JIKA ANWAR MAHU JUGA DIJATUHKAN 19 DISEMBER INI, SIAPA INGIN DIJADIKAN PERDANA MENTERI? ADAKAH HADI?

Di atas kertas dan berdasarkan perkiraan logik, Anwar Ibrahim dilihat tiada masalah untuk melepasi usul undi percaya di Parlimen pada 19 Disember ini.

Dengan sokongan terbina melalui 148 daripada 222 Ahli Parlimen menyokongnya dalam pembentukan kerajaan perpaduan sebagaimana dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong, ternampak hampir mustahil untuk blok pembangkang menggugat kedudukan tersebut.

Lagi pula, dengan Anwar hanya baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November dan jika pada 19 Disember, beliau sudah mahu dijatuhkan, bukan kepalang derhaka namanya jika Ahli-Ahli Parlimen masih tergamak berbuat demikian.

Begitu pun, selagi namanya politik dan politik itu seni yang serba mungkin, Anwar tidak harus bersikap mudah atau alpa untuk mendepani tarikh undi percaya itu nanti kerana apa saja kemungkinan boleh berlaku.

Yang penting, beliau harus memastikan tanpa kompromi setiap parti yang menyokong kerajaan perpaduan ini membuktikan “kata benar-benar dikota” daripada kalangan semua Ahli Parlimen parti masing-masing.

Tidak patut wujud pendirian yang berbeza lagi di kalangan Ahli Parlimen setelah parti membuat ketetapan akur dengan titah Agong menyokong pembentukan kerajaan perpaduan.

Jika dibenarkan berlaku juga, apa gunanya ada Akta Anti Lompat parti dikuatkuasakan?

Meski begitu, sebagaimana disedari semua, gerakan dan serta usaha mahu menjatuhkan Anwar sebagai Perdana Menteri tetap tidak pernah berhenti daripada beroperasi.

Satu-satunya kilang yang tidak pernah tutup atau rehat ialah kilang menjatuhkan orang melalui politik.

Soalnya, jika Anwar mahu dijatuhkan, siapa pula ingin dinaikkan sebagai Perdana Menteri?

Adakah Mahiaddin Md Yasin yang pernah gagal teruk selama 17 bulan sempat berkuasa sebelum ini mahu diangkat semula?

Tidak ingatkah kita bagaimana beliau telah mendaruratkan Parlimen kerana takut undi tak percaya dibentangkan terhadapnya, kemudian tidak mesra media dan selalu syok sendiri dengan tampil sendirian melalui perutusan khas semata-mata?

Pemimpin begitukah kita mahukan memimpin negara ini sekali lagi?

Atau kita mahukan Ismail Sabri Yaakob yang mungkin lebih baik daripada Mahiaddin, tapi Mahiaddin sendiri mengatakan Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri yang juga gagal – untuk dijadikan Perdana Menteri buat kali kedua?

Atau jika Anwar berjaya dijatuhkan kali ini, kita mahu Presiden Pas, Hadi Awang pula diletakkan sebagai bakal Perdana Menteri negara ini?

Sediakah orang Islam yang rasional serta orang bukan Islam di negara ini melihat Hadi jadi Perdana Menteri?

Selain mereka, siapa lagi yang layak untuk diketengahkan mengetuai negara ini?

Adakah Tuan Ibrahim Tuan Man, Hamzah Zainudddin atau Takiyuddin Hasan turut layak untuk dijadikan Perdana Menteri?

Mahu tidak mahu, harus kita akui bahawa dalam waktu semasa atau terdekat ini, tiada mana-mana pemimpin yang lebih baik dan layak selain Anwar untuk mengemudi negara ini.

Sebelum ini, ada keghairahan untuk menukar Perdana Menteri kerana Anwar yang dirasakan paling sesuai dan paling layak memimpin negara ini belum berpeluang menduduki jawatan tersebut.

Tetapi, setelah Anwar berada di situ, pencarian lain sudah tidak diperlukan lagi – sekurang-kurangnya untuk waktu terdekat atau sehingga PRU16 pada tahun 2027 akan datang.

Dengan ketokohannya yang tidak perlu dipertikaikan lagi, dikenali di seluruh dunia, punya hubungan antarabangsa yang meluas, seorang pejuang reformasi yang gigih lagi cekal, tidak pernah kenal penat, pemidato yang hebat dan tidak takut berdepan media dan sesiapa saja untuk berdebat, cuba menukar Anwar tidak ubah seperti memilih jalan gelap untuk masa depan negara ini.

Lebih gelap lagi masa depan kita semua jika akhirnya pilihan itu ditakdirkan jatuh kepada Hadi hanya kerana semata-mata Pas memiliki paling banyak kerusi dalam blok pembangkang sekarang ini.

