KALAU MAHIADDIN PUN BUAT SALAH, APA MASALAH?

Susulan pendakwaan terhadap Wan Saiful Wan Jan dan dua individu lain berkaitan rasuah Jana Wibawa, terdapat kecenderungan daripada Bersatu untuk terus melompat kepada kesimpulan kononnya sasaran sebenar SPRM ialah Mahiaddin Md Yasin.

Dikatakan Mahiaddin disasarkan bertujuan untuk melemahkan Bersatu dan PN, bukan saja untuk menghadapi PRN di enam negeri tidak lama lagi, bahkan bagi mendepani PRU16 akan datang.

Selain ada pemimpin Bersatu yang secara terbuka membuat dakwaan sebegitu, sebuah video daripada individu yang mengaku dirinya sebagai penyelidik bebas kepada Wan Saiful juga turut membuat tuduhan palsu dalam konteks berkaitan terhadap SPRM.

Penyelidik bebas itu menyebut Wan Saiful ditawarkan RM10 juta oleh SPRM sebagai ganjaran jika bekas Ketua Penerangan Bersatu itu sedia memberi keterangan untuk mengenakan Mahiaddin.

Walaupun sudah memohon maaf, penyelidik itu kini sedang ditahan SPRM dan berdepan kemungkinan didakwa kerana mengganggu siasatan.

Kalau ia pun nak membuat tuduhan sedemikian, logiknya daripada mana SPRM nak dapat duit sebanyak RM10 juta itu?

Isunya dalam hal ini, kenapa Bersatu dan PN begitu cepat melompat kepada kesimpulan bahawa Mahiaddin akan didakwa, sedangkan sebagaimana kenyataan terbaru SPRM, siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu masih lagi berjalan?

Apa yang mereka takutkan?

Lagi pun, apa masalahnya jika Presiden Bersatu dan Pengerusi PN itu benar-benar didakwa?

Tidak bolehkah Mahiaddin didakwa di mahkamah jika terbukti ada kesalahan telah diakukannya?

Apakah Mahiaddin seumpama malaikat yang tiada nafsu dan terkecuali daripada melakukan kesalahan?

Berkaitan perkara ini, semua kita, khususnya penyokong Bersatu dan PN, mereka haruslah bersikap terbuka dan berlapang dada terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Kalau terbukti ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, beliau terlibat dalam rasuah, salah guna kuasa atau konflik kepentingan, misalnya mengarahkan projek Jana Wibawa diberikan kepada anak menantu atau ahli keluarganya atau Bersatu ada menerima wang daripada kontraktor-kontraktor yang diluluskan projek itu, maka bersedialah menerima apa saja kemungkinan.

Pendakwaan sebegitu bukan merupakan pendakwaan terpilih atau kerana dendam, tetapi disebabkan ada kesalahan telah dilakukan.

Jika tiada kesalahan ditemui atau bukti tidak mencukupi, percayalah SPRM tidak akan mendakwa Mahiaddin dengan sesuka hati di penghujung siasatan nanti.

Sama macam kes Najib Razak sebelum ini, walaupun beliau adalah bekas Perdana Menteri, sama seperti Mahiaddin, malah anak Tun Razak lagi, tetapi disebabkan ada kesalahan telah dilakukannya, itulah sebabnya beliau didakwa, dibicara di mahkamah dan kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Jadi, mengambil kira bahawa pendakwaan adalah berasaskan ada kesalahan telah dilakukan, tidak harus ada sebarang masalah atau rasa gundah jika Mahiaddin pun didakwa juga di mahkamah selepas ini.

Tiada salah, tiadalah masalah; buat salah, baru timbul masalah. – ShahbudinHusin 23/02/2023.

3.9 12 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 23 February 2023 — 2:32 pm
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
24 February 2023 12:05 pm

Patutlah Abah cow mati-matian nak jd PeeM semula taknak kongsi2 bentuk kerajaan walaupun dinasihatkan Agung sbb tak mau pecah tembelang. Bila kena siasat mulalah kata balas dendam dan pendakwaan terpilih. Abah Cow, you are staring at the real possibility of taking residence in Penjara Kajang with your arch rival next to your cell.

Anonymous
Anonymous
24 February 2023 6:58 pm
Reply to  Anonymous

Sebelum subuh depa nak tubuh Kerajaan 115 SD

_kencing.jpg
Anonymous
Anonymous
24 February 2023 12:01 pm

Zaman Fitnah bermula

_WORLD_PAS2023.jpg
Anonymous
Anonymous
24 February 2023 11:14 am

Inilah diantara previlege jd PM. Boleh sakau duit dgn mudah tanpa sebarang halangan. Bila dah tak ada kuasa dan berhadapan dgn tuduhan rasuah boleh guna satu lg previlege iaitu PM baru nak balas dendam dgn tuduhan berpilih. Kalu org awam kena tuduh rasuah takde peluang nak pakai alasan balas dendam serta tuduhan berpilih.

