KEPAKARAN HDB SINGAPURA AKAN BERI MANFAAT KEPADA ORANG MELAYU MALAYSIA

1. Sejak tertubuh Kerajaan Perpaduan diketuai oleh Pakatan Harapan selepas PRU15 lalu, hampir setiap isu cuba dijadikan isu perkauman oleh pihak pembangkang.

2. Masalah pemilikan perumahan kos sederhana & murah Malaysia untuk golongan M40 dan B40, adalah masalah yang berlarutan lama sejak merdeka lagi di Malaysia.

3. Semasa saya menjadi Timbalan Menteri di KPKT, berbagai usaha oleh Kementerian termasuk mengadakan Kempen Pemilikan Rumah telah diadakan tetapi masih tidak berjaya sepenuhnya kerana masih ramai golongan M40 dan B40 tidak mampu memiliki rumah.

4. Walaupun wujud berbagai syarikat dan GLC milik kerajaan bertujuan untuk menghasilkan rumah mampu milik kepada rakyat, namun masalah ini masih tidak dapat diselesaikan kerana harga tanah dan infrastuktur yang timggi.

5. Berbagai model dan kajian perumahan luar negara termasuk di Korea Selatan, negara barat dan Singapura serta negara negara maju lain juga telah lama dikaji.

6. Di antara yang paling sesuai dan praktikal adalah sistem perumahan HDB Singapura kerana banyak persamaan profil etnik masyarakat, cuaca dan sistem pembinaan yang digunakan.

7. Sistem Perumahan HDB Singapura adalah di antara yang terbaik di seluruh dunia dan diakui oleh banyak negara, HDB juga telah memenangi banyak anugerah utama antarabangsa dan kecemerlangan mereka diakui negara barat dan Jepun.

8. Apabila Menteri KPKT mengumumkan akan mengunakan kepakaran perunding HDB Singapura bagi membantu KPKT mengatasi masalah perumahan Malaysia, bagai hendak runtuh langit kritikan politik dari PAS dan PBBM menuduh adanya agenda perkauman dan penindasan orang Melayu Islam.

9. Soalan pertama saya adalah apakah usaha mereka dibawah dua Perdana Menteri Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri dibawah kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini?

10. Tuduhan sempit serta melulu dari PAS dan PBBM amat berbau perkauman semata mata untuk meremehkan dan mengagalkan menyelesaikan masalah perumahan mampu di miliki golongan M40 dan B40 yang sebahagian besarnya adalah orang Melayu.

11. Mengapakah mereka takut jika kerajaan Pakatan Harapan boleh mengatasi isu ini yang mereka tidak pun mahu memulakan semasa PN memerintah?

12. Saya bercakap juga sebagai seorang arkitek yang pernah berkhidmat di KPKT dan pernah kerap tinggal di pangsapuri perumahan HDB Singapura kerana mempunyai saudara di sana.

13. Lebih dari 90 peratus orang Melayu Singapura memiliki tempat tinggal sendiri sejak usia yang muda lagi. Rekabentuk unit kediaman pangsapuri moden serta kemudahan infrastruktur HDB Singapura telah banyak memenangi anugerah berprestij antarabangsa.

14. Di antara kemudahan disediakan oleh HDB Singapura di tempat tinggal – pangsapuri termasuklah kemudahan lengkap tempat bersanding serta kenduri kendara dan juga tempat mandi jenzah orang Islam tanpa perlu keluar dari kawasan tempat tinggal mereka.

15. Kemudahan klinik kesihatan, pendandan rambut, kedai komersial, dewan riadah rekreasi dan pusat kesihatan juga disediakan.

16. Berapa banyak pangsapuri mampu milik kita disediakan kemudahan penuh bermutu tinggi seperti ini?

17. Sejak dahulu lagi banyak rombongan Ahli Majlis Kerajaan tempatan melawat projek jauh di negara barat dan Amerika tanpa membawa hasil positif.

18. Dari HDB Singapura yang terletak hanya di sebelah Johor lah yang kita banyak boleh pelajari yang positif kerana banyak pesamaan kaum etnik, cuaca dan sistem binaan.

