KERANA ANWAR, MALAYSIA KINI BEGITU DIPANDANG TINGGI USAHAWAN LUAR NEGARA

Hanya dalam tempoh lima hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, dilaporkan sebanyak 48 ketua negara daripada seluruh dunia telah mengutus ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim.

Dengan ucapan tahniah seumpamanya terus tidak putus, jumlahnya ketika ini mungkin sudah melebihi 60 negara.

Ini adalah rekod yang tidak pernah dicapai sebelum ini, sekaligus memperlihatkan bagaimana dunia begitu mengiktiraf kehadiran Anwar dalam memimpin negara ini.

Hakikatnya, seiring dengan rakyat Malaysia yang secara umumnya gembira kerana Anwar dan bukan pemimpin yang sebelum ini pernah dicop gagal memimpin negara ini, negara luar juga tidak kurang gembira yang mereka rasai.

Bersama dengannya, usahawan Malaysia yang terlibat dalam perniagaan dengan negara luar, turut tidak terkecuali menerima kesan baik daripada kehadiran Anwar itu.

Mereka secara langsung mendapati ahli perniagaan luar negara begitu memandang tinggi dan hormat kepada Malaysia pada ketika ini.

Seorang usahawan yang juga Pengerusi Kehormat Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia, Mokhtar Samad adalah antara yang terawal dapat mengalami pengalaman yang membuatnya rasa bertuah serta bangga sebagai rakyat Malaysia.

Selepas Anwar diangkat menerajui negara, beliau pada minggu lepas telah mengadakan kunjungan ke Jepun dan Taiwan selama beberapa hari atas urusan perniagaan bersama beberapa rakan niaganya.

Menurut Mokhtar, dalam perbincangannya dengan beberapa usahawan dan pelabur di kedua-dua negara tersebut, mereka kini didapati amat memandang tinggi dan hormat kepada Anwar yang mengetuai negara, sekaligus tidak menyembunyikan lagi minat yang mendalam untuk meluaskan perniagaan mereka ke Malaysia.

Selain memuji Anwar dan menganggap rakyat Malaysia begitu beruntung kerana dapat pemimpin yang berwibawa mengetuai negara, mereka malah yakin Malaysia akan menempa kemajuan yang membanggakan pada tahun-tahun mendatang nanti.

“Baik di Taiwan atau Jepun, semua ahli perniagaan yang kami temui begitu hormat dan memandang tinggi kepada negara yang kini dipimpin Anwar.

“Mereka yakin Anwar akan membawa dasar yang positif kepada pelabur untuk menanam modal dan mengembangkan lagi ekonomi negara,” ujar beliau lagi.

Malah kata Mokhtar lagi, disebabkan terlalu hormat dan memandang tinggi itu, beliau dan rakan niaganya diberi layanan yang amat baik serta dibawa sehingga ke rumah dan diperkenalkan kepada ahli keluarga mereka.

“Saya kerap juga sebelum ini ke beberapa negara atas urusan perniagan, tetapi keadaannya cukup berbeza setelah Anwar mengetuai negara ini,” tambah Mokhtar lagi.

Menurut Mokhtar, antara sebab penghormatan, kekaguman dan minat mendalam ahli perniagaan luar negara terhadap Malaysia adalah kerana Anwar dikenali di peringkat antarabangsa dan bersahabat dengan ramai pemimpin terkemuka dunia.

Atas dasar tersebut, kata beliau, mereka amat yakin Malaysia adalah antara negara masa depan yang paling sesuai serta selamat untuk mereka menanam modal dan mengembangkan perniagaan.

Sementara itu, dalam perbualan dengan beberapa ahli perniagaan lain yang turut mempunyai hubungan dagang dengan negara luar, mereka juga mendapati hal yang sama ketika ini.

Kata mereka, rakan perniagaan di luar negara kini mula menunjukkan minat yang lebih tinggi dan luar biasa terhadap Malaysia.

“Kami tidak pernah mengalami keadaan luar biasa seperti ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” tambah mereka ceria kerana ternampak peluang lebih terbuka untuk meluaskan lagi perniagaan masing-masing. – ShahbudinHusin 09/12/2022.

4 9 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 9 December 2022 — 6:55 pm
Subscribe
Notify of
guest

39 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
10 December 2022 6:51 am

Pembatalan projek tebatan banjir lengahkan usaha lindungi rakyat

NUR IFTITAH ROZLAN
09 DEC 2022 4:55 PM

SHAH ALAM – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembatalan kelulusan kontrak projek tebatan banjir bernilai antara RM7 bilion sehingga RM15 bilion atas dakwaan ia dibuat secara rundingan terus menimbulkan banyak persoalan.

