APA KATA JIKA NURUL IZZAH SECARA SUKARELA MENGUNDURKAN DIRI?

Selama lebih dua bulan memegang jawatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim secara umumnya telah berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua kerajaan yang amat membanggakan seluruh rakyat jelata.

Penampakan ke arah perubahan dan sebagai pemimpin reformis juga terlihat ada sinar di hujung terowong melalui kerja kuat dan satu demi satu pembaharuan yang diumumkannya.

Rakyat rata-ratanya gembira sehingga ke mana saja Anwar pergi, sambutannya amat membanggakan, disusuli pula harga ayam mula stabil, telur tidak lagi sukar diperolehi, nilai ringgit semakin baik, menu rahmah diperkenal untuk golongan susah dan beserta pelbagai kebaikan lainnya melalui lain-lain kementerian, negara ini tambah diyakini sedang berada di landasan yang betul untuk terus memacu kemajuannya.

Di sudut yang lain, penerimaan dunia dan pemimpin antarabangsa terhadap Anwar juga amat baik sekali dan ini memberi harapan lebih banyak pelaburan bakal mencurah tidak lama lagi.

Pendek kata, menjelang 100 hari sebagai Perdana Menteri yang detiknya bakal menjelang tiba, Anwar seperti sedang dipersiapkan untuk diraikan dengan pelbagai kejayaan dan pembaharuan yang menggembirakan semua orang.

Ditambah dengan bagaimana Anwar menunaikan satu demi satu janji terhadap Sabah dan Sarawak, diikuti dengan kepimpinan UMNO sedia ada kekal sepenggal lagi, kerajaan perpaduan ini sangat diyakini mampu bertahan tanpa gangguan sehingga PRU16 akan datang.

Serentak dengan itu, turut diyakini, kiranya kerajaan perpaduan ini mampu bertahan lagi, ia akhirnya bukan masalah besar untuk Anwar mampu bertahan sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya selama tiga penggal.

Begitu pun, lantikan Nurul Izzah secara diam sejak 3 Januari lalu dan hanya terdedah semalam, 29 Januari sebagai penasihat kanan berkaitan ekonomi dan kewangan di PMO, telah merencatkan segala-galanya.

Tindakan Anwar melantik anak sulung perempuannya itu bukan dipertikaikan dari segi kelayakan, tidak menerima gaji atau sebagainya, tetapi apabila seorang bapa melantik anak sendiri berkhidmat di jabatan di bawahnya, ia dengan sendirinya membuka pintu fitnah, memberi peluru kepada lawan, membolehkan persepsi dijaja secara bermaharajalela serta bertentangan dengan moral reformasi.

Ia bukan saja tidak baik kepada Anwar sendiri sebagai seorang reformis yang jika diselak kembali ucapannya sejak puluhan tahun lalu yang didapati begitu banyak penentangan terhadap amalan mengutamakan keluarga dan anak-beranak, malah di waktu yang sama menyebabkan sesama PKR, PH dan penyokongnya sendiri jadi berbalah serta mula berpecah.

Yang terang-terang bercakap sudah tawar hati dan hilang keyakinan kepada Anwar juga mula kedengaran di mana-mana.

Bukankah jika tiada lantikan Nurul Izzah itu, atmosfera PH dan PKR sebenarnya aman-aman saja?

Anwar sendiri tentunya tidak perlu membuang banyak masa mengulas atau menjawab isu berkenaan jika tiada lantikan tersebut.

Dalam hal ini, sementara isu lantikan Nurul Izzah akan terus diperdebatkan entah berapa lama lagi, prestasi dan peranannya diperhatikan, kelibatnya disoroti sama ada ikut sama naik jet atau tidak jika Anwar ke luar negara misalnya, yang pasti kedudukan kerajaan perpaduan yang sebelum ini dibanggakan tidak lagi seutuh yang sepatutnya.

Percayalah, apabila rakyat mula mengomel dan mencemuh, sebagaimana banyak berlaku kepada beberapa kerajaan di seluruh dunia sebelum ini, ia tidak akan mampu bertahan dengan lama.

Sebagai langkah paling harmoni dan menunjukkan dirinya anak yang baik serta mahu melihat bapanya kekal lebih lama memimpin kerajaan perpaduan, apa kata jika Nurul Izzah sendiri menawarkan pengunduran diri secara sukarela daripada jawatan itu?

Lagi pun, sebagai Naib Presiden lantikan dalam PKR, walaupun tanpa jawatan sebagai penasihat kanan di PMO, beliau masih boleh menyumbang idea dan buah fikiran melalui pelbagai saluran kepada Perdana Menteri atas kapasitinya itu.

Jawatan itu pun tanpa gaji, jadi tiada sesiapa yang rugi jika mengundurkan diri.

Sebelum Anwar terus dikecam sambil tertekan dengan lantikan yang dibuatnya itu, Nurul Izzah, melalui pengunduran diri secara sukarela bererti sedia melakukan pengorbanan untuk mengembalikan kedamaian kepada kerajaan yang belum pun berusia tiga bulan.

