Walaupun ditawarkan PN untuk bertanding di Selangor, seterusnya dinamakan sebagai calon Menteri Besar, Khairy Jamaluddin dilaporkan belum lagi membuat keputusan berhubung tawaran itu.
Dalam masa yang sama, Khairy atau KJ sendiri menyebut tentang minatnya untuk bertanding di Selangor setelah diketepikan daripada Rembau dan diletakkan bertanding di Sungai Buloh pada PRU15 lalu.
βTerdapat perbincangan dengan beberapa pihak dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan,β katanya.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan itu, tetapi Pas menafikan mereka ada membuat apa-apa tawaran kepada KJ.
Sebelum ini, Azmin Ali disebut-sebut akan kembali dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor pada PRN yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi.
Begitu pun, Azmin dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dipegangnya sekarang, sebaliknya akan bertanding di kawasan lain sama ada dalam Parlimen Sepang atau Hulu Langat.
Sekiranya KJ setuju bertanding atas tiket PN dan seterusnya diletakkan sebagai calon Menteri Besar, Azmin dikatakan sedia berlapang dada memberi laluan kepada bekas Menteri Kesihatan itu.
Antara sebabnya, Azmin sendiri dikatakan sedar, penonjolan nama KJ lebih memberi peluang baik kepada PN untuk merampas Selangor berbanding dirinya yang sudah pernah menjadi Menteri Besar di negeri itu sebelum ini.
Namun jika KJ tidak bertanding, sumber dalam Bersatu berkata, Azmin tetap mahu kembali sebagai Menteri Besar untuk menghidupkan kembali masa depan politiknya setelah kalah di Gombak pada PRU15 baru-baru ini.
Dalam enam PRN yang bakal diadakan sebelum Jun depan, selain Selangor, negeri lain yang menjadi sasaran untuk dirampas PN ialah Negeri Sembilan.
Kedua-dua negeri itu serta Pulau Pinang sedang ditadbir PH, manakala Kelantan, Terengganu dan Kedah memang sudah sedia ditadbir PN.
Kecuali Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan adalah dua negeri yang lebih berpotensi untuk ditawan oleh PN jika kena gaya, betul strategi dan tepat persepsi yang dimainkan.
Pulau Pinang hampir pasti tidak tergugat dan dipercayai akan kekal digenggam DAP.
Bagi tujuan itu dan agar peluang PN tampak seimbang untuk menawan kedua-dua negeri tersebut, adalah lebih baik sebenarnya jika KJ diletakkan bertanding di Negeri Sembilan dan seterusnya dinamakan sebagai calon Menteri Besar bagi negeri itu.
Lagi pun, berbanding Selangor yang sudah ada calon Menteri Besar iaitu Azmin, PN Negeri Sembilan terlihat tidak ada calon Menteri Besar yang mampu memberi lebih cabaran.
Dengan demikian, disertai pengalaman sebagai Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal serta pernah memegang beberapa portfolio kementerian, KJ amat sesuai untuk dinamakan sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan bagi PN.
Bermakna dengan itu, Azmin boleh kembali sebagai calon Menteri Besar Selangor semula.
Dengan KJ di Negeri Sembilan dan Azmin di Selangor, walaupun menang belum seratus peratus terjamin, tetapi menamakan kedua-duanya sebagai calon Menteri Besar pasti meletakkan PN mampu memberi saingan yang sengit kepada PH.
PH pula, dengan kedua-dua pemimpin itu diletakkan sebagai calon Menteri Besar, sekurang-kurangnya kenalah bekerja dengan lebih keras lagi untuk mempertahankan dua negeri itu dan tidaklah asyik dengan seruan agar pekerja parti mesti sanggup berkorban dan bekerja tanpa mengharapkan sebarang bayaran.
Dah jadi kerajaan – di negeri dan pusat pulak tu – takkan pekerja dan pejuang parti asyik-asyik disuruh bekerja secara pro bono saja?
Dulu sebelum jadi kerajaan bolehlah kami bekerja pro bono, kata seorang pemimpin akar umbi PKR Negeri Sembilan yang sedih melihat ada pemimpin atasan partinya sendiri yang seolah-olah berbangga kerana tidak berbelanja dan bersikap kedekut kepada pengikut sendiri, walaupun mereka kini sudah berjawatan menteri. – ShahbudinHusin 08/02/2023.
Kedekut dan berjimat ni sama ke tidak? Tanya jer mana tahu boleh pergi Maldives.
Hahaha AMALAN KEDEKUT DALAM PH jadi ijsu depa pulak.
Politik la wei, isu nya, bukan kedekut ke tak.
Meluat depa nih..
Soal nya ada tolak ansor ke tidak.
Tolak ajer takda ansor mana boleh jadi.
