous
9 March 2023 3:00 am
Reply to  Cili

Memang sombong angkuh dan lagi biadab.Penderhaka YDP Agong tegar.

biadap66.jpg
Last edited 1 year ago by Anonymous
Anonymous
Anonymous
7 March 2023 11:04 pm

Bekas menteri pun pertikai kuasa budi bicara Menteri? Hang try pi saman Menteri pasai salahguna kuasa. Mana tau court nak ikut campoq urusan Eksekutif. Ha355

Presiden Tepi.jpg
Anonymous
Anonymous
7 March 2023 11:25 pm
Reply to  Anonymous

Hangpa Menteri dengaq nasihat Negarawan yang berjaya memecat dirinya sendiri selepas 22 bulan menjadi PM7.
Kerja jangan makan gaji buta macam PN

Fqk53kTacAIeQad.jpg
Cili
Cili
8 March 2023 9:22 am
Reply to  Anonymous

Bagaimana tentang contoh yang ini :
Peguam Negara diperuntukkan tiga kuasa budi bicara mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa mendakwa, tidak mendakwa dan menarik semula pendakwaan.

Anonymous
Anonymous
7 March 2023 9:20 pm

HA HA HA..🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Penipuan Wak Ponorogo, sejak dulu macm2 cara Kemunafiqan Wak pulak, makin hari makin ketara Klau dibiar perasuah itu akan merosakkan negara Dia tk patut dibawa ke Puterajaya, tapi ke penjara 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

06-42-52-311781594_677711990386327_151349071028073845_n.jpg
Anonymous
Anonymous
7 March 2023 10:08 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA…😂

Tengok ni, apa Yong Safura MP Bentong kata…🤣

https://vt.tiktok.com/ZS8Q9H5HG/

😄 😀 😃 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
7 March 2023 10:11 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA…😂

Jgn lah hendaknya ada lagi manusia yg seperti ini di tanahair kita…🤣

https://vt.tiktok.com/ZS8Q9a74r/

😄 😀 😃 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

06-22-16-laughter-closeup-face-close-up-young-hispanic-man-laughing-out-loud-closed-eyes-best-medicine-concept-66195943.jpg
Anon
Anon
7 March 2023 9:04 pm

Habis Jo Ghani dh jd Presiden baru??

Anonymous
Anonymous
7 March 2023 7:31 pm

HA HA HA.. BETUL TU TUAN BUDIN!😂

GUA DAH CAKAP DLM POSTING YG LEPAS:

WAK PONOROGO DGN ‘PEMBOHONGAN & PENIPUAN’ BERPISAH TIADA..🤣

😄 😀 😃 😆 😂 😅 🤣
KAH KAH KAH KAH

06-32-11-4e3d542829d6a37e7a2611d47b0698e9--smiling-faces-beautiful-smile.jpg
mee
mee
8 March 2023 8:39 am
Reply to  Anonymous

Seorang Timb PM berbohong saya sebagai rakyat biasa sedih…..Terima kasih Tuan Shahbudin sentiasa jujur dalam penulisan….