Ini akan membolehkan dikenang dan terus disanjung, tidak mustahil akan memudahkan lagi laluan menjadi Perdana Wanita pertama suatu hari nanti. – ShahbudinHusin 30/01/2023.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 30 January 2023 — 1:15 pm
Subscribe
Notify of
guest

70 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
SAYA DAH LAMA KATA, ELOK JIKA NURUL IZZAH SENDIRI BERUNDUR DIRI - Shahbudin dot com
12 February 2023 6:14 pm
Ibnu
Ibnu
31 January 2023 11:48 am

apa masalanya jika Puan Nurul boleh memajukan Negara dan mengunakan pengalaman beliau selama menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Permatang Pauh bukannya DSAI mengayakan Nurul dengan memberi projek2 kerajaan……………..lihat dari sudut positif untuk menjadi pentadbir Negara yang baik………

Last edited 1 month ago by Ibnu
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 10:19 pm

HA HA HA.. SEMEMANGNYA BEGITU BANYAK KECAMAN DIBUAT KE ATAS PERLANTIKAN NURUL IZZAH ITU DLM MEDSOS…

TAPI, APAΒ² PUN, SAYA SECARA PERIBADI AMAT BERHARAP AGAR PMX TIDAK MENARIK BALIK LANTIKAN ITU DAN SEMOGA NURUL JUGA TIDAK MENGUNDUR DIRI DARI JAWATAN ITU.

INI ADALAH KERANA, MENGIKUT KENYAATAAN TN BUDIN:
Percayalah, apabila rakyat mula mengomel dan mencemuh, sebagaimana banyak berlaku kepada beberapa kerajaan di seluruh dunia sebelum ini, ia tidak akan mampu bertahan dengan lama.”

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 10:24 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. MMG ITULAH YG SAYA DAN MAJORITI RAKYAT MELAYU ISLAM SANGAT HARAPKAN BERLAKU…πŸ˜‚

LAGI CEPAT “TIDAK MAMPU BERTAHAN LAMA” ITU, LAGI BAGUS..πŸ‘πŸ€£

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

19-46-52-126-1265370_laughing-20-png-man-laughing-png-transparent-png.png
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 10:32 pm
Reply to  Anonymous

SAYA JUGA SANGAT BERHARAP AGAR SELEPAS INI PMX AKAN LANTIK ISTERINYA WAN AZIZAH PULA MENYANDANG APAΒ² JAWATAN DI PMO..πŸ˜‚

MMG SAYA SENTIADA BERDOA MENADAH TANGAN, AGAR IANYA BERLAKU.🀲🀣

22-28-14-illustration-praying-hands-hand-drawn-hands-praying-position_266639-120.jpg
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 10:10 pm

Lantik anak, isteri bakal jadi kebiasaan baharu

 JAN 30, 2023

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mempersoalkan sama ada pelantikan ahli keluarga pemimpin negara ke sesuatu jawatan akan menjadi kebiasaan baharu dalam tadbir urus kerajaan ketika ini.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 10:11 pm
Reply to  Anonymous

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, mengaitkan pelantikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan oleh bapanya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Malah menurut bekas Menteri Pendidikan itu, ada juga pihak yang berpandangan pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke jawatan berkenaan tidak salah.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 10:11 pm
Reply to  Anonymous

β€œAda yang menyatakan bahawa Nurul Izzah bukan terima gaji sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada ayahnya di Kementerian Kewangan. Jadi, apa salahnya.

β€œSekiranya itu hujah yang digunakan, adakah bermakna selepas ini Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri boleh melantik anak isteri mereka sebagai penasihat tanpa gaji di kementerian masing-masing atas pelbagai justifikasi?

β€œAdakah ini akan menjadi kebiasaan baharu dalam tadbir urus kerajaan?” soalnya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 10:11 pm
Reply to  Anonymous

Terdahulu media melaporkan, tindakan Anwar yang juga Presiden PKR melantik Nurul Izzah sebagai penasihat beliau tanpa hebahan menerima pelbagai reaksi dan kecaman.

Malah berita itu diketahui setelah Nurul Izzah mengesahkannya dalam satu temu bual bersama sebuah media tempatan.

https://berita.bersatu.org/2023/01/30/lantik-anak-isteri-bakal-jadi-kebiasaan-baharu/

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:59 pm

SETAKAT INI DLM KABINET KERAJAAN PH-BN, DAPAT DIKESAN BEBERAPA ORANG PEMAKAN GAJI BUTA, IAITU:

1) AHMAD BIN HAJI MASLAN – TIMB MENTERI KEWANGAN

2) STEVEN SIM CHEE KEONG – TIMB MENTERI KEWANGAN

3) RAFIZI RAMLI – MENTERI EKONOMI

4) HANIFAH HAJAR TAIB – TIMB MENTERI EKONOMI

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 10:06 pm
Reply to  Anonymous

MEREKA INI HANYA TUNGGU HUJUNG BULAN UNTUK AMBIL GAJI TETAPI TIDAK DAPAT MENYUMBANG APAΒ² BAGI MEMBANTU PM DLM HAL EKONOMI DAN KEWANGAN SEHINGGA PM TERPAKSA MELANTIK ANAK SENDIRI UNTUK MENJADI “PENASIHAT KANAN EKONOMI DAN KEWANGAN PM” (DGN TAK DIBAYAR GAJI).πŸ˜‚

BUEK MONGABIH BOGHEH JO, 4 EKOR MALAUN KEK ATAIH TU, KATO ORANG NOGOGHI…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

