Saya faham, ramai yang terfikir “macam mana restoran nak turunkan harga? Logik ke?”
Sebenarnya semalam pada 26 Januari 2023, KPDN telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan-persatuan restoran dan kedai makanan (bermasak) untuk membincangkan soal punca dan faktor yang menyebabkan kenaikan harga makanan bermasak yang dijual di restoran dan kedai makanan.
Kami mencari penyelesaian menang-menang yang boleh membantu mengurangkan kos operasi dan seterusnya tawaran harga munasabah kepada pengguna.
Antara wakil-wakil persatuan restoran yang turut hadir adalah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).
Pihak industri telah memaklumkan bahawa di samping harga bahan mentah yang meningkat, faktor-faktor lain yang mempengaruhi harga makanan bermasak adalah keberadaan pekerja (termasuk pekerja asing), kadar upah (gaji), sewa bangunan dan syarat-syarat penempatan pekerja yang ditetapkan pihak berkuasa.
KPDN akan meneliti semua isu yang telah dibangkitkan oleh pihak pengusaha restoran/kedai makan untuk ditangani secara bersama dengan kementerian dan agensi yang terlibat.
Semasa sesi libat urus tersebut, saya mencadangkan agar kita wujudkan satu menu mampu milik yang boleh dinikmati oleh semua tanpa rasa terbeban. Menu ini boleh kita namakan sebagai Menu RAHMAH.
Dalam Menu RAHMAH ini sewajarnya ada nasi + protein terpilih (seperti ayam atau ikan) + sayuran terpilih , dan dijual pada harga RM5/set.
Mungkin ada antara kita yang rasa hidangan seperti ini tiada yang istimewa, tetapi percayalah, buat mereka yang kurang kemampuan, menu lengkap seperti ini amatlah bermakna untuk mereka.
Untuk KPDN, dalam kita menjaga kebajikan pengguna, kita juga menjaga kelangsungan mata pencarian peniaga.
Jadi marilah kita sama-sama usahakan Menu RAHMAH ini agar semua orang boleh mendapat manfaatnya.
Butiran lanjut berkenaan Menu RAHMAH, saya akan umumkan kemudian.
SALAHUDDIN AYUB
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
OutSyed The Box H2O Banned For Six Years !! Threat Removed For Who Actually ? Who Really Benefits? The possibility or even the idea that Zahid Hamidi can become prime minister one day is as remote as electricity tariffs being cut for household users. It is just not going to happen. Zahid Hamidi will just remain as Umno president – for a while yet. But UMNO as a viable political party has really outlived its shelf-life. UMNO has been dying since 1994. Despite Umno dying by a thousand cuts, at this point in his life (with those 47 charges hanging… Read more »
Straightforward sifir bagi cerakin Mamak Keling Syed Outside the Box. H20 adalah Trojan bagi Atok dan Abah dengan misi regime change Zahid dan regime change Kerajaan Pérpaduan dan PMX. Zahid hanya guna ilmu Atok selama 22 tahun kawal UMNO untuk gagalkan Atok sendiri. Zahid jugak guna ilmu Putin yang mengajar Zelensky proxi USA dan NATO. Zahid mengajar H20 proxi Atok dan Abah. Market tak jittery baru 2 bulan Kerajaan Perpaduan dan PMX cuci berak dan tahi Kerajaan 33 bulan yang ada Bersatu dengan PAS. Index saham melonjak, kadar inflasi mendatar 3% dan paling penting Ringgit kukoh 4.2 dgn USD terbaik dalam… Read more »
Genap sebulan akhirnya siapa yang terduduk?
January 25, 2023
HARI ini genap satu bulan selepas sidang media Rafizi Ramli pada 26 Disember 2022, yang mana pada ketika itu beliau dengan angkuhnya menyebut ‘Geng-geng PN akan terduduk sebulan lagi’.
Akhirnya tiba hari yang ditunggu bukan geng-geng PN yang terduduk tetapi Rafizi Ramli dan formula-formula beliau yang terduduk.
Pepatah Melayu ada berkata ‘Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa’.
Buat Rafizi Ramli jangan angkuh dan sombong dalam berkata-kata, cukup-cukuplah menuding kesalahan kepada pihak lain.
Jadilah seorang Ahli Parlimen dan Menteri yang memberi solusi dan manfaat kepada rakyat dan negara, bukan hanya pandai mengeluarkan formula-formula yang akhirnya memberi resah kepada rakyat untuk memikirkan solusi yang kuasa pelaksanaan dan penguatkuasaan ada kamu.
Buat pengakhirannya hari ini akan menjadi satu sejarah kepada semua dan mungkin akan terus menjadi sejarah sebagai ‘Hari Terduduk Se-Malaysia‘ atas kesombongan kata-kata daripada seorang Menteri yang bernama Rafizi Ramli.
AHMAD AZLAN ABU BAKAR CA (M)
Exco Dewan Pemuda PAS
Negeri Pahang
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Indera Mahkota – HARAKAHDAILY 25/1/2023
https://harakahdaily.net/index.php/2023/01/25/genap-sebulan-akhirnya-siapa-yang-terduduk/
HA HA HA..😅
“25 HB JANUARI 2023”
SELAMAT HARI TERDUDUK SEDUNIA😂
https://vt.tiktok.com/ZS8DJQwMm/
SIAP DGN GAJAH🐘 DUDUK PUN ADA…🤣
😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH
Boleh tahan ke setiap hari nak jamah menu yg sama?
Manusia bukan mcm ayam itik atau lembu kambing!
Tak payahlah nak buat menu rahmah ke menu jamah ke menu Salmah ke.. cari cara menurunkan harga bahan mentah supaya makan siap masak dapat diturunkan harga.
Ko berak pun sama jer hari2. Duit tak cukop makan je lah apa ada.
Ko ingat berak ngan makan tu sama ker Dol? Makan, kena ada selera, berak tak perlu nak selera mangok oi..
Ha ha.. Ale otak cam ale utoh..
Dalam Menu RAHMAH ini sewajarnya ada nasi + protein terpilih (seperti ayam atau ikan) + sayuran terpilih , dan dijual pada harga RM5/set.
Mungkin ada antara kita yang rasa hidangan seperti ini tiada yang istimewa, tetapi percayalah, buat mereka yang kurang kemampuan, menu lengkap seperti ini amatlah bermakna untuk mereka.
Anon. 28 Jan 2023 10:01 am Baca semula dan fahamkan betul2.