UMNO TERIMA PH, TOLAK PN – ANWAR HAMPIR PASTI PM10 MALAYSIA

Mesyuarat MT UMNO malam tadi akhirnya memutuskan untuk bersama dengan PH untuk membentuk sebuah perpaduan.

Dalam waktu yang sama, ini bererti UMNO menolak untuk bersama dengan PN yang tiba-tiba juga mahu membentuk kerajaan perpaduan, walaupun Mahiaddin Md Yasin dengan sombongnya menolak idea kerajaan perpaduan sebelum ini.

Dengan keputusan MT UMNO itu, pembentukan kerajaan perpaduan sebagaimana yang dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong hanya selangkah saja lagi daripada menjadi kenyataan.

Mahiaddin bagaimanapun menolak titah kerajaan perpaduan oleh Agong itu, manakala Anwar Ibrahim bagi pihak PH dengan lapang dada dan tangan terbuka menjunjung kasih titah tersebut.

Berikut adalah keputusan mesyuarat MT UMNO malam tadi:-

KENYATAAN MEDIA

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 23 November 2022 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1444H yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Presiden UMNO telah membuat beberapa ketetapan seperti berikut:-

1. MKT mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

2. MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

3. MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk Kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

4. MKT memperkukuhkan sokongan terhadap YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO Malaysia.

5. Dimaklumkan juga bahawa Perhimpunan Agung UMNO untuk tahun 2022 ini ialah pada 21-24 Disember 2022.

DATUK SERI AHMAD BIN MASLAN

SETIAUSAHA AGUNG UMNO

24 November 2022

Keputusan MT UMNO malam tadi bukan saja selaras dengan titah Agong, malah dengan sendirinya menjadikan kerajaan perpaduan PH + BN sudah cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.

Dalam hal ini, hampir pasti Anwar adalah bakal Perdana Menteri ke-10 bagi Malaysia.

Pada pagi ini, Majlis Raja-Raja Melayu akan bermesyuarat dan dipercayai menerima pembentukan kerajaan perpaduan itu.

Seterusnya sama ada petang ini atau pagi esok, Anwar dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara.

Pembentukan kerajaan perpaduan yang ditunjangi PH dan BN ini adalah kerajaan yang mencakupi penyertaan semua kaum dan benar-benar menggambarkan wajah Malaysia yang sebenar.

Rakyat Malaysia dengan ini boleh berbangga dan melangkah gagah bersama kerajaan ini untuk membina masa depan secara bersama, kecuali kelompok ektremisme dan pelampau dengan kegemaran memainkan sentimen kaum dan agama yang terlampau yang akan terus meroyan tak tentu hala selepas ini.

Namun, bersama GPS dan GRS yang djangka turut menyertai kerajaan perpaduan selepas ini, wajah sebenar Malaysia akan lebih menyerlah dan mengukuh lagi.

Harus kita sedar, era mendatang adalah era kepelbagaian dan kemajmukan dengan prinsip menerima semua manusia tanpa mengira kaum dan agama sebagai rakan untuk membina negara, asal saja saling sedia berkongsi, memberi dan menerima.

Politik perkauman dan agama yang sempit dengan suka bermusuh dan menggelar yang buruk-buruk kepada mereka yang tidak sebulu mesti segera dicampakkan ke dalam tong sampah.

Memang ada cabaran besar di hadapan, tapi dengan sokongan majoriti kita semua, PH dan BN diyakini mampu mendepani segala cabaran untuk memastikan negara terus cemerlang lagi. – ShahbudinHusin 24/11/2022.

5 5 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 24 November 2022 — 7:36 am
Subscribe
Notify of
guest

18 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
25 November 2022 8:57 am

Jeng3

PMmengejut.jpg
anonymous
anonymous
24 November 2022 11:01 pm

Mahiaddin PN kena penampaq direct by PM Anwar Ibrahim dlm sidang media sulung Perdana Menteri sat tadi
kahkah kahkahkahhhhhh

Anonymous
Anonymous
24 November 2022 1:27 pm

Penutup kata dari Budin:

PH dan BN diyakini mampu mendepani segala cabaran untuk memastikan negara terus cemerlang lagi. –”

Aikk.. BN pun ada juga???😅

Bukan ke, masa kempen PRU15 baru-baru ini, Budin kata BN parti penyamun, pencuri, penyangak, perompak, kaki rasuah, kaki songlap, kaki sakau..???😂

KIK KIK KIK KIK KIK KIK KIK KIK KIK KIK..🤣

09-14-47-a447030f8dca5000d436a7da77095d81--funny-happy-happy-happy-happy.jpg
Anonymous
Anonymous
24 November 2022 2:38 pm
Reply to  Anonymous

Dalam temuramah dgn Utusan Malaysia, Zahid kata gabongan dengan Perikatan Nasional (PN) akan terus melemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana terbukti keputusan PRU15 PN telah memenangi lebih 70% kerusi2 tradisi UMNO. Penilaian secara terbuka ini jauh berbeza dari kumpulan yang pro-PN dalam BN spt Annuar Musa, Hishamuddin Onn, MCA dan MIC yang begitu cepat menyerah diri kepada tawaran PN. Soalan yang menarik setelah PM10 Anwar angkat sumpah jawatan pkl 5 petang ini dan Kerajaan Perpaduan diperincikan antara parti2 yang dah bersetuju, apakah nasib kumpulan ini? Spt langkah diambil Shahidan Kassim, pintu PN terbuka luas untuk mereka yang dari awal2… Read more »

anonymous
anonymous
24 November 2022 10:56 pm
Reply to  Anonymous

aikkkk………ini gambaq anak menakan hang si jo lo montel tu masa kecik bukan ka? non nooo….