02-07-00-5195003f-4adb-456c-873f-8d7f7e60ba6f-2060x1236.jpeg
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:48 pm

Sumbangan PAS sebagai Punasihat:

a. Gaji buta tak buat kerja Duta Khas Timur Tengah. Sekatan perjalanan kerana tersenarai Persona-Non-Grata Teroris DiNegara2 Timur Tengah

b. Pengerusi YADIM terbabit kes pay-per-view semasa lawatan sambil belajar ahli2 Parlimen kenegara Kapir Jerman

c. Penasihat perlombongan Rare Earth Kedah dari negara Komunis China CCP sama taraf nasihat dari HDB Singapore

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:40 pm

Lantikan Izzah, lagi NGO kritik PM kerana berunsur β€œnepotisme”

1 jam lalu Β· Politik

Kritikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berterusan, terbaharu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga membidas langkah melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan.

Pengurus Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), Sudhagaran Stanley berkata langkah melantik anaknya tersebut berunsur β€œnepotisme” dan satu β€œkonflik kepentingan”, malah membidas alasan tiada elaun diberikan sebagai tidak relevan.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:40 pm
Reply to  Anonymous

β€œKini menteri lain mungkin melakukan perkara sama melantik anak perempuan atau ahli keluarga bagi mengetuai portfolio penting.

β€œDi mana garisan penamatnya? Ini sudah pasti bukan amalan tadbir urus baik,” katanya dalam kenyataan, dengan menambah perlunya ketelusan dalam proses pelantikan politik,

Sudhagaran berkata, kelayakan serta proses permohonan dan pemilihan perlu didedahkan kepada umum supaya setiap individu berkepentingan berpeluang memohon untuk jawatan itu.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:41 pm
Reply to  Anonymous

β€œSudah pasti perdana menteri, malah mana-mana menteri sekalipun, mahukan yang orang terbaik dan paling berkelayakan menyertai pasukannya. Namun bagaimana untuk mencapai ini apabila tiada ruang untuk orang awam memohon mengisinya?

β€œBagaimana kita boleh pasti bahawa Nurul Izzah orang paling berkelayakan yang telah dipilih untuk jawatan itu?” soalnya dipetik laporan FMT.

Stanley juga berkata sudah terdapat seorang Menteri Ekonomi dan langkah melantik seorang lagi penasihat boleh menimbulkan konflik.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:41 pm
Reply to  Anonymous

β€œNasihat siapa akan didengar Perdana Menteri? Anaknya atau Menteri Ekonomi? Inilah masalahnya,” katanya.

Anwar semalam mempertahankan pelantikan Nurul Izzah itu sebagai berdasarkan kelayakannya.

Katanya, Izzah mempunyai ijazah kejuruteraan dan bidang dasar awam dari Universiti Johns Hopkins di AS.

https://www.agendadaily.com/politik/lantikan-izzah-lagi-ngo-kritik-pm-kerana-berunsur-nepotisme/

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:30 pm

“Penasihat ekonomi wajib ada latar belakang ekonomi” – CME turut bidas pelantikan Nurul Izzah

Oleh UtusanTV
January 30, 2023

BEKAS Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar perlu mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi dan kewangan bagi menyandang jawatan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:31 pm
Reply to  Anonymous

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Carmelo Ferlito berkata, kelayakan dari segi kepakaran itu amat diperlukan bagi mereka yang memegang jawatan selaku penasihat dan kaunselor.

β€œNurul Izzah belajar kejuruteraan dan hubungan antarabangsa. Dia tidak mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:32 pm
Reply to  Anonymous

Dalam pada itu, Carmelo berkata, meskipun pelantikan itu adalah secara pro bono, namun mendapatkan penasihat yang tidak berkelayakan adalah satu dasar yang tidak baik.

β€œDasar buruk, walaupun dipandu oleh niat baik, boleh merosakkan negara.

BERITA BERKAITAN Bukan isu kelayakan tapi konflik kepentingan, Syahir sindir pelantikan Nurul Izzah

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:32 pm
Reply to  Anonymous

Selepas dikritik, semalam Anwar mempertahankan keputusannya menawarkan jawatan penasihat tersebut kepada anaknya, Nurul Izzah sambil menegaskan anak sulungnya itu mempunyai dua ijazah iaitu ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat (AS).

Malah kata Pengerusi PH itu, beliau turut tidak mempunyai kelulusan berkaitan kewangan namun dilantik menjadi menteri kewangan selama lapan tahun sebelum ini.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:33 pm
Reply to  Anonymous

Di samping itu, beliau turut menegaskan Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun bagi jawatan tersebut.

https://utusantv.com/2023/01/30/nurul/

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:34 pm
Reply to  Anonymous

Bukan isu kelayakan tapi konflik kepentingan, Syahir sindir pelantikan Nurul Izzah

Oleh Afiq Mohd. Shah
January 30, 2023

Bukan isu merit dan kelayakan yang dipersoalkan berhubung pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:35 pm
Reply to  Anonymous

Sebaliknya, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam ciapan di Twitter berkata, pihaknya mempersoalkan elemen konflik kepentingan susulan pelantikan itu.