Anonymous
Anonymous
24 February 2023 12:34 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA…😅

Lebih² lagi lah kalau keluarga sendiri pula jadi penasihat…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

02-12-17-photo-overjoyed-afro-american-man-laughs-funny-story-cant-stop-giggling-has-white-teeth-thick-beard-wears-formal-suit-squints-face_273609-38881.jpg
Anonymous
Anonymous
24 February 2023 8:01 am

Hadi Awang no komeng. Keep calm and sedekah on.

HJ PERASUAH MALAYSIA.jpg
Anonymous
Anonymous
24 February 2023 7:18 am

PM Tepi

355NEGO.png
Anonymous
Anonymous
24 February 2023 7:00 am

Hah, pagi2 membaca depa bergaduh. Lantak lah.

Balon lah, lepuk lah, hantam lah. Asalkan jangan secara fizikal, nanti koraang masuk jel.

Anonymous
Anonymous
24 February 2023 6:22 am

Khamis, 23 Februari 2023 SYED SADDIQ DI DAKWA KERANA TAK SOKONG ABAH   Pendakwaan terhadap saya kerana tidak sokong Muhyiddin, kata Syed Saddiq AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, pendakwaan terhadapnya di mahkamah adalah kerana tidak menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ketika itu. Bekas ketua Pemuda Bersatu itu berkata permintaan untuk menyokong Muhyiddin, bagi mengelak beliau didakwa di mahkamah adalah sesuatu yang salah. Syed Saddiq berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya Gobind Singh Deo, pada hari kedua prosiding membela diri bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 February 2023 6:34 am
Reply to  Anonymous

Abah dan PN yang sebenar buat pendakwaan terpilih keatas kerana keraguan majoriti selepas Sheraton Move dan fobia keabsahan Kerajaan Tebuk Atap.

Tambah scheme of things, Cabinet 70, lantikan GLC dan counter offer MP2 UMNO.

Jadi munafik besar bila Abah dan PN termasuk Pendang pertahan pendakwaan salah laku mereka sebagai dendam dan terpilih.

Sama mcm komplen 3 bulan Kerajaan Perpaduan tak perform, merekalah 33 bulan Kerajaan Gagal yang tinggal tahi bersepah.

Contoh, critical mass kawalan demand side Menu Rahmah, 33 bulan mereka tak fikir nak buat, bila orang buat mcm songeh alasan cancer dan autism.

Anonymous
Anonymous
24 February 2023 9:30 am
Reply to  Anonymous

INI USAHA ANWAR- WAHAI RAKYAT, DENGARLAH PENJELASAN INI-KAU NAK PERLEKEH USAHA ORANG LAIN.KAU PARLIMEN PUN TAK HADIR-KAU MAKAN GAJI BUTA TU HARAM…..

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/ini-usaha-anwar-wahai-rakyat-dengarlah.html

Anonymous
Anonymous
23 February 2023 8:25 pm

Wednesday, February 22, 2023 Anwar sends letter of demand to Pendang MP Anwar sends letter of demand to Pendang MP Prime Minister Anwar Ibrahim has sent a letter of demand to Pendang MP Awang Hashim over the latter’s remarks accusing the former of being more vindictive than Dr Mahathir Mohamad. In the letter dated today, Anwar demanded that Awang (photo above, left) retract his statements publicly, apologise without condition and promise not to repeat such defamatory allegations again. “We have been instructed by our client (Anwar) to demand from you (Awang) as follows: the withdrawal of the defamatory words in… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 February 2023 8:37 pm
Reply to  Anonymous

Walaun Pendang ini seropa Arau, diimpot katak dari UMNO. Tengok cakap, pakaian semua memang bukan jenis Unit Amal yang tolak tin Milo dulu. Arau dah cfm Horny Klepto selepas terbongkar buyout RM400 juta saham Bernas dan kes cabul bawah umur DNAA dia. Harap PMX teruskan saman Pendang ini tengok mulut dia memang tak boleh zip fitnah2 yang keluar keatas PMX tanpa batal. Tengok pakaian 3-piece suit bermacam color Mamak ini pun Klepto jugak. Cfm boleh bayar saman tak perlu Tin Milo crowd-funding dari Walaun2. Tak hairan jika Pendang adalah CWC PAS yang hisap cerut kat port2 diMeridean satu Hilton ala… Read more »