Dalam konteks Anwar dan dengan segala pakej yang dimilikinya, beliau seharusnya diberi ruang yang cukup selesa untuk memimpin negara, seterusnya membuktikan hasilnya kepada kita semua, bukan dijatuhkan di garisan permulaan lagi. – ShahbudinHusin 07/12/2022.

3.8 11 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 7 December 2022 — 8:35 pm
Subscribe
Notify of
guest

41 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 1:29 pm

Mecedis S600 tetap kena kensel. Kalau PM11 nak order wajib masuk Parlimen. Jangan tutup Parlimen pula. Hahuhu355

AJAIB3.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 12:18 pm

The rise of Parti Islam Se-Malaysia (PAS) could signal a sea of change in Malaysia’s political landscape, with its brand of religious politics becoming more attractive to many Malay Muslims, analysts said. How did the party rise to power?

CNA’s Alif Amsyar reports

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 12:19 pm
Reply to  Anonymous

Analisis orang luar terhadap kemenangan PN. Kesian sekadar main isu kaum dan agama sahaja. Hahuhu355

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 11:53 am

HA HA HA…😆

Anon “Melayu Penderhaka” koyak & meroyan bila PH-BN bungkus ikat tepi kat Pdg Serai…😂

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

06-27-42-lol-emoji-isolated-on-white-background-laughing-face-emoticon-3d-rendering.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 11:54 am
Reply to  Anonymous

Oppss lupa lak..😂

Hahuhu..hoi ho ya hoi..🤣

21-43-28-cartoon-thief-walking-carefully-funny-burglar-vector.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 11:18 am

Dana PRU15 yang berlambak-lambak kepada PN ialah hasil judi 22 kali. Mana Presiden dan Tuang Guru tak bersuara? Hahuhu355

_peh.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 11:15 am

Adakah selepas ini ada kempen Sokong PN BET355? Hahuhu355

_LUPAKAN RUU.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 11:16 am
Reply to  Anonymous

Padang Merbok sudah siap untuk digunakan. Hahuhu355

_1RUU.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 11:14 am

Belum bongkar lagi, sekarang masa Melayu makan-makan udang galah dulu. Hahuhu355

_HAWAU.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:58 am

Padang Serai telah menghukum!

Hukuman yang lebih berat menanti di PRU16.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:53 am

Perpaduan wayang yg tidak ikhlas dan goyah akan menjurus kepada ketidakstabilan politik dalam negara dan seterusnya menjadi penghalang kepada kemajuan.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:49 am

Syabas Padang Serai!

Rakyat tidak termakan dengan fitnah dana judi dan penipuan/dakyah 600 billion itu serta menolak formula “KLEPTOKRAT + HIPOKRAT = KEPARAT”.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:41 am

Kesilapan DSAI melantik DSZH ke dalam kabinet, lebih² lagi memberi jawatan TPM telah membangkitkan kemarahan rakyat di segenap lapisan, tak kira kaum atau parti. Bukan saja rungutan dari pihak bawahan, malalahan kita dengar juga banyak tentangan dari pemimpin dan bekas pemimpin atasan.

Semua tahu bahawa DSAi terpaksa menelan kecaman dek pembentukan kabinet yang tiada integriti dengan meletak DSZH menjadi TPM kerana membalas budi dan bukan demi kebaikan negara.

Buat masa ini kemarahan rakyat itu telah diperlihat di parlimen Padang Serai. Apakah DSAI sebagai orang yang matang berpolitik tidak menyedarinya?

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:45 am
Reply to  Anonymous

Ulama PN sayang I tau. Nak bukti ke? Hahuhu355

_1zP.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:48 am
Reply to  Anonymous

Syabas Padang Serai!

Rakyat tidak termakan dengan fitnah dana judi dan dakyah 600 billion itu serta menolak formula “KLEPTOKRAT + HIPOKRAT = KEPARAT”.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:32 am

Aiyah apek, depa kasi makan pengundi depa. Nanti depa rasa apa yang Allah sudah tetapkan kepada pemakan hasil haram. Hahuhu355

_JUDIHARAM_PN.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:33 am
Reply to  Anonymous

Belum angkat sumpah, sudah nak naik gaji? Pemakan gaji buta tegar. Hahuhu355

AJAIB4.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:46 am
Reply to  Anonymous

Syabas Padang Serai!

Rakyat tidak termakan dengan fitnah dana judi dan dakyah 600 billion itu.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:29 am

Tiba-tiba pre order Mecedis S600 kena kensel PM10. Yakinnya kamu order awal-awal. Hahuhu355

AJAIB3.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:35 am
Reply to  Anonymous

Mecedis S600 tak akan beli penghormatan dunia kalau berkhianat. Hahuhu355

Allahu.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:45 am
Reply to  Anonymous

Syabas Padang Serai!