Menurut Mohd Syahir, prinsip asas dalam etika urus tadbir telah dikompromi di samping janji reformasi institusi yang telah dilanggari.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:35 pm
Reply to  Anonymous

Mohd Syahir berkata, Perdana Menteri boleh menaruh kepercayaan tinggi kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang kedua-duanya dari UMNO.

Kata beliau, Ahmad Zahid dan Ahmad Maslan sudah memadai untuk membantu dan menasihati Perdana Menteri.

β€œDi Indonesia, Presiden Jokowi melantik tujuh anak muda milenial sebagai Penasihat di Pejabat Presiden dan melantik satu Menteri Kewangan disegani dunia.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:36 pm
Reply to  Anonymous

β€œDi negara Madani, Perdana Menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan dan melantik anaknya sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada dirinya.

β€œPada masa sama, beliau mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri dan dua Timbalan Menteri Kewangan di samping seorang Menteri Ekonomi,” katanya secara sinis dalam ciapan tersebut.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:36 pm
Reply to  Anonymous

Mengulas lanjut, Mohd Syahir berkata, Perdana Menteri tidak boleh membuka ruang kepada defisit kepercayaan apatah lagi dalam keadaan ekonomi negara berdepan masalah defisit fiskal yang menjurang.

β€œPerdana Menteri tidak boleh membuka ruang kepada defisit kepercayaan yang semakin melebar dalam kalangan rakyat, pelabur apatah lagi sesama parti komponen sekutunya.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:37 pm
Reply to  Anonymous

β€œSukacita diingatkan, Demokrasi, Reformasi dan Integriti adalah tunjang bagi pembentukan sebuah negara Madani, perlukan komitmen dan tindakan, bukan slogan,” jelas beliau.

Semalam, media melaporkan Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Pelantikan bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagi jawatan berkenaan berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:37 pm
Reply to  Anonymous

Nurul Izzah berharap pengalamannya sebagai Ahli Parlimen yang mana beliau mengendalikan isu kemiskinan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta perkhidmatannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan membantunya untuk bertugas dengan baik.

https://utusantv.com/2023/01/30/bukan-isu-kelayakan-tapi-konflik-kepentingan-syahir-sindir-pelantikan-nurul-izzah/

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:10 pm

Monday, January 30, 2023 Live By The Sword, Die By The Sword – Why Khairy’s Sacking & Hishammuddin’s Suspension Are Long Overdue   Live By The Sword, Die By The Sword – Why Khairy’s Sacking & Hishammuddin’s Suspension Are Long Overdue Zahid Hamidi would have become a great surgeon had he not joined politics. With great precision, the president of the United Malays National Organization (UMNO) boldly and decisively removed two biggest cancer cells from the party – Khairy Jamaluddin and Hishammuddin Hussein. The decision on Friday (Jan 27) effectively eliminates all Zahid’s opponents in the party. While the Malaysia’s… Read more »

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:24 pm
Reply to  Anonymous

Finance Twitter tidak pernah megecewakan. Kali ini banyak pengajaran dari analisa dia:

a. Tiada hadiah untuk pengkhianatan dan tikam belakang terutama kepada Ketua

b. Semua yang jadi Trojan Atok jadi mangsa kebodohan mereka sendiri. Contoh Azmin dan sekaran Hishamuddin.

c. Hanya Zahid yang dapat mengatasi Atok. Itu pun guna balik ilmu yang Atok ajar selama 22 tahun.

d. Hujungnya, Trojan2 dan Atok sendiri kemurungan kronik. Pejwang dan GTA pun diambang pupus, self-destruction terima nasib yang diharap Atok berlaku kepada mangsa dia. Terbalik.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 8:55 pm

January 30, 2023 6:39 Pm β€˜NEPOTISM’ OR β€˜MORALLY WRONG’ – THERE IS REALLY NO JUSTIFICATION FOR ANWAR TO MAKE NURUL β€˜ADVISER’ – HOWEVER, THERE IS SOME CONSOLATION! IT’S A FANTASTIC CHANCE FOR β€˜BERANI KERANA BENAR’ NURUL TO TRAIN ON THE JOB & HOPEFULLY THE COUNTRY CAN BENEFIT FROM HER STINT IN ECONOMICS & FINANCE IN THE YEARS TO COME – BUT PERHAPS ANWAR CAN LOWER THE DESIGNATION TO β€˜SPECIAL AIDE’ RATHER THAN β€˜ADVISER’, WHICH IS A BIT MUCH TO SWALLOW – AFTER ALL, EVEN DONALD TRUMP USED HIS TERM IN OFFICE TO GIVE HIS CHILDREN EXPOSURE IN HOW THE WHITE… Read more »

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 9:09 pm
Reply to  Anonymous

Pertama kali Tian Chua dan Editor Wong Choon Mei dari Malaysia Chronicle memberi cadangan yang masuk akal.

Tukar sahaja designation Nurul dari Penasihat kepada Pembantu.

Ini lebih menarik dan sepadan dari perlantikan2 Penasihat semasa Atok PM7, Abah PM8 dan Mail Bera PM9.

Atok melantik ramai kroni2 rapat sebagai Penasihat dia termasuk didalam Council of Eminent Persons (CEP). 

Abah perabih RM1.7 juta setahun untuk 5 Penasihat termasuk Peja sebagai Penasihat Mee Kari. Yang kutip 3-5% komisen pun Penasihat Abah jugak.