Kertas putih perolehan vaksin hanya buang masa PAC, kata bekas pembantu Muhyiddin FMT Reporters – February 8, 2023 11:56 PM Marzuki Mohamad berkata keputusan perolehan vaksin dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan ketika era pentadbiran Muhyiddin Yassin. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin Yassin mempersoal langkah Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kesihatan membentangkan kertas putih perolehan vaksin Covid-19 sedangkan ia dilaksana secara teratur mengikut tatacara kewangan. Marzuki Mohamad berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2021 juga memutuskan perkara itu dilaksanakan mengikut ketetapan. Beliau menyifatkan laporan PAC setebal 521 muka surat berhubung perolehan vaksin sebelum ini… Read more »
RAKYAT MALAYSIA PATUT DENGAR PENDEDAHAN JUFAZLI- BAGAIMANA ANAK SULONG DI BEBERAPA BUAH SYARIKAT- MENANTU JUGA TERLIBAT .IKUTI PENDEDAHAN JUFAZLI
https://wrlr.blogspot.com/2023/02/rakyat-malaysia-patut-dengar-pendedahan.html
Dalam kes2 AMLA SPRM yang lepas, Marzuki ni level Zahid Mat Arif dalam kes Isa Samad atau Rizal Mansor dalam kes Rosmah Mansor. Level Pembantu Am Boss2.
Pembantu2 ini memang kuat defend Boss2 mereka diperingkat awal, tetapi bila kena kecut telor oleh SPRM habis muntah kedarah semua jadi Saksi Pendakwaan kerana mereka tukang angkut duit. Dapat imuniti lepas tengkok mereka.
Semua awal2 kuat berkokok.
Tak makan gaji buta, satu Rahmah
Dari bakal PM ke bakal MB
a. Akaun Bersatu:
2018/2919 RM850,000
2020/2021 RM300 juta
b. Atok Saka bila ditanya dia jawab bukan urusan dia kerana dia Pengerusi GTA. Tetapi sempat beri buah kilas kepada Abah, time dia pegang Bersatu dia tak curi duit Rakyat.
c. Potong stim abislah Abah dan Hadi berharap Atok defend depa bab sakau duit Rakyat kerana ketiga2 kongsi dendam yang sama nak sekat DSAI jadi PM
KEH..KEH..KEH…LAGI BANGHAL BUAT REPORT TAK SELIDIK…. Bersatu lodges MACC report over PH, BN’s ‘lavish’ GE15 spending freemalaysiatoday Bersatu has lodged a Malaysian Anti- Corruption Commission (MACC) report over Pakatan Harapan (PH) and Barisan Nasional’s (BN) “lavish” spending during the recent general election (GE15). Puchong Bersatu chief Shukor Mustaff claimed various reports had indicated that PH and BN had used a large number of posters and flags for its campaign. Shukor also claimed that Anwar Ibrahim, who is PH chairman and PKR president, had used a luxury helicopter during the election campaign. Helikopter dinaiki Anwar semasa PRU15, rupanya milik seorang jutawan… Read more »
HA HA HA…π
Peniaga kata menu rahmah nyata mengarut…
https://youtu.be/vwD8b_En3WI
Hanya indah pada kalimahπ
Tapi berat untuk diterjemahπ€£
Small traders hard hit by Rahmah Menu
https://www.nst.com.my/news/nation/2023/02/877502/small-traders-hard-hit-rahmah-menu
SPRM siasat salah guna kuasa dalam Projek National Integrated Immigration System (NIIIS) semasa Kerajaan PN Abah.
Satu per satu projek yang dipengaruhi anak menantu dibongkar.
https://www.freemalaysiatoday.com/
Dua calon MB PN Pas bakal jadi kluster Mahkamah terbaru? Tunggu ditogelkan macam lembu.
Moooooooooyidin PM tepi.
Jika betul iklas mahu berjuang untuk parti, tak perlu galas sikap “ada gaji baru kerja”. Jika perjuangan politik sesuci yang diucapkan, kenapa perlu berharap imbuhan jawatan itu atau kedudukan ini setelah berjaya menjadi kerajaan? Itu tak iklas namanya.
Ikutlah perjuangan puak-puak PAS yang sanggup mengusung tin milo ke sana ke mari meminta sedekah. Akhirnya kini mereka pula yang menerima banyak sedekah……kah kah kah……kaki kelentong putaq belit juga ….
HA HA HA..JOM BERSAMA PAS KITA MELANGKAHπ
π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π PAS parti berlandas Islam, yg penuh dgn barakah! Parti itu lah yg orgΒ² Melayu paling ramai pangkah Tak da apa nak malu, dgn ‘tin milo’ minta sedekah Bkn mcm Wak perasuah yg penuh nafsu serakah! π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π π Kah… Read more »
HA HA HA..
BRO DIN KLAU ADA TIKTOK, CUBA LIHAT INIπ :
https://vt.tiktok.com/ZS8rQ4PXB/
Yong Safura:
“kita hantar Zahid Hamidi ke penjara..” π
Rafizi:
“..insyaAllah kami sumbat kamu semua ke penjara..” π€£
π π π π π π π€£
KAH KAH KAH KAH
Jeng jeng jeng.. mcm mana mewah sgt sampai naik heli ke sana sini..π€£
https://www.youtube.com/live/tUVOJG1oChY?feature=share
Jeng jeng jeng.. skandal LCS mau lari mana?π
https://youtu.be/19NrhFIv6A4
Najib di gambar asyik di belakang ajer.
Dah belakang terus ker dier?