KSN CABAR KSU, KP PERKENAL INISIATIF SEPERTI MENU RAHMAH

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, mewajibkan setiap jabatan atau agensi kerajaan memperkenalkan sekurang-kurangnya satu inisiatif sebagai menyokong agenda Malaysia MADANI.

Bercakap menyampaikan amanat kepada ketua jabatan dan penjawat awam, beliau berkata, pendekatan itu disarankan rentetan sambutan meluas rakyat terhadap pengenalan program Menu Rahmah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), baru-baru ini.

Dengan inisiatif sebegitu, beliau berkata, ia satu pendekatan yang baik bersifat ‘touchpoint’ kerana berjaya menyentuh nurani rakyat secara langsung.

“Bila bercakap mengenai Malaysia MADANI atau hasrat kerajaan atau Perdana Menteri, saya melihat contoh paling bagus dan boleh dijadikan contoh ialah Menu Rahmah, yang cukup popular di media massa.

“Rahmah ini kita boleh tengok, orang boleh rasa (dapat manfaat) terus. Jadi, Menu Rahmah ini satu contoh bagaimana ia berjaya dilaksanakan.

“Saya berharap setiap kementerian ada sekurang-kurangnya satu inisiatif. Justeru, saya mencabar KSU (Ketua Setiausaha), KP (Ketua Pengarah) untuk perkenalkan satu inisiatif daripada jabatan.

“Ini selari dengan KPI (petunjuk prestasi utama) yang kita janjikan. Setiap menteri telah diberikan kementerian dan diberikan KPI masing-masing. 

“Saya minta, saya mewajibkan KSU, KP cadang kepada saya, kepada kerajaan, inisiatif bagi menyokong agenda Malaysia MADANI,” katanya ketika berucap di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), di sini, hari ini.

Mohd Zuki dalam ucapannya turut menekankan soal kerjasama dan kesungguhan penjawat awam untuk menjayakan agenda kerajaan.

Tegasnya, penjawat awam perlu menyambut baik setiap agenda diperkenalkan kerajaan, selain tidak membiarkan Perdana Menteri dilihat seperti bekerja ‘berseorangan’.

“Tidak ada gunanya kalau Perdana Menteri sahaja yang bersungguh-sungguh memperkenalkan konsep MADANI ini, namun pada peringkat pelaksanaannya tidak disambut baik oleh kita semua sebagai penjawat awam,” katanya.

Beliau juga sempat memberi teguran kepada kementerian dan agensi kerajaan yang berkerja secara silo (bersendirian) sehingga rakyat gagal merasai perkhidmatan diberikan.

Memberikan contoh laman web kementerian yang tiada hubung jalin dengan kementerian lain, beliau berkata, cara itu perlu diubah dan menjadikan fungsi serta peranannya lebih menyeluruh.

“Konsep online (dalam talian) tidak lagi dirasai oleh rakyat sebab dalam konteks rakyat Malaysia ini, bila sebut online mereka nampak satu perkara iaitu WhatApps, Facebook.

“Sekarang kalau nak beli, dia akan pergi ke (aplikasi) Shopee. Itu onlinenye dan itu hasrat rakyat sebenarnya dan apa rakyat hendak.

“Bila sebut online, tekan sahaja dalam PC (komputer) ataupun android (telefon pintar) ia akan keluar semua peranan dan perkhidmatan agensi. Itu yang (kerajaan) tidak ada sekarang ini.

“Sebabnya, kita masing-masing bergerak secara silo. Agensi kita bukan tidak ada tetapi kalau nak pergi laman web Kementerian Pendidikan (KPM), ia hanya untuk KPM. Tidak ada link (pautan) dengan kementerian dan agensi lain,” katanya.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1061812/ksn-cabar-ksu-kp-perkenal-satu-inisiatif-seperti-menu-rahmah

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 10 February 2023 — 10:46 am
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
10 February 2023 6:21 pm

Friday, February 10, 2023 Kadir Jasin: That Anwar steps foot again in UMNO’s HQ is a “powerful symbolism”! Kadir Jasin: That Anwar steps foot again in UMNO’s HQ is a “powerful symbolism”! ANYONE who follows Malaysia’s political intrigue after the 15th General Election (GE15) will certainly understand Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s recent symbolic presence at Menara Dato’ Onn which houses UMNO’s headquarters after a span of 25 years. Veteran journalist and blogger Datuk A. Kadir Jasin who made such observation further reckoned that the Unity Government Secretariat meeting which Anwar was supposed to chair for the first time… Read more »

Anonymous
Anonymous
10 February 2023 6:33 pm
Reply to  Anonymous

Kadir Jasin, Confidante No. 1 Atok Saka tabik spring permainan politik DSAI dan Zahid.

Walaupun Atok, Abah dan Hadi dalam kemurungan kronik kerana tak berdaya sekat DSAI naik PMX, Kadir terkejut dog melihat kombo Anwar-Zahid dapat menundukkan musuh2 ini dengan menguasai ilmu Atok sendiri.

Ini lah hikmah dianiaya penjara oleh Atok, Atok dapat COD yang sepadan sementara Abah dan Hadi bergelut dengan kemunafikan mereka.

Anonymous
Anonymous
10 February 2023 4:55 pm

Aduuhhh.. kakitangan awam pula nak dibebankan untuk tujuan politik.. hai tak tahu lah apa nak jadi..

Anonymous
Anonymous
10 February 2023 5:59 pm
Reply to  Anonymous

KSN ini bukan ahli politik, dia telah berkhidmat dibawah semua:

a. PM7 22 bulan Atok khianat PH
b. PM8 18 bulan Abah Kerajaan Gagal anak menantu sakau komisen 3-5% Projek2 bawah Darurat
c. PM9 14 bulan Mail Blurberry sambung hayat dan legasi Kerajaan Gagal
d. PM10 baru 2 bulan DSAI Kerajaan Perpaduan.

KSN dan Penjawat Awam boleh lihat pendekatan positif dibawa Kerajaan Perpaduan.

Anonymous
Anonymous
10 February 2023 6:00 pm
Reply to  Anonymous

Friday, February 10, 2023 Indians luv Anwar, so do others Survey: Anwar gets 68pct approval rating as PM Over two-thirds of the respondents interviewed for a survey, or 68 percent, gave Prime Minister Anwar Ibrahim positive ratings for his leadership. The survey by Merdeka Center was carried out in the second month after the 15th general election. Anwar’s approval ratings were highest among Indians (91 percent), with Chinese respondents coming in second (73 percent). He received about 70 percent approval ratings from Sabah and Sarawak’s bumiputera respondents, and 60 percent from Malays. Some 20 percent of the respondents voiced dissatisfaction… Read more »

Anonymous
Anonymous
10 February 2023 6:12 pm
Reply to  Anonymous

SPRM siasat kemungkinan salah guna kuasa dalam kontrak menantu bekas PM FMT Reporters – February 8, 2023 4:00 PM Sumber berkata, SPRM sedang menyiasat bagaimana kontrak untuk projek itu diberikan. KUALA LUMPUR: Sumber mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat pemberian satu kontrak lumayan kepada menantu seorang bekas perdana menteri. Sumber itu yang enggan dinamakan berkata, siasatan badan anti-rasuah itu memfokuskan kemungkinan berlaku salah guna kuasa berkaitan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS). “SPRM sedang menyiasat bagaimana kontrak itu diberikan dan kaitan syarikat itu dengan mereka yang berkuasa ketika itu,” katanya. Menurutnya, bukti baharu berhubung kes itu muncul, termasuk projek… Read more »