Mail Bera perabih RM1.3 juta setahun jugak untuk 5 Penasihat jugak dari kroni2 rapat.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 6:31 pm

Hiburan petang:πŸ˜‚

https://youtu.be/P3rTct61c_0

Bila JKK Kampung dlm satu keluarga, senang nak bincang…🀣

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:34 pm

MAAFLAHπŸ™ YG INI LUAR TAJUK SIKIT…πŸ˜„

DLM SENARAI ORGΒ² MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA, RASANYA KENA TAMBAH SORANG LAGI DLM LIST TU.πŸ˜†

ORG NYA BOLEH BERTAHAN 5 TAHUN BEKERJA DGN 2 JAWATAN, TANPA AMBIL GAJI.πŸ˜…

BILA PELAWA ANAK UNTUK SAMA BEKERJA SELAMA 5 TAHUN JUGA, ANAK PUN TAK PERLU AMIK GAJI JUGA…πŸ˜‚

EISYHH EISYHH EISYHH.. BANYAK BETUL DUIT DIA.. MANA DIA DAPAT YER?🀣

19-45-56-24-244595_transparent-barack-obama-face-png-obama-laughing-png.png
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:44 pm
Reply to  Anonymous

PH yg jadi kerajaan lepas PRU14 dulu mmg banyak duit, maklumlah dapat dana sumbangan NED Amerika.πŸ˜…

Rasanya duit dana NED Amerika tu tak habis dipakai sampai ke PRU15 baruΒ² ini..πŸ˜‚

https://youtu.be/jaiDiv0W0Uw

Ini pengakuan Daneil Twinning IRI tentang sumbangan dana dari NED Amerika kpd Pakatan pembangkang…🀣

16-33-56-TRANSKRIP1.jpg
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:49 pm
Reply to  Anonymous

Transkrip penuh kenyataan Daniel Twining, Presiden IRI berhubung bantuan kpd pembangkang Malaysia sejak 15 tahun dulu.

Buletin TTKM

Berikut merupakan transkrip yang disedikan oleh Buletin TTKM dari petikan video ucapan Daniel Twining berhubung bantuan kepada pembangkang Malaysia sejak 15 tahun dulu sehingga berjaya menubuhkan kerajaan baru pada PRU 14 lepas. Video ada di sini :

https://youtu.be/jaiDiv0W0Uw

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:49 pm
Reply to  Anonymous

β€œI would like to it, just a case study for one minute on the China corruption link and the role of our work more broadly in that.

Malaysia, for 61 years, one party govern this country since it became independent in 1957. The constructed, a totally gerrymandered, corrupt political system, in which the ruling party accrued every advantage and double down on holding the tools of power, fusion of state and kind of leading economic sectors etc.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:50 pm
Reply to  Anonymous

So IRI, we had worked in Malaysia with opposition political party since 2002 and guess who’s funding we did it with? The National Endowment for Democracy (NED) and guess who wouldn’t fund democratic political party work in Malaysia?

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:50 pm
Reply to  Anonymous

The USAID for international Development and the State Department because they said β€œYou know I think the reflection was gosh! This is kind of a one-party system. This is not a bad. This is a bad use of our funds and to Malaysia’s kind of a valuable military partner so for 15 years working working with NED resources we worked to strengthen Malaysian opposition parties and guess what happen two months ago after 61 years they won! Not thanks to us, thanks to them, the good guys.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:51 pm
Reply to  Anonymous

There was such a reaction to the excesses of corruption and cronyism and nepotism if we had nothing to do with us but it was the excesses of the one-party state the kind of logical culmination of the abuses of power in this quite rich Southeast Asian and so, I visited and I was sitting there with many of the leaders the new leaders of this government.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:51 pm
Reply to  Anonymous

Many of whom were just our partners we had been working with for 15 years and one of the most senior of them who’s now one of the people running the government said to me:
” Gosh! IRI! You never gave up on us even when we were ready to give up on ourselves right ?”.

We’re sitting in Prime Minister’s Office. Here we are.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:52 pm
Reply to  Anonymous

That’s a tribute to them, not a tribute to us. If it’s an example of playing the long game and the reason i wanted to bring this up is the link because guess what? The first step really one of the first step the new government took it froze Chinese infrastructure investments because it had opened the books and discovered that there was a lot of funny money. Swishing around what had been this very corrupt closed unaccountable system. Right?

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:52 pm
Reply to  Anonymous

And so there is a big corruption cleanup and there’s a big kind of a deep dive on foreign influence in this country. This is not a hugely pro-american country. It’s probably never going to be an actual US ally but this is going to redound to our benefit right? And that’s an example of the long game.