19. Untuk masyarakat Malaysia menjadi maju kita perlu ahli politik yang lebih matang dan progresif dan bukan yang berfikiran sempit dan berfikiran negatif yang senantiasa mencetuskan sentimen perkauman.

20. Rakyat Malaysia dari kalangan orang Melayu lah sebenarnya yang lebih banyak akan mendapat manfaat jika sistem perumahan HDB ini berjaya dilaksanakan dengan kos lebih murah dengan faktor sosial ekonomi yang positif.

21. Sudah sampai masanya kepentingan rakyat golongan kurang berada untuk memiliki tempat tinggal diutamakan.

22. Janganlah kerana Menteri KPKT bukan seorang Melayu dan negara Singapura majoritinya bukan Melayu pihak pembangkang bersangka buruk dan menuduh melulu bukan bukan mengikut emosi perkauman.

23. Isu perumahan KPKT yang merujuk kepakaran HDB Singapura adalah langkah objektif positif untuk menyelesaikan masalah lama demi kebaikan golongan kurang berada untuk memiliki tempat kediaman mampu milik yang selesa.

24. Sekian lama kita ke negara Barat, Korea dan Jepun telah dikaji model perumahan tanpa solusi yang ditemui.

Kenapa tidak negara jiran Singapura dengan model terbukti dipentas antarabangsa? Apatah lagi dengan profil masyarakat etnik yang ada banyak persamaan dengan kita?

25. Janganlah asyik mainkan isu politik perkauman murahan tanpa memikirkan masa depan rakyat yang perlu pembelaan untuk memiliki tempat tinggal mampu milik.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu.

26 Januari 2023.

4.2 5 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 January 2023 — 5:22 pm
Subscribe
Notify of
guest

25 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
mee
mee
29 January 2023 9:52 am

Singapura tanah orang melayu…singapura rakyatnya nak sangat..mula-mula pelaburan asing masuk …lepas tu org asing beli tanah nak buat tapak berniaga la konon…lepas tu bawa masuk org asing cina,india mai bekerja alasan org melayu ada kerja dah…skrg ni tengok apa jadi singapura tanah airku …PAP cekap strategi macam yahuni sbb depa ni rujuk pakar yahudi kot….DAP sama lah dasarnya sama macam PAP….depa tak akan fikirkan cucu cicit melayu yg akan datang kemudian sampai cakap melayu pun tak tau.cakapan penjajah cekap kononnya boleh jadi hebat dan kaya…kaya dan hebat kah orang melayu singapura..di singapura orang india lebh cemerlang dari orang melayu……Singapura contohnya… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 January 2023 12:10 am

Aku rasa Sanusi ni ada perasaan benci Pulau Pinang dan Singapura secara azali. Apa2 saje berkait dgn Pulau Pinang dan Singapura dia sentap. Mungkin dia tak pernah pergi Singapura kut. Dia pun tak pernah masuk rumah pangsa yg dibangunkan HDB. Dia main pusing2 Kodiang Sik Padang Serai je sbb tu bak kata Allahyarham TGNA orang akan takut kpd benda yg dia tidak tahu. Sanusi lah tu.

Anonymous
Anonymous
27 January 2023 4:47 pm

Satu masaalah besar Malaysia ialah apa saje ada perkataan Singapore mesti ditentang dan dipandang burok. Sanggup hantar rombongan sambil belajar kenegara Eropah utk belajar cara2 pengurusan rakyat mrk. Tp apa yg baik kat jiran sebelah je sumer diadudombakan sbg burok. Unibersiti2 Spore adalah antara unibersiti bertaraf dunia dan lulusan mrk menjadi tarikan kpd majikan diseluruh dunia. Lulusan unibersiti kita menggangur tidak menjadi tarikan kpd majikan bertaraf antarabangsa. Kadar korupsi Spore adalah yg terendah didunia tp rakyat Malaysia diajar bencikan Spore. Kita tidak tahu atau tidak mahu menerima sesuatu yg baik dari jiran kita tp mudah saje melakukan kerja2 tidak beramanah.

mee
mee
29 January 2023 12:17 pm
Reply to  Anonymous

di Singapura pemimpin negara menghapuskan kampung Melayu dan membina kondominium mewah namun mengehadkan hanya 20 peratus sahaja yang layak diduduki Melayu manakala 80 peratus lagi didiami kaum Cina…………….