22-34-53-2016400.jpg
Anonymous
Anonymous
10 December 2022 6:51 am
Reply to  Anonymous

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Shah Alam, Dr Afif Bahardin berkata, terma kelulusan yang digunakan beliau tidak tepat kerana bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak pernah menandatangani sebarang Surat Setuju Terima (SST) kepada mana-mana pihak untuk meneruskan projek tebatan banjir itu.

Justeru katanya, tidak wujud soal membatalkan kelulusan kerana belum ada dokumen hitam putih perundangan yang mengikat kerajaan dalam projek itu.

“Selain itu, pemahaman Anwar tentang projek tebatan banjir menerusi laporan akhbar juga sangat tidak meluas.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 6:52 am
Reply to  Anonymous

“Ini termasuklah naik taraf sistem dan organisasi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta amaran banjir awal kepada pengguna, aspek paling mustahak dalam pengurusan bencana.

“MetMalaysia adalah agensi terpenting, ia bukan lagi agensi peramal kaji cuaca tetapi berperanan utama untuk memberi amaran bagi memulakan gerak kerja perlindungan dan pengurusan semua aspek dalam krisis perubahan cuaca dan iklim.

“Kerana itu, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada Ogos 2022, Tuan Ibrahim sudah mengumumkan peruntukan tambahan kepada MetMalaysia bagi memperkasa usaha mendepani isu perubahan iklim,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 6:53 am
Reply to  Anonymous

Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu, pembatalan kelulusan dibuat Anwar bukan sahaja melengah-lengahkan usaha melindungi kebajikan rakyat dan negara, tetapi juga berniat jahat ke atas Perikatan Nasional (PN) yang didakwa tidak mematuhi prinsip ketelusan. Beliau bagaimanapun yakin, perbincangan projek tebatan banjir sewaktu pemerintahan PN masih mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan, namun proses perbincangan dipercepat kerana isu perubahan iklim terutamanya banjir adalah isu yang sangat mendesak. “Alasan Anwar yang minta fail itu tidak diteruskan, diteliti semula supaya ada prinsip ketelusan dan juga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, dalam kata lain adalah untuk mendahulukan karenah birokrasi dalam isu yang… Read more »

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 6:53 am
Reply to  Anonymous

“PN yakin prinsip ketelusan pentadbiran tidak terjejas ketika kami memerintah, malah ia ditambah baik dengan pengurangan karenah birokrasi kerana Malaysia ketika itu dilanda pelbagai musibah.

“Soalnya sekarang, di bawah pentadbiran kerajaan campuran PH-BN, adakah kita akan kembali kepada proses bermesyuarat berpanjangan tanpa keputusan segera dalam isu mendesak sehingga menjejaskan kebajikan rakyat dan kemaslahatan negara?” soalnya.

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/235383

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 8:08 am
Reply to  Anonymous

“mengarahkan pembatalan kelulusan kontrak projek tebatan banjir bernilai antara RM7 bilion sehingga RM15 bilion atas dakwaan ia dibuat secara rundingan terus menimbulkan banyak persoalan.”

Bagus, bagus, bagus.

Nyata ini tindakan bagus oleh PM Anwar Ibrahim.

Mau lihat banyak lagi mcm itu di lakukan.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 8:12 am
Reply to  Anonymous

Banyak benar mengarut, tidak senonoh, keputusan perbelanjaan pihak Kerajaan.

Terutama nya projek besar2 berbillion.

Dedahkan depa, kasi depa malu, hingga takda tempat nak letak muka.

Dahtu, heret depa ke Mahkamah.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 8:20 am
Reply to  Anonymous

Kalau depa lari ke Papua New Guinea, biarkan.

Di sana, jenis ini akan di gulai.

Tak guna hidup jenis itu.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 5:49 am

Penyokong tegar Anwar tentu lah melambung lambungkan dia hingga ke siling tinggi.

Dia tentu akan mencoba sedaya upaya.

Tapi kita perlu senaraikan di sini apa dia yang boleh di anggap kejayaan dia.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 5:55 am
Reply to  Anonymous
  1. Meninggikan kemajuan Bumiputera dalam semua segi – menyediakan kemudahan2 bagi nya.
  2. Mengenepikan rintangan dan halangan bagi nya.
  3. Menyediakan kemudahan2 bahru terutama dari segi peluang2 berniaga
  4. Terutama nya di industri2 modern
Anonymous
Anonymous
10 December 2022 6:01 am
Reply to  Anonymous

Tender terbuka penting untuk elak rasuah dan salahgunakusa pimpinan Malaysia.