Thank you.”
ο»Ώ
https://ttkm.com.my/2018/08/06/transkrip-penuh-kenyataan-daniel-twining-presiden-iri-berhubung-bantuan-kpd-pembangkang-malaysia-sejak-15-tahun-dulu/amp/

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 5:01 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. KIRA OK LAH PN BOLEH DAPAT 74 KERUSI LAWAN DGN PH TU MASA PRU15 BARUΒ² INI. BUKAN LAWAN PH SAJA, LAWAN DGN AMERIKA JUGA.
TAHNIAH PN.πŸ˜†

MMG LAH SUSAH NAK LAWAN PARTI PH YG KAYA RAYA TUH. DAH LER ADA SUPPORT KUAT DARI TOKEYΒ² TAIKUN CHINA DAP, DAPAT DANA NED AMERIKA LAGI.πŸ˜…
PN KEMPEN KOK DARAT JE, TAPI DEPA SIAP DGN HELI…πŸ˜‚

APA² PUN, LAWAN TETAP LAWAN. PRU16 NANTI LAWAN LAGI. NAK TENGOK KUASA MELAYU LAWAN KUASA AMERIKA.🀣

19-48-50-24-245650_obama-laugh-obama-laugh-png-transparent-png.png
Cili
Cili
30 January 2023 3:58 pm

Setuju dengan Tuan Budin atas alasan berikut:-

“Tindakan Anwar melantik anak sulung perempuannya itu bukan dipertikaikan dari segi kelayakan, tidak menerima gaji atau sebagainya, tetapi apabila seorang bapa melantik anak sendiri berkhidmat di jabatan di bawahnya, ia dengan sendirinya membuka pintu fitnah, memberi peluru kepada lawan, membolehkan persepsi dijaja secara bermaharajalela serta bertentangan dengan moral reformasi”

Lebih baik Anwar lucut jawatan penasihat yang dilantik secara rasmi tetapi menerima idea yang baik dari anaknya dalam pelbagai bidang melalui rumah tangga keluarga mereka sendiri.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:12 pm
Reply to  Cili

AIKK.. DAH U-TURN?πŸ˜‚

BUKAN ATAS SEBAB “TAKUT DIFITNAH LIWAT KALAU LANTIK ORG LAIN SELAIN ANAK SENDIRI?”🀣

πŸ˜„ πŸ˜ƒ πŸ˜€ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

20-04-07-depositphotos_89853308-stock-photo-happy-laughter-closeup.jpg
Cili
Cili
30 January 2023 6:53 pm
Reply to  Anonymous

Kadang-kadang ada masanya kita kena ambil juga pendapat orang lain setelah ditimbang betul salahnya. Saya cuma memilih supaya anaknya tidak bekerja secara rasmi di pejabat tetapi sedia berkhidmat untuk ayahnya dari rumah sahaja. Sekarang bukan macam zaman dulu, kita sudah ada internet etc. Anwar kena berhati-hati kerana musuh terlalu ramai. Contoh mungkin salah seorang darinya ia lah Anon. 30 Jan. 2023 4:12 pm

The end. See you next episode.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 3:34 pm

HA HA HA.. BUKAN SAHAJA PIHAK PEMBANGKANG, ORANG KUAT PH SEPERTI TUAN BLOG EN SHAHBUDIN DAN JUGA HASSAN KARIM APA PASIR GUDANG TURUT MENENTANG…🀣

Lantik Nurul Izzah salah dari segi moral – Hassan Karim

Diterbitkan:  Jan 30, 2023 12:40 PM
Dikemaskini: 1:06 PM

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 3:35 pm
Reply to  Anonymous

Bukan sahaja pembangkang, Hassan Abdul Karim turut tidak sedang dengan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi perdana menteri.

Anggota parlimen lantang Pakatan Harapan (PH) itu berkata ketika penyokong gabungan itu bertanya padanya berkaitan perkara itu, dia menjawab:
Legally right but morally wrong. (Betul dari segi undang-undang tetapi salah daripada segi moral.)”

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 3:35 pm
Reply to  Anonymous

Pemuda Bersatu hari ini mempersoalkan tadbir urus Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan β€œsegala macam jawatan lantikan bertaraf penasihat” ketika pembentukan kabinet lebih kecil.

Jawatan itu juga didakwa bercanggah dengan kedudukan menteri ekonomi Rafizi Ramli.

Badan pemikir Pusat Pendidikan Pasaran (CME) pula berkata Nurul Izzah tidak mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 3:36 pm
Reply to  Anonymous

Menurut CME, walaupun kepakaran tidak diperlukan untuk peranan politik seperti menteri kabinet, ia perlu bagi jawatan penasihat dan kaunselor.

Anwar kelmarin mempertahankan kelayakan anak sulungnya itu untuk menjadi penasihat tidak bergaji dalam soal ekonomi dan kewangan.

Anwar berkata, selain memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan, Nurul Izzah juga memiliki ijazah sarjana dalam bidang dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 3:36 pm
Reply to  Anonymous

Anwar yang turut memegang portfolio kewangan berkata dia juga tiada kelayakan formal dalam bidang itu, begitu juga dengan ramai pemimpin yang pernah memegang jawatan menteri.

Anwar merupakan pelajar jurusan Pengajian Melayu ketika menuntut di Universiti Malaya.

https://m.malaysiakini.com/news/653306

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 3:41 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. PATUT PUN PMX MCM TAK KONPIDEN JE NAK HANDLE MOF, SBB BUKAN BIDANG DIA RUPANYA. BIDANG KELULUSAN DIA IALAH “PENGAJIAN MELAYU”.πŸ˜…

PADAN PUN DIA CEKAP BAK KELUAR ISTILAHΒ² BAHASA YG ORANG JARANG DENGAR SEPERTI ‘WAWENANG’, ‘WACANA’, DSB.πŸ˜‚

SEBAB ITU AGAKNYA DIA PERLUKAN PENASIHAT KEWANGAN.🀣

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 3:45 pm
Reply to  Anonymous

KITA TENGOK MENTERI EKONOMI, (ME)RAPUJI CAP AYAM PULAK🀣:

Early life and educationEdit

Rafizi was born in Besut, Terengganu and was raised in Kemaman, an east-coast town. He came from a humble background; his father was a rubber tapper.