Anonymous
Anonymous
27 January 2023 12:39 pm

HDB isu tanah dan rumah Rakyat marhaen yang mahu diDAPkan dan diCINAkan oleh PN Pas.

PARTI RASUAH ISLAM SEMALAYSIA
PARTI PENYAKAU BERSATU MALAYSIA

no rasis_no taliban.jpg
mee
mee
29 January 2023 12:20 pm
Reply to  Anonymous

kepakaran HBD bukan perkara baharu bagi DAP kerana pernah digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan kawasan Batu Kawan yang kini dikenali Bandar Akira dengan pembangunan pada 2010.

Namun, hakikatnya di sebaliknya pembangunan tersebut, masyarakat Melayu di Pulau Pinang menjadi mangsa keadaan apabila hak dan tanah-tanah mereka diambil oleh kerajaan untuk dibangunkan menjadi tapak pembangunan

TokBoy
TokBoy
27 January 2023 11:30 am

Setan jer yg tk suke org buat kebaikan.

TokBoy
TokBoy
27 January 2023 10:53 am

Antara pkara yg kita bole blajar drpd HDB S’pore ialh

  1. Sistem Pengurusan & pntadbiran bangunan berthabit kebersihan, keselamatan, penyelenggaraan & pemantauan, prtukaran penghuni, pencalusan bayaran prkhidmatan, sewaan & sebagainya.
  2. Peraturan, Enakmen & undang2 yg brkaitan dengan prkara 1 diatas.
  3. Sistem & Terma Hak Milik/Strata Title & yg berkaitan kemudahan kewangan ke-atasnya.
Anonymous
Anonymous
27 January 2023 9:13 am

RAKANΒ² BLOG SEKALIAN,

Marilah kita panjatkan doa serta sedekahkan surah Al-Fatehan kpd bekas rakanΒ² blog ini yg telah lebih dahulu pergi meninggalkan kita:

Wak Seman, FanTun, Mekcy, Tok Gora, John Doe, Bg Riani, Nek Et Tu Brute, Din Remos, Diafira dll…

Inna lillahi wa innaa ilaihi rho ji ‘uun…
Salam takziah kpd keluarga mereka.

Al-Fatihan (dibaca).

IMG-20221223-WA0014.jpg
TokBoy
TokBoy
27 January 2023 10:54 am
Reply to  Anonymous

Innalillahi wa’inna alihi roji’un. AlFatehah. Ameen

Anonymous
Anonymous
27 January 2023 7:57 am

1) Kekalkan SOSMA
2) Lantik AP terajui GLC
3) Minta balik pasport yg ditahan mahkamah.
4) Eksport keluar telur lepas tu import dari India
5) Turunkan harga minyak utk RON97 sahaja.
6) Beri tuala wanita percuma di tandas KKM.
7) Beri bantuan ubat PrEP utk pasangan LGBT.
8) Bawa pakar asing tolong KPKT.
9) Jangan makan ayam kalau ayam mahal.
10) Pulau kedai makan kalau makanan mahal.
11) Bawa bincang harga babi di parlimen.

TERBAIK!🀣

02-08-25-front-view-young-male-white-t-shirt-just-laughing-pink-background_140725-27018.jpg
TokBoy
TokBoy
27 January 2023 10:56 am
Reply to  Anonymous

Itu lebih afdhal dari makan gaji buta.!!