Rakyat tidak termakan dengan fitnah dana judi dan dakyah 600 billion itu.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:26 am

Tiba-tiba jadi tender kecemasan 2 billion. Hahuhu355

_Ostad_tender.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:44 am
Reply to  Anonymous

Syabas Padang Serai!

Rakyat tidak termakan dengan dakyah dana judi dan fitnah 600 billion itu.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:22 am

Skandal Dana Judi PN masih berjalan. Hahuhu355

_bet355_PAS-BERSATU.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:44 am
Reply to  Anonymous

Syabas Padang Serai!

Rakyat tidak termakan dengan dakyah dana judi dan fitnah 600 billion itu.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:14 am

Tahniah kepada PN dan syabas kepada anak² muda Melayu yang bangkit untuk cuba membebaskan bangsa dari dijajah untuk kali yang kedua.

Anak² muda yang bijak berpolitik ini sudah tentu akan lebih matang lagi dalam masa 5 tahun yang akan datang. InsyaAllah mereka akan bangkit lagi di PRU16 nanti untuk menebus maruah bangsa yang telah dijual oleh Umno, parti pembelot Melayu.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:21 am
Reply to  Anonymous

Melayu yang tertipu dengan dakyah perkauman dan agama akan sedar. Penipuan takkan kekal lama. Hahuhu355

_he355.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:43 am
Reply to  Anonymous

Syabas Padang Serai!

Rakyat tidak tertipu oleh dakyah dana judi dan fitnah 600 billion itu.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 2:15 am

Padang Serai merupakan kubu kuat PH.
PRU14 dahulu PH menang dgn majoriti 8 ribu undi tapi PRU15 kali ini PN menang dgn majoriti 16 ribu undi (2 kali ganda). 
Walaupun PH-BN menjadi kerajaan sekarang, mereka bukan sahaja gagal mempertahan kubu kuat PH itu, malahan telah tewas dengan begitu teruk sekali.

Satu mesej jelas (loud & clear) yg orang² Melayu menolak PH & BN.

InsyaAllah PRU16 nanti, PN akan merampas kembali kerajaan persekutuan.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 3:19 am
Reply to  Anonymous

Keputusan PRU15, Parlimen Padang Serai:

Datuk Azman Nasrudin, PN – 51,637 undi
Dr. Mohamad Sofee Razak, PH – 35,377 undi.
Sreanandha Rao, Bebas – 846 undi.
Hamzah Abd. Rahman, Pejuang – 424 undi.

Datuk C. Sivaraj, BN (menarik diri) – 2,983 undi.

Mohd. Bakhri Hashim, Warisan (menarik diri) – 149 undi.

Datuk Azman Nasrudin, PN menang dengan majoriti 16,260 undi.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:19 am
Reply to  Anonymous

Melayu mana tu? Melayu sayang Tauke Judi ke? Hahuhu355

_judi.jpg
Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:43 am
Reply to  Anonymous

Syabas Padang Serai!

Rakyat tidak tertipu oleh dakyah dana judi dan fitnah 600 billion itu.

Cili
Cili
8 December 2022 9:06 am
Reply to  Anonymous

Pertama – Pengundi abaikan dakyah dana judi.

Kedua – Kerajaan Perpaduan berupaya menyiasat dakyah isu judi & 600 billion.

Ketiga – Tunggu keputusan siasatan.

Keempat – Siapa yang akan kantoi?

Cili
Cili
8 December 2022 8:55 am
Reply to  Anonymous

Keputusan PRU14 Parlimen Padang Serai :- PKR KARUPAIYA MUTUSAMI 31,724 Majoriti 8,813PAS MUHAMAD SOBRI BIN OSMAN 22,911 BN DATO’ DR. LEONG YONG KONG 15,449 PRU14 jumlah mengundi = 70,084 PRU15 jumlah mengundi = 91,416 Beza jumlah mengundi bertambah 21,332 Undi PRU15 kpd. PH bertambah 6,636 (35,377+2,983) Nota : Ramai pengundi tidak menyedari bahawa calon BN telah menarik diri untuk memberi laluan kepada PH. KEPUTUSAN PRU14 DUN P.017 PADANG SERAI Merbau Pulas ~ PAS jumlah undi: 9,892 Majoriti: 438 BN jumlah undi: 9,454 PKR jumlah undi: 9,267 Lunas ~ PKR jumlah undi: 23,904 Majoriti: 13,813 PAS jumlah undi: 10,091 BN jumalh… Read more »

Cili
Cili
8 December 2022 10:14 am
Reply to  Anonymous

Keputusan PRU14 PKR KARUPAIYA MUTUSAMI hanya menang dengan 31,724 undi tetapi majoritinya 8,813

Antara faktor kemenangan PN ialah bertambahnya pengundi muda yang rata2 kurang pengalaman politik?.