During his schooling days he was active in extra-curricular activities where he represented Malay College Kuala Kangsar (MCKK) for debate championships as well as being a top student.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 3:45 pm
Reply to  Anonymous

After finishing his secondary education, he was awarded a scholarship to study Electrical Engineering at University of Leeds.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Rafizi_Ramli

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 3:50 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. PATUT PUN RAPUJI MCM TAK KONPIDEN JE NAK HANDLE EKONOMI, SBB BUKAN BIDANG DIA RUPANYA. BIDANG KELULUSAN DIA IALAH “KEJURUTERAAN LETRIK”.πŸ˜…

PADAN PUN DIA CEKAP BAK KELUAR UNGKAPANΒ² GORENG SEPERTI β€˜WE ARE QUITE SURE..’, ‘IN THE MEAN TIME..’, ‘BY RIGHT..’ DSB.πŸ˜‚

SEBAB ITU AGAKNYA PMX PERLUKAN PENASIHAT EKONOMI.🀣

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 3:58 pm
Reply to  Anonymous

JADI, MUNGKIN DEK KERNA MENTERI KEWANGAN KELULSAN “PENGAJIAN MELAYU” DAN
MENTERI EKONOMI KELULUSAN “KEJURUTERAAN LETRIK” MAKA PMX PERLUKAN KPD “PENASIHAT KEWANGAN DAN EKONOMI”.πŸ˜…

TAPI, TAK BOLEH LAH DILANTIK ANAK SENDIRI, SEBAB ITU NEPOTISMA YG MENCALAR INTEGRITI PM.πŸ˜‚

MARI KITA TENGOK PULA KELULUSAN NURUL IZZAH.🀣

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:00 pm
Reply to  Anonymous

Pendidikan Nurul Izzah

Nurul Izzah mendapat pendidikan terawalnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Ketika pendidikan menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Sri Hartamas dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Di peringkat universiti, beliau menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak. Tetapi kemudian berpindah ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004.

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:00 pm
Reply to  Anonymous

Beliau seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan tamat pengajian pada Mei 2007.[1]
ο»Ώ
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Nurul_Izzah_Anwar

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:07 pm
Reply to  Anonymous

OWHH.. “KEJURUTERAAN ELETRIK & ELETRONIK”, LEPAS TU SAMBUNG “PENGAJIAN ASIA TENGGARA”.
BUKAN BIDANG KEWANGAN ATAU EKONOMI PUN!πŸ˜†

KENAPA PMX TAK CARI ORG LAIN YG LEBIH BERKELAYAKAN? TAKUT NAK KENA BAYAR GAJI?πŸ˜…

APALAH DIKESAH SANGAT SOAL BAYAR GAJI PUN, KALAU UNTUK KEPENTINGAN NEGARA?πŸ˜‚

NAMPAK SPT TUJUAN KEPENTINGAN PERIBADI JER…🀣

πŸ˜„ πŸ˜ƒ πŸ˜€ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

02-09-46-good-looking-young-joyful-dark-skinned-brunette-male-keeping-eyes-closed-while-laughing-cheerfully-with-wide-mouth-opened-standing-white_295783-7901.jpg
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 2:17 pm

HA HA HA…πŸ˜…

SETAKAT INI DAPAT DIKESAN 3 ORG CAI WALANON TAMPIL MEMPERTAHANKAN TINDAKAN NEPOTISMA ‘PAPA’ LANTIK NURUL JADI PENASIHAT KANAN EKONOMI & KEWANGAN, IAITU Anonymous, Lan Kangaq & Cili.πŸ˜‚

Anonymous kata jgn buat penilaian awal, bagi can dulu ‘Papa’ & anak beranak beroperasi di KKM barang setahun, lepas tu baru nilai…🀣

πŸ˜„ πŸ˜ƒ πŸ˜€ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

10-15-34-800px_COLOURBOX2276469.jpg
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 2:20 pm
Reply to  Anonymous

Lan Kangaq pulak tampil mengamuk dgn mengutuk PM8, Hadi, Kelantan & Pas.πŸ˜…

Lan kata PM8 tak buat kerja apa, Hadi makan gaji buta, air paip di Kelantan keruh & lebaiΒ² Pas kerja nak tambah bini.. πŸ˜‚

Itu adalah justifikasi Lan Kangaq sbg hujah utk mempertahankan agar tindakan nepotisma ‘Papa’ itu dapat dinormalisasikan.🀣

πŸ˜„ πŸ˜ƒ πŸ˜€ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

02-12-17-photo-overjoyed-afro-american-man-laughs-funny-story-cant-stop-giggling-has-white-teeth-thick-beard-wears-formal-suit-squints-face_273609-38881.jpg
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 2:23 pm
Reply to  Anonymous

Tapi, Cili punya hujah lagi hebat!πŸ˜‚

Cili kata:
‘Papa’ lantik Nurul tu bagi nak mengelak dari kena tuduhan liwat… 🀣

πŸ˜„ πŸ˜ƒ πŸ˜€ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

19-42-45-28stab-wounds-1671857262.713.gif
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 2:24 pm
Reply to  Anonymous

INI HAH, KOMEN DARI CILI TUH🀣:
_____________________________________________________
Cili
 29 January 2023 9:36 pm
 Reply to  Anonymous

Adalah lebih selamat lantik anak sendiri dari lantik orang luar sama ada lelaki atau perempuan untuk mengelakkan dari difitnah jadi kes liwat 3.

