BN JANJI SOKONG USUL PERCAYA TERHADAP PM

BN mendukung Perlembagaan Negara dan Menjunjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

1. Alhamdulillah kemelut pelantikan Perdana Menteri telah diselesaikan secara arif lagi bijaksana oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan telus dan berwibawa.

2 Pertimbangan ini berlunaskan perlembagaan negara berdasarkan peruntukan mengikut Perkara 43(2)(a) menetapkan dua syarat lantikan Perdana Menteri.

“Pertama, seseorang itu hendaklah ahli Dewan Rakyat, maksudnya seseorang itu memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kedua, seseorang itu hendaklah pada hemat Yang di-Pertuan Agong mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Maka, baginda perlu berkeyakinan dalam keputusan bahawa seseorang itu mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

3. Terdapat pelbagai proses dilakukan secara ketat bagi memenuhi kriteria tersebut termasuk memanggil mengadap ketua-ketua blok parti.

4. BN mula-mula membuat keputusan untuk menjadi pembangkang, kemudian berkecuali dan akhirnya menyerahkan 30 kerusi untuk pertimbangan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong untuk menentukannya. Begitu juga GPS dan GRS.

5. Hal ini berlaku selepas Yang Dipertuan Agong menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

Maka BN menjunjung titah tersebut dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu dan parti.

BN tidak mahu berpolitik sepanjang masa dan ingin memfokuskan masalah ekonomi rakyat yang perlu ditangani bersama.

6. Sebelum itu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bersetuju untuk menyertai Kerajaan Perpaduan atau apa-apa bentuk kerajaan lain yang dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.

7. Apabila BN bersetuju menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, maka proses-proses berkaitan dilaksanakan oleh pihak Istana Negara.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara berkaitan pembentukan Kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri ke-10 turut diadakan bagi memastikan ketelusan berlangsung sebelum memuktamadkan keputusan.

8. Apabila pelantikan Perdana Menteri ke-10 sudah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, maka semua pihak perlu menghormati keputusan dan kebijaksanaan tersebut.

9. Tidak perlu lagi pihak mempertikaikan keputusan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara. Janganlah umpama rumah siap, pahat berbunyi.

10. Marilah kita sama-sama menjunjung titah dan menghormati perkenan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan negara.

11. Kita perlu bergerak ke depan dan bersama-sama membina negara ke arah kemakmuran dan kestabilan.

12. Berdasarkan prinsip menjunjung titah menghormati pelantikan Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-pertuan Agong, Insya Allah BN akan menyokong usul undi percaya kepada Perdana Menteri agar keabsahan Perdana Menteri dimuktamadkan dan pihak yang cuba mempertikai akan senyap.

13. Walaupun ada pihak mengatakan ini langkah berisiko Perdana Menteri baharu, namun inilah proses demokrasi yang perlu dilalui dan BN akan terus menyokong penuh sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagj menyokong pembentukan kerajaan baharu ini.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO/Pengerusi BN

27 November 2022.

4 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 27 November 2022 — 2:48 pm
Subscribe
Notify of
guest

15 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
27 November 2022 9:23 pm

Adakah bekas PM terbabit salahguna kuasa demi cukong YTL?

_1BestarikroniMadey.jpg
Anonymous
Anonymous
27 November 2022 9:16 pm

PDRM kini mencari bekas PM terbabit kes simpan cash berjuta-juta dalam bilik tidur

315135830_582600883870093_7335777570846677618_n.jpg
Anonymous
Anonymous
27 November 2022 9:07 pm