Kes terbaru melibatkan penyelewengan tender sehingga 2b kepada syarikat bermasalah oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri KASA.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 7:57 am
Reply to  Anonymous

Kalaun boleh, beri butiran lanjut lah bagaimana penyelewengan begitu besar boleh berlaku, Bang.

Kita coba lihat jika rakyat boleh elakkan berlaku nya di masa depan.

Kalau tak boleh, kita heboh2kan bedebah2 itu supaya depa rasa malu, mengaku, hingga bunuh diri.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 7:58 am
Reply to  Anonymous

Tak guna hidup jenis itu.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 6:06 am
Reply to  Anonymous

Selepas PM dedah projek tersebut bernilai 7b dan dihentikan untuk siasatan barulah Tuan Ibrahim bercakap benar.

Projek tebatan banjir kosnya 15b. Penipuan tender kecemasan kepada syarikat yang memang bermasalah dan hampir bankrap ialah pengkhianatan amanah yang amat besar.

Tuan Ibrahim wajib bertanggungjawab

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 7:44 am
Reply to  Anonymous

Selalu ada “pengkhianatan amanah yang amat besar.”

Tapi rakyat Malaysia tak cekap memboraikan nya.

Perlu ada badan yang boleh buat begitu.

Supaya pihak Kerajaan tidak selewengkan dan permainkan rakyat jelata.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 5:44 am

48 ketua negara daripada seluruh dunia telah mengutus ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim.”.

Jangan rasa berlend.. bila itu berlaku. Depa buat begitu kpd semua yang mula memegang jawatan tertinggi.

Itu protokol, kata bahasa Latin. Tunduk mengokol kata bahasa kita.

Itu memang kebiasaan, takda apa keistimewaan nya.

Tapi kita doakan lah Pok Sheh jalankan tugas dengan cemerlang.,

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 5:51 am
Reply to  Anonymous

Nak juga tengok jika ada penghargaan luar yang sama kepada Ketua Pembangkang Malaysia.

Barulah nampak kenapa bersungguh sangat mahu jadi PM sampai buat mesyuarat di IndonesiA.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 7:29 am
Reply to  Anonymous

buat mesyuarat di IndonesiA” tidak bijak.

Tiap Kerrajaan ada agensi pengintip nya, berbagai cara mengintip di guna.

Sudah tentu depa dapat tahu apa yang di bincang.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 7:36 am
Reply to  Anonymous

Agensi pengintip saperti Special Branch, mengintip hal2 dalam negara.

Yang mengintipp luar negara dulu Pengarah nya tak bijak ada sebut di media massa Bahagian Penyeidekan nama nya.

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 11:32 pm

Rakyat tak gemar dengan kepimpinan populis..

https://youtu.be/0Sp6zp7fGyc

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 10:20 pm

Woww.. Padu punya “memori sekuntum rindu”♥️

https://youtu.be/EVEzYaj7_mE

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 9:17 pm

TAHNIAH DATOK SERI HJ AHMAD MASLAN,
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN MALAYSIA.

20-59-22-07-AHMAD-MASLAN.jpg
Anonymous
Anonymous
9 December 2022 8:51 pm

Senjata makan tuan..🤣

https://youtu.be/IFL8efX1QmA

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 8:09 pm

Anwar diminta tidak pilih kasih, jangan lindungi tauke PH-DAP

Oleh Rohaniza Idris
Disember 9, 2022 @ 3:38pm
[email protected]

20-02-44-WAN_SAIFUL_WAN_JAN0212_1670571508.jpg
Anonymous
Anonymous
9 December 2022 8:10 pm
Reply to  Anonymous

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengambil tindakan bersesuaian dengan memberi keutamaan kepada isu yang membabitkan rakyat serta tidak mengambil tindakan secara pilih kasih.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata kerajaan perlu tahu apa keutamaan untuk rakyat dan bukan lagi mengamalkan mentaliti sebagai pembangkang populis.

Beliau berkata, rakyat ketika ini resah, kecewa dan marah dengan masalah kekurangan bekalan serta lonjakan harga telur dan simen.
Dua isu ini bukan baru bermula semalam.

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 8:10 pm
Reply to  Anonymous

Sepatutnya, siapa juga menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), inilah keutamaan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Rakyat berdepan dengan isu kekurangan bekalan telur dan harganya melambung. Harga makanan menggunakan telur pun ikut naik.
Contohnya, laporan berita mengatakan harga roti canai telur naik daripada RM2.50 kepada RM3.20. Naik 70 sen,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Wan Saiful, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, harga simen pula melonjak 30 peratus daripada RM17 bagi setiap beg 50 kilogram kepada RM22.50 ketika ini.