Ramai sangat manusia jenis pendengki.

 Reply
_____________________________________________________
πŸ˜„ πŸ˜ƒ πŸ˜€ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

19-29-09-9598686b5d0986e8e33825a859c1a889--its-funny-the-floor.jpg
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 2:28 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA…πŸ˜…

MMG LAWAK GILERR LAH Cili TU, SAMPAI BOLEH TERDUDUK MCM HAL (ME)RAPUJI TUH…πŸ˜‚

BILA DAH TAKSUB DAN FANATIK, MCM MANA CARA PUN MESTI LAH KENA JILAT…🀣

πŸ˜„ πŸ˜ƒ πŸ˜€ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

15-23-30-japonpr-lol-1672902605.2318.gif
Cili
Cili
30 January 2023 4:17 pm
Reply to  Anonymous

Siapa makan cili dia lah yang rasa pedasnya. Memang tidak mustahil akan ada tuduhan liwat 3. Lihat contoh liwat 1, liwat 2 dan lagi satu pengakuan dicabul yang masih dalam saman menyaman. Semua mereka adalah orang yang tidak boleh dipercayai apabila mengambil kesempatan berbuat baik dengan Anwar.

Berdosa tak tarok gambar mak cik ketawa tu kalau tanpa kebenarannya. Saja tanya. Rasanya buat malu Melayu je?

Anonymous
Anonymous
30 January 2023 4:27 pm
Reply to  Cili

Gambor tu teman amik dari Anonymous Robot NED Amerika punya.πŸ˜…

Dia curi gambor teman bawa (yg orang gelak terduduk tu), jadi teman curi balik ler gambor yg dia bawa pula…πŸ˜‚

Oh ya, mana pergi habis robot² NED Amerika taja untuk tabur fitnah tuh? Depa amik balik dah ker?🀣

πŸ˜„ πŸ˜ƒ πŸ˜€ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

06-25-08-senior-grey-haired-man-wearing-striped-t-shirt-standing-over-isolated-white-background-smiling-laughing-hard-out-loud-210547482.jpg
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 1:41 pm

HA HA HA…πŸ˜…

BG NON NI SEJAK BERBAIK DGN AMENO, DAH MULA TIRU STYLE BOOS KU PULAK…πŸ˜‚

MAT SABU KATA, DULU BOSS KU ADA ISTERI, KAK MAH, SBG PENASIHAT KEWANGAN TAK BERGAJI.. KINI BG NON PULA ADA ANAK PEMPUAN, NURUL, SBG PENASIHAT KEWANGAN TAK BERGAJI.. 🀣

πŸ˜„ πŸ˜ƒ πŸ˜€ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

06-22-16-laughter-closeup-face-close-up-young-hispanic-man-laughing-out-loud-closed-eyes-best-medicine-concept-66195943.jpg
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 1:29 pm

BETUL TU TUAN BUDIN!πŸ‘πŸ˜†

KALAU DI SEKOLAH, ANAK ATAU SUAMI ATAU ISTERI TAK BOLEH MENGAJAR DI SEKOLAH BERKENAAN KALAU BAPAK ATAU IBU ATAU SUAMI ATAU ISTERI MENJADI PENGETUA DI SITU. INI ADALAH UNTUK MENJAGA INTEGRITI PENGETUA.πŸ˜…

KALAU DI PERINGKAT SEKOLAH PUN TAK BOLEH, INIKAN PULA DI PERINGKAT NEGARA!πŸ˜‚

FIKIR-FIKIRKAN LAH SECARA RASIONAL & FIKIRAN TERBUKA, BUKAN SBG MACAI PENTAKSUB!🀣

πŸ˜„ πŸ˜ƒ πŸ˜€ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

06-32-11-4e3d542829d6a37e7a2611d47b0698e9--smiling-faces-beautiful-smile.jpg
Anonymous
Anonymous
30 January 2023 1:35 pm
Reply to  Anonymous

OPPSS.. SILAP! BAGUS JUGA KALAU NURUL TAK MAHU UNDUR DIRI, SEBAB BUDIN KATAπŸ˜…:

Percayalah, apabila rakyat mula mengomel dan mencemuh, sebagaimana banyak berlaku kepada beberapa kerajaan di seluruh dunia sebelum ini, ia tidak akan mampu bertahan dengan lama.”

ITULAH SEBENARNYA YG RAMAI ORGΒ² MELAYU MAHUKAN…πŸ˜‚

OK LAH NURUL, TAK PAYAH BERUNDURLAH.. MANA TAU, NANTI DAPAT IKUT PAPA NAIK JET KERAJAAN, PERGI LUAR NEGARA KER..🀣

πŸ˜„ πŸ˜ƒ πŸ˜€ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

09-32-55-1656094953_9-papik-pro-p-funny-pictures-of-faces-on-laugh-day-9.jpg