Ketua PAS Perak Razman Zakaria memohon maaf kepada Anwar Ibrahim hari ini kerana mendakwa Anwar membenarkan amalan LGBT, dalam ceramah pada kempen pilihan raya tahun lepas.
Permohonan maafnya dibuat di Mahkamah Tinggi di sini sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadapnya.
Peguam Anwar, SN Nair berkata, anak guamnya bersetuju dengan penyelesaian itu sebagai tanda muhibah dan membiarkan perkara itu selesai “demi kepentingan semua pihak”.
“Apabila seorang individu menyesal (atas perbuatannya) dan memohon maaf dengan suci hati, seorang pemimpin yang baik budinya akan menerima permohonan maaf itu dan menarik balik saman,” kata Nair sambil menambah ,penyelesaian itu telah menyangkal tuduhan terhadap Anwar.
Saman itu difailkan pada 5 Dis berhubung dakwaan Razman bahawa Anwar berkata dalam ucapan kempennya beliau akan mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis dan menyokong agenda komunis, jika menjadi perdana menteri.
Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan presiden PKR, bertanding sebagai Ahli Parlimen Tambun pada PRU15 November tahun lepas.
Beliau menang dengan majoriti 3,736 undi, mengalahkan Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu dan dua calon lain. Anwar dilantik menjadi perdana menteri pada 24 Nov.
Razman ialah ADUN Gunong Semanggol dan ketua pembangkang di Perak.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping itu, Anwar menuntut ganti rugi RM5 juta dan injunksi untuk menghalang Razman daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah terhadapnya.
Menurut pernyataan tuntutan, dakwaan Razman membayangkan bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ahli Parlimen, juga seorang penipu, pengkhianat, munafik dan bukan orang Islam yang baik.
Mungkin fitnah tu sedekah?
Sebenarnya Razman dan Sanusi dah bincang dengan Taki Loyar Lebong PAS, senang melayang dia dua ekor RM15 juta kerana kes mereka kuat prima facie fitnah kepada DSAI. Precedent telah ada Papagomo kena bayar RM900,000 dan KJ kena bayar RM150,000 kepada DSAI kerana fitnah yang sama LGBT dan Main Belakang. Kes ini mudah, DSAI panggil 2 saksi, 1. Hadi kerana dia tulis buku Qazaf Fitnah menolak fitnah Liwat rekaan Atok dan Khairuddin Abu Hassan dan 2. Atok sendiri kerana pengakuan sogokan RM5 juta dia berpakat bersama Najib dan loyar Shafee Abdullah di Mahkamah Persekutuan Rayuan penjarakan DSAI setelah Mahkamah Tinggi menghukum… Read more »
Kemenangan yang ke 128.
Patutnya Anwar teruskan saja kes ni kat Court, biar mangkok hayun watak warak dung wabar kung ni tadah tin milo kutip derma dari walaon utk bayar saman RM 5 juta. Silap2 court boleh declare muflis dan tak layak jadi MP lagi. Patut ajar sikit. Pasti ramai penyokong Anwar yg tak puas hati specially ahli2 mau pun bekas ahli ABIM dengan perangai sabar dan pemaaf tahap dewa Anwar tu. Bukan apa, dah berkali2 musuh politik ambil kesempatan dari sikap terlalu sabar dan pemaaf Anwar. Nak maaf pun berpada2lah lebih2 lagi jenis pemimpin pemecah belah masyarakat macam pak haji geelong gunung semanggol… Read more »
Ni lah contoh jelas lebai haji baghal busuk hati, sanggup apa saja asal contest boleh menang. Yang menyokong lebai haji baghal busuk hati mcm ni dan bagi kuasa untuk depa menang, elok fikir baik2 laa. Jenis manusia haprak mcm ni, dia tak peduli umat Islam haru biru kerana fitnah dan perangai hasad dengki dia asalkan dia dapat kuasa dan jawatan. Orang begini tak layak dihormati. Memburukkan imej alim ulama Islam saja di mata masyarakat berbilang kaum. Patut laa Mahiaddin Yasin pernah kata parti PAS ni parti ajaran sesat, laa ni sekali dengan dia ikut sesat. Patut haram dah kot parti… Read more »
tu hari masa kempen PRU15, dia bukan main megah sambil pegang speaker keliling pasar, canang anwar sokong lgbt, halalkan nikah sama sejenis kat orang ramai. jenis tak der maruah ke dia ni atau kulit muka dia tebal mcm kulit bxxx? fikir fikir lah walaunta pas oiiii.