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 8:11 pm
Reply to  Anonymous

“Jika simen naik harga, semua bahan binaan membabitkan simen akan turut naik. Padahal, simen adalah barangan kawalan berjadual, yang tak sepatutnya naik,” katanya.

Beliau juga membangkitkan isu monopoli dan permainan licik ‘tauke’ kaya, yang menguasai industri makanan dan pembinaan.

“Yang jadi mangsa ialah rakyat dan kontraktor, terutama kontraktor kecil. Telur dan simen sepatutnya menjadi keutamaan (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 8:11 pm
Reply to  Anonymous

“Tapi Anwar utamakan beras. Ya, harga beras penting, tapi kenapa masih tak ada idea bagaimana nak selesaikan masalah harga telur dan simen yang lebih mendesak sekarang?” katanya.

Beliau menegaskan jika terlalu banyak ‘wayang’ populis tapi sebenarnya tong kosong saja, maka akan terjadilah salah keutamaan (wrong priorities).

“Tak adakah keinginan nak tegur tauke kaya `tertentu’ dalam industri berkaitan telur dan simen? Itu sepatutnya jadi keutamaan kerajaan.

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 8:12 pm
Reply to  Anonymous

“Saya setuju jangan ada monopoli, tetapi letak keutamaan yang betul dan jangan lindungi tauke kawan-kawan Pakatan Harapan (PH)-DAP daripada teguran. Jangan pilih bulu,” katanya.

Beliau juga mahu kerajaan melihat kepada harga minyak.

“Wahai Pak Syeikh, itu belum lagi saya tanya mengenai harga minyak. Berapa kali esok yang Pak Syeikh perlukan untuk turun harga minyak?” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1037336/anwar-diminta-tidak-pilih-kasih-jangan-lindungi-tauke-ph-dap

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 8:17 pm
Reply to  Anonymous

Terbaiklah Datuk Wan Saiful!

Rakyat bukan nak dengar cerita sama sana saman sini.. tapi rakyat nak lihat perlaksanaan dasar mengatasi kos sara hidup yg meningkat.. peluang pekerjaan yg lebih banyak.. penurunan harga barang makanan dan kos komoditi² yg lain..

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 8:20 pm
Reply to  Anonymous

Tengok apa saudara Zam Yahaya ni kata:

https://vt.tiktok.com/ZS8LqTwfo/

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 8:46 pm
Reply to  Anonymous

Isu telur juga tak selesai-selesai…

https://youtu.be/gUzlf3De0r8

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 10:17 pm
Reply to  Anonymous

Kita tunggu dan lihat…

https://youtu.be/Jg7gvPdOA6c

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 8:02 am
Reply to  Anonymous

Isu telur juga tak selesai-selesai…” –

Kalu boleh, kita belah, makan ramai2.

Kalau gitu, boleh selesai.

Hehe.

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 10:33 pm
Reply to  Anonymous

Terang2 puak ni anti Cina khususnya DAP, ni tak pilih kasih agaknya wlu pun Cina DAP juga warga Malaysia dan menjunjung perlembagaan hi ggakan disamakan komunis

Anonymous
Anonymous
9 December 2022 11:07 pm
Reply to  Anonymous

Wan Saiful lupa asal usul siapa bagi tumpang dia naik dulu PRU14.

Bagi jaga PTPN hancuss tak boleh perform.

Ada hati nak bagi nasihat kpd PM10 sama mcm
Marzuki, PA Abah.

2 macai kepada PM8 18 bulan Kerajaan Tebuk Atap tetapi Paling Gagal.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 5:31 am
Reply to  Anonymous

“Anwar diminta tidak pilih kasih, jangan lindungi tauke PH-DAP” –

Mana kita tahu dia lindungi ke tidak.

Dia diam saja bukan bukti.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 5:44 am
Reply to  Anonymous

Zaman Wan Saiful Wa Jan Pengerusi pun hutang PTPTN tetap kena bayar. Jadi tak payah bagi nasihatlah Wan Saiful.

Kerja yang disuruh oleh Rakyat pun Wan Saiful Wan Jan tak dapat laksana. Pemalas dan tidak berkesan langsung jadi pemimpin.

Anonymous
Anonymous
10 December 2022 6:12 am
Reply to  Anonymous

Ralat
Kerja yang dijanjikan Wan Saiful kepada Rakyat pun dia gagal buat iaitu Tangguhkan bayaran sehingga gaji 4000.

Masih ada hati nak nasihat orang lain?