Anonymous
Anonymous
24 November 2022 1:23 pm

Anak muda buka minda buka mata, tonton ni

https://www.youtube.com/watch?v=zLu0wfp6bgw

Anonymous
Anonymous
24 November 2022 1:18 pm

Prof., prof nak join grup kangkong juga ke?

2 Anak muda kat sebelah tu nampak lebih bijak dari prof. la……

Anonymous
Anonymous
24 November 2022 1:06 pm

ALAIHAI………….

PN BARU TEHEGEH HEGEH NAK JOIN ……………

PROOOOOOOOOOOTTTTTTTTTTT

Anonymous
Anonymous
24 November 2022 12:53 pm

LET MOVE FOWARD………..KITA BOLEH

AYUH MALAYSIA!!!!!

TERKINI, KERAJAAN PERPADUAN DYMM AGONG

PH ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI
BERKERJA BERSAMA SAMA BN GPS GRS

PH 82 BN 30 GPS 23 GRS 6 = 141

APAKAH WARISAN DAN BEBAS NAK BERSAMA? SILA KAN!

PN PBM PAS PEJUANG BYE BYE BYE

ANAK MUDA JANGAN BIMBANG, PH AKAN TETAP MEMBELA / BIMBING KAMU SEMUA KERANA KAMU TERSALAH PILIH PN ATAS KEJAHILAN KAMU SEMUA!!!

Anonymous
Anonymous
24 November 2022 12:57 pm
Reply to  Anonymous

ADUH MALAYSIA..😆

https://youtu.be/h-DfLmqb8oY

HOI HO YA HOI.. HOI HO YA HOI…

LA LA LA LA.. LA LA LA LA LA LA…

SIAPA SOKONG PENYAMUN?

KAMI ORANGNYA.. KAMILAH SEMUA..😂

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..🤣

06-32-11-4e3d542829d6a37e7a2611d47b0698e9--smiling-faces-beautiful-smile.jpg
Anonymous
Anonymous
24 November 2022 1:03 pm
Reply to  Anonymous

Dengan tidak disangka-sangka, barisan hadapan Parlimen kerajaan Malaysia akan dibarisi juga oleh mereka dari kumpulan penyamun, pencuri, penyangak, perompak, kaki rasuah, kaki songlap, kaki sakau..😂

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..🤣

10-15-34-800px_COLOURBOX2276469.jpg
Anonymous
Anonymous
24 November 2022 10:41 am

Mungkin kemelut akan selesai kot, bila PENIPU dah bersetuju untuk bersama PENYAMUN…😅

https://youtu.be/h-DfLmqb8oY

HOI HO YA HOI.. HOI HO YA HOI…

LA LA LA LA.. LA LA LA LA LA LA…

SIAPA SOKONG PENYAMUN?

KAMI ORANGNYA.. KAMILAH SEMUA..😂

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..🤣

06-27-42-lol-emoji-isolated-on-white-background-laughing-face-emoticon-3d-rendering.jpg
Anonymous
Anonymous
24 November 2022 11:59 am
Reply to  Anonymous

ADUH MALAYSIA..😂

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..🤣

09-32-55-1656094953_9-papik-pro-p-funny-pictures-of-faces-on-laugh-day-9.jpg
Anonymous
Anonymous
24 November 2022 9:39 am

Hang Tuah – dah selesai
Hang Jebat – dah selesai
Hang Kasturi – dah selesai
Hang Lekir – dah selesai
Hang Lekiu – dah selesai

HANG PARLIMEN – BILA NAK SELESAI wahai poliTAIKtikus PN BN semua???

Anonymous
Anonymous
24 November 2022 12:09 pm
Reply to  Anonymous

Tak baca berita ke, poliTAIKtikus PH 9:39 am (pasal PH-BN)?😅

UMNO sokong kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui PN

Oleh MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN24 November 2022 01:27am

Anonymous
Anonymous
24 November 2022 12:10 pm
Reply to  Anonymous

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan dan menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Barisan Nasional (BN) menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional (PN).

Secara tidak langsung, UMNO memilih menyokong Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

https://www.sinarharian.com.my/article/233088/berita/politik/umno-sokong-kerajaan-perpaduan-yang-bukan-diterajui-pn

Anonymous
Anonymous
24 November 2022 12:13 pm
Reply to  Anonymous

Jom nyanyi sama², poliTAIKtikus PH 9:39 am!😅

HOI HO YA HOI.. HOI HO YA HOI…

LA LA LA LA.. LA LA LA LA LA LA…

SIAPA SOKONG PENYAMUN?

KAMI ORANGNYA.. KAMILAH SEMUA..😂

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH🤣

https://youtu.be/h-DfLmqb8oY

07-16-27-laughing-out-loud-young-man-face-closeup-outdoors-laughter-is-780x439.jpg
Anonymous
Anonymous
24 November 2022 12:17 pm
Reply to  Anonymous

ADUH MALAYSIA…😅

“PENIPU KAWIN PENYAMUN”😂

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..🤣

06-42-49-laughing-guy-closeup-close-up-portrait-hard-young-man-isolated-white-background-mask-included-32601242.jpg