PDRM kini mencari bekas Menteri terbabit dalam kes amang seksual

_v1661065720129.jpg
Anonymous
Anonymous
27 November 2022 8:55 pm

Puak SD 115 – Syaitan Dajal

PMmengejut.jpg
Anonymous
Anonymous
27 November 2022 8:44 pm

Cili kasi taruk, panas macam neraka

khianat.jpg
Anonymous
Anonymous
27 November 2022 8:41 pm

Mulakan dengan Bismillah

BENCI_RASIS2.jpg
Anonymous
Anonymous
27 November 2022 8:38 pm

Tunggu trailer kuar

_tebok2.jpg
Anonymous
Anonymous
27 November 2022 8:04 pm

RENUNGAN BERSAMA BUAT TUAN GURU TAN SRI HADI AWANG Kamarool Haidi by Kamarool Haidi November 25, 2022 SURAT PEMBACA | Salam Hormat Tuan Guru yang dihormati, 1. Terlebih dahulu ana ucapkan tahniah kepada parti dan pimpinan Tuan Guru atas kemenangan 49 kerusi semasa PRU-15 yang baru berlalu. Ini pencapaian luar biasa dan ana amat bangga dengannya. 2. Namun ditakdirkan walaupun kita menang paling besar, kita tidak dapat menubuhkan kerajaan. Malahan, kita juga tidak dapat menentukan halatuju di dalam gabungan yang kita anggotai. 3. Izinkan ana memberi pandangan mengapa perkara ini terjadi. Tiada langsung niat ana mahu melawan Tuan Guru Presiden, jauh… Read more »

Anonymous
Anonymous
27 November 2022 4:38 pm

Masih kebulur dan kehausan kah Mudin & Hadi?. Kerajaan sekarang dah ada telor yang mencukupi. Tak timbul lagi soal kelaparan & kehausan.

Telor ayam kampung pun banyak di pasaran hari ni. Mudin dan Hadi boleh dapatkan untuk dimakan bersama madu lebah tualang. Jangan bimbang, insyallah akan kuat dan tahan lama kembali, ED akan sembuh, boleh terus berjuang dgn yakin.

Jadilah PM & TPM tepi bermaruah. 😁😁😁

TAHNIAH Mudin & Hadi

Anonymous
Anonymous
27 November 2022 3:12 pm

HA HA HA.. SYABAS DATOK SERI..👍😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Syabas lah, dgn DS Zahid Hamidi pnya kecekalan Mmg dia org yg hebat, bukan ler hanya kebetulan Dulu “Zahid komedi”, ikut macai² punya panggilan Tapi kini di puncak kuasa DSZH akn jadi timbalan 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏… Read more »

14-53-23-DATUK_SERI_DR_AHMAD_ZAHID_HAMIDI_73694276_1669434441.jpg
Anonymous
Anonymous
27 November 2022 3:13 pm
Reply to  Anonymous

Umno president should be made DPM, says expert

By New Straits Times
November 25, 2022 @ 10:08pm

17-15-30-zahid4_1669006531.jpg
Anonymous
Anonymous
27 November 2022 3:14 pm
Reply to  Anonymous

KUALA LUMPUR: One of the two deputy prime minister posts set under the unity government’s upcoming cabinet should be held by the Umno president, an expert said.

National Professors’ Council fellow Dr Muhammad Asri Mohd Ali said this was to prevent dissension within a party that helped form the cabinet.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi is currently BN chairman and Umno president.

https://www.nst.com.my/news/politics/2022/11/855035/umno-president-should-be-made-dpm-says-expert

Anonymous
Anonymous
27 November 2022 3:16 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. BRAVO DATOK SERI..👏😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Some people even adressed him, ‘Zahid comedy’! But, that UMNO’s president is cool, calm & steady Now, to get DSZH as the DPM, all of us are ready! If that’s so, congratulation to D. Seri Zahid Hamidi 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏… Read more »

16-39-28-AHMAD_ZAHID_HcsdfewqAMIDI_1582966242.jpg
Anonymous
Anonymous
27 November 2022 4:38 pm
Reply to  Anonymous

Ya ka..

Anonymous
Anonymous
27 November 2022 5:36 pm
Reply to  Anonymous

But he would be spending most of his early deputy-pm-time in court to answer charges against him. That does not bode well for a new government to start with. Unless his court case will be postponed indefinitely??