Calon PH mendapat tambahan undi berbanding PRU14 sebanyak 3,653 atau 6,636 (PH 35,377+ BN 2,983)

Nota : Ramai penyokong tidak menyedari bahawa calon BN telah menarik diri untuk memberi laluan kepada PH.

Anonymous
Anonymous
7 December 2022 10:21 pm

Ekonomi negara akan merudum jatuh teruk jika kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim ini tumbang akibat undi percaya pada 19 Disember 2022 nanti. Ini pasti. Dunia akan mula melihat wajah2 kian hodoh dikalangan pelbagai etnik di Malaysia dimana toleransi antara kaum tidak wujud. Keharmonian tidak kelihatan. Para pelabur asing bimbang & keberatan untuk menanggung resiko dalam pasaran yang dikuasai pimpinan yang rasis & extreme agama. Tidak mustahil sebaik PN menguasai persekutuan, impak negatif terhadap nilai mata wang RM & bursa saham akan berlaku. Harga barangan dan kos hidup kian meruncing dan kitaran ini akan berterusan & sama sekali tidak akan banyak… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 2:23 am
Reply to  Anonymous

Satu pemikiran yang cetek dan dangkal sekali. Seolah-olah negara ini bergantung hidup dengan Anuar Ibrahim sahaja.

Bayangkan kalau PH tewas PRU15 dahulu dan PN yang berjaya mendapat majoriti, apakah saudara masih mahukan Anwar menjadi PM juga?

Bayangkan kalau Anwar Ibrahim ditakdirkan umur pendek dan meninggal dalam sehari dua ini, apakah negara akan menuju kepada kehancuran?

Berfikirlah dengan fikiran yang terbuka dan bukannya dengan ketaksuban, prejudis dan fanatik.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 6:53 am
Reply to  Anonymous

Anonymous  8 December 2022 2:23 Itu satu kenyataan. Keupayaan Anwar telah terbukti & sejarah tercatat, tak boleh dibihongi. Begitu juga prestasi kerajaan pimpinan Mahiaddin ketika dia sebagai PM. Semua tahu bagaimana kedudukan ekonomi, maruah negara & kebajikan rakyat. Malaysia merudum di bawah kerajaan terdahulu. Ianya fakta. Semua tahu bagaimana kedudukan kesihatan Mahiaddin & Haji Hadi berbanding Anwar. Satu dunia tahu bagaimana kadar kehadiran dan komitmen Mahiaddin & Hj Hadi di dewan parlimen, amat buruk sekali. Inilah rupa pucuk pimpinan kerajaan yg ingin didirikan PN. Mahiaddin lebih dikenali sebagai PM yang cuma hebat berucap sehala & sering mengelak reporter. Hj Hadi… Read more »

Muhammad
Muhammad
8 December 2022 8:35 am
Reply to  Anonymous

Terbaik hujah tuan. Iya memang benar tuan. Tiada sesiapa lagi yang layak memimpin negara ini kecuali Anwar Ibrahim. Jika diberi kepada pemimpin yang tidak berkemampuan untuk menguruskan negara ini. Negara kita pasti akan menjadi seperti SRI LANKA. Tapi sayang masih ramai lagi rakyat yang berfikiran ke belakang dengan memilih Calon-Calon PRU 15 yang telah gagal mentadbir negara sebelum ini.

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 8:46 am
Reply to  Anonymous

Setuju dan tepat sekali pandangan Tuan Budin dan Sdr Anonymous 6.53 am. Igauan Abah yalah kerana kes penyelewengan Kerajaan PN Abah boleh mengatasi kes 1MDB. Najib terbela kerana Abah yang mencemuhnya dulu ropanya bergelumang dengan najis yang lebih jijik. Inilah sebab No. 1, PN terutama Abah begitu terdesak nak gulingkan PM10 dengan Langkah Sheraton 2.0. Baca analisa tepat Finance Twitter bawah. Macai bangang Abah, SU Pol dia Marzuki mesti terkejut dog baru tahu tinggi rendah langit bila meremehkan dan cuba mengejar PM10. Bodoh Marzuki lupa yang bukankah, Abah begitu fobia dengan Press Conference soalan media hanya baca PDF file dan doa.… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 December 2022 10:57 am
Reply to  Anonymous

MP PN memang hebat, layak menjadi penjual ubat kuat superb. Sembang jer deras tapi realitinya hampeh. Kah kah kah