Dari semasa ke semasa ada saja fitnah baru dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya sekarang ini.
Dalam waktu sejak beberapa hari yang lalu, sekurang-kurangnya ada tiga fitnah besar yang memudaratkan telah berlegar di media sosial.
Fitnah Satu – Anwar bersama beberapa Ahli Parlimen PKR menikmati hidangan sebagai tetamu di Qatar pada 2019, tetapi dikaitkan dengan makanan mewah yang digambarkan bertentangan dengan Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan sendiri.
Fitnah Kedua – selepas Anwar bersolat Jumaat di Port Dickson minggu lalu dengan menaiki helikopter, ada fitnah berlegar menuduh pembelian helikopter itu dilakukan oleh beliau, walhal ia telah dibeli lama sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri lagi.
Fitnah Ketiga, gambar lama Nurul Izzah dengan jet peribadi di belakangnya yang dikaitkan dengan keadaan semasa seolah-olah walaupun jawatannya sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri bersifat pro bono, tetapi beliau bebas menggunakan jet itu untuk ke mana-mana.
Daripada tiga fitnah tersebut, fitnah satu di atas telah pun diadukan kepada SKMM oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sendiri agar diambil tindakan yang sewajarnya.
Lebih buruk lagi dalam fitnah itu, salah seorang yang dikaitkan, Abdul Rahman Yusof yang ada dalam gambar tersebut sudah pun meninggal dunia.
Ini bermakna, terkutuknya fitnah itu kerana mereka yang telah meninggal dunia pun dikaitkan dengan Menu Rahmah yang baru dilancarkan.
Begitu pun, sehingga ini belum terdengar sebarang berita ada di antara mereka yang memfitnah atau menyebarkan gambar tersebut telah diambil tindakan oleh SKMM.
Tak taulah kenapa begitu slow sekali SKMM bertindak, sedangkan menteri sendiri yang membuat aduan berkenaan dengan perkara itu?
Sampai bila keadaan ini harus berlaku dan lebih malang kerana sehingga sekarang, masih ramai lagi yang menyebarkan gambar fitnah satu tersebut di media sosial tanpa ada kebimbangan sedikit pun.
Berkenaan dua lagi fitnah itu, selain tiada permintaan daripada menteri agar tindakan diambil segera, SKMM juga tidak terlihat proaktif untuk menanganinya.
Bermakna, tidak menjadi ketakutan kepada sesiapa untuk menyebarkannya.
Jika fitnah yang disebut atau ditujukan secara langsung oleh pemimpin tertentu kepada Anwar boleh ditanganinya dengan beliau sendiri mengemukakan saman fitnah kepada mereka sebagaimana tindakan telah diambilnya kepada Presiden Bersatu Mahiaddin Md Yassin, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan beberapa yang lain, tiga fitnah ini sebaliknya lebih sesuai untuk ditangani oleh SKMM melalui undang-undang yang mereka ada.
Ia kurang sesuai jika Anwar atau mereka yang terkait itu mengambil tindakan saman sivil kerana pencetusnya hanyalah netizen biasa yang tiada kedudukan dalam masyarakat.
Lagi pun bukankah SKMM itu antara peranannya ialah memantau dan mengambil tindakan terhadap penyebaran fitnah di alam maya?
Selain tiga fitnah tersebut, banyak lagi sebenarnya bentuk fitnah berkaitan Anwar dan kerajaan bertebaran di media sosial sekarang ini.
Pembenci Anwar dan kerajaan perpaduan ini, barangkali kerana ketiadaan modal baru untuk menanamkan bibir-bibit kebencian, hobinya sekarang ialah menyelongkor video, gambar dan peristiwa lama lalu mengaitkannya seolah-olah ia keadaan semasa yang sedang berlaku dalam negara.
Ini amatlah bahaya kepada masa depan negara kerana kebanyakan orang malas berfikir atau menyelidik, lalu dengan mudah menerimanya bulat-bulat begitu saja.
Dalam hal ini, sekali lagi ditekankan bahawa SKMM seharusnya lebih proaktif dan agresif bertindak terhadap fitnah-fitnah di media sosial itu.
Penyebar fitnah hendaklah diambil tindakan keras, sesuai dengan kerosakan kepada keharmonian dalam masyarakat melalui fitnah yang disebarkan itu.
Jika tindakan pantas dan keras dapat diambil, lambat laun ia pasti menimbulkan ketakutan kepada mereka untuk mengulanginya lagi kerana mereka terbabit terpaksa berhadapan dengan masalah telefon dirampas, penyiasatan, perbicaraan di mahkamah, kos peguam dan seterusnya denda atau penjara jika didapati bersalah.
Tetapi, jika tiada tindakan diambil, pemfitnah akan terus galak menyebarkan fitnah mereka tanpa ada rasa takut walau sedikit pun.
Pemfitnah ini mungkin tidak takut dengan dosa kerana ia sesuatu yang tidak nampak, namun kalau kena keluar duit poket RM10 ribu atau RM20 ribu setiap kali fitnah dilakukan, ia pasti lebih menakutkan mereka.
Untuk itu, kepada Perdana Menteri, jangan berlengah dan berterusan membiarkan keadaan ini berpanjangan.