Anonymous
Anonymous
27 January 2023 7:24 am

Rafizi kata:

Yg janji turunkan harga minyak tu Pas, bukan Pakatan Harapan.. tak pernah ada Pakatan janji turunkan harga minyak..πŸ˜‚

https://youtube.com/shorts/6v0aJIEiGQ4?feature=share

ITU YG BIKIN RAMAI TERDUDUK!🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

19-29-09-9598686b5d0986e8e33825a859c1a889--its-funny-the-floor.jpg
Anonymous
Anonymous
27 January 2023 7:25 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA…πŸ˜‚

MMG JELAS MUNAFIQ LAH MENTERI..🀣

00-48-03-440px-Ayam_Brand_logo.svg.png
Anonymous
Anonymous
27 January 2023 7:28 am
Reply to  Anonymous

3 CIRI UTAMA MUNAFIQ:

1) APABILA BERCAKAP ITU BERDUSTA
2) APABILA BERJANJI IA MUNGKIR JANJI
3) APABILA DIBERI AMANAH IA KHIANATI

MMG ADA PADA MENTERIΒ²…🀣

18-31-48-artworks-000017566023-sf8ww6-t500x500.jpg
Anonymous
Anonymous
27 January 2023 7:35 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… Kemain lagi caiΒ² gebang, bunyi mengalah meriam Bleh le klau setakat nak gebang di kedai kopitiam Tapi kini, bila dah kantoi terkedu, caiΒ² jadi terdiam Pilih, punya pilih, terpilih jenis yg tahap cap ayam! πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ“ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž… Read more »

20-11-49-1000_F_54638193_aKVdQP1adOeumIKZNSEk7vXp6S5i3nMT.jpg
Anonymous
Anonymous
27 January 2023 7:39 am
Reply to  Anonymous

KALAU TUAN NAK PERGI MANDI
TOLONG JIRUSKAN POKOK BAYAM
KALAU TUAN HENDAK MENGUNDI
JANGAN PILIH AP JENIS CAP AYAM

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

gettyimages-1544865-594x594.jpg
Anonymous
Anonymous
27 January 2023 5:16 am

Terduduk sambil mempertikai formula
Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani

PARTI RASUAH ISLAM SEMALAYSIA
PARTI PENYAKAU BERSATU MALAYSIA

4.jpg
Anonymous
Anonymous
27 January 2023 4:52 am

Inflasi naik OPR naik 4 kali dulu tak nak duduk
Sekarang sebulan tak naik hah duduk duduk

3.jpg
Anonymous
Anonymous
27 January 2023 4:46 am

Duduk menahan diri 1 bulan

2.jpg
Anonymous
Anonymous
27 January 2023 4:44 am

1 bulan berlalu

1.jpg
Anonymous
Anonymous
26 January 2023 10:33 pm

ZAHID SALAH GUNA KUASA TPM, GUNA JAWATAN MINTA BALIK PASPORT YG DITAHAN MAHKAMAH…

https://youtu.be/okC-Pmeo1tY

Anonymous
Anonymous
26 January 2023 10:40 pm
Reply to  Anonymous
Anonymous
Anonymous
26 January 2023 10:42 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA…πŸ˜‚

PADANLAH P.RAMASAMY TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG KATA ZAHID JADI SATU BEBAN BAGI PARTI DAN KERAJAAN..🀣

πŸ˜… πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

02-12-17-photo-overjoyed-afro-american-man-laughs-funny-story-cant-stop-giggling-has-white-teeth-thick-beard-wears-formal-suit-squints-face_273609-38881.jpg
Anonymous
Anonymous
26 January 2023 6:09 pm

Hayatilah kata kata “Tuntutlah ilmu walau pun sampai ke negeri China”. Apa pun yang baik sekali pun dari negara bukan Islam, wajar dipelajari dan diteladani. Masalah dengan PAS dan negeri pemerintahannya yang rata2 mundur dan ketinggalan berbanding negeri lain, sikit sebanyak kerana sikap taksub dan kedunguan pimpinannya yang bagaikan terkurung di bawah tempurung. Mereka melihat apa saja di luar tempurung itu dari sudut negatif dan tidak baik belaka dan ini sengaja dicanangkan semata2 untuk membina sokongan dan pengaruh di kalangan melayu yang mudah dipermainkan dengan berbagai slogan dan ayat2 Quran terpilih. Setiap dalil yang dihambur pimpinan PAS pastilah hanya yang… Read more »