Langkah pertama, Anwar harus segera melantik Pengerusi SKMM daripada kalangan mana-mana pemimpin dalam parti kerajaan yang ada keberanian, bersifat tegas serta berjiwa politik untuk melindungi dan memastikan kerajaan perpaduan ini kekal bertahan lebih lama lagi.
Jangan dibiarkan SKMM tanpa peneraju terlalu lama seperti sekarang ini.
Tindakan Fahmi Fadzil sendiri selaku menteri memberi arahan kepada SKMM untuk bertindak adalah tidak kena sebenarnya kerana arahan beliau itu sepatutnya dibuat secara dalaman kepada kepimpinan SKMM.
Tetapi, oleh kerana SKMM pun agaknya tiada sesiapa yang boleh diharapkan untuk diberi arahan dalaman itu, maka terpaksalah beliau mengeluarkan arahan secara terbuka.
Sudahlah begitu, macam tak dipedulikan pula arahannya itu.
Jika SKMM ada pengerusi, tak perlulah lagi menteri berbuat demikian kerana pengerusi sendiri harus lebih pantas bertindak dan dengan demikian, menteri boleh menumpu perhatian kepada perkara-perkara lain.
Anwar tiada pilihan lain sekarang melainkan kembali dari Thailand ini mesti mencari tokoh yang benar-benar berwibawa, berani dan tegas sebagai Pengerusi SKMM – SEGERA!!! – ShahbudinHusin 09/02/2023.
AYUH KITA
Pertahankan kepimpinan ulama
berape lama #Din Tompok & #Hadi Tunggang mampu lembukan rakyat & menunggang produk agama
sedangkan scsndal2 yg mereka lakukan sedang dlm siasatan?
kejora sekali pun tak mampu berjaga di sekeliling penjara kajang spray ubat nyamok akan idola nya, najib nyenyak tidur.
kini kejora rasa satu kepuasan walau di lembukan oleh #Din Tompok mau pun oleh #Hadi Tunggang
HA HA HA.. HELLO BRO ZUNNUN…π
NAJIB ORG BN SECARA TAK LANGSUNG JADI ORG PH.. DIA TAK JADI IDOLA KEJORA LAGI, TAPI DAH JADI IDOLA DIAFIRA, DIN REMOS & NENEK…π
APAΒ² PUN, KESIAN LAH KAT NAJIB TUH..π€£
π π π π π π π€£
KAH KAH KAH KAH
HA HA HA…π
Lokman Adam tak ajak Bro Zunnun sekali ker, soladiriti untuk Najib?π€£
π π π π π π π€£
KAH KAH KAH KAH
HA HA HA.. BRO ZUNNUN, JGN LUPA JUGA NANTI, SOLADIRITI UNTUK WAK JAHID…π
TENGOKLAH NI, APA KATA LOKMAN ADAMπ€£:
Pendakwaan terhadap Zahid bersifat terpilih – Lokman Adam
https://www.bnnewsonline.com/pendakwaan-terhadap-zahid-bersifat-terpilih-lokman-adam/
Jangan biarkan fitnah menghancurkan maruah seseorang untuk menyekat …………terjadinya fitnah ni kerana mempunyai hati yang penuh dengan hasad……………………
Setuju ANWAR MESTI SEGERA LANTIK PEMIMPIN TEGAS JADI PENGERUSI SKMM.
Mesti timbulkan imej no-nonsense administration bagi pihak nya.
Bila rakyat sudah tahu dia jenis yang no-nonsense, akan timbul lah respek dan hormat kpd nya dan kpd pentadbiran nya.
Mahu dapat respek melalui pujuk memujuk ada lah berat kerja nya.
Depa akan eksploitasi bila nampak pentadbiran lemah, selalu pujuk memujuk.
Di masa tidak ada pilihanraya, gunakan undang2 sepenuh nya.
PH kena belajar dari pengalaman kerajaan dulu. Masa tu fitnah menjadi2 tapi PH buat pekak badak, gagal guna kuasa & undang2 yg ada selain gagal untuk bertindak balas menjawab segala fitnah musuh politik. Pastikan kali ini semua pemfitnah diheret kemuka pengadilan & hukuman sewajarnya akan dijatuhkan. Setidaknya rakyat akan tahu kedudukan sebenar dan lama kelamaan rakyat akn kembali menyokong PH. Tapi kalau terus lambat bertindak dan penguatkuasaan undang2 terus lembab, ini akan beri kelebihan kpd pemfitnah iaitu parti oposisi PAS & BERSATU. PH jgn jadi lembam mcm kerajaan terdahulu, slow respond terhadap serangan musuh politik.
Lama dulu………terdapat satu komen pembaca dalam sebuah akhbar kebangsaan tulin yang sangat marah kepada Tun M PM 22 sehingga katanya kalau jumpa dia akan pancung Tun. Saya masa itu baru sahaja menjadi penyokong Tun. So saya telefon pejabat SKMM minta pegawai yang menjawab telefon saya supaya menyemak komen dalam surat khabar (online) tersebut. Memang dia cari dan mengaku terjumpa komen berkenaan. Tetapi malang apa yang saya harapkan supaya tindakan diambil sangat mengecewakan kerana dia suruh saya isi borang aduan